Thursday, May 28, 2015

Penemuan Penting Para Saintis : Sila Baca


Wednesday, May 27, 2015

Mata Bionik

Ini gambar yang di lukis oleh seorang kanak kanak...
Bukan anak aku yang lukis.
Sumber dari FB.

ngeri tak tengok " imaginary friend" dia?  :P


Ini gambar anak kedua aku..

Masa si Zayyan usia macam dalam gambar ni ( 2 tahun ++), dia nampak entiti?  Setiap kali aku balik ke rumah mertua aku, dalam bilik tidur kami, si Zayyan menangis nangis takmau masuk..takut katanya, nampak benda mata merah katanya, siap dia tunjuk lagi kata atas almari, di satu sudut. Hahaha..Lama jugaklah si Zayyan berperangai macam tu, few months, each time balik rumah mertua. Lepas tu elok sendiri. So samada ianya imaginasi dia, ataupun makhluk tu dah boring duduk atas almari tu dan pindah tempat lain, ataupun makhluk tu masih ada, cuma Zayyan dah takde kebolehan nampak?? jeng jeng jengggg  :P



Ini gambar anak bongsu aku
Lahir bulan Julai, 2013.



Aku harap bila Zayydan masuk usia 2 tahun nanti, tak lah dia ada keupayaan mata bionik macam abangnya..hahaha.

Tuesday, May 26, 2015

Menahan Rejection, Menahan Sabar


Ini antara kerjaya yang aku respect.
Respect sebab gigih, menahan malu, menahan rejection.
Kau sanggup berjalan dari meja ke meja, semata mata nak jual buku?
Berjalan mengharungi panas , dari kedai ke kedai, dari kereta ke kereta yg di parking, nak jual buku kanak kanak?
Aku duduk makan ~ 35min. Lama lepak, sebab perhatikan si penjual ni.
Dalam tempoh tu, takde satu pun buku nya laku.
Tapi dia tetap sabar,dengan muka senyum, cuba menjual kepada setiap pelanggan yang baru datang.
Kepada yang terlalu banyak komplen Malaysia ni sempit hidup, kos sara hidup mencengkam diri, bla bla bla, anda dah cuba ke tahap ini tak berusaha cari duit??

Monday, May 25, 2015

Nutella


Benda yang wajib ada kat rumah.
Nutella.
Benda yang paling mudah nak di makan, bila bila masa sahaja.
Benda yang anak anak tak pernah tolak.
Jadi, kalau lah anak anak anda jenis yang memilih sangat nak makan, makan sediakan Nutella.
At least, boleh dimakan dengan roti.
Roti itu sumber karbohidrat.
Tak semestinya kena makan nasi sahaja.
( sebab ramai parents mengadu dgn aku, anak mereka susah nak makan nasi).

Friday, May 22, 2015

Nasi Berlauk

Ada sebuah restoren mamak baru bukak di kawasan perumahan aku.
Baru sebulan lebih bukak.
Best!
Sebab rasa kari dia, memang lebih menjurus kepada style kari nasi kandar kat Penang, bukan rasa tipikal mamak Klang Valley.

Maka nya...


Semalam aku tapau lauk ayam goreng, daging masak hitam ( best, sedap gila), ikan tenggiri goreng, dan kuah campur satu plastik, ikat mati.

Nasi, masak sendiri.
Telur dadar, goreng sendiri.
Berselera makan lepas maghrib, sampai kan kul 9malam tadi aku dah lena tido..kahkahkah..
Kononnya nak tidurkan anak anak, sekali dengan aku tidur sekali.

Dari dulu aku wondering, kenapa lah kedai makan Melayu tak boleh buat macam mamak..
Maksud aku...
Sediakan lah lauk pauk sampai malam..
Lauk pauk sentiasa di recycle yang baru,. yang panas..macam style mamak..
Sebab aku lagi prefer sebenarnya makan nasi berlauk, berbanding makan benda bergoreng malam2 ( nasi goreng USA, nasi paprik ke, nasi pataya ke, etc etc).

Aku rasa, kalau ada kedai makan Melayu buat menu nasi berlauk nya sampai malam, mesti laku.
So far, gerai jual masakan Kelantan je aku ada jumpa yg jual lauk pauk sampai ke malam ( sebab gerai nya pun start berniaga pukul 6 petang ke atas).
Kalau di bulan Ramadan restoren Melayu boleh sediakan juadah lauk pauk di malam hari, kenapa di bulan2 lain tak boleh buat?
Takde sambutan kah?
Memang aku sorang aja kah yang suka lauk pauk Melayu di malam hari?  Hahaha..

Wednesday, May 20, 2015

Stop Menulis Blog

Seminggu dua ni, macam kekeringan idea nak tulis apa.

Aku ingatlah kan, nak take a break la.
Stop menulis blog kejap.

Maybe lusa aku start menulis balik.
:P

Monday, May 18, 2015

Ubat Tiruan

Gambar2 ini, ialah dari laman FB Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jom main permainan " cari perbezaan antara 2 gambar"
Hahahaha...


Yang best nya, ubat tiruan siap ada pakej label hologram tiruan jugak..hahaha

Susah betul nak cari perbedaan nya, kan?


Minyak cak Kapak tiruan?

Ini paling lejen. Ubat kurap pun kena ciplak! hahaha


Untuk renungan bersama..
Baca lah info di bawah ni ya..


Thursday, May 14, 2015

Ambillah Gambar Sebanyak Mungkin.

Semalam, ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9.
Sedar tak sedar, dah 9 tahun aku berkahwin.
Sedar tak sedar, dah 3 orang anak aku.
Sedar tak sedar, makin tua dah aku..haha.


Anak bongsu aku, Zayydan.
Setiap kali lepas solat, mesti dia akan datang, duduk di riba.
Sama sama tunggu aku baca doa.
Semalam aku sedar, aku perlu ambil gambar ni.
Gambar yang akan tinggalkan satu memori indah.
Bahawasanya, tangan yang aku pegang tu, Insya Allah lagi 10 tahun, akan makin besar.
Bahawasanya, aku akan rindu saat saat akan riba anak kecil aku, rindu pegang tangan kecilnya yg suci.

Moralnya..
Sebab teknologi makin murah & mudah.
Ambil lah seberapa banyak gambar & video ahli keluarga kita.
Dulu, nak cuci gambar mahal.
Dulu, nak beli roll filem 36 mahal..
Dulu, berkira betul sebelum petik shutter camera, sebab nak pastikan guna betul2 roll filem tu.

Wednesday, May 13, 2015

Wanita Tercirit Dalam Kelab Malam





Aku melihat insiden ini, dari perspektif yang lain.
Tentang bagaimana sesetengah manusia, menilai benda yang jijik.
Ada benda yang memang termaktub hukum nya haram, jijik, tapi ramai yang berpusu pusu buat, contohnya bercampur gaul dalam kelab malam yang penuh dengan arak.

Mungkin ada orang akan kata aku kolot.
" Alahhhh, gi night club / disco, bukan nya minum beer pun, just minum coke je"

Ok, terpulang.
Aku tak kisah di panggil kolot.
Tapi pendirian aku,  selagi boleh, elakkan diri terjerumus / kaki melangkah pergi ke tempat maksiat.

Aku harap, apa jua punca wanita ni tercirit..
Moga dia di kurniakan hidayah.
Mana tau, sebab cirit ini, dia berubah.
Kita tak pernah tahu, kan?
Bak kata omputeh " God works in mysterious ways"
Kita yang Islam percaya qada & qadar ketentuan NYA.

Apa apa pun, berita wanita tercirit ini, memang berjaya buat aku gelak pagi ni.
Hahaha.

Tuesday, May 12, 2015

Tabung Legoland

Ini tabung saya.
Saya di amanahkan oleh daddy saya utk jaga duit dalam tabung ni.
Ada duit saya, duit abang & adik saya di dalam tabung ini.
Daddy kata, cukup tabungan nanti, boleh la pergi Legoland.
Daddy pesan, jangan pecah amanah.
Daddy kata, jangan guna duit tabung tu untuk beli cikedis, tak bermanfaat.
Daddy kata lagi, kalau saya selalu guna duit tabung ni beli cikedis, nanti memang kami tak akan berpeluang nak ke Legoland.
Saya nak ke Legoland. Abang & adik saya pun sama.
Saya akan jaga amanah daddy saya betul betul.

Yang benar,


Muhammad Fierasz Zayyan
Penjaga tabung.




Monday, May 11, 2015

Karnival Agrotaman 2015

Hari Sabtu & Ahad semalam, berlangsunglah Karnival Agrotaman 2015, di Taman Botani Negara Shah Alam. Sepanjang hampir 9 tahun aku berhijrah dari JB, dan kerja di Shah Alam, percaya atau tidak, hujung minggu lepas lah buat pertama kalinya aku ke Taman Botani Shah Alam tu!

Aku ke sana membantu apa yang patut ..
Wife aku ada buka booth di sana, jual macaron nya.

model Karnival Agrotaman 2015  :P

sempena karnival ni, utk tempoh terhad, wife aku jual macaron nya dlm pek paling minimum 2 biji macaron. Selalunya minimum 6 macaron in a box.

Antara rakan blogger yang datang...or, shall I say, bekas blogger, sebab si Iyra ni dah tak menulis blog lagi, dah pencen..haha..

Blogger Aizamia pun datang...ni anak dara comel dia  :)

Dan aku juga nak ucapkan terima kasih kepada silent reader blog ni, yang ada datang semalam dan beli macaron wife aku. Wife aku tak sempat pulak nak bergambar dengan silent reader tu  :)


Satu benda yang wife aku & team business nya amalkan, ialah konsep jemaah dalam berniaga.
Jangan pentingkan diri sendiri.
Kita promote produk jemaah, kita bantu jaga booth sama sama..
Kita buang barah utama bila orang Melayu berniaga, iaitu penyakit hasad dengki.

anak anak aku, selain jadi model produk mommy mereka, ambik job part time jadi model produk lain..kan namanya berjemaah dalam berniaga...haha. Yang ni mereka jadi model produk pretzel & perencah nasi goreng.


Tuesday, May 5, 2015

Around The World

Siapa yang tak mahu hidup lama?
Dapat hidup tengok anak anak kita berkahwin.
Dapat hidup tengok cucu cicit kita.
Dapat tengok perkembangan negara dan dunia masa hadapan.

Kalau ikutkan satu study yang ambil masa selama 50 tahun oleh penyelidik Sweden, katanya 3 faktor ni  perlu di amalkan kalau bercita cita nak cecah umur 100 tahun:
  1. Jangan merokok
  2. Pastikan level cholesterol terkawal
  3. Minum 4 cawan kopi sehari

Gambar arwah atuk dan nenek aku, sebelah mak. Atuk meninggal pada usia 55, lama dah..masa tu umur aku 2 tahun. Nenek pula meninggal pada usia 70+, masa aku 16 tahun. 

Ada orang kata, tak guna hidup lama sangat...nanti menyusahkan anak anak..
Sebab selalu sakit sakit, sebab makin teruk perangai ( kembali seperti kanak kanak)

Aku berpegang kepada kata seorang ustaz ni..
Doa lah untuk hidup lama, panjang usia, dalam keberkatan & keredaaan NYA.
Itu yang penting.
Hidup lama, sihat, diberkati, di redhai Allah.
Aku & isteri berdoa, moga bila tua kelak, kami dapat around the world berdua :)

Jom minum 4 kopi cawan, sehari!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...