Wednesday, October 5, 2016

Bersalin Di Marrybrown

Minggu lepas heboh kisah seorang wanita bersalin di restoren Marrybrown Amanjaya.
Senang aja, dipermudahkan bersalin wanita tu.
Alhamdullilah.

Yang aku rasa kelakar bila baca komen komen netizen..
Antara komen yang aku ingat:

" Dah tahu tarikh bersalin nya..pergi lagi ke situ makan"
" Malu la bersalin kat situ...takde privasi "
" Tahan la sikit...pergi ke hospital"

- Yang komen macam ni pulak orang perempuan.

Ikut laporan akhbar, wanita ni punya due date hujung bulan Oktober ni.
Dan ini anak kedua, anak pertama baru berusia 12 bulan. Ya, 12 bulan.

Walaupun aku lelaki, tapi sebab bidang tugas aku dulu pernah menjaga wad orang bersalin, dan pernah belajar ilmu orang mengandung bersalin, ni aku nak bagitau lah sikit kepada wanita yg komen macam tu:

- Nak bersalin ni, walaupun di bagi due date pada usia kandungan 40 minggu, tapi kalau baby nak keluar, anytime dia boleh keluar. Tak boleh di tahan tahan macam rasa nak berak tu. Kalau kepala baby dah terkeluar, dah tak boleh nak tahan tahan lagi. Dah takde rasa malu. Kalau baby keluar sebelum usia kandungan 37 minggu, itu dipanggil pre term delivery. Tarikh anytime antara 37 minggu ke 40 minggu, di panggil term pregnancy, iaitu baby kalau lahir dlm time frame ini, dah sihat, dah sedia dilahirkan. Baby yg lahir kat Marrybrown ni ialah term baby. Kebanyakkan wanita bersalin dlm tempoh ini, contohnya ada yg lahir masa 38 minggu, 39 minggu.

- Kalau baby lahir antara 28 - 37 minggu usia kandungan, kadar survival rate nya tinggi ( 8 dari 10 kelahiran macam ni baby nya sihat, takde kompikasi jangka panjang). Extreme premature delivery ialah yang lahir antara 22 - 28 minggu usia kandungan. Baby yang lahir dalam tempoh extreme premature ini selalunya alami banyak komplikasi, dan ramai yang tak boleh survive, kecuali mendapat rawatan yang terbaik dan komprehensif. 

Tu sebab, kalau dah masuk usia kandungan term pregnancy, para ibu mengandung & suami dah kena get ready anytime. Get ready maknanya kena rancang nak bersalin di mana, nak lalu jalan mana masa gi hospital. Dah plan tak pergi travel jauh jauh selagi boleh. Dah get ready beg persalinan simpan sentiasa dalam bonet kereta. Dan aku pernah baca dulu di FB, ada suami ni dah standby siap siap poster bertali bertulis " HARAP BERI LALUAN, ISTERI SAYA NAK BERSALIN". Dia simpan poster ni dalam kereta.Bila isterinya dah nak bersalin on the way ke hospital, dia akan gantung poster ni kat belakang kereta.  Nak bagitau betapa nya nak bersalin ni kadangkala tak boleh ditahan, ialah macam kes yang aku handle dulu...dah nak bersalin sangat, sampai ke hospital..wad bersalin tingkat 3. Masa naik lif nak ke wad bersalin, baby keluar. Penyudahnya kita sambut baby dalam lif ! 

Tak dapat dibayangkan kalau lah aku yang kena mengandung, kena bersalin...memang tabik spring lah kat mak aku, wife aku..dan semua wanita di luar sana.

41 comments:

  1. yg komen camtu2 tuh doc, msti lum penah ada anak kot doc...

    kalau sya lah, lg bagus kot, senang no nk bersalin, tak pyh la duk serah diri awal2 kt spital menahan skit... ni tgh2 mkn tup2 kuar hehehe...

    *lama doc tak menulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KY WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KY WITJAKSONO dengan senang hati KY WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor togel yang betul2 tembus dan uang gaib tanpa tumbal,silahkan hubungi KY WITJAKSONO di 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
      LEBIH LENGKAP KLIK=> PESUGIHAN TOGEL GAIB

      Delete
  2. Betullah... yg dah bersalin aje tahu.
    Mana boleh nak di tahan-tahan sayang ooi!. Kalau dah baby push dari dalam mak dia otomatik akan push baby keluar. Itulah kebesaran Allah.

    ReplyDelete
  3. Yang komen confirm bersalib ala ala senang gitu atau pun tak pernah bersalin.

    Btw welcome back doktor!!!!! Puas hati dapat baca entry doktor!

    ReplyDelete
  4. "HARAP BERI LALUAN, ISTERI SAYA NAK BERSALIN"

    hmm...bagus idea ni...;)

    ReplyDelete
  5. Tiga2 anak akak semua bersalin awal DZ..
    Mana tahu nak keluar awal..
    Senua ketentuan Allah kan..
    Alhamdulillah mudah dan sihat baby tu kan..

    DZ ni mmg nak tulis entri sebulan satu ye..๐Ÿ˜Š☺

    ReplyDelete
  6. sakit hati kalau baca komen mcm tu, dan yg komen pulak pompuan...tunggu la korang bersalin nanti mcm mne..

    ReplyDelete
  7. salam Doc..

    saya blm pernah merasa pengalaman bersalin..cuma keguguran (sekali).. dan saya tau rasa bila dah nak keluar tu mcm mana.. sakit & x blh tahan.. yang komen tu mungkin komen pakai jari jer.. x komen guna otak.. menaip sedap, tp effect yg dia taip tu dia x fikir... sabo jer la..

    ReplyDelete
  8. hahaha kelakarlah jugak kalau ada yg ingatkan bersalin ni boleh ditahan2. "eh kejap2, mak kat marybrown ni, mak nak makan ayam. ko hold situ dulu." :'DDD

    ReplyDelete
  9. Memang nak kena jaga-jaga bila dah sampai tempaoh bersalin ni. Takut juga jadi macam tu. Lepas ni kena ambil pengajaran dari kisah ni. Terima kasih doc!!.

    ReplyDelete
  10. Org perasan pndai komen camtu lah. Malu? Takde privasi? Dgr komen tu drp pmpn lg memalukan.

    ReplyDelete
  11. Kata malas nak update blog ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    Ada ke komen camtu. Mmglah doktor ada bg due date tp tak semestinya tepat. Anak aku yg 1st awal sebulan dr due date, mengelabah ko sbb tak expect nak terberanak awal. ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  12. Part terberanak macam ni ada jugak pompuan masih tak memahaminya..agaknya yg komen tu dia beranak, anak kluar ikut tingkap lain, boleh di set tarikh bila dia nak..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya keluar ikut tingkap jugak, tapi atas sebab2 emergency. X sempat nak tunggu hasben sign, sy yg sign sendiri.

      Delete
  13. ingat bersalin ni boleh tahan2 ker.. suka2 komen mcm tu.. huhu
    rezeki baby tu dapt sambut birthday free kt Mary Brown hingga umur 12 tahun... hihi

    ReplyDelete
  14. haaaa kan ...mcm ni tunaikan janji ... kih kih ...
    sikit lagi nak remove dr bloglist td ... hahaha
    org punya nak baca entry dia ... bubuh dia dlm bloglist senang nak tau entry terbaru dia plak tak mau tulis blog ... hamboi !!

    kalau nak tau spital ngan amanjaya mall tu dekat sangat ...belakang amanjaya mall tu je ... tp sebab dah sampai waktunya bukan nak boleh tahan-tahan.... alhamdulillah Allah mudahkan kelahiran tu ...
    yang tukang komen tu pun .... tak agak2 ... anak dara ke ...klu dah kawen ... jgn main sedap ckp sat gi Allah twist kat kita pulak baru tau ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaaa..ye ke dekat sangat spital dgn Amanjaya Mall tu....hahahaha

      Delete
  15. Salam DZ. Pengalaman bersalin ni berbeza2 . Tapi for KA untk ketiga2 kelahiran cukup mudah, Tak leh nak tahan2 dah. Push sekali keluar dah. He3..

    ReplyDelete
  16. yang komen camtu tak pernah bersalin kot doc. nice artikel

    ReplyDelete
  17. Malulah pulak, perempuan yang komen ya!

    Itu mesti tak pernah melalui pengalaman bersalin ni. Main ikut sedap mulut aje menaip komen!

    Kalau dah sakit nak bersalin tu, kira boleh fikir lagi ke malu ke tidak! Ish,ish, ish...

    ReplyDelete
  18. tq for the explanation...baru faham..anak saudara sy lahir pre-mature, masa lahir berat cuma 700g je, Alhamdulillah, survive, dh umur 12 tahun tapi tak brp normal mcm kanak2 lain, masuk kategori OKU..

    ReplyDelete
  19. Biasalah facebook.... pengomennya selalu 'sembang kencang'

    ReplyDelete
  20. Baca gak komen-komen kat situ. Rasa menyirap jer. Nak bersalin kat habib jewel lah. Kot dapat barang kemas percuma. Nak bersalin kat KFC. Boleh dibuat main pulak citer pasal bersalin. Mana boleh tahan kalau baby dah nak kluar sangat. Macam kes saya... dalam keta keluarnya. Cuma tak keluar paper jer ☺☺

    ReplyDelete
  21. aduh..kalau boleh ditahan2 saya pilih hari gaji je untuk bersalin..hahahah

    ReplyDelete
  22. baru kenal fb kot org yg mengomen tu. org komen dia pon nak komen. sudahnya, terserlah "kepandaian" sendiri hihi

    ReplyDelete
  23. Mungkin orang yang komen negatif macam tu belum pernah merasai pengalaman mengandung dan bersalin..

    ReplyDelete
  24. Salam Sdra Daddy Ziyyad. Sebenarnya saya sampai ke blog tuan ni selepas menggoogle tempat makan kat Taiping (insyaAllah kami nak ke sana hujung minggu ni kerana mencari kenalan yg lama terpisah). Sampai ke posting tuan yg dibuat 3 tahun lepas, sangat informative dan berguna. Terima kasih. Harap teruskan berblogging. Jangan risau pasal lama tak buat posting... macam saya dulu, rajin menulis. Sekarang ni sebulan sekali pun susah.

    ReplyDelete
  25. anak akak yg nombor 2 lahir kat rumah...(anak husband actually)...ibu dia bersalin sambil sebelah tangan lagi pegang botol susu untuk anak nombor 1 sebab taknak bagi anak tu menangis.....husband kerja tak sempat sampai rumah.

    sorang cikgu akak plk bersalin dalam kereta...anak nombor 2 juga rasanya...suami yg sambut.

    kadang proses bersalin ni jadi mudah dan sangat cepat....bukan boleh nak timing2...

    ReplyDelete
  26. yg komen tu mostly x kawen lg kot hehehe pandai je nk kecam org kannn

    ReplyDelete
  27. btw br sempat jenguk kat sini ;-)

    ReplyDelete
  28. Lama x mai sini.. Alhamdulillah bila Allah berikan dia senang bsalin.. Ada juga yg pertikaiknnya yee..

    ReplyDelete
  29. wah..ni ke gambar baby tu? comel siotttt!!baby marry brown

    ReplyDelete
  30. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  31. baiklah. pengajaran untuk saya get ready walaupun baru 18 minggu lebih. terima kasih atas peringatan macam ni :D

    ReplyDelete
  32. My gegirl keluarnya awal 10 hari.. Apaknya tak sempat balik nak witness.. Ada kawan tu, 2x bersalin dlm kereta rasanya sbb mmg jenis tak dpt tahan2.. Alhamdulillah sgt sbb senang, ada yg 2 hari menahan kesakitan baby tak keluar2. Semua tu kuasa Allah kan.. Rezeki masing2.

    ReplyDelete
  33. tak perlu komen sampai macam tu...dia belum kena batang hidung sendiri,,
    ada orang sakit berjam-jam,,berhari-baru melahirkan...ada orang sakit 10 minit..baby dah keluar..

    ReplyDelete
  34. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  35. bodoh yang komen macam tu. sakit hati puulak baca komen tu

    ReplyDelete
  36. mana dr pergi? lama menghilang.. sihat tak? sakit ker? atau kenapa.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...