Saturday, December 24, 2016

Short Vs Long Vacation

Cuti sekolah akhir tahun hampir ke penghujungnya..
Rasa kejap sangat kan...

Percutian terkini, sebulan yang lepas .
- Cherating - Kuantan 2016 -


Kalau sebelum ni, aku amalkan konsep " kerja - kerja - kerja dan kerja...lepas tu baru bercuti panjang", utk tahun 2017 aku berazam nak cuba amalkan konsep " kerja - cuti pendek"

Maksudnya, mungkin setiap 1 atau 2 bulan sekali, aku akan cuba bawak famili pergi a short vacation.
Sebab bila makin berusia ni, aku perlu luang masa dengan lebih kerap dengan famili.  Umur kita pun tak tahu sampai bila, kan? So guna kan rezeki umur, kesihatan & material yg ada, luang masa dengan famili sekerap mungkin.

Ya, ini lah salah satu azam 2017 aku. 
Untuk kerap bercuti dengan famili. ;) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...