Monday, February 29, 2016

Wavelength Tak Sama

Macam mana aku nak mula kan ya.....hmmm..

Macam ni lah...
Aku yakin, majoriti kita menulis blog, salah satu niatnya nak dapat kawan..betul tak?
Maksudnya, kita nak jaga ukhwah, terutamanya bila memberi komen..

Aku, rasa agak sedih...
Ye lah..mungkin silap aku menulis komen..
Di baca dengan maksud yg lain oleh orang yg membacanya..
Aku takde niat pun, serius, takde niat utk kondem..
Malahan aku sokong apa yg dia tulis...
Tapi mungkin cara aku tulis tu macam kasar bunyinya ( bukan carut / bukan maki hamun )..
Dan mungkin niat aku nak berlawak semasa komen tu...
Di anggap sebagai isu yang serius...

Betul lah apa yang kawan aku pesan dulu ..
( dulu aku aktif berforum online)..
Hasil tulisan / komen kita yang bersifat sinikal / sarcasm ni, tak semua boleh faham..
Hasil tulisan kita yang dengan niat berlawak, tak semua boleh faham..
Dan kadangkala, hasil tulisan kita yang serius, orang lain anggap ianya gurauan / lawak.

Maka..
Berhati hatilah kita masa menulis blog.
Berhati hati masa menulis komen.
Nak terlalu mesra mengomen pun, aku fikir 25 kali lepas ni..


Friday, February 26, 2016

Basuh Baju Sambil Berbasikal

Aku harap produk ber inovasi tinggi macam ni, akan masuk ke pasaran Malaysia...




Selain menjimatkan elektrik, ia juga satu bentuk senaman.
Tak payah buang masa gi cycling outdoor atau dalam gym.


Basikal ni dicipta oleh student dari Dalian Nationalities University, China.
Di China pun mereka belum pasarkan lagi.
Yang best nya,kalau terlebih stamina & takde baju nak basuh, korang boleh teruskan kayuhan...dan tenaga yg terhasil boleh di simpan utk basuhan akan datang.

Mungkin satu masa nanti, boleh incorporate alat senaman lain + perkakasan rumah yg lain...contohnya lari atas treadmill boleh janakuasa sumber elektrik utk guna aircond ( aku harap sangat ada produk ni,sebab bill aircon mahal oii )...

Thursday, February 25, 2016

Siapa Dia Bakal Laki Kau? Majisteret? Lawyer?





Dari satu sudut, aku katakan perempuan ni materialistik.
Dari satu sudut yang lain, perempuan ni bersifat realistik.

Cinta sahaja tak boleh bayar bil & beli rumah.
Cinta sahaja tak boleh bawa family melancong selalu..

Namun...
Duit sahaja tak boleh jamin bahagia..
Duit sahaja tak boleh jamin ceria..

Maka utk menjadi seimbang..
Jujurnya,bagi aku la..
Di zaman serba mencabar ini..
Perlu ada materialistik + realistik.

Wednesday, February 24, 2016

Gelora Cinta Terhalang

Aku dah malas nak tolong hebahkan / viral kan kes kes budak remaja perempuan hilang..
Sebab dah banyak kali sangat terjadi..
Masa hilang macam macam spekulasi timbul..
Kena culik la...kena bawak lari la...
Ingat lagi dalam bulan lepas kes budak perempuan siap call kawan dia, bagi tau dia sedang dibawa lari penculik....kes kat Klang tu...last last, rupa rupanya gi merendek dengan boyfren..

 
Ini lagi satu kes baru, yang viral dalam minggu ni....buang masa polis, buang masa netizen aja...

Tuesday, February 23, 2016

Jadi MB Lagi Penat Kot.

Sejujurnya, aku penat.

Sejujurnya, aku penat.
Aku amat bersyukur dgn kerja yg ada sekarang ni.
Tak penat fizikal pun, serius. Tak berpanas, tak perlu bancuh simen, tak perlu berjalan sana sini, tak perlu angkat barang, tak perlu cuba menjual barang jumpa orang...semuanya ini, tak perlu.

Tapi aku penat.
Susah aku nak cakap apa yg aku penat.

Mungkin aku perlu buat benda lain.
Cari cabaran baru.
Terlalu lama berada dalam satu satu zon, bukan cara aku.
Lain orang lain caranya.
Ada yang boleh kekal dgn satu kerja / karier dari muda, sampailah ke pencen.




ps: sebenarnya gambar tu aku gunakan kat FB, masa sibuk kes Ahmad Bashah nak jadi MB...kahkahkah..dia kan suka " beri tumpuan " masa dalam upacara penting.

Monday, February 22, 2016

Lori Langgar 18 Biji Kereta

Orang Malaysia ni memang masih ramai yang takde sivik.
Paling teruk bila mereka mula pegang stereng.
Mungkin mereka orang yg baik, tapi bila capai stereng, perangai berubah 360 darjah.

Antara sikap teruk bila melibatkan memandu kenderaan, ialah perangai suka parking sana sini.
Parking asal boleh.
Tak peduli block orang ke, menyusahkan orang ke..

Ini gambar yang aku ambik 2 minggu lepas. Asal boleh aja parking macam tu.

Bila aku upload gambar tu kat FB, ada yg kata mungkin dah tak tahan nak berak kot / emergency.
Susah utk aku bersangka baik, sebab aku tahu kawasan ini. Takde public toilet, takde apa2 yg melibatkan emergency. Dan situasi macam ni mmg selalu sangat jadi. Nak sangka baik selalu pun dah tak mampu.

Bila aku baca berita INI  pagi ini, aku terfikir juga...
Mungkin kereta2 tu parking suka suka hati block jalan..
Mungkin driver lori tu dah puas menunggu & hon...
Maka ambik kau kena sondol....

Thursday, February 18, 2016

Aku Seorang Petani Bunga Kantan

Katakan ditakdirkan keadaan ekonomi gawat..
Dan kita takde kerja / di berhentikan kerja..
Apa yang nak kita buat?

- cuba cari kerja lain ( makan gaji) ?
- cuba buat kerja sendiri ( self- employed ) ?

Aku?
Aku akan memilih utk kerja sendiri.

Nak buat kerja apa?


Aku rasa aku akan bercucuk tanam. Jadi petani. Contohnya jadi penanam bunga kantan, atau limau nipis. 

Aku banyak tengok siri dokumentari tentang bidang penternakan..
Dan aku sendiri pernah melawat pusat ternakan ayam, kambing, lembu..
Kolam ternak ikan pun pernah..
Rasa rasanya, aku tak boleh buat bidang ternakan ini.
Aku lagi sanggup jadi petani kot.

Berbakti pada tanah. Dalam cempedak gergasi. Hahaha.


Kenapa aku kata aku tak boleh buat bidang penternakan?
Mungkin sebab susah utk aku sesuaikan diri dengan bau bauan dan bahan kumuh haiwan.
Mungkin sebab aku susah nak jaga hidupan yang bergerak ( berbanding pokok)

 
Mungkin jugak aku akan meniaga jual beger...


Jadinya..
Dah fikir korang nak buat apa?

Bunga kantan mahal kan?

Wednesday, February 17, 2016

MIRC

Kalau tanya budak budak Gen Y sekarang, korang tau tak apa mirc?
Mesti masing masing buat muka " whattt? "

Sedangkan Star Wars yang legend tu pun, ada budak2 gen Y kata " cerita apa tu?"
Hahaha..

mirc ialah sistem internet relay chat.


Aku dulu, zaman tu..mmg layan mirc.
Kah kah kah..
Biasa masuk channel #kampung   #mamak

Korang yang sebaya aku / muda 5-6 tahun dari aku, tak kan tak main mirc kot?
Aku check online, wujud lagi mirc ni rupa rupanya..boleh la download kepada yang nak...hahahaha...ni link nya: http://www.mirc.com

ASL pls...
:P

Tuesday, February 16, 2016

No Pork No Lard

Minggu lepas, heboh KPDNKK katanya nak ambil tindakan ke atas premis makanan yang mempamerkan tanda " No Pork " , atas alasan ianya mengelirukan umat Islam.

Berita No Pork
 
Kita semua akur, memang banyak premis makanan yg pamer tanda macam tu...

Ni salah satu restoren makanan Jepun di Shah Alam, dalam sebuah shopping mall ..

 Papan tanda warna putih tu tak jelas dalam gambar..ia tertulis No Pork No Lard

Pada aku la...beginilah..
Yang teramat penting ialah mendidik masyarakat Islam negara ini.
Beri pendidikan secara meluas tentang apa sebenarnya ERTI HALAL.
Bukan sahaja halal, tapi perlu juga TOYYIBAN.

Maaf cakap, memang ramai muka muka melayu yang masuk dlm premis macam dalam gambar tu..
Org Melayu mmg selera besar, makanan jepun, korea ..semua nak rasa. Tak caya tengok bila time lunch, ramai wanita melayu bertudung berbondong bondong makan.

Aku tengok pekerja yg menyediakan makanan tu pun dah ragu ragu.
Bukanlah ertinya kena / wajib ada tanda halal JAKIM tu..kita gi warung / kedai Melayu tepi jalan, mana ada logo halal JAKIM, ka?
Tapi amat sedih la, ramai Melayu hipster yg mungkin, mungkin masih jahil dan hanya tengok tanda No Pork.

Kena ada ilmu, dan aplikasikan ilmu.
Tak guna Gomen bertindak ke atas premis makanan ni, tapi rakyat masih jahil.
Premis makanan ni pun tak pernah letak pistol kat kepala orang Melayu utk mesti masuk makan ke kedai mereka. Pilihan ditangan masing2.

Monday, February 15, 2016

Escalators : A Hidden Trap

Minggu lepas, kanak kanak usia 4 tahun tersepit kaki di escalator di KL Sentral.
Putus sebahagian tapak kaki kiri dia.
Aku ada terima gambar keadaan kakinya menerusi whatsapp.
Aku tak sanggup nak publish kat blog ni.

DOSH akan mula operasi periksa eskelator


di kaitkan insiden kaki tersepit celah eskelator ni kalau guna kasut croc / seperti croc

Cara bagaimana boleh tersepit



Semalam aku sekeluarga gi mall.
Memang dah decided, no more slipar croc kalau ke mall / tempat ada eskelator.
Keduanya, educate anak anak.
Diri di tengah2 tangga, elakkan dari hampiri line kuning.
Jangan melompat2 / banyak bergerak masa diri atas eskelator.

Memang selama ni didik mereka tentang safety measures masa naik lif / eskelator. Agak sedih bila semalam kan weekend, mmg ramai orang ke shopping mall...masih ramai parents yg buat endah tak endah dgn anak2 kecil masing2 masa di eskelator..aku pulak yang naik risau tengok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...