Monday, March 30, 2015

Sawan

Aku ni, kalau nak mengemas rumah, memang elok tunggu " sawan mengemas" aku sampai.
Di rumah, mmg pembahagian tugas, bab mengemas selalunya aku yang buat.
Bab memasak, basuh & ampai lipat baju--wife aku buat.

Ye lah..
Kami bukan orang kaya, tak dak maid.
So, sendiri jadi bibik lah..hahaha.
Kalau ada bibik, soheh tiap2 hari aku suruh dia mop lantai dapur..bahaha.

kalau takde jentera ni, memang aku tak akan mengemas. Aku mmg tak geti nak sapu rumah guna penyapu. Aku rasa leceh, dan lebih kotor nanti jadinya. Habuk melekat kat kipas siling pun aku sedut..haha. Ni vacuum cleaner kedua aku, setelah hampir 9 tahun kahwin. Uiihhh, dah lama gak rupa rupanya aku kahwin.


Bila tiba sawan mengemas, dia macam ada satu kuasa tambahan..
Seronok, ralit vacuum sana sini, bawah karpet, celah buku..semua aku nak bersihkan.
Kalau time malas tu, tengok buku/ mainan anak bersepah pun, aku buat bodoh..hahaha..

Atas TV, belakang TV, atas speaker..semua aku lap..takde kesan habuk..:P


Aku mmg a bit cerewet bila mengemas.
Nak kalau boleh perfect. Tu pasal wife aku berdebor debor kalau lepas dia vacuum, dia tunggu aku balik rumah bagi komen. Tapi orang dah tolong kemaskan, kita puji la..tak kan nak kondem lebih lebih. Dah namanya wife, bukan bibik..keh keh keh.

Tapi Alhamdullilah, so far aku bukan lah golongan OCD.
Kalau Obsessive Compulsive Disorder, memang lah payah.
Pasangan pun boleh tak tahan..
Bayangkan, kalau org ada OCD ni, semua benda kena ada sistem..
Contohnya, susun hanger baju kena ikut warna, susun pinggan kena ikut brand! Hahaha.

 Belakang desktop kan berselirat wayar, so tempat paling syiok habuk nak bersarang. Sebab ada anak kecik, kulit limau raya Cina pun aku jumpa semalam kat belakang ni! Puas hati dapat vacuum bersihkan belakang desktop ni. Ada la 2-3 kali sebelum ni, masa sawan mengemas tahap gaban tiba, setiap wayar tu aku bersihkan, lap guna kain basah..berkilat kilat wayar hitam tu..haha.


Modem pun aku lap semalam! Berhabuk!

Berapa kerap sawan mengemas ni tiba?
Ikut mood.
Tapi paling lama, 2 minggu sekali dia mai la.
Kadang kadang, balik surau pukul 9.30pm, bukak kain pelikat, tukar persalinan mengemas..aku boleh vacuum rumah, bersihkan kipas, susun buku kat rak..sampai la pukul 12 am.

Korang yg ada anak kecik, tolonglah check celah sofa. Abaikan sofa aku yg dah bercapok warna kulitnya tu. Jenuh dah aku asyik nak bersihkan, sejak ada askar2 kecik ni. Celah sofa ni, segala mak nenek serpihan Chipsmore ada, kerepek ada, pembalut coklat pun ada!


Last but not least...


Habuk yg melekat kat frame gambo, jangan lupa di sental.

Sebenarnya...
Sawan mengemas aku ni menjadi jadi bila start ada anak.
Aku harap, tahun depan murah rezeki aku nak pass baton sawan mengemas ni kat bibik la.
Hahaha.

Friday, March 27, 2015

Faizal Tahir, Faizal Hussien, Faizal Ismail.

Itu antara 3 artis Malaysia yg aku tau, namanya Faizal.
Common kan nama Faizal..hahaha.

So, memang patut la mereka buat persatuan.
Persatuan Faizal SeMalaysia.
Hahahahaha..




Ini betul betul punya persatuan tau.
Bukan lawak..
Ni carta organisasi persatuan ini :



Aku cuma terfikir lah..
Apa aktiviti persatuan ni?
Hahaha..

So, kalau anda yang membaca entry ni bernama Faizal.
Atau kenal orang yang namanya Faizal.
Boleh la join Persatuan Faizal SeMalaysia.

Thursday, March 26, 2015

GST ada kebaikan

Entry hari ni ringkas aja..
Aku nak ajak korang semua participate ..


1) Buka Google Translate

2) Set kan translation dari Malay to English


3) Taip: GST ada kebaikan



Selamat mencuba.

Wednesday, March 25, 2015

Lawak Tak Kena Tempat

Nak berlawak pun, biar lah kena dengan tempat.
Lawak macam ni, memang tak lawak ok.




Aku dapat dari FB group anak Johor.
Lawak kononnya ada mayat tepi jalan di highway.






Aku harap, manusia yg buat lawak ni, betul betul jumpa pocong.
Baru dia tahu.
Hahaha

Tuesday, March 24, 2015

Kesan GST pada tembolok: Takde Kesan, kot?

Lagi seminggu, kita dah ada GST.
Yeayyyy!!


Ramai orang komplen itu dan ini pasal GST.
Barang barang naik harga.
Perkhidmatan, naik harga.
Memang betul pun.

Lempeng kelapa pun, mesti naik harga. Tempat kejadian: sebuah kedai makan pagi yang awesome di JB.

Mee rebus pure johor style, di sebuah kedai makan di JB. Tarikh kejadian: 16 Mac 2015.
Mee rebus pun bakal kena kesan GST..yeayyyy!


Point aku ialah:
  1. Naik lah harga macam mana pun, kesan GST ke, kesan harga minyak naik ke, bila tiba bab makanan, aku rasa rakyat Malaysia masih tak sanggup berkorban. Yang mana makanan nya sedap, mesti berkerumun orang beli, sanggup datang dari jauh. Harga naik? Pun sanggup beli, sebab nak penuhi nafsu makan, dengan syarat, sedap!  Tak tahu lah aku kot kot lepas GST ni, coconutshake Klebang kurang customer, nasi lemak Wak Kentut kurang customer..
  2. Makanan kat JB best woiii..hahahaha( mode rindu nak balik JB lagi...semalam layan Majalah 3, tengok cerita pasal Sultan Ibrahim mengorat Raja Zarith Sofea..hahaha)

Monday, March 23, 2015

Chain Reaction

Tahu makna chain reaction?
Tindak balas berantai maknanya..



KJ ialah seorang pemimpin yang cool, yang berani di ajak debat.
Pun begitu, aku setuju dengan KJ, benda sebegini perlu lah dia jelaskan.
Di laman FB nya semalam, KJ menulis:


Siapa lah tak ada kerja lain sampai terlalu banyak masa lapang untuk Photoshop berita palsu dibawah ini...
Biasanya saya tak perlu nafi fitnah seperti ini tetapi oleh kerana ramai yang tanya saya tentang 'berita' ini, maka saya dengan tegas ingin sahkan bahawa ia adalah satu fitnah. Ini bukan kenyataan saya dan ini juga bukan berita yang diterbitkan oleh Berita Harian. Ini kerja edit gambar.
Kalau nak menipu pun biar lah logik sikit..


Sangat menakjubkan, dalam ribuan komen dalam FB beliau, ada yg bagi alasan:

" berita perli aja pun"
" satira aja ni"
" tak kan lah korang percaya, hoax aja ni"

Benda macam ni, bagi aku, jadi fitnah.
Tak kira lah samada ia melibatkan org Kerajaan, atau Pembangkang.
Fitnah, tetap fitnah.
Kita sokong hudud, tapi dalam masa yg sama, kita sekongkol dengan berita fitnah?
Bukankah itu ironi?

Sebagaimana kita marah apabila Allahyarham TGNA di fitnah..
Tak kan kita tutup sebelah mata apabila KJ di fitnah, atas sebab perbezaan idealogi politik?

Bila ramai yang baca..
Pasti ramai yg percaya( dalam pada ramai yang tak percaya).
Chain reaction dosa yg kita dapat kalau kita photoshop benda macam ni..
Pernah terfikir?
Astaghfirullahalazim.

Wednesday, March 18, 2015

GST: Kesan Kepada Susu Formula & Lampin Pakai Buang

Jalan jalan di FB...
Terjumpa lah benda ni...


Ok...entah macam mana selama ni aku tak terfikir pasal effect GST ke atas pampers & susu formula ( sebab 2 benda ni paling kerap di beli)


Sebab aku masih ada 2 orang hero yang aktif minum susu & aktif bertukar pampers...

Ni gambar latest 2 ketul hero, dengan nenek mereka, hari Ahad 15/3/15, menunggu nak naik river cruise kat Sungai Muar..keh keh keh..
Budak baju belang2 tu mmg dah kena start ajar tak ber-pampers nih! Bulan May ni masuk 4 tahun dahhh...jimatttt duit daddy...hahaha



Makanya...
Sebelum 1 April..
Aku kena rajin berjalan jalan ke segala hypermarket..
Ke segala kedai ubat cina..
Cari dan beli stok pampers & susu formula..

Thursday, March 12, 2015

Kari Kambing 40 Hari, Mu Tunggu Aku Datang !

Insya Allah, hari Sabtu ni aku balik JB.
Balik kampung.
Dah dekat 2 bulan lebih tak balik kampung.




Aku cuti lama sikit.
Sabtu hingga Selasa duduk JB.
Macam macam dalam perancangan.
Semestinya nak lepaskan kerinduan pada kacang pol, mee rebus & mee bandung.
Putu Bambu Juriah kat Air Hitam tu pun dah masuk list kerinduan aku...hahaha.

Juga nak bawak mak ayah aku try 2 benda ni, yang aku baca kat blog Doktor Zoul :
  1. Restoren Kari Kambing 40 Hari
  2. Milo Soto Warisan Pekan Rengit
Nampak nho balik Johor, selain nak tatap wajah mak ayah, ialah agenda utk menambah berat badan..kah kah kah. Takpa, kasut jogging sentiasa tersedia dalam bonet kereta. Antara istiqomah nak sarung kat kaki atau tak aja..haha.

ps:  kot ada rezeki, nak lah jugak cari mee siput tu, takde lah nanti kena hukum buang negeri, kan Okje , hahaha.


Tuesday, March 10, 2015

Tanda Tanda Nak Bersalin

Hari tu, masa tengah kerja, ada budak umur 8 tahun tanya aku, apa bendanya ni? ( rujuk gambar )
Aku tengah sibuk check adik dia batuk berkahak, beria ia budak ni sibuk tanya..
Kuat betul semangat ingin tahu budak ni..
Aku doakan moga budak ni akan jadi pakar sakit puan..keh keh keh




Korang tau model apa tu?
Ada bladder ( pundi kencing), ada uterus ( rahim), ada rectum ( usus ).
Itulah model sistem reproduktif wanita.

Alang alang aku tunjuk gambar model tu, biar lah aku share info yang penting, yang mana sesetengah wanita yang mengandung anak pertama tak tahu ( yang anak dah 4-5 orang pun, kadang kadang masih tak tahu!). Info tentang TANDA TANDA NAK BERSALIN.

Ada 3 tanda nak bersalin:
  1. Contraction yang makin kerap dan kuat
  2. Tumpah darah/ lendir ( show)
  3. Air ketuban pecah ( leaking liquor)

Yang no ( 1) tu, bila mana contraction nya makin kerap datang..kalau mula mula let say sejam sekali, lepas tu makin cepat...30 min sekali..lepas tu 15 minit sekali..lepas tu 10 minit sekali....Dan makin lama, makin kuat contraction nya. " Macam mana rasa contraction tu doctor?"...Alahaiii...tang ni yang susah den nak jawab..hahaha..sebab den lelaki. Tapi ikut kata ramai wanita, rasanya ala ala macam nak terberak sangat + sakit memulas mulas, kat area sekitar perut ke ari ari...Haaaa..camtu la rasa contraction tu...kalau tipu wanita wanita tu, maka tipu la aku...Hahaha..

Yang no (2) tu, masa pregnant, ada lapisan mucus/lendir yang pekat likat kat pangkal rahim ( cervix). Masa dah nak terberanak, mucus tu jatuh/luruh/keluar..Istilah nya dalam bahasa omputeh ialah "passing out show", atau " show".  Show ni lendir yg warna jernih2 pink, sometimes berdarah sikit ( normal).

Yang no (3) tu, warna air ketuban ialah jernih, tak berbau. Kalau korang tak sure tu air ketuban ke, atau air kencing, sila jumpa doktor cepat. Kalau warna air ketuban hijau/kekuningan, itu petanda tak baik. Kalau air ketuban bocor awal ( belum lagi nak terberanak), ada risiko baby lemas dalam rahim ( sebab baby suspended dalam air ketuban dan bernafas thru air ketuban), atau pun ada risiko jangkitan ( lapisan membrane yang dipanggil amniotic sac dah bocor, so kuman boleh masuk).
Banyak kali aku jumpa kes ( masa kerja hospital dulu, dan juga masa dah keja klinik ni) wanita yang selamba tak jumpa doktor bila air ketuban mereka bocor.Mereka sangka kan tak bahaya, sebab takde contraction/ takde show.

Kena ada ketiga tiga tanda ni ke baru boleh bersalin?
Tak semestinya.
Kadangkala, hanya show + contraction yg makin kerap & kuat sahaja.
Bila di check bukaan rahim ( cervical dilation), rupa rupanya dah 7-8cm !

Aku ( dan mana mana doktor) perlu masukkan jari macam tu, untuk menilai:
1) Saiz bukaan cervix, dan rasa dinding cervix dah menipis ke tak
2) Kedudukan kepala baby
3) Boleh rasa talipusat ke


Yang penting, buat persediaan bila anda dah mengandung.
Bukan hanya bersedia beli baju baby, baby cot, breast pump etc etc..
Tapi persediaan ilmu itu pun penting.
Belajar + bertanya tentang tanda2 kelahiran, macam mana nak meneran, macam mana nak menyusu baby, dan lain lain.


Monday, March 9, 2015

Wedding of The Year

Hujung minggu, aku kemas rumah.
Kemas buku buku lama, majalah lama..
Terjumpa lah majalah ni...


Hahaha..
Majalah Pengantin..
Wife aku punya koleksi..
Teringat zaman aku nak kahwin dulu, memang rajin la wife aku tengok majalah macam ni..
Nak dapatkan perfect wedding katanya..
Siapa yg tak impikan perfect wedding, kan?

Tapi itu lah..
Bila di fikir fikirkan balik..
Banyak keluar belanja utk wedding..
Walaupun wedding aku tu, wedding biasa biasa aja..
Memang dah fikir utk control bajet masa rancang wedding tu dulu..
Tapi sekarang ni, bila dah matang, baru sedar..ada lagi beberapa aspek dlm urusan wedding tu aku boleh jimatkan lagi perbelanjaannya..

Aku harap..
Dalam pelbagai aspek kehidupan sekarang ni..
Minda aku boleh dan mampu berfikir secara matang lagi kritis..
Supaya kalau umur panjang, masa umur aku 50 -60 tahun nanti..tak la aku ulang skrip
" tapi sekarang ni, bila fikir2 balik, aku boleh buat yang lebih baik"

Wednesday, March 4, 2015

Indahnya Poligami



KOTA BHARU 3 Mac - Mereka sebaya dan mempunyai bapa sama. Latar belakang itu menyebabkan ramai menyangka empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putri Saadong, di sini yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 adalah kembar.

Tambahan pula, usia mereka sekadar dibezakan oleh bulan kelahiran selain dilihat amat akrab umpama belangkas termasuk menjadi rakan sekelas. Malah, empat remaja tersebut turut berkongsi impian sama iaitu mahu berjaya dalam bidang perakaunan.

Hakikatnya, Juliana Aziera Zulkepli, 18, serta adik-adiknya, Ayu Shaheera, 18; Zul Azril, 18, dan Zul Azrul, 18, adalah adik beradik berlainan ibu hasil perkongsian seorang ahli perniagaan, Datuk Zulkepli Mohamad, 51, bersama empat isteri.

Juliana Aziera, anak Zulkepli bersama isteri pertama mendapat 8A 2B. Keputusan sama turut diperoleh Ayu Shaheera, anaknya bersama isteri kedua serta Zul Azril, anaknya bersama isteri ketiga.

Sementara itu, Zul Azrul, anak beliau bersama isteri keempat pula mendapat 10A dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik SMK Putri Saadong.

Zulkepli yang pernah menjadi tukang karut dikir barat dan tersohor dengan panggilan Zul Wisma berkata, selain hasil didikan guru di sekolah, kecemerlangan anak-anaknya turut didorong oleh kebahagiaan yang berjaya dicipta dalam rumah tangga beliau.

Menurut Pengerusi Eksekutif Zulkepli & Co. itu, empat isterinya, Datin Hasnah Mat Ya, 56; Rafizah Senawi, 48; Nurida Razali, 48, serta Norreha Abdul Rahman, 45, amat rapat dan memahami antara satu sama lain.

Katanya, keakraban isteri-isterinya itu membolehkan kesemua 11 anak mereka turut membesar sebagai satu keluarga dalam suasana harmoni.

Bercerita lanjut mengenai rahsia kecemerlangan anak-anaknya, Zulkepli memberitahu, mereka berempat tidak menghadiri sebarang tuisyen, sebaliknya sekadar mengikuti sesi pembelajaran khas bersama beliau sendiri.

“Empat bulan sebelum SPM, kami buat kelas intensif. Mereka berempat dikehendaki hadir ke pejabat saya selepas jam 4 petang setiap hari kecuali Jumaat untuk belajar bersama-sama. Kami turut mengerjakan solat Asar, Maghrib dan Isyak berjemaah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Zulkepli, beliau sanggup mengupah guru untuk mengajar dirinya sendiri dalam semua mata pelajaran semata-mata mahu memastikan beliau mampu menjadi seorang ‘guru’ yang bagus kepada anak-anaknya.

Sementara itu, anak-anak Zulkepli mengakui berasa seronok dapat belajar bersama beliau kerana tidak perlu malu untuk bertanya soalan selain berpeluang bermesra dengan bapa sendiri. - Utusan Malaysia



- Kalau nak berpoligami, ikut betul betul sunnah Baginda tu.
- Kejayaan anak anak dalam pelajaran & sahsiah, ialah salah satu nikmat, rezeki yang Allah kurniakan buat hambaNYA yang bertakwa..sabar.
- Datuk Zulkepli ni pun berjaya dalam bisnes..rezeki dalam bentuk material pun beliau perolehi, Alhamdullilah

Tu pasal, buat wanita di luar sana, tolong jangan terus tutup minda, terus cop/ pandang serong poligami ini. Tak akan di benarkan/ di wujud kan ia ( menerusi amalan Baginda SAW), andai ianya tiada kebaikan. Salahkan si pengamalnya, bukan salahkan amalan nya  :)

Aku bukan pandang serong, jauh sekali aku nak pandang hina, Nauzubillah...jauhkan diri aku & korang semua dari sifat mazmumah ini( sifat takbur/ meninggi diri ego)...namun aku sering terfikir dan terfikir....
- kenapa lelaki yang kerja biasa biasa, yang sumber pendapatan cukup2 makan, yang macam ni ramai yang nak berpoligami? Makan pakai kediaman anak isteri yg ada pun masih tak lengkap, ada hati nak buka cawangan..

Hmmm...

:)

Tuesday, March 3, 2015

Swipe & Drive

Dulu, aku suka join contest.
Contest supermarket, contest air berkarbonat, contest kedai perabot, dan macam macam contest lagi.

Hadiah saguhati banyak kali menang, Alhamdullilah.Antaranya:

  • Baju SALEM ( contest rokok Salem seingat aku)..
  • Baju jersey bola ( contest World Cup Coca Cola)..
  • Mug ( dari supermarket..hahaha)
  • Voucher minyak RM200 ( dari Caltex atau Petronas, aku tak ingat)

Hadiah paling besar aku pernah menang, masa aku join contest Courts Mammoth ( sekarang ni Courts ). Masa tu aku bujang lagi. Hadiahnya ialah " dapat segala barangan yang kita beli tu dengan percuma"  Masa tu aku ambik set hi fi, ayah emak aku beli perabot dan macam macam..total amount hampir RM8000. So layak lah isi 10 helai borang peraduan kot ( dah lupa). Lepas sebulan, pihak Courts Mammoth bagitau, tak yah bayar RM8000 tu. Menang grand prize utk negeri Johor punya.

Contest yang aku gigih join dan harap sangat menang:

Sijil Simpanan Premium BSN

So far, hadiah periuk nasi pun tak berjaya. Hahahaha...Eh, ada lagi ke hadiah periuk?
Selalu berangan angan kalau la dapat kereta sebijik...agagagagaga..


Buat masa sekarang, tengah gigih isi kat Caltex.
Dah la susah nak carik Caltex ni..
Tapi demi mu CX5...ku gagahkan diri juga cari Caltex selalu..hahahaha

Jom join contest ni...mana tau ada rezeki nya, aku doa kan korang berjaya, korang doa kan aku berjaya ya..hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...