Saturday, December 24, 2016

Short Vs Long Vacation

Cuti sekolah akhir tahun hampir ke penghujungnya..
Rasa kejap sangat kan...

Percutian terkini, sebulan yang lepas .
- Cherating - Kuantan 2016 -


Kalau sebelum ni, aku amalkan konsep " kerja - kerja - kerja dan kerja...lepas tu baru bercuti panjang", utk tahun 2017 aku berazam nak cuba amalkan konsep " kerja - cuti pendek"

Maksudnya, mungkin setiap 1 atau 2 bulan sekali, aku akan cuba bawak famili pergi a short vacation.
Sebab bila makin berusia ni, aku perlu luang masa dengan lebih kerap dengan famili.  Umur kita pun tak tahu sampai bila, kan? So guna kan rezeki umur, kesihatan & material yg ada, luang masa dengan famili sekerap mungkin.

Ya, ini lah salah satu azam 2017 aku. 
Untuk kerap bercuti dengan famili. ;) 

Wednesday, October 5, 2016

Bersalin Di Marrybrown

Minggu lepas heboh kisah seorang wanita bersalin di restoren Marrybrown Amanjaya.
Senang aja, dipermudahkan bersalin wanita tu.
Alhamdullilah.

Yang aku rasa kelakar bila baca komen komen netizen..
Antara komen yang aku ingat:

" Dah tahu tarikh bersalin nya..pergi lagi ke situ makan"
" Malu la bersalin kat situ...takde privasi "
" Tahan la sikit...pergi ke hospital"

- Yang komen macam ni pulak orang perempuan.

Ikut laporan akhbar, wanita ni punya due date hujung bulan Oktober ni.
Dan ini anak kedua, anak pertama baru berusia 12 bulan. Ya, 12 bulan.

Walaupun aku lelaki, tapi sebab bidang tugas aku dulu pernah menjaga wad orang bersalin, dan pernah belajar ilmu orang mengandung bersalin, ni aku nak bagitau lah sikit kepada wanita yg komen macam tu:

- Nak bersalin ni, walaupun di bagi due date pada usia kandungan 40 minggu, tapi kalau baby nak keluar, anytime dia boleh keluar. Tak boleh di tahan tahan macam rasa nak berak tu. Kalau kepala baby dah terkeluar, dah tak boleh nak tahan tahan lagi. Dah takde rasa malu. Kalau baby keluar sebelum usia kandungan 37 minggu, itu dipanggil pre term delivery. Tarikh anytime antara 37 minggu ke 40 minggu, di panggil term pregnancy, iaitu baby kalau lahir dlm time frame ini, dah sihat, dah sedia dilahirkan. Baby yg lahir kat Marrybrown ni ialah term baby. Kebanyakkan wanita bersalin dlm tempoh ini, contohnya ada yg lahir masa 38 minggu, 39 minggu.

- Kalau baby lahir antara 28 - 37 minggu usia kandungan, kadar survival rate nya tinggi ( 8 dari 10 kelahiran macam ni baby nya sihat, takde kompikasi jangka panjang). Extreme premature delivery ialah yang lahir antara 22 - 28 minggu usia kandungan. Baby yang lahir dalam tempoh extreme premature ini selalunya alami banyak komplikasi, dan ramai yang tak boleh survive, kecuali mendapat rawatan yang terbaik dan komprehensif. 

Tu sebab, kalau dah masuk usia kandungan term pregnancy, para ibu mengandung & suami dah kena get ready anytime. Get ready maknanya kena rancang nak bersalin di mana, nak lalu jalan mana masa gi hospital. Dah plan tak pergi travel jauh jauh selagi boleh. Dah get ready beg persalinan simpan sentiasa dalam bonet kereta. Dan aku pernah baca dulu di FB, ada suami ni dah standby siap siap poster bertali bertulis " HARAP BERI LALUAN, ISTERI SAYA NAK BERSALIN". Dia simpan poster ni dalam kereta.Bila isterinya dah nak bersalin on the way ke hospital, dia akan gantung poster ni kat belakang kereta.  Nak bagitau betapa nya nak bersalin ni kadangkala tak boleh ditahan, ialah macam kes yang aku handle dulu...dah nak bersalin sangat, sampai ke hospital..wad bersalin tingkat 3. Masa naik lif nak ke wad bersalin, baby keluar. Penyudahnya kita sambut baby dalam lif ! 

Tak dapat dibayangkan kalau lah aku yang kena mengandung, kena bersalin...memang tabik spring lah kat mak aku, wife aku..dan semua wanita di luar sana.

Thursday, September 15, 2016

Kabali

Sebenarnya, rasa sayang nak stop ber blog ni.
Walaupun dah dekat 3 bulan stop menulis...
Pagi ni datang seru menulis, kita tulis la...kihkihkih



Tu gambar sebulan yang lalu..
Dulu memang pernah bercita cita nak kerja di hospital kemeren..
Tapi tak kesampaian..
Takpa la...kita tetap gigih naik kemeren walaupun tak kerja kat situ...kihkihkih
Sekarang ni pasang niat nak buat banglo kecik kat kemeren..
Kononnya nak retire kat kemeren...hahahha...
Takpa, niat kena ada. Kita usaha.

Tuesday, June 7, 2016

Resepi Lauk Mudah Tapi Sedap Sepanjang Ramadan


Hahaha..
Ni sebenarnya entry kajian / social experiment.
Nak tengok ramai tak yg klik entry ni, lepas baca TAJUK.
Al maklumlah, sekarang kan Ramadan..kikiki..
Jangan marahhh aaaa....tengah puasa tu...


Gambar tu ialah 3 orang budak yg gigih puasa.
Ziyyad, 8 tahun...duduk tengah...semalam puasa penuh.
Zayyan, 5 tahun, sebelah kiri Ziyyad...puasa for the 1st time, semalam buka pukul 1pm.
Ikram, 7 tahun, baju merah, sepupu Ziyyad & Zayyan,  semalam puasa penuh. Tahun lepas pun full puasa sebulan..good boy. Dia makan sahur dah 2 hari ni, aku tengok...mmg berselera...tu pasal dia lagi besar dan sado dari Ziyyad..hahaha..

Thursday, June 2, 2016

Ramadan Datang Lagi, Insya Allah

Insya Allah, lagi 3 hari kita akan menyambut Ramadan...
Banyak kan berdoa moga kita dipilih Allah utk dapat bertemu dgn bulan Ramadan...sebab usia kita ni anytime boleh terhenti, contohnya yang paling terkini, ialah kematian Menantu Timbalan PM semalam.



Tahun tahun terdahulu, kalau Ramadan, memang macam tu la stok freezer kami kat rumah..keh keh keh...buat stok kuih muih...

Tahun ni, tak buat dah..
Sebab Ramadan tahun ni, akan terus sambung style clean eating..
Makna nya tetap kena cut down sugar / fat dalam diet.
Sedang merencana menu berbuka & sahur yang sesuai...
Segala jenis ikan / ayam yg boleh di grill / buat sup / rebus / steam / goreng sikit minyak...
Mungkin akan makan la kuih muih, cuma tak la gigih buat stok macam dulu...bila nak rasa, beli la sikit...atau bila balik rumah mertua / parents, memang akan ada pelbagai jenis juadah termasuk kuih muih.

Target sepanjang Ramadan nak buang 3kg...tak mau letak target lebih lebih, sebab nak work out pun tak sangat ( membership gym pun aku freeze kan sebulan di bulan puasa ni). ..Tahun lepas, dgn gaya makan tak clean, hilang 2.5kg..hahahaha....

Kena hilangkan banyak kilo, sebab masuk Raya ada risiko tambah 1-2 kg dengan mudah..hahaha..

Selamat menyambut Ramadan !!

Wednesday, June 1, 2016

Cuti Sekolah Jalan Jalan Putrajaya Jerr..kahkahkah

Cukuplah 2 bulan 3 minggu tak update blog..kihkihkih..
Sebelum blog ni berkubur, aku gigihkan diri update..dengan semangat baru..kononnya...hahaha..sempena 1 Jun hari ni..


Sekarang cuti sekolah..
Dan aku jarang plan awal / booking awal mana mana hotel utk cuti sekolah..
Rate utk hotel / resort tahap 3 bintang pun aku tanya kelmarin, average RM350, dan ke atas..
Tu la rate utk kat Cameron Highlands/ Terengganu / Penang..homestay pun sama, samada fully booked atau rate mahal...
So, dah terbayang sesaknya orang kat hotel...+ jem sana sini..
Dan secara peribadi aku tak rasa berbaloi spend RM350 ke atas utk 3 stars accommodations...
Nak masuk hotel 5 stars aku hanyalah rakyat marhein....

Maka semalam,bawalah budak budak ni tengok wayang..
Angry Bird...
keh keh keh..

Kalau ikutkan hati,memang la nak tengok X-Men...tapi niat bawak gi wayang, ialah utk gembira kan anak anak...So, anak anak come first...:P


Lepas tengok wayang...
Gi Putrajaya...
Sebab nak riki riki penempatan kat sana...
Menyinggah la taman nya...bagi budak budak happy berlari bergolek main gelongsor bagai..

Cukuplah tiga ketul ni...memang tak akan tambah lagi....hahahaha....takdenya nak cuba lagi utk dapatkan girl...kuikuikui



Bodyguard mommy nya ada 3 orang. 



Aku suka Putrajaya...
Aku ada coretkan pendapat aku tentang Putrajaya kat FB hari ini...

" Setelah ronda ronda Putrajaya semalam, saya buat kesimpulan begini:

1- Bertuah org Putrajaya, melambak masjid yg gah. Surau pun gah, semalam alhamdullilah dpt maghrib di surau ar rahman P16. Kalau org lelaki Putrajaya tak selalu solat jemaah, memang rugi.
2- Bertuah org Putrajaya, melambak taman yg cantik terjaga, siap trek jogging & alatan riadah. Tak perlu nak subscribe keahlian gym. These parks are free. Takde alasan orang Putrajaya utk jadi obese.
3 - Bertuah org Putrajaya, jalanraya yg cantik, luas, susah nak cari lubang, terjaga. Tak jumpa papan2 iklan / poster ahlong/MLM/iklan ubat kuat merata rata. Tak sakit mata memandu di Putrajaya. Saya dah jelak tengok kualiti jalanraya di tempat lain + kekotoran sana sini + warung2 tepi jalan yg mengotorkan keadaan.

Riki riki rumah berpandangan taman tasik / taman hijau di Putrajaya...harga hanya bermula dari RM2.5 juta jerrr. :P  "


Lepas maghrib, aku lepak jap rumah pakcik wife aku kat P10.
Borak borak...dan di bawa kami makan kat Kelab Tasik Putrajaya...1st time aku makan kat sini...ok,not bad juga makanan kat sini...

Ada lagi seminggu lebih cuti sekolah..
So kena rencana kan nak buat apa lagi lepas ni..
Ya!! bawak budak2 ni masuk kebun durian!  hahaha

Thursday, March 10, 2016

Jual Anak

aku ada tiga orang anak...semua lelaki.


Aku risau jugak...
Risau kan apa?
Risau kalau bakal mentua mereka " jual anak"...


Nak doa rajin2..
Doa hari2..
Moga anak anak aku dapat jodoh dgn wanita solehah yang cantik comel..
Moga anak anak aku dapat keluarga mertua yang baik baik, soleh bapak mertuanya, solehah mak mertuanya...
Aminnn..

Tuesday, March 8, 2016

Khairil Rashid Kini Di IKIM FM.

Siapa kenal deejay Krill?
Aku mengikuti perkembangan beliau, sejak beliau bertugas di stesen radio Era FM lagi.
Masa di Era FM, beliau bergandingan dengan Kieran & Raja Azura. Combination yang aku suka dengar.

Lepas dia berhenti di Era FM, dia join Sinar FM.
Di Sinar FM, beliau bergandingan dengan Raja Azura & Salih Yaacob ( SY). Combination yang ada kalanya aku suka dengar, ada kalanya aku meluat dengar..hahaha. Di Sinar FM lah dia tukar nama komersial ke Krill.

Jujurnya, kenapa aku ikuti perkembangan Krill Rashid:
  1. Dia amat professional. Tuturnya lembut, bersahaja, suaranya lunak. Tak over, tak melampau lampau ketawa berdekah dekah. Bijak kendalikan keadaan. Bagi aku kalau tak kerana Krill di Sinar FM, slot pagi tu mesti jadi macam pasar borong dgn perangai lupa dunia si Raja Azura & SY.
  2. Dia ada ciri dakwah. Menyampaikan dakwah secara halus, secara bersahaja.
  3. Dia tak ada / tak banyak kontorversi luar konti radio.


Atas sebab no. 2 tu, aku pernah berdoa moga moga penyampai radio yang betul2 berbakat macam Krill ni, di kurniakan hidayah utk sertai radio kegemaran aku, IKIM FM. Lepas beliau berhenti dari Sinar FM, ramai yang anggap dia terus bersara dari arena penyampaian radio...ye lah, dia pun pernah bagitau press dia dah penat kot 17 tahun dalam bidang ni.

Pagi tadi...di radio IKIM FM...

Deejay Krill Rashid bersama deejay Suffian Amrin di konti radio IKIM FM


Aku tak kata dengar stesen radio lain tu tak elok...
Sebab masing masing ada selera tersendiri..
Bagi aku, sejak makin tua ni....aku dah takde selera nak dengar radio yang mana deejay deejay nya berlumba lumba sepanjang masa nak buat lawak, selalu gelak berdekah dekah atas benda yg tak lawak pun ( sendiri buat lawak, sendiri gelak), deejay yang masing2 sibuk nak kejar populariti...

Aku bukan agen / wakil radio IKIM FM...
Tapi suka aku nasihatkan....
Cuba dengar radio ni...balance kan halwa telinga kita...sesekali nak berhibur buka channel Era ke, Hot FM ke, Sinar ke, Suria ke...takpe....tapi ingat pesan nabi....jangan banyak gelak, nanti hati mati....Nabi pun dah pernah pesan " kalau kalian tahu apa yang aku tahu, pastinya kalian akan sedikit ketawa dan banyak menangis". Sebab style stesen radio sekarang ni, berebut nak buat lawak...sampai deejay2 nya pun di ambil di kalangan pelawak....Sampai bila kita nak gelak? Tengok TV gelak, bergurau dgn rakan gelak, dengar radio pun asyik nak gelak? Bukak FB / Youtube pun kita tengok rancangan lawak....


 

Wednesday, March 2, 2016

This Is My Grandma



That is my grandama..she is 77 years old...so far still healthy, wtih no chronic medical condition...
Acehhhh..spiking London pulak...hahaha..
Itulah nenek aku...dia datang ke klinik aku...
Nenek aku ni, susah nak jumpa doktor...payah nak ke hospital..
So bila cucu dia jadi doktor, hanya dengan cucu dia sahajalah dia nak jumpa..
Sanggup tahan sakit tak mau gi klinik lain yg dekat dgn rumahnya, semata mata nak jumpa aku..
Bukan apa, tengah sakit kan, aku nasihatkan melalui telefon, yakin kan dia....ambil dulu ubat dgn doktor lain....tapi orang tua kan..berkeras dia tak mau...

Macam tu lah patient2 lain yang aku jumpa...
Kalau dah percaya dgn satu2 doktor / klinik tu, sanggup travel jauh nak jumpa..
Dah serasi kata nya...dah percaya katanya..
Dan utk warga tua, mmg ramai yang susah nak ke hospital...
Jadi mana2 org tua yg datang jumpa aku, Insya Allah selagi mampu, aku akan rawat mereka macam aku rawat atuk nenek aku sendiri...allocate extra time utk terangkan betul2, perlahanan2...pujuk mereka, yakinkan mereka..hormati mereka....kalau dah memang tak boleh settle kat klinik, mmg kena usaha pujuk mereka utk dapatkan rawatan di hospital...

Ingatlah...kita pun, kalau umur panjang..akan menjadi tua.
Kita akan lemah, akan sakit lutut, kulit kerepot, badan berbau,kita jadi terlebih sensitif / keras kepala..dan macam2 lagi karenah...
Maka bersabarlah dengan mereka...

Tuesday, March 1, 2016

Subsidi Tepung Gandum 25 kilo Di Tarik.

Harga tepung gandum dalam guni 25kg, telah di tarik subsidi nya hari ini.
BACA BERITA INI

Macam biasa, dijangka harga makanan berasaskan tepung gandum seperti roti canai & mee akan naik.
Macam biasa, restoren mamak lah yg paling cekap akan naik kan harga.
Ajaibnya, hari ini juga, 1 Mac 2016, harga RON95 dah turun kepada RM1.60 seliter. Adakah restoren mamak secekap itu juga turunkan harga makanan & minuman mereka?

Macam biasa, bila mommy nya busy dengan bisnes, daddy nya akan order macam macam kat kedai mamak. Harapnya mamak kat area rumah ni dapat menyerap kos harga tepong gandum tu. Kalau tak, kita boikot makan roti canai dia. Kita makan nasik lemak..kahkahkah.

Dont do this at mamak's place ! Hahaha. Sure marah mamak tu. Mamak kan berkira, tak leh bawak outside food. Ni kat kedai melayu dekat klinik aku, Port biasa aku melepak. Order air, biskut Jacob kita bawak sendiri. Jimat, dan menyihatkan...kahkahkah.



Mak yang ini bagitau pagi tadi kat FB aku, makan maggi kat mamak tak terjejas harganya....

 Makanan ruji budak ni kalau gi mamak. Kalau tak dihalang, setiap kali ziarah mamak, maggi goreng la dia nak. Harga maggi goreng pun aku rasa akan naik la. Sebab ianya diperbuat dari tepung kan mee nya.



Sebenarnya, paling bagos kita masak sendiri la kan...tu semua orang tau..
Tapi bila ada kekangan tukang masak outstation/ busy ( macam kes aku, wife ada urusan), maka memang tak dapat la nak sediakan makanan kat rumah. Faktor takde masa + malas + tak geti masak. So sabar aja la bayar bil.

Monday, February 29, 2016

Wavelength Tak Sama

Macam mana aku nak mula kan ya.....hmmm..

Macam ni lah...
Aku yakin, majoriti kita menulis blog, salah satu niatnya nak dapat kawan..betul tak?
Maksudnya, kita nak jaga ukhwah, terutamanya bila memberi komen..

Aku, rasa agak sedih...
Ye lah..mungkin silap aku menulis komen..
Di baca dengan maksud yg lain oleh orang yg membacanya..
Aku takde niat pun, serius, takde niat utk kondem..
Malahan aku sokong apa yg dia tulis...
Tapi mungkin cara aku tulis tu macam kasar bunyinya ( bukan carut / bukan maki hamun )..
Dan mungkin niat aku nak berlawak semasa komen tu...
Di anggap sebagai isu yang serius...

Betul lah apa yang kawan aku pesan dulu ..
( dulu aku aktif berforum online)..
Hasil tulisan / komen kita yang bersifat sinikal / sarcasm ni, tak semua boleh faham..
Hasil tulisan kita yang dengan niat berlawak, tak semua boleh faham..
Dan kadangkala, hasil tulisan kita yang serius, orang lain anggap ianya gurauan / lawak.

Maka..
Berhati hatilah kita masa menulis blog.
Berhati hati masa menulis komen.
Nak terlalu mesra mengomen pun, aku fikir 25 kali lepas ni..


Friday, February 26, 2016

Basuh Baju Sambil Berbasikal

Aku harap produk ber inovasi tinggi macam ni, akan masuk ke pasaran Malaysia...




Selain menjimatkan elektrik, ia juga satu bentuk senaman.
Tak payah buang masa gi cycling outdoor atau dalam gym.


Basikal ni dicipta oleh student dari Dalian Nationalities University, China.
Di China pun mereka belum pasarkan lagi.
Yang best nya,kalau terlebih stamina & takde baju nak basuh, korang boleh teruskan kayuhan...dan tenaga yg terhasil boleh di simpan utk basuhan akan datang.

Mungkin satu masa nanti, boleh incorporate alat senaman lain + perkakasan rumah yg lain...contohnya lari atas treadmill boleh janakuasa sumber elektrik utk guna aircond ( aku harap sangat ada produk ni,sebab bill aircon mahal oii )...

Thursday, February 25, 2016

Siapa Dia Bakal Laki Kau? Majisteret? Lawyer?





Dari satu sudut, aku katakan perempuan ni materialistik.
Dari satu sudut yang lain, perempuan ni bersifat realistik.

Cinta sahaja tak boleh bayar bil & beli rumah.
Cinta sahaja tak boleh bawa family melancong selalu..

Namun...
Duit sahaja tak boleh jamin bahagia..
Duit sahaja tak boleh jamin ceria..

Maka utk menjadi seimbang..
Jujurnya,bagi aku la..
Di zaman serba mencabar ini..
Perlu ada materialistik + realistik.

Wednesday, February 24, 2016

Gelora Cinta Terhalang

Aku dah malas nak tolong hebahkan / viral kan kes kes budak remaja perempuan hilang..
Sebab dah banyak kali sangat terjadi..
Masa hilang macam macam spekulasi timbul..
Kena culik la...kena bawak lari la...
Ingat lagi dalam bulan lepas kes budak perempuan siap call kawan dia, bagi tau dia sedang dibawa lari penculik....kes kat Klang tu...last last, rupa rupanya gi merendek dengan boyfren..

 
Ini lagi satu kes baru, yang viral dalam minggu ni....buang masa polis, buang masa netizen aja...

Tuesday, February 23, 2016

Jadi MB Lagi Penat Kot.

Sejujurnya, aku penat.

Sejujurnya, aku penat.
Aku amat bersyukur dgn kerja yg ada sekarang ni.
Tak penat fizikal pun, serius. Tak berpanas, tak perlu bancuh simen, tak perlu berjalan sana sini, tak perlu angkat barang, tak perlu cuba menjual barang jumpa orang...semuanya ini, tak perlu.

Tapi aku penat.
Susah aku nak cakap apa yg aku penat.

Mungkin aku perlu buat benda lain.
Cari cabaran baru.
Terlalu lama berada dalam satu satu zon, bukan cara aku.
Lain orang lain caranya.
Ada yang boleh kekal dgn satu kerja / karier dari muda, sampailah ke pencen.




ps: sebenarnya gambar tu aku gunakan kat FB, masa sibuk kes Ahmad Bashah nak jadi MB...kahkahkah..dia kan suka " beri tumpuan " masa dalam upacara penting.

Monday, February 22, 2016

Lori Langgar 18 Biji Kereta

Orang Malaysia ni memang masih ramai yang takde sivik.
Paling teruk bila mereka mula pegang stereng.
Mungkin mereka orang yg baik, tapi bila capai stereng, perangai berubah 360 darjah.

Antara sikap teruk bila melibatkan memandu kenderaan, ialah perangai suka parking sana sini.
Parking asal boleh.
Tak peduli block orang ke, menyusahkan orang ke..

Ini gambar yang aku ambik 2 minggu lepas. Asal boleh aja parking macam tu.

Bila aku upload gambar tu kat FB, ada yg kata mungkin dah tak tahan nak berak kot / emergency.
Susah utk aku bersangka baik, sebab aku tahu kawasan ini. Takde public toilet, takde apa2 yg melibatkan emergency. Dan situasi macam ni mmg selalu sangat jadi. Nak sangka baik selalu pun dah tak mampu.

Bila aku baca berita INI  pagi ini, aku terfikir juga...
Mungkin kereta2 tu parking suka suka hati block jalan..
Mungkin driver lori tu dah puas menunggu & hon...
Maka ambik kau kena sondol....

Thursday, February 18, 2016

Aku Seorang Petani Bunga Kantan

Katakan ditakdirkan keadaan ekonomi gawat..
Dan kita takde kerja / di berhentikan kerja..
Apa yang nak kita buat?

- cuba cari kerja lain ( makan gaji) ?
- cuba buat kerja sendiri ( self- employed ) ?

Aku?
Aku akan memilih utk kerja sendiri.

Nak buat kerja apa?


Aku rasa aku akan bercucuk tanam. Jadi petani. Contohnya jadi penanam bunga kantan, atau limau nipis. 

Aku banyak tengok siri dokumentari tentang bidang penternakan..
Dan aku sendiri pernah melawat pusat ternakan ayam, kambing, lembu..
Kolam ternak ikan pun pernah..
Rasa rasanya, aku tak boleh buat bidang ternakan ini.
Aku lagi sanggup jadi petani kot.

Berbakti pada tanah. Dalam cempedak gergasi. Hahaha.


Kenapa aku kata aku tak boleh buat bidang penternakan?
Mungkin sebab susah utk aku sesuaikan diri dengan bau bauan dan bahan kumuh haiwan.
Mungkin sebab aku susah nak jaga hidupan yang bergerak ( berbanding pokok)

 
Mungkin jugak aku akan meniaga jual beger...


Jadinya..
Dah fikir korang nak buat apa?

Bunga kantan mahal kan?

Wednesday, February 17, 2016

MIRC

Kalau tanya budak budak Gen Y sekarang, korang tau tak apa mirc?
Mesti masing masing buat muka " whattt? "

Sedangkan Star Wars yang legend tu pun, ada budak2 gen Y kata " cerita apa tu?"
Hahaha..

mirc ialah sistem internet relay chat.


Aku dulu, zaman tu..mmg layan mirc.
Kah kah kah..
Biasa masuk channel #kampung   #mamak

Korang yang sebaya aku / muda 5-6 tahun dari aku, tak kan tak main mirc kot?
Aku check online, wujud lagi mirc ni rupa rupanya..boleh la download kepada yang nak...hahahaha...ni link nya: http://www.mirc.com

ASL pls...
:P

Tuesday, February 16, 2016

No Pork No Lard

Minggu lepas, heboh KPDNKK katanya nak ambil tindakan ke atas premis makanan yang mempamerkan tanda " No Pork " , atas alasan ianya mengelirukan umat Islam.

Berita No Pork
 
Kita semua akur, memang banyak premis makanan yg pamer tanda macam tu...

Ni salah satu restoren makanan Jepun di Shah Alam, dalam sebuah shopping mall ..

 Papan tanda warna putih tu tak jelas dalam gambar..ia tertulis No Pork No Lard

Pada aku la...beginilah..
Yang teramat penting ialah mendidik masyarakat Islam negara ini.
Beri pendidikan secara meluas tentang apa sebenarnya ERTI HALAL.
Bukan sahaja halal, tapi perlu juga TOYYIBAN.

Maaf cakap, memang ramai muka muka melayu yang masuk dlm premis macam dalam gambar tu..
Org Melayu mmg selera besar, makanan jepun, korea ..semua nak rasa. Tak caya tengok bila time lunch, ramai wanita melayu bertudung berbondong bondong makan.

Aku tengok pekerja yg menyediakan makanan tu pun dah ragu ragu.
Bukanlah ertinya kena / wajib ada tanda halal JAKIM tu..kita gi warung / kedai Melayu tepi jalan, mana ada logo halal JAKIM, ka?
Tapi amat sedih la, ramai Melayu hipster yg mungkin, mungkin masih jahil dan hanya tengok tanda No Pork.

Kena ada ilmu, dan aplikasikan ilmu.
Tak guna Gomen bertindak ke atas premis makanan ni, tapi rakyat masih jahil.
Premis makanan ni pun tak pernah letak pistol kat kepala orang Melayu utk mesti masuk makan ke kedai mereka. Pilihan ditangan masing2.

Monday, February 15, 2016

Escalators : A Hidden Trap

Minggu lepas, kanak kanak usia 4 tahun tersepit kaki di escalator di KL Sentral.
Putus sebahagian tapak kaki kiri dia.
Aku ada terima gambar keadaan kakinya menerusi whatsapp.
Aku tak sanggup nak publish kat blog ni.

DOSH akan mula operasi periksa eskelator


di kaitkan insiden kaki tersepit celah eskelator ni kalau guna kasut croc / seperti croc

Cara bagaimana boleh tersepit



Semalam aku sekeluarga gi mall.
Memang dah decided, no more slipar croc kalau ke mall / tempat ada eskelator.
Keduanya, educate anak anak.
Diri di tengah2 tangga, elakkan dari hampiri line kuning.
Jangan melompat2 / banyak bergerak masa diri atas eskelator.

Memang selama ni didik mereka tentang safety measures masa naik lif / eskelator. Agak sedih bila semalam kan weekend, mmg ramai orang ke shopping mall...masih ramai parents yg buat endah tak endah dgn anak2 kecil masing2 masa di eskelator..aku pulak yang naik risau tengok.

Thursday, January 28, 2016

Apa Personaliti Anda

Korang tahu tak personaliti korang?
Ambil test ini : http://www.16personalities.com

Ini bukan test merepek yang banyak kat FB.
Ini test yang direka betul, berdasarkan kajian psikologi.
Ini test yang valid.

Dan memang benarlah, Allah ciptakan kita berpasang pasangan.
Saling lengkap melengkapi.
Wife aku suruh aku ambil test ini.
Memang fit dengan personaliti kami.

Ini jenis personaliti wife aku. Memang betul pun.

 Ini personaliti aku. Wife aku memang agak aku jenis Defender. Dan memang betul pun terbukti bila buat test ini.

Yang penting, masa jawab soalan soalan diberikan, jawab dengan jujur.
Buka hati, fikir dan jawab dengan tenang.

Ada banyak website menerangkan karakter setiap personaliti ini..
Korang boleh Google aja " 16 Personality Types".

Tengok bidang kerja yang biasa dipilih oleh setiap jenis personaliti. Utk aku & wife, memang sepadan.

Kenapa kena tahu personaliti ini?
Bagi aku, supaya kita lebih faham diri kita sendiri.
Dan juga utk kita memahami pasangan kita.
Memang setiap personaliti itu, ada kelemahan nya.
Dan gunakan kelebihan setiap personaliti itu, utk perbaiki hubungan kita, utk kita lebih maju dalam karier / bisnes.



Dan di zaman agak gawat ni, zaman ramai yang diberhentikan kerja..
Zaman ramai yang masih menganggur, kenali personaliti mungkin, mungkin boleh membantu kita utk berjaya secure a job.

 Tahap unemployment tertinggi 8.1%, bagi yang berpesonaliti ISFP. Mungkin mereka yang terdiri dalam kategori ini dan masih menganggur, boleh perbaiki ciri ciri negatif anda.


Jadi, tunggu apa lagi?
Selamat mencuba  Personality Test

Wednesday, January 6, 2016

Adik Jangan Kencing Kat Situ !!



Tergelak besar aku tengok gambar ni pagi tadi..
Sama besar gelak macam mak budak tu gelak kot..
Hahaha..

Teringat zaman aku sekolah rendah dulu..
Sekitar darjah 1 hinggalah masuk darjah 3 rasanya..
Aku memang fobia pergi tandas sekolah..
Aku geli sebenarnya..
Walaupun tandas tu bersih, tapi tetap ada " bau tandas sekolah"
Sanggup aku menahan kencing...balik rumah tengahari meluru cari toilet rumah...hahaha.
Pernah aku sakit perut nak berak sangat...
Berpeluh peluh tahan...semata mata tak mau gi tandas sekolah..
Cikgu tanya kenapa, aku cakap sakit perut..
Baring kat belakang kelas...( padahal menahan nak berak..wakakaka)
Last last cikgu panggil ayah aku datang...
Sampai rumah, aku meluru gi toilet..
Tapi takleh lawan kawan aku, lagi lejen...terus dia berak dalam seluar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...