Thursday, February 25, 2016

Siapa Dia Bakal Laki Kau? Majisteret? Lawyer?





Dari satu sudut, aku katakan perempuan ni materialistik.
Dari satu sudut yang lain, perempuan ni bersifat realistik.

Cinta sahaja tak boleh bayar bil & beli rumah.
Cinta sahaja tak boleh bawa family melancong selalu..

Namun...
Duit sahaja tak boleh jamin bahagia..
Duit sahaja tak boleh jamin ceria..

Maka utk menjadi seimbang..
Jujurnya,bagi aku la..
Di zaman serba mencabar ini..
Perlu ada materialistik + realistik.

28 comments:

  1. Tak payahlah pilih perempuan macam ini...

    Ramai yg tak tahu gaji lori driver kisahnya.
    Driver lory sykt kakak kerja kami bayar RM3.5K tak termasuk elaun lain (kedatangan/petrol) dan elaun kalau pergi lebih dari satu location. Every extra location we add RM50/-. Kira ajelah kalau sehari pergi 4-5 tempat. Sebulan?

    Itupun malam dia jual burger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhhh...nak pencen designer jadi drebar lori pulaklah...

      Delete
  2. benda ni dari zaman dulu lagi pun sebenarnya
    orang mudah pandang luaran sesorang
    macam seorang kenalan saya, hanya meniaga ikan di pasar
    pernah dihina pekerjaan dia kotor dan menjijikkan
    tapi poket dia tiap2 hari berkepuk duit 20k!

    akhir bertemu juga dengan jodoh yang boleh terima dia seadanya
    sekarang sama2 dok jual ikan kat pasar

    ReplyDelete
  3. susah nak akta tapi nampak benar kebodohan nyer disitu sebab tak matang langsung ..huhuuu

    ReplyDelete
  4. Baru tahu gaji driver lori banyak.
    Perempuan buat macam ni nak jaga keselamatan di kemudian hari agaknya doc.

    ReplyDelete
  5. Mate + realistic = matematik + realistik.

    Kih3.

    ReplyDelete
  6. hahaha...tekojut beruk terus...siap suh masuk minang yg tak tahan tu :p

    ReplyDelete
  7. tp kan doc dr ayat2 perempuan tuh... dia seorang yg materialistik lebih...

    hahahha...

    ReplyDelete
  8. jgn pandang abang2 driver ni.
    gaji kalah yang keje executive

    ReplyDelete
  9. Haha..nampaknya hari ni kita sentuh isu yg sama dalam blog kita...
    Saya teringat seorang sepupu sebelah isteri, pada mula keluarga tidak restui hubungan mereka kerana suaminya cuma seorang pegawai keselamatan di sebuah IPTA. Bila dah lebih 5 tahun kahwin baru keluarga sebelah wanita terima menantu lelaki mereka selepas nampak dia lebih boleh diharap dari anak-anak lelaki mereka sendiri. Kini dia mampu sediakan kepada keluarganya lebih dari yang dijangka - dia ada 2 kereta dan mampu miliki sebuah rumah semi-detached dan dusun buah-buahan. Segala-galanya kerana kerajinan dia kerja, ringan tulang dan rajin berusaha walau cuma seorang pegawai keselamatan...

    ReplyDelete
  10. drever lori tak glemer,tak pakai tali leher,tak keje dalam ekon..tu yg minah tu tak percaya..

    ReplyDelete
  11. pecah perut baca...
    nampak sangat mata duitan

    ReplyDelete
  12. Sama pulak entri DZ dgn JR..
    Baru balik singgah blog JR..
    Tengok sini pun sama jugak..

    Tu lah nampak sangat duit yg dikejar hari ini DZ..
    Kalau ko tak berduit..
    Booo layan lah or selamat tinggal..
    Aduhai..

    ReplyDelete
  13. tapi serius aku agree dgn ko...untuk bahagia, bukan hanya bersandar cinta semata2...zaman sekarang perlukan duit...dah banyak kes cerai kalau tengok ranking masalah kewangan adalah punca tertinggi selain ada orang ketiga...

    lelaki perlu usaha lebih lagi...tapi yang dalam wasap ni nampak sgt materialistiknya...hahaha..

    ReplyDelete
  14. Banyaknya stik stik ... jap-jap nak pakai lipstick baru boleh komen..

    ReplyDelete
  15. Materialistik + materialistik tengok keadaan tapi kalau tak mahu pun jangan sampai menghina. Contohnya... Saya kerja petani je tapi yg kita tak tau dia bertani tanam cili berpuluh ekar...

    ReplyDelete
  16. realistik la jugak.2k je dia mitak kot..bukan byk..tp nak ke isteri yg tak berapa bijak..org bijak tahu kot gaji dreba ni memamg mahal.haha.smp gaji dreber pun dia tak tahu..teruk betul.tu la kan jangan pandang lekeh pada pekerjaan org..hehe

    pada sy la kan..tak kisah la gaji dreba besar mana pun..klu slalu kena tinggal tak mahu la.biar gaji tak byk tp cukup kasih syg.hahaha.(biasanya kerja dreba ni kan kurang masa dirumah)

    ReplyDelete
  17. materialistik + realistik, jadilah materealistik balik (ejaan lain sikit. hahaha)

    teringat kat tempat kerja lama sy dulu.. ada technician kontrak. ditinggalkan gfnya sbb mak bapak dah cari calon lain yg lagi stabil. walaupun bdk lelaki tu baik kot. so mmg ye lah orang la ni lebih realistik dgn kos sara hidup tingginya lg dll.

    setuju dgn pn kutu. driver lori yg bwk jauh2 biasanya selalu tinggalkan family berhari2. gaji banyak pun tapi selalu tak de apa lah maknanya.

    ReplyDelete
  18. ada pro n cons pasal ni. dgn cinta saja tak boleh beli ikan dipasar atau beli pampers anak di pasaraya. Tapi dgn duit juga tak menjamin perkahwinan itu kekal sampai mati. susah nk ckp. hidup ni kena balance, cinta dan duit. terlebih atau terkurang salah satu, akan timbul isu dan masalah. dan kekuatan kita ialah, mcm mana kita nak handle masalah2 tu?

    cuma kalau saya jadi lelaki tu, saya tak akan pilih dia. pompuan tu terus setuju nak terima dia bila tgk gaji 4k. in case diaorg kawen, tetiba lelaki tu eksiden, sakit dan tak boleh kerja, agak2 pompuan tu boleh bertahan tak hidup dgn dia? atau pompuan tu akan mntak cerai?

    so, tuhan dah tunjuk awal2 dah sikap dia, yg bagusnya pompuan ni jenis tak berlakon, dia terus terang yg dia mmg pentingkan duit sbb nak survive. kalau jenis yg berlakon tu lg parah. jadi, lelaki...korg ada 9 akal kan...fikir2 kan lah. kawen lambat sket takpe, asalkan berkekalan. jodoh tu kan rahsia tuhan.

    pjg pulak saya komen...hihi.

    ReplyDelete
  19. saya setuju. takde duit susah banyak duit pun susah ... inilah hidup...huhuhu

    ReplyDelete
  20. pekerja syarikat ky, driver van kilang..gaji kami bayar termasuk elaun dan ot tak mati 2.5k sebulan. ada caruman kwsp, socso dll. banyak masa lapang boleh uruskan anak2 sekolah lagi. kerja hanya sekali pagi, petang dan malam..

    ReplyDelete
  21. Setuju.....harap harap dapatlah menantu yg beragama dan bergaji banyak hihi... Serupa mertua hantu ni hihi....

    ReplyDelete
  22. Betul tu, DZ zaman sekarang mesti nak realistik sikit. Cinta saja memang tak boleh bertahan lama. Kalau semua mampu dibeli dengan duit pun belum tentu bahagia.

    ReplyDelete
  23. perrgghh! siap save no as "future wife" tu .. tak tahan...

    ReplyDelete
  24. mula2 baca entry ni, ingatkan tu whatsapp doc.. (dalam diam rupanya ada scandal. hehe). tapi bile baca tang driver lori tu, sure bukan doc.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...