Tuesday, February 16, 2016

No Pork No Lard

Minggu lepas, heboh KPDNKK katanya nak ambil tindakan ke atas premis makanan yang mempamerkan tanda " No Pork " , atas alasan ianya mengelirukan umat Islam.

Berita No Pork
 
Kita semua akur, memang banyak premis makanan yg pamer tanda macam tu...

Ni salah satu restoren makanan Jepun di Shah Alam, dalam sebuah shopping mall ..

 Papan tanda warna putih tu tak jelas dalam gambar..ia tertulis No Pork No Lard

Pada aku la...beginilah..
Yang teramat penting ialah mendidik masyarakat Islam negara ini.
Beri pendidikan secara meluas tentang apa sebenarnya ERTI HALAL.
Bukan sahaja halal, tapi perlu juga TOYYIBAN.

Maaf cakap, memang ramai muka muka melayu yang masuk dlm premis macam dalam gambar tu..
Org Melayu mmg selera besar, makanan jepun, korea ..semua nak rasa. Tak caya tengok bila time lunch, ramai wanita melayu bertudung berbondong bondong makan.

Aku tengok pekerja yg menyediakan makanan tu pun dah ragu ragu.
Bukanlah ertinya kena / wajib ada tanda halal JAKIM tu..kita gi warung / kedai Melayu tepi jalan, mana ada logo halal JAKIM, ka?
Tapi amat sedih la, ramai Melayu hipster yg mungkin, mungkin masih jahil dan hanya tengok tanda No Pork.

Kena ada ilmu, dan aplikasikan ilmu.
Tak guna Gomen bertindak ke atas premis makanan ni, tapi rakyat masih jahil.
Premis makanan ni pun tak pernah letak pistol kat kepala orang Melayu utk mesti masuk makan ke kedai mereka. Pilihan ditangan masing2.

30 comments:

  1. KAMI memang biase avoid makan2 yg was-was nie..memang tertulis no pork tapi jenis penyediaan nyer? org nyer pekerja nyer? hmmmm...

    ReplyDelete
  2. pilihan byk
    pilih la yang betul
    Allah dah kurniakan akal dan pancaindera yang cukup, insyaAllah

    ReplyDelete
  3. betul tu saya pon larang anak2 beli makanan segera kat kedai2 gini...tapi anak2 macam keliru sebab ramai je orang2 melayu pi beli kat tempat yg sama...kene la terangkan panjang lebar sikit baru la diorang paham...

    ReplyDelete
  4. Mencari yg halal itu fardu tu DZ..
    Kenapa masih lagi teringin nak makan2 benda yg kita was-was halalnya..
    Walaupun tidak disediakan Fork.. adakah penyediaannya halal.. ayam tu disembelih ke..
    Aduhai kena ada ilmu yg perlu dipelajari oleh rakyat Malaysia ni..

    ReplyDelete
  5. memang tak la masuk kedai yang camni..
    no pork takde bab* tapi alkohol?
    and betul tu doc..ramai jer melayu makan kedai camni..

    ReplyDelete
  6. Sekarang dia orang tak tulis "Pork Free" lagi, ya?

    Kakcik selalu cakap kat anak-anak : 'itu tandanya dapat khinzir percuma'...hehehe...

    Entahlah, kakcik pun tak faham kenapa kita ni mudah sangat terbuka selera dengan sesuatu yang diragui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu doc.. saya setuju..

      btw.. apa maksud "melayu hipster" ? hahahha

      Delete
  7. makan kat rumah, bawa bekal ke opis lagi selamat kan. kadang2 teringin juga nak pergi kedai2 mcm ni tp status halalnya diragui. memang idaklah masuk

    ReplyDelete
  8. Artikel ni terus masuk di otak julia...yes, sangat2 takut sekarang nak masuk restoren yang tak ada logo JAKIM yang ori...lepas ni kena lebih hati2....

    (saya follow dah blog anda, terima kasih rajin komen di blog julia)

    ReplyDelete
  9. Betul la Doc..berbondong bondong akk tgk budak melayu mkn kat ada satu kedai laksa kat sebelah opis akk ni "Ah Cheng" Laksa katanya...bau kuahnya pu akk rasa loya..nama pun dah pure chayanunalif...akk jeling2 jgak kat premis tu tanda halal...non ado nampaknya...

    ReplyDelete
  10. Kata kawan saya masa duduk di Jepun dulu lagi senang. Boleh makan, makan. Tak boleh makan, tak sentuh langsung. Takdalah macam di negara sendiri, semua pun bantai janji 'no pork, no lard'. Saya pernah pergi satu restoran dulu sebab teruja tengok ramai orang makan di sana. Masuk-masuk, tengok Melayu sikit punya ramai. Tiba-tiba dah ambil port makan baik punya nampak pulak bar jual alcohol. Teruslah keluar tinggalkan menu atas meja!

    ReplyDelete
  11. aku mmg takan masuk kedai korea, jepun ke ape ...aku ni kampung sgt tak lalu nk mkn mknan cam tu ...

    tapi mmg betui .... org islam org kita yg kena alert yg mana haram yg mana halal ... tu la bila kurang iman ... dok ingat babi je haram ... bila tulis no pork dah konpiden sgt tak haram

    ReplyDelete
  12. Apa pun kalau diragui walaupun halal akan jatuh haram jadinya
    Jadi ilmu kena ada baru mudah walau tak ada tanda halal macam warung tepi jalan.

    ReplyDelete
  13. Cari resepi masak sniri.
    Gugel kan ada...
    Hehe..

    ReplyDelete
  14. saye tak akan masuk walopon tulis pork free.

    husband saya lagila. Memilih bab makan ni.

    ReplyDelete
  15. Saya takkan makan di tempat yang nampak macam best tapi meragukan.. lagipun tekak anak2 tekak kampung, nak makan nasi.. jadi makan nasi lagi kenyang, lepas tu makan pun di tempat yang biasa kami makan, itu lagi selamat.. nak lagi selamat, makan dekat rumah, hubby yang masakkan.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  16. kadang2 kek pun ada yang diletak arak as ingredient, jadi memang kena betul2 tengok kat mana beli makanan tu. menjawab komen eye_nee kat atas, tak silap sy ah cheng laksa adalah halal dan ada sijil halal jakim. kedainya pun bersih dan banyak cawangan.

    ReplyDelete
  17. Memang ramai yang jenis tak kisah... gaya hidup masa kini...
    tapi jangan tak tau doc.. ada orang ingat daging babi je tak boleh makan... hati... tulang.. lidah.. semua ok..

    Ada orang pernah tanya anak makchaq.."pork free tu depa bagi pork percuma ke?".. baguih la kalau dia ingat macam tu... memang dia tak kan masuk la.. ingat dapat free sepinggan pork..

    ReplyDelete
  18. moga diperketatkan lagi isu kedai makan Halal ni kan..

    ReplyDelete
  19. bukan selera besar.. tapi terfikir, penat2 bekerja baik layan perut sendiri...nasib baik penggemar tegar makanan melayu je,.. tapi risau gak dengan masakan bersantan hari2...

    ReplyDelete
  20. Mencari yg halal itu fardhu, mencari ilmu itu wajib, sayangnya brp ramai yg sedar, asal perut kenyang.

    Kedai mamak pun kena alert, kebersihan sgt menyedihkan, tapi yg pelik ramai je org dtg mkn, org melayu jgn cakaplah.

    ReplyDelete
  21. Itulah susah nak makan walau kat negeri sendiri kan...kat foodcourts pun kna hati hati..yang hidang dan layan tu indon bertudung..tapi ada setengah tu lauknya di masak di luar..di bawak ke situ...hu..uu

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. agreed doktor..banyak lagi tempat makan yang ada. yang tulis no pork juga nak pi makan pasaipa. pi la cari tempat makan yang sah sah nama melayu. owner melayu, pekerja melayu. senang crita. nak makan pun tak ralat kan? depa untung bayaq gak zakat(harap2 la)..

    ReplyDelete
  26. Tulah kan....insyaallahlah selagi tak darurat, cari yg ada halal Jakim lebih yakin kot...

    Tulah kan kekadang pelik jugak tengok manusia ni, moden sangatlah kononnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...