Tuesday, March 1, 2016

Subsidi Tepung Gandum 25 kilo Di Tarik.

Harga tepung gandum dalam guni 25kg, telah di tarik subsidi nya hari ini.
BACA BERITA INI

Macam biasa, dijangka harga makanan berasaskan tepung gandum seperti roti canai & mee akan naik.
Macam biasa, restoren mamak lah yg paling cekap akan naik kan harga.
Ajaibnya, hari ini juga, 1 Mac 2016, harga RON95 dah turun kepada RM1.60 seliter. Adakah restoren mamak secekap itu juga turunkan harga makanan & minuman mereka?

Macam biasa, bila mommy nya busy dengan bisnes, daddy nya akan order macam macam kat kedai mamak. Harapnya mamak kat area rumah ni dapat menyerap kos harga tepong gandum tu. Kalau tak, kita boikot makan roti canai dia. Kita makan nasik lemak..kahkahkah.

Dont do this at mamak's place ! Hahaha. Sure marah mamak tu. Mamak kan berkira, tak leh bawak outside food. Ni kat kedai melayu dekat klinik aku, Port biasa aku melepak. Order air, biskut Jacob kita bawak sendiri. Jimat, dan menyihatkan...kahkahkah.



Mak yang ini bagitau pagi tadi kat FB aku, makan maggi kat mamak tak terjejas harganya....

 Makanan ruji budak ni kalau gi mamak. Kalau tak dihalang, setiap kali ziarah mamak, maggi goreng la dia nak. Harga maggi goreng pun aku rasa akan naik la. Sebab ianya diperbuat dari tepung kan mee nya.



Sebenarnya, paling bagos kita masak sendiri la kan...tu semua orang tau..
Tapi bila ada kekangan tukang masak outstation/ busy ( macam kes aku, wife ada urusan), maka memang tak dapat la nak sediakan makanan kat rumah. Faktor takde masa + malas + tak geti masak. So sabar aja la bayar bil.

26 comments:

  1. hehehe...apa pun kiter tetap nak yg terbaik untuk anak-anak dan keluarga kan doktor~ ;)
    nak komen ape pun blur lepas tgk meggi tuh! grrr~

    ReplyDelete
  2. Hmm...
    Apalah lg yg akan naik agaknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejam sungguh. semua bende nak naikkan harga.. Malaysia boleh!

      Delete
  3. di turunkan harga minyak di naikkan harga lain... bagussss

    ReplyDelete
  4. Terima kasih selalu singgah dalam ruang komen kakak.
    Tpt akak yg bukan duk bandar ni pun harga kat warong2 pun naik harga...juga roti canai cenonet je tak berbanding harga.

    ReplyDelete
  5. Harga minyak diturunkan selaras harga minyak dunia doc. Tapi tengoknya harga makanan tak adanya nak turun. Tambahan pulak subsidi tepung ditarik, pastinya rakyat marhaenlah yg tertekan.

    ReplyDelete
  6. harga minyak turun, harga makanan/barangan takdenya nak turun tapi kalo harga minyak naik kemain lagi cecepat naik harga makanan/barangan seiring peningkatan kos katerrrnyaaa..

    ReplyDelete
  7. I see happiness in all those pics.
    keep it up.

    Nak like gambar mkn biskut cicah milo tu.

    ReplyDelete
  8. X heran doh..hari hari rege naik..
    Xpe lepas ni mommy train hero hero masak untuk daddy..xyah gi mamak wokey

    ReplyDelete
  9. X heran doh..hari hari rege naik..
    Xpe lepas ni mommy train hero hero masak untuk daddy..xyah gi mamak wokey

    ReplyDelete
  10. emm turun la byk mana pun harha minyak..harga makan dok tera tu..bola harga minyak naik tup2 harga brg n makanan naik..bahagia sgt rasanya.hahaha..

    bawak2 la belajar masak.hehe

    ReplyDelete
  11. Salam... Biasalah doktor, kalau isteri x busy pun kdg2 nk jugak ziarah kedai kat luar tu. ekeke..

    Eh LM selamber je angkut mihun jual tepi jln tu mkn kedai mamak.ank nk tosei mak pak. Nk mihun. Maka, tumpang mkn kat meja mamak. Tp make sure sampah kena angkut bw balik. Klu tak sabtu dpn mmg mamak x bg LM sarapan situ lg kot?paling sadis order air panas pastu bw green tea dr umah . Kluarkan kotak grean tea dr handbag. Ahaha LM selalu buat gitu

    ReplyDelete
  12. Maggi cukup sedap time takda makanan kat rumah...

    ReplyDelete
  13. kat ofis aku nescafe ais rm3.80 segelas...

    ok, takde kena mengena ngan entry ko, tapi tetap nak bagitau...hahaha...

    ok bai!

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum ...biasa la sesekali bila org rumah x ada terpaksalah bawa ke kedai mkn...sbb lebih senang...:)

    ReplyDelete
  15. Dari ptg tadi teringin nak makan biskut cicah air....wallah ngences aunty ni Ziyyad weyh.....

    Esok cer test ulang tayang makan roti canai ngan maggi goreng. Kalau harga naik, tengahari esok jugak kita boikot besar besaran.

    Bawak bawaklah bersabar, sementara wife nak mengembangkan bisnes tu, tak lama lagi boleh berhenti kerja jadi cashier cafe macaron hihi

    ReplyDelete
  16. Bunda ada tag DZ jom tengok kat blog bunda...

    ReplyDelete
  17. Dahla tu doc, bwk2 bertobat dari perabih duit kt kedai mamak tu, dahla tak bersih, mahal plak tu.

    ReplyDelete
  18. harap tak naik la harga brg2. kalau turun tu mcm mustahil (ekeke), tapi kalau harga statik tu dh kira cukup baik.

    ReplyDelete
  19. sekarang ni harga makanan pon dah cukup membebankan...kalau naik lagi tak tau la cam mana Doc...pada yg mampu takpa la jugak kan...cuma pada yg susah tu bagaimana la cara diorang nak survive...sedih kalau di pikir2

    ReplyDelete
  20. Lepas ni harga kuih naik baliklah. Makin susah nak dapat kuih harga murah macam ni doc.

    ReplyDelete
  21. tule ...subsidi tepung ditarik...agak2 ade potensi tak lepas ni gula, minyak, beras..aduhh ape nak jadi laa ngan malaysia nie...rakyat sengsara di negara sendiri....

    hahahhahaha doc, same laaa...wajib order megi goreng kalo pi mamak...takleh laa tak order...dah mcm signiture dish gituu ekekeekekek

    ReplyDelete
  22. Apa daya kita doc...hadap jer lah...order dah tu bayar..abis kuat pun masa bayar ckp kat cashier tu...mahalllllnyaaaa....

    ReplyDelete
  23. Saya kenalah redhakan sebab kalau saya komplen pun ibarat meludah ke langit aje. Saya yang tak busy pun dapur jarang berasap ^_^ Makanya kalau harga makanan naik lagi, saya urut dada ajelah, insaf tak juga!

    ReplyDelete
  24. I have to voice my passion for your kindness giving support to those people that should have guidance on this important matter. | kutil kemaluan | kutil kemaluan | kutil kemaluan | kutil kemaluan | kutil kemaluan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...