Wednesday, April 29, 2015

Magnum Cafe, IOI City Mall

Alahaiii..mommy & daddy sendiri tak jejak lagi kaki kat IOI City Mall tu...Magnum Cafe pun tak pernah jejak... aiskrim Magnum pun dah lamaaaa tak makan...hahaha..Untungggg laa kamuorang ada makcik makcik yang bawakan ...

Tuesday, April 28, 2015

Cordyceps Capsule : Penyebab Datuk Lee Chong Wei Di Gantung 8 Bulan.

Umum telah mengetahui keputusan kes doping Datuk Lee Chong Wei.
Di sahkan positif dadah jenis dexamethasone, yang ada dalam kapsul Cordyceps yang beliau ambil sejak usianya 13 tahun ! Sebab keluarganya percaya ambil cordyceps kapsul ni bagus utk kesihatan.

Isu yang aku nak ketengah kan, bukan lah tentang isu doping.
Tapi isu penting nya ambil serius tentang KANDUNGAN DALAM UBAT UBAT ALTERNATIF / TRADISIONAL.

Orang kita, memang suka makan produk alternatif / tradisional.
Takut nak makan ubat doktor / moden, risau buah pinggang rosak kata nya..
Elok la tu...
Risau buah pinggang rosak, tapi makan produk yg entah apa apa, yang kita sendiri tak tahu apa ada dalam nya.

Apa itu cordyceps?
Kalau ikutkan , ianya memang betul2 ekstrak dari tumbuhan jenis kulat ( fungi), yang dah beratus tahun digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Di katakan mampu ubati pelbagai jenis penyakit, dari kanser, bawak lah ke menguatkan tenaga seks. Hebat kan? Hahaha..

OK, aku tak mahu pertikaikan kehebatan cordyceps ini, SEKIRANYA ianya memang purely cordyceps. Sebab ubat ubatan moden sekarang ni pun, memang asalnya di temui khasiatnya dari tumbuh tumbuhan. Tidaklah Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia sia, kan? Dan wujudnya pelbagai spesis tumbuh tumbuhan, selain sumber makanan, ia juga punca ubat ubatan.

Yang jadi masalahnya, apabila zaman moden ini, golongan kapitalis yang tak peduli soal halal haram( andai Muslim), atau pun soal etika/moral, mencampur kan dadah terlarang ke dalam produk herba/semulajadi, semata mata nak bagi produk mereka " powerful". Begitulah kes nya dengan capsule cordyceps yang Datuk LCW makan ni. Di tambahnya dadah jenis dexamethasone. 

Apa itu dexamethasone?
Ianya dadah jenis corticosteroid, senang cerita, ianya steroid.
Dexamethasone berfungsi sebagai anti-radang ( anti inflammatory effect ) dan merencatkan siste, immuniti ( immunosuppresant).
Dalam bidang perubatan, ianya digunakan secara meluas dlm penyakit2 yang aka kaitan dengan alahan/ keradangan, seperti rheumatoid arthritis, rawatan asma/ eczema yang kronik, dan pelbagai penyakit autoimmune.  Sebagai immunosuppresant, dexamethasone diberi kepada pesakit kanser yang jalani rawatan kemoterapi, utk mengurangkan kesan sampingan kemoterapi.
Ada banyak lagi kegunaan dexamethasone ni, yang aku malas nak tulis.

Jadi, boleh bayangkan apa jadi kalau anda makan produk " herba" / " tradisional" yang dicampur dengan dadah jenis steroid macam ni? Memang lah pada mulanya anda akan rasa perubahan positif, seperti lebih bertenaga, tak mudah sakit, dan bagi yang alami pelbagai masalah sensitif pada kulit/resdung, akan rasa bertambah sihat. Anda terpedaya, menyangka kan produk ini hebat. Anda terus makan, dan makan. Kesan jangka masa panjang?

Antara kesan jangka masa panjang yang boleh timbul:
  • tulang makin rapuh, mudah patah secara tiba tiba, urat( tendon) boleh koyak
  • gangguan neurologi seperti kemurungan, insomnia, perubahan mood
  • kerosakan hati
  • kulit menjadi nipis, lebih sensitif, kasar
  • bengkak jantung, gangguan pada rima jantung
  • gangguan sistem elektrolit badan/ fungsi asas buah pinggang terganggu
  • Cushing's syndrome ( pengumpulan lemak pada abdomen, otot badan jadi lemah, kulit jadi fragile, gangguan haid, etc)
  • benih ( sperma) jadi tak berkualiti ( tak geti berenang) ataupun kuantiti jadi kurang.


So, nak makan sebarangan produk alternatif?
Bukan tak boleh.
Tapi tolong, tolong jadi super vigilant.
Maknanya, lebih berhati2, lebih berilmu ( ya, bukan main percaya aja cakap kawan kawan/ sedara mara/ berita2 whatsapp / FB).
Tanya orang yg pakar/ yang ada ilmu.

Ada hikmahnya Datuk LCW kantoi kes doping.
Moga orang Malaysia yg memang suka makan produk alternatif, buka mata.
Bukan hanya cordyceps capsule, melambak produk kat luar sana yang aku yakin, di campur steroid.

Monday, April 27, 2015

Membesar Di Kelilingi Dulang.

"membesar dikelilingi dulang"

Dulu, aku pernah menulis tentang Inspirasi Jakel
Tentang pengorbanan arwah En. Jakel dahulu masa mula mula ber bisnes.
Dalam entry tu, aku ada selit kan gambar anak bongsu aku melepak dalam studio mommy nya.

Kali ni, aku up entry ni, utk jadi bahan kenang kenangan..
Bila mommy mereka berjaya satu hari nanti ( aminnn, Insya Allah), si abang sulung ni akan dapat tengok bagaimana dia membesar di kelillingi dulang pulak ! Hahaha..
Kesian juga tgk dia duduk di belakang kereta mommy, dikelilingi dulang.
Tapi Ziyyad ingat lah ya, satu hari nanti, gambar ini akan jadi kenangan terindah, dan juga peringatan tentang jerit perih mommy kamu nak berjaya dalam bisnes nya.

Buat pembaca yang masih belum kenal mommy si Ziyyad ni bisnes apa..
Boleh la ke FB Dreamy Treat Bakery Studio.
Like, dan follow tau...hahaha..
Follow lah juga Instagram dreamytreatmacaron

Insya Allah..
Selepas raya ni, bisnes mommy si Ziyyad akan berkembang setapak lagi, jauh ke hadapan.
Moga dipermudahkan.

Wednesday, April 22, 2015

Dengkes & Tepok

Dulu, aku tak la suka dengan kucing.
Tak suka bukan bermakna aku benci, tidak.
Cuma, tak lah beria ia nak ambil tahu tentang kucing.
Jauh sekali nak menganiaya kucing/ pukul kucing...tak la sampai macam tu.
Cuma..mmg tak suka..tak ambik port.

5 bulan lepas kalau tak silap aku, tuhan datang kan kucing liar/gelandangan kat rumah aku.
Hari hari kucing tu datang. Warna dia kuning ke orenan.
Mula mula aku buat dek aja. Macam biasa, tak layan.
Tapi aku bersyukur sangat sebab dikurniakan hidayah, gerak hati..utk cuba beri kucing tu makan..
Pada satu hari, aku mula belajar beli makanan kucing..

 Mula mula aku beli makanan kucing dlm bekas kecik. Sekarang ni, memang saiz giant macam tu aku beli. 


Hari2 kucing oren ni datang, hari2 aku bagi makan.
Sampai beliau dah macam kucing peliharaan aku sendiri.
Tapi beliau tak lah tidur di rumah aku...
Beliau hanya datang bila kereta aku sampai bila balik kerja, dan bila pagi2 aku bukak pintu..
Macam tau tau aja, beliau berlari lari kucing datang ke rumah..mengiau ngiau..dan aku beri makan.
Tak lah pulak aku tau di mana beliau tidur atau menumpang teduh.

Inilah beliau, Dengkes nama nya. Manja dah sekarang ni dengan aku, dgn anak anak & wife aku..hahaha.


Lepas tu, entah mana datangnya..
Ada la pulak seekor kucing hitam datang rumah..
Kucing gelandangan jugak.
Aku saspek, mesti beliau ini dengar gossip liar dari Dengkes..

Inilah beliau, Tepok nama nya.Tepok ni kucing betina aku rasa, sebab nampak 3- 4 set puting breast nya...kah kah kah..

Maka, selepas itu..tiap2 hari lah si Dengkes dan si Tepok ni datang ke rumah aku.
Kalau malam aku & wife balik, malam lah mereka berlari lari kucing datang ke rumah.
Pernah satu hari tu, si Dengkes luka teruk badannya, aku saspek kena geget dek anjing liar.
Aku rasa macam nak jahit kan aja, tapi aku bukan doktor haiwan.
Nak buat dressing pun, masa tu si Dengkes masih malu malu kucing dgn aku..kalau nak pegang, dia lari, tapi kalau sua kan makanan, dia mai...hahaha..So, agaknya berkat berkhasiat nya makanan kucing cap Tesco tu, setelah few weeks, sihat lah Dengkes. 

Ini anak kucing yang comel. Yang baju biru tu anak aku.

Kejap...jangan teruja sangat nak saspek anak kucing comel yang anak aku jinjit tu, anak kpd pasangan Dengkes & Tepok ya..hahaha..
Itu adalah anak kucing pakcik aku. Pakcik makcik aku pencinta kucing. So masa gi rumah dia minggu lepas, nampak lah koleksi anak anak kucing dia..sangat comel..lantas terus aku suruh Ziyyad posing sebagai bahan nak masuk FB & IG..hahaha.

So, adakah Dengkes & Tepok mengawan?
Ya.
Sebab mereka dikurniakan 2 cahayamata. Tapi aku masih tak berpeluang nak ambik gambar mereka, sebab sangat sangat malu kucing..ke penakut? Puas la aku pujuk, ajak datang dekat sambil bagi makanan, dia tengok dari kejauhan je. Bila aku skodeng di sebalik tingkap, berkejaran anak anak kucing si Dengkes & Tepok ni datang makan makanan yg aku taburkan...Hahaha.
Dan mereka berdua tak lah comel sangat. Warnanya tompok tompok oren & hitam...wakakaka...Ye la, sebab bapak oren, mak hitam!  :P

Bila aku dah bela kucing secara semi pro ni ( iaitu cuma beri makan aja, pandai2 lah kau bawak diri gi tidur kat mana kau suka), maka aku dah boleh faham perasaan pencinta pencinta kucing.
Sebab walaupun aku semi-pro, aku risau jugak memikirkan bilamana si Dengkes, Tepok & anak anaknya tak dapat makan ( bila aku gi luar daerah, atau keluar pagi balik dah lewat malam sangat).
Nak sampai ke tahap aku sediakan sangkar, uruskan kucing2 ni bawak gi vet, mandi kan...so far tak lagi...biarlah buat ketika ini, kami sekeluarga menjadi pemelihara kucing secara semi-pro sahaja.

Memang benarlah janji Allah..
Infaq kan lah harta2 kamu, nescaya Allah tambah rezeki kamu.
Sejak aku & wife berkecimpung dalam bidang pembela kuceng secara semi-pro ni, memang Alhamdullilah, urusan bisnes wife aku banyak perkembangan positif. Urusan dipermudahkan. 

Baca jugalah catatan ringkas kat bawah ni, tentang kucing kesayangan Rasul SAW, moga kita semua, kalau tak boleh jadi semi-pro macam aku ( kalau jadi professional macam pencinta kucing yg lain, lagi bagos), at least...bila nampak kucing2 mengiau kat kedai makan, baling lah sikit isi2 ikan kat mereka. Tak luak pun lauk pauk kita tu.  :)

Tuesday, April 21, 2015

Pengeluaran Penuh Wang KWSP

Pejabat KWSP sebelah kanan la abang..


Eh jap...ke sebelah kiri haaaa?


Entah la bang...den pun dah confused ni...apa apa pun, kena tunggu lagi 60 tahun baru boleh keluarkan duit dalam tu!

Monday, April 20, 2015

Solat Itu Tiang Agama

Anak anak tahfiz yg di masukkan ke HTAR, Klang kerana kes cirit birit.

Wednesday, April 15, 2015

Singapore and Asian Schools Math Olympiads(SOSMA)

Ini salah satu soalan di Olympiad Matematik( SOSMA) di Singapura baru baru ini, yang menjadi viral di lama sosial.

Soalan ini untuk pelajar pelajar berumur 15-16 tahun di sekolah elit di sana.
Soalan ini menjadi viral sedunia, apabila seorang penyampai TV up status soalan ini di FB wall nya pada 11 April lepas.

Bolehkah anda jawap soalan ini?
Adakah pengajaran berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT) mampu melahirkan pelajar pelajar di Malaysia, berusia sekitar 15-16 tahun yang mampu menjawab soalan ini?



Jangan risau..
Kalau anda tak dapat jawab...
Ini link bagaimana nak dapatkan jawapannya, berasaskan kemahiran berfikir secara analitikal  :)

CARA MENDAPATKAN JAWAPAN NYA

Tuesday, April 14, 2015

Menyahut Seruan Datuk Ahmad Maslan



Kah kah kah..
Gambar propa aja..
Gambar lama...
Masa tu wife aku tgh berpantang lepas bersalin anak bongsu kami, July 2013 dulu..
Aku goreng sayur ( sayur wife aku potong)..
Aku perah santan..
Yg masaknya, eerrrr...
:P

Aku tak pandai memasak.
Aku malas memasak.
Zaman universiti, lagi lah jgn harap aku nak masak.
So, kalau lah aku student universiti zaman sekarang ni, mmg la aku marah gila kat Ahmad Maslan !!

Monday, April 13, 2015

Keropok Ikan & Lekor Power

Hari ni nak buat produk review sikit..
Review tak berbayar..
Review bisnes keropok ikan milik kawan wife aku...



Keropok dia mmg sedap..
Terasa ikan nya..
Anak anak aku gemar makan...



Siap ada sos pencicah nya lagi...sos dia pun sedap.


Aku tolong review kan, dengan niat nak membantu usahawan Muslim kita supaya maju..
Doakan kemajuan orang lain...
Insya Allah, malaikat doakan kemajuan kita...
:)
Dan memang sebab keropok dia sedap, so tak kisah aku review kan...

Satu pek besar tu lah keropok ikan nya...

Boleh deliver lagi tu, dan sesiapa yg nak jadi agent, boleh call nombor tertera atau gi kat Instagram dia...Ye la, zaman sekarang segala benda ada GST, so elok lah cari side income jadi agent...hihihihi..

Wednesday, April 8, 2015

Putu Bambu Juriah



Ni putu bambu paling best, sedap aku pernah makan.
Kalau anda ke Air Hitam, Johor, singgah la beli.
Famous dah putu bambu makcik ni.
Makin maju perniagaan nya, dah beli building dah.

Tuesday, April 7, 2015

Tunai Baucar BR1M Dua Kali

KUALA LUMPUR- Jabatan Audit Negara mengesan tindakan individu menunaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak dua kali sejak BR1M mula diperkenalkan pada 2012.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan, Kementerian Kewangan kerugian RM3.34 juta apabila seramai 6,577 individu membuat tebusan kedua pada BR1M 2012, 2013 dan juga penerima Fasa 1 BR1M  untuk 2014.

Beliau berkata, berdasarkan laporan audit dikeluarkan, sehingga 31 Disember 2014, seramai 4,806  penerima terbabit  masih  gagal membuat bayaran balik kepada Kementerian Kewangan iaitu 1,555 orang bagi BR1M 2012, diikuti 1,850 orang pada BR1M 2013 manakala 1,401 lagi untuk BR1M 2014 yang keseluruhannya bernilai RM2.61 juta.

Menurutnya,  hasil pengauditan di peringkat pejabat penyelaras di Selangor, Johor dan Sabah sebagai sampel pengauditan mendapati tiada kawalan dalaman seragam ditetapkan dalam proses pengagihan baucar BR1M  semasa pelaksanaan BR1M 2012 dan BR1M 2013.

“Bagi mempertingkatkan lagi operasi pengurusan BR1M, Jabatan Audit Negara menyarankan Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berterusan memberi kesedaran agar penerima membuka akaun bagi memudahkan wang bantuan itu disalurkan terus kepada akaun mereka.

“Malah Prosedur Operasi Standard (SOP) disediakan perlu dikemaskini di samping penggunaan baucar sedia ada perlu ditukar kepada surat kelulusan bagi elak kes penunaian BR1M lebih dari sekali,” katanya.

Sementara itu Kementerian Kewangan dalam maklum balasnya kepada Jabatan Audit Negara mengambil tindakan penambahbaikan dalam  pelaksanaan BR1M 2014.

Antara penambahbaikan ialah dengan mewujudkan pasukan khas di Kementerian Kewangan Malaysia BR1M termasuk mengeluarkan surat peringatan kepada penerima lebih daripada sekali serta tindakan menyenarai hitam nama penerima tersebut sekiranya masih tidak mengembalikan lebih   berkenaan.

Selain itu, bagi penerima BR1M yang tidak mempunyai akaun atau belum mengemaskini nombor akaun bank mereka, pengagihan bagi Fasa 2,BR1M 2014 tidak lagi menggunakan baucar sebaliknya  akan menggunakan surat kelulusan berserta slip akuan penerimaan yang mempunyai ciri keselamatan Anti Copy.

Langkah ini  dilakukan bagi mengelak penunaian lebih dari sekali oleh individu tidak bertanggungjawab.

Program BR1M merupakan inisiatif dilaksanakan kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menangani kos sara hidup rakyat.

Kerajaan telah mengagihkan RM2.09 bilion untuk BR1M 2012, BR1M 2013 (RM2.83 bilion) dan BR1M 2014 (RM3.6 bilion).

SUMBER: Sinar Harian, 7 April 2015


1- Bagi yang sengaja & tahu mereka tunaikan 2 kali, tidak takutkah makan duit haram?

2- Itu hasil audit dari sampel di 3 negeri sahaja ( Selangor, Johor, Sabah), bayangkan kalau satu Malaysia di audit, entah berapa banyak wang BR1M di salahguna?

 Kalau aku PM Malaysia, aku rasa macam ni kot aku berkerut dahi memikirkan macam mana perlaksanaan pemberian wang BR1M boleh berlaku ketirisan. Tu semua duit rakyat yang dah di salah gunakan. Apa tindakan yang harus aku ambil kepada mereka yg degil tak mahu buat bayaran balik? Perlu ke aku arahkan Jabatan Audit mengaudit satu negara?  Bagaimana aku nak menjawab dengan rakyat yang rasa marah sebab berlaku ketirisan pemberian wang BR1M? Sesungguhnya, memang berat tanggungjawab tu, tu pasal aku tak sanggup jadi PM. Tak sanggup aku nak menjawab soalan DIA nanti, sebab akaun diri sendiri & keluarga pun, banyak yg perlu di audit supaya rezeki itu betul betul berkat.

Monday, April 6, 2015

Macaron Class, Victoria Sandwich Cake, Red Velvet

Hari minggu kelmarin & semalam, aku tak ke mana mana pun.
Sibuk ambik gambar & sibuk kemas rumah aja.
Nak berjalan jalan pun wife busy dengan kelas & produk..

Kelas Macaron, hari Sabtu. Menariknya, student kali ni dua orang lelaki adik beradik. Memang mereka minat bidang bakery. Dah jenuh sebelum ni try buat macaron asyik tak menjadi, asyik manis gila..Alhamdullilah, dari pukul 10am belajar, pukul 3 petang dah pandai buat..menjadi, dan less sweet & chewy  :) 

Posing tok guru dengan anak murid. Masing masing dapat bawak balik satu box macaron. Yeayyy.
Bagi aku mmg berbaloi gi belajar buat sendiri, kau beli kat luar dah RM3-5 sebiji. ( wife aku jual RM2 aja..keh keh keh). Dan macaron lain mmg manis gila tahap diabetes potong kaki. Wife aku punya secret recipe, less sweet tapi macaron nya tetap stable, ada crown/kaki cantik punya.


Habis kelas macaron, wife aku sibuk pulak buat persiapan buat kek.
So hari Ahad pagi tu, memang tak sempat nak gi melepak breakfast kat luar sebab wife aku sibuk dgn oven nya..:)
Aku tanya kek apa?

Victoria Sandwich Cake. Utk majlis harijadi seorang budak perempuan. RM55 aja. Confirmed sedap..hahah. Halal & toyyiban. Takdak GST. Freshly made.Melimpah ruah strawberry dia wife aku letak, beli kat luar jgn harap la banyak strawberry macam ni  :P

Yang ni pulak wedding cake utk hari Ahad tu. kek Red Velvet. Dua tingkat kek RV ni..bagi yang dah makan RV wife aku, sure terngiang ngiang kesedapannya. Hahaha...




Penyudahnya..
Sebab wife aku busy Sabtu Ahad..
Maka petang Ahad tu...
Kita makan luar ...
Kita support bisnes orang Melayu lain setelah bisnes kita di support..
Kita ni orang Melayu Islam, kena support each other, jangan lah asyik nak jadi pendengki aja.
Rezeki Allah tu luas. Kau doakan bisnes orang, malaikat doakan rezeki kau.
Kan aku dah start berceramah ni...hahaha..

Rayyan Burger Bakar di Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam. Sedapp! Gi la makan. Patties nya memang homemade, bukan macam sesetengah kedai burger bakar guna patties dari daging kisar ready made( yg penuh campur lemak)


Kalau nak beli macaron/ belajar buat macaron
Boleh call wife aku.
Kalau nak beli produk macam RV cake, Victoria Sandwich cake tu, any continental cakes , brownies, cheese leleh...pun boleh call wife aku.
Nak belajar buat kek kek tu pun boleh.

Call / Whatsapp Fiza:
013  3650783

Boleh check juga kat FB:
Dreamy Treat Bakery Studio

Boleh follow juga IG:
dreamytreatmacaron

Friday, April 3, 2015

Persediaan Hari Raya Aidilfitri 2015

Sumber dari Kamiliaharun di FB.


Maaflah, tajuk aku misleading.
Memang aku buat tajuk misleading secara sengaja.
Untuk tarik trafik datang.
Tapi jujurnya, niat aku mmg bukan pasal Nuffnang ( tarik trafik).
Tapi pasal nak kita sama sama teruja bersedia utk hadapi Ramadan.
Kalau aku tulis tajuk Persediaan Ramadan vs Persediaan Hari Raya Aidilfitri, yang mana orang akan lebih teruja nak klik?  Tepuk dada, tanya iman  :)

Ini apa yang ditulis oleh saudari kita, Kamiliaharun itu di FB nya...


Salah satu inisiatif nak keep track bab solat. Betapa tak berjayanya untuk istiqamah. Iman masih rapuh. Masih lemah nak melawan nafsu.

Setiap kali ada tanda oren, kena denda diri samada bagi sedekah, belanja orang, bagi salam, puasa, or any random act of kindness.

Ini baru satu bab. Belum lagi bab khusyuk, bacaan surah dalam solat, zikir, ngaji. Belum lagi tengok mutabaah amal. *pengsan* Allahu. Still far away from being good. Striving to be one.

Tak lama je dah lagi nak Ramadhan. Harapnya berjaya improve. InsyaaAllah.

Thursday, April 2, 2015

Corat Coret Hari Pertama GST, 1 April 2015

Semalam 1 April 2015.
Hari pertama GST berkuatkuasa.
Memang " seronok" la layan FB.
Macam macam gambar resit keluar.
So elok aku kongsi kat sini, buat blogger yang takde FB ( ada ke? )


Sebelum tu, kita sebagai pengguna, kena faham kriteria yang melayakkan sesebuah kedai kenakan kita GST...

2 komponen penting kena ada pada resit:
1) Nombor daftar/ ID  GST
2) Simbol barang, samada Z atau S



Ini contoh resit yang legit.



Macam macam penipuan boleh berlaku. Yang tak berdaftar dengan kastam, tapi nak kaut untung menipu....Tengok iklan ni:



Tengok pula resit resit yang pengguna dapat pada hari pertama GST semalam...

RM31.20 kedai tayar ni kenakan kat customer. Mana ID GST nya? Senang senang kaut RM31.20..tu baru seorang customer.

Kedai mamak/ curry house. Syok eh kau tekan GST. Oh ya, semalam wife aku ada gi kedai mamak, dan memang wife aku mentioned pasal GST. Mamak tu terus cakap kedai dia takde GST, dan total bil memang macam biasa beli. Bukan aku nak menuduh, tapi kedai2 mamak ni la yang paling cepat/aktif nak naik kan harga, tak kisah la bila harga minyak naik ke, harga gula naik ke...So mmg aku skeptikal dgn style mamak berniaga. Boleh gi makan mamak, cuma kena tahu hak kita sebagai pengguna.


Kalau rasa tertipu, di tindas..
Maka kita report lah ..
Jangan hanya tahu mengadu kat FB / Whatsapp aja..




Last but not least..
Resit ni aku rasa paling lejen..
At least resit2 menipu kat atas tu, guna " kertas resit" yang proper jugak la..

Tadaaaa !  GST 6 % !

Wednesday, April 1, 2015

Lebuh Raya Pan Borneo.

Ok, aku tak pernah pergi ke Sarawak dan Sabah.
Tak tahu bila ada rezeki utk ke sana.
Semalam keluar kat berita TV pasal Pan Borneo Sarawak Di Lancar




Lama lagi nak siap keseluruhan highway ni.
Beribu ribu kilometer.

Niat aku..
Andai ada rezeki..
Nak memandu merentasi highway ni..
Nak buat ala ala scenic route..
Drive dari Kuching, sampai lah ke Tawau !
Mesti syok kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...