Tuesday, June 30, 2015

Kudapan Pasca Terawih

Terlebih dahulu, inginlah saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Fazleyatul Aini atas entry beliau yang bertajuk Terpaling best setakat ini.
Entry itu telah memberi idea yang best buat saya sekeluarga.

Idea utk kudapan selepas semayang terawih..
Kehkehkeh..


Tauhu goreng, tempe goreng & cendawan goreng tepung  --- di cicah kuah kicap pedas..    .Memang " this is Johor" lah..hahaha.

Wednesday, June 24, 2015

WW: Makan Sahur 7 Ramadan 1436









Tuesday, June 23, 2015

Berpuasa Di Musim Panas

Cabaran berpuasa tahun ni, antaranya ialah cuaca panas..kan?

Ini sekadar idea, kalau panas sangat...
Boleh la try..
:P








Dulu, masa aku kecik2...rumah pun masa tu takde ekon..
Bila rasa panas & haus berpuasa..
Aku bukak baju, berlenggeng..
Baring sambil perut letak atas lantai tiles rumah...mmg layannnn..hahaha..
Nak mandi sejukkan badan, takut batal puasa ( masa tu mmg tu la kefahamannya)..
Padahal, boleh aja mandi, basahkan kepala..tak batal, tak kurang pun pahala puasa...sebab Baginda SAW pernah basahkan rambutnya semasa berpuasa di bulan Ramadan, utk kurangkan rasa terik & haus baginda  :)

Monday, June 22, 2015

Isteri Zaman Sekarang Tak Patut Tak Pandai Masak.

Hujung minggu aku balik JB.
Balik kampung, sambut Ramadan dgn mak ayah.
Biasalah, bila balik kampung, ada resepi2 mak yg kita suka, kita akan minta isteri kita belajar.
( sebab aku bukan jenis lelaki yang pandai & suka memasak)
So wife aku pun menuntut la beberapa resepi dari mak aku.


Dalam pada tu, wife aku saja la belek2 buku resepi mak aku..
Ada banyak buku resepi.
Buku yang dah lama..taraf otai...
Tahun awal 80an punya buku pun ada..

Ni lah buku resepi mak, sebelum era internet & Astro. Zaman dulu, nak resepi, kena beli majalah, atau tunggu kat suratkhabar. So mak aku akan kerat resepi, dan tampal di buku resepinya. Yang bertulis tangan tu selalunya mak aku salin dari TV. Ya, rancangan masak2 kat TV..hahaha...Zaman la ni, channel AFC berulang ulang 24jam sehari tayang rancangan memasak, sampaikan rancangan realiti TV masakan pun ada. Sebenarnya, zaman sekarang ni, kalau orang perempuan kata tak pandai masak, tak patut. Tgk AFC boleh belajar, tengok Youtube boleh belajar ( selain gi belajar dgn mak, mak mertua, join kelas memasak). Tapi ye lah, kalau takde kemahuan, memang tak pandai la. Contohnya aku, memang aku tak de kemahuan nak belajar memasak..hahaha.

Monday, June 15, 2015

Raja Buah

Semalam pergi ke kebun durian ayah mertua..
Setelah tahun lepas pokok pokok nya merajuk tak berbuah..

ini buah durian. Raja segala buah. Bukan spesis Musang King, tapi rasa durian dari kebun ni Alhamdullilah, banyak yang sedap.


Tahun tahun sebelum ini, memang meriah berbuah.
Banyak buahnya, sampai boleh meniaga jual durian..haha.
Sampai puas makan, di buat cekodok durian, di buat tempoyak.
Durian crepe aja tak sempat buat.

"Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (al-Waaqi'ah [56]: 28-33)

Sedapnya durian..dan bulan lepas kan musim mangga harumanis.
Bayangkan, betapa sedapnya buah buahan dalam syurga kelak. 

Walaupun kebun nya bersih, lapang...tapi banyak nyamuk!  Memang kesian tengok Zayyan merengek ajak keluar, tak tahan kena gigit. Ye lah, my bad, lupa pakaikan dia baju lengan panjang, seluar panjang...Abangnya si Ziyyad pandai main politik, baru 5 minit masuk kebun, dah bagi alasan " sakit perut nak berak"...kahkahkah..

 Habis berbintat bintat kaki & tangan..


Takpa la..
Pengalaman masuk kebun..
Dulu aku masa kecik2, ikut ayah masuk kebun arwah atuk..lagi teruk..
Kebun durian nya kat lereng bukit, penuh semak samun..di tambah dengan cerita kononnya kat area lereng bukit tu ada beruang ganas...huhuhuh..

Siapa yang tak nak ikut masuk kebun ??

saya !!!!
dia komplen, gatal2 ( kena gigit nyamuk)...peluh2...( ye lah nak, dalam kebun bukan macam dalam shopping mall ada ekon..haha)

Pokok pokok durian kat kebun ni banyak yang rendang rendang...Yang tinggi melangit pun ada.


Hasil kutipan yang tak seberapa..
Sebab pagi nya akak ipar aku dah gi kutip..
Patutnya pagi pagi aku dah janji nak masuk kebun, tapi lepas subuh & breakfast, aku terlena pula..kahkahkah..

Satu kereta sorong ni, kalau nak beli mau la jugak 40-50 ringgit kot..durian yang bagus, fresh...Hujung minggu ni nak balik kampung lagi, harapnya galak la berbuah...boleh buka puasa makan kek durian, sahur makan bubur kacang durian...kikikiki..


Dan aku pun harap pokok2 ni galak berbuah, boleh la aku bawak balik ke JB utk mak ayah aku..
Memang la aku sebenarnya selagi boleh tak mau bawak masuk buah durian dalam kereta..
Memang tu pantang aku, aku tak tahan bau durian dalam kereta...
Tapi sekarang aku kena utamakan mak ayah..
Kan?
Apalah sangat sengsara bau durian dalam kereta kalau nak banding pahala berbakti kpd mereka.

Dan kalau galak berbuah, korang pun boleh datang tumpang makan..
Macam tahun2 sebelum ni, memang kami ajak kawan2 datang ke rumah MIL aku ni..makanlah sepuasnya, nak makan banyak, gi kutip sendiri kat kebun tu...:P

Thursday, June 11, 2015

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok, Kuantan.

Bila dah jadi parents ni, keutamaan kita pun berubah.
Kita akan lebih kan anak anak.
Kita, perlu jadi matang.

Masa aku decided utk pergi bercuti minggu lepas, aku perlu utamakan hotel yang mesra anak anak.
  • ada beach
  • ada swimming pool yang best utk anak anak

Kalau ikut kehendak sendiri, memang la akan cari hotel yang lain gaya pool nya, lain gaya hiasannya..

Makanya, aku pilih De Rhu Beach Resort, Pantai Balok, Kuantan.

 Hotel ni hotel lama, tapi dalam proses refurbishing. Biliknya besar, katil king nya luas utk tempatkan kami anak beranak, dan paling penting, kemudahan swimming pool nya memang best..ada banyak kolamnya, dan ada banyak mainan seperti gelongsor, buai,  di pool untuk anak anak.



 ni bilik super deluxe nya. 


Ni pula antara gambar gambar swimming pool nya:






Aku menulis sebegini di status FB aku minggu lepas ( masa kat swimming pool ) :

 
"dah jadi bapak ni, swimming pool cetek bergelungsurlah yg kita kena layan...haha.."




Bila kita jadi bapak atau mak, dahulukan anak.
Betul, kita pergi bercuti...nak rehatkan minda.
Tapi bila kita bawa anak anak ke tempat yang berisiko utk berlaku kemalangan, contohnya di swimming pool, tolonglah jadi parents yang alert. Waima swimming pool tu mmg cetek air nya, khusus utk kanak kanak, kemalangan tetap boleh berlaku andai kita leka / lalai.

Amat sedih masa bercuti di swimming pool, kita lihat:
  • ada ayah yang terlalu leka baca suratkhabar / layan hp dikerusi malas, biarkan aja anak anak nya dalam kolam.
  • ada emak yang sebab tak mahu basah, menjerit jerit dari pinggir kolam, suruh anaknya yang sulung umur sekitar 6-7 tahun, menjaga adiknya yang baru umur 2 - 3 tahun.
  • ada yang lagi parah, langsung tak kelihatan mana mak ayah nya, cuma anak anak kecil nya sahaja di dalam pool.
Terjun lah dalam pool tu.
Sama sama mandi bersama anak anak.
Masa ni lah kita nak jaga mereka, bergembira dengan mereka.
Buang ke tepi hp tu, laptop tu, kertas kerja tu.
Boleh ambik gambar, update status kat FB, tapi lepas tu tolong concentrate dengan anak anak kat dalam pool.
Ingatlah, masa mereka kecil ni, kejap sahaja.
Esok bila mereka dah masuk usia remaja, dah tak mau mereka main dukung2 belakang badan kita masa dalam swimming pool..dah tak dapat lagi kita dapat " menyakat" mereka sampai mereka nak nangis takutkan air.

Wednesday, June 10, 2015

Ana Ikan Bakar Petai

OK, kalau kelmarin dan semalam aku dah bawa korang makan makan kat MABIQ Restaurant dan Kula Cakes, maka hari ni jom kita menyifud.

Kedai seafood pilihan kita pada hari ini ialah:
Restoren Ana Ikan Bakar Petai, Tg Lumpur, Kuantan.

Kedainya masya Allah besar, bertingkek tingkek...hahaha..dua tingkat je..
Tapi luas..
Dan belakang kedainya yg 2 tingkat, ada lagi kedainya yg luas..
Parking lot nya pun dah ala ala macam gi Giant cawangan bandar2 kecil.
Tu utk menggambarkan betapa majunya perniagaan Ana ni..
Sorry la, lupa ambik gambar kedai..nak tengok, korang Google aja..hahaha

Gambar2 ni je yang aku ambik:

Ikan pari bakar petai. Sedap, mabeles.

Sotong goreng tepung. Sedap, mabeles.

Ketam goreng telur asin. Sedap, super mabeles. Terngiang ngiang kesedapannya.


Moralnya, di Tanjung Lumpur memang port makan.
Hahaha..


Gambar selingan:

Minum air 100 Plus sambil duduk atas jalan, memang mabeles. Lokasi kejadian: Istanbul..kahkahkah

Tuesday, June 9, 2015

Kula Cakes, Kuantan

Ok, kalau semalam dah review pasal Restoren MABIQ, Tg Lumpur....hari ni review pula Kula Cakes.

Kula Cakes ni menjadi sebutan ramai sejak akhir akhir ni..
Signature dish nya, ialah Mango Cheese cake nya.

Kula Cakes ni terletak betul2 tengah bandar Kuantan tu...nak parking memang payah...Hari tu, Alhamdulillah ada rezeki parking kosong betul2 sebelah kedainya. Kalau nak ke sini, set kat waze Khalsa Chapati House. Kula Cakes ni sebelah kedai capati ni.

Aku rasa attraction utama Kula Cakes ni ialah tempat makan outdoor/ sebelah luar kedai nya...Sebab kedai kek ni guna bangunan lama..so ruang kosong disebelahnya di hias unik...ada la dalam 6-8 tables kot, dengan hiasan mural & arca basikal buruk berkarat...hahaha

Kedainya kecik aja...ruang makan dalam tu ngam2 letak 2 meja. Dek kerana kami sefamily datang time tengahari, tengah panas, so better makan kat dalam la..sejuk, ada ekon. Tapi mmg sempit dalam kedainya..

Meja dia pun unik..seat baby ada. Ok, sesuai la dtg bawak anak kecik

Ini yang kami makan tuhari. Belah kiri sekali, Mango Cheesecake, belah kanan, Toblerone Cheeseke, yg belakang tu, Creme Brulee. Air nya, kami test air yang di suggest ramai, Pandan Cooler. Aku order jugak Iced Cocoa.


Best ke?
Sedap ke bagai di kata?
Well, aku ada komen panjang lebar kat wall FB aku..
So aku tak mau komen kat sini..haha..
Tapi cukuplah sekadar aku & wife aku punya komen di sini:
" tak la rasa nak datang lagi"

DISCLAIMER: komen kami based on tekak kami ya. Sebab aku tau banyak komen positif pasal Mango cheesecake nya. Wife aku bidang bakery, so dia & aku banyak rasa pelbagai jenis cakes.

Ini bil nya...
:P




Kalau anda ke Kuantan, dan nak try mango cheesecake yang jadi sebutan ramai tu..
Boleh la try ke Kula Cakes.

Insya Allah, nanti bila wife aku buat ( dan maybe jual mango cheesecake nya), aku inform kat blog ni..
hihihihi

Monday, June 8, 2015

Restoren MABIQ, Tanjung Lumpur, Kuantan.

Aku baru balik bercuti 4 hari.
Khamis , Jumaat dan Sabtu pagi aku di Kuantan.
Sabtu petang hingga petang semalam di Terengganu.

Suka aku nak share satu restoren di Kuantan ni.
Pada aku, amat amat berbaloi, sebab murah dan sedap.
Dan dalam masa yg sama, sambil kita makan, kita menyumbang.
Menyumbang ke dana untuk anak anak fakir miskin / yatim yang belajar di MABIQ

Memang kedainya agak tersorok. Tapi jangan risau, set aja waze / gps, cari Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur. Dari situ, ada banyak signboard kecil menunjuk arah ke Restoren MABIQ ini.

Sebahagian dari lauk pauk nya. Semua jenis lauk ada label, dan ada harga. Memang jelas dan ini lah cara perniagaan yang Islam anjurkan. Lauk istimewa di di sini ialah daging salai & paeh patin bakar.

Sebab paeh patin bakar nya memang sentiasa dapat sambutan, maka lauk ini Insya Allah sentiasa ada, sentiasa di top up..jangan risau kalau anda datang lewat sikit sekitar pukul 2 lebih nak ke pukul 3 petang.Lebih dari tu, aku tak tau, sila la call ustaz di nombor yg tertera di banner kat atas tu ya  :)

Ikan paeh patin yang dah dibakar, di letak di sini. Ada dua varian : Paeh Patin Badan RM6 seketul, dan Paeh Patin Kepala, RM7 seketul.

Konsep kedai MABIQ ni ialah layan diri. Dari ceduk nasi, ambik lauk, bawak lah ke ambik air, semua self-service. Tapi air air kat sini memang murah. Segala jenis air cuma RM1. Kau ceduk lah sendiri nak banyak mana ais (kalau nak sejuk). Air kosong free sahaja.Air sirap limau dia sangat sedap..tak sure lah pulak kot sebab faktor makan paeh patin bakar nya, air sirap pun jadi sedap! hahaha

Ruang makan nya besar, luas. Ada dua varian: Yang open air ( kipas angin), atau bilik bertutup ( air cond). Yang ini dalam ruang makan berhawa dingin. Sesuai la kalau korang bangsa kuat peluh macam aku & anak anak aku ni, elok la makan dalam ruangan ekon ni, selesa.

Kalau makan dalam ruang ekon ni, dia cas sorang dewasa RM1. Ok la tu, takyah la nak berkira sangat, lagipun duit tu pi masuk tabung anak yatim & fakir yang belajar ngaji & hafaz Al Quran kat sini.


Untuk mendemontrasi kenapa aku kata makan kat MABIQ ni murah yang amat, ini apa yang kami makan hari Khamis lepas:

1)  Paeh Patin Bakar, badan  x 2 ketul.  Gambar nya tak menjustifikasi kan kesedapannya. Gambar aku buruk, sebab aku malas nak usung DSLR, perut dah lapar, air liur dah meleleh, so ambik gambar guna smartfon sudah. 1st time aku makan lauk paeh patin bakar ni. Subhanallah, Masya Allah...banyak sedappp lah.  Wife aku yg tak makan ikan patin pun, suka dan siap bertambah ( tu sebab ambik sampai 2..hahahah). Bagi yang tak tau, paeh patin ni ialah ikan patin yang di lumur balut dengan tempoyak, lepas tu di bungkus dengan daun pisang, lepas tu di bakar. Memang best in the world!

2) Daging salai masak lemak cili api semangkuk. Penuh okeh daging nya wife aku ambik. Semangkuk macam ni kalau kau beli kat Shah Alam / KL, mau RM 15 kot..Sedap...

3) Segala macam ulam ulaman, di cecah tempoyak. Oh ya , tempoyak dia fresh, sedap. Bukan macam kat sesetengah kedai, tempoyak masam ( nampak sangat guna stok durian yg dah hampir busuk)

4) Kuah ikan patin masak tempoyak. Tiada dalam gambar ialah kuah daging salai masak kicap

5) Nasi putih sepenuh2 pinggan  x 3 pinggan.

6 ) Air sirap limau 3, air teh bunga 1, air kosong 2 gelas.

Total bill?

RM29  sahaja.

Kalau tolak kos sekepala RM1 makan dalam bilik ekon, total makan RM27 sahaja.

Burrppp..alhamdullilah.
Sedap, murah , berbaloi.


Adakah kami akan datang lagi?
Pastinya, Insya Allah.
Buat yang nak datang, sayugia diberitahu, sila la datang awal before time puncak lunch hour, sebab crowd memang ramai, sangat ramai. 
Kedai tutup setiap Jumaat & Sabtu.
Info lanjut tentang restoren ini, DI SINI

Tuesday, June 2, 2015

Mitsui Outlet Park

Hari Ahad, kelmarin...

Lepas majlis kahwin adik ipar aku hari Sabtu, hari Ahad nya gi la jalan jalan ke sini..baru sangat bukak..

Apa itu Mitsui Outlet Park?

Ni dari website nya:

Mitsui Outlet Park KLIA SEPANG (MOP) is a factory outlet shopping mall located 60km from KL and 6km from KLIA and klia2. Advocating a factory outlet concept, MOP offers a myriad of upper-middle to high-end off seasoned brands and products at attractive discounts and not forgetting a Japanese Specialty Store (Japan Avenue), introducing Japanese Art, Culture, Music and Culinary Delights. Catering to a diverse group of customers, MOP also offers an array of scrumptious fare ranging from authentic Malay cuisine, oriental fare to western delights, cafes and a food court. 

 Tak banyak lagi store yang di buka, boleh kata hampir 40% belum di buka masa aku pergi tu...Superdry ni mmg aku tunggu ia buka, nak terjah nanti.


Dalam pada baru dibuka tu, memang ramai umat manusia yang datang, maybe sebab hari Ahad kot...
Nak kata umat Malaysia takde duit, tengok betapa panjang nya Q nak masuk kedai Clarks & Nike..

Clarks. Ni kasut untuk golongan bangsawan...marhein macam aku pakai Bata sudah...hahaha.

Gigih kau mereka beratur nak masuk Nike.

Panjang tu Q nak masuk kedai Nike.

Cawangan- cawangan Mitsui kat Jepun


Gi situ, tak beli apa apa pun..
Kedai pun banyak tak bukak lagi..
Orang pun ramai sangat, crowded..ye la, outlet baru bukak kan..
Food court pun aku tak nampak..ada la seketul kedai pizza yg dah bukak.
Kalau ikut taste aku, aku lagi suka gi JPO..
Kedai2 kat JPO lebih upmarket, susunan kedai dlm JPO lagi best..
Tapi kita tengok lah nanti bila Mitsui ni dah established, maybe lagi best dari JPO kot..


Penyudahnya, dari Mitsui, kitaorang gi KLIA2 utk makan makan, untuk shopping..kehkehkeh..


Moralnya, orang Malaysia ni aku rasa ramai yang sebenarnya tak terkesan pun dengan keadaan ekonomi, dengan GST. Buktinya, tengok crowd kat Mitsui tu. Kalau gi IKEA ke, Curve ke, mana mana shopping mall, pun lebih kurang macam tu situasinya. Nafsu nak shopping, nak makan best2, tetap terserlah. Nanti tengok la masa bulan Ramadan, orang kita yang selalu komplen pasal GST, pasal ekonomi down, tapi nanti ada antara mereka yang tak kisah bayar RM70-80 sekepala utk berbuka puasa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...