Thursday, February 26, 2015

Universal Container

Mula mula, aiskrim dalam pasu jadi viral.
Sana sini orang makan aiskrim dalam pasu..
Sampai keluar isu tentang bahaya makan aiskrim dalam pasu...


Lepas tu...
Sebab kreatif nya orang kita....

aiskrim dalam buluh


Tak cukup kreatif lagi??

Ada pulak yang ini...

aiskrim dalam lesung


Hmmmm..

Aku nak mencabar daya kreativiti...

Kalau aku jual aiskrim dalam ni, agak agaknya boleh jadi viral tak??


aiskrim dalam universal container



kah kah kah
barulah menepati ciri ciri " universal" , kan?
urine boleh
tissue sample boleh
stool boleh
aiskrim pun bolehhhhhh

Wednesday, February 25, 2015

Tiket Sehala


Bila tiba masanya kita naik kereta tu, kita tempah tiket one way aja.
Sebab kita akan bermastautin kat tempat yg kita tuju.
So buat lah itinerary betul betul.
Cantik tersusun terancang itinerary kita, Insya Allah nyaman dan best lah masa kita bermastautin nanti.
Jangan jadi malas, nak harap pada tour guide aja.
Tour guide bagi pakej, tapi tak semestinya pakej tu boleh buat kita selesa kelak.

Monday, February 23, 2015

Intrauterine Death / Stillbirth / Fetal Kick Chart

Aku nak kongsi satu cerita.
Al kisahnya hari tu, aku jumpa seorang pesakit.
Al kisahnya, dia kata, " dah 3 hari baby nya tak bergerak"
Ya, TIGA hari.
Wanita awal 30an, mengandung anak no 2, dah masuk 6 bulan usia kandungan.

Hampir nak terjatuh dari kerusi aku terperanjat bila dengar " 3 hari" tu.
Kenapa lambat sangat nak check?
Alasan dia:
  1. Gi satu klinik ni, dia tak boleh scan. Hanya boleh scan pada hari tertentu sahaja
  2. Gi pulak kat satu hospital swasta ternama di Shah Alam ni, katanya "tak boleh scan pada hujung minggu, kena tunggu hari bekerja"

Jadi aku pun tanyalah dia, " Kenapa awak tak pergi terus kat hospital kerajaan?? Bahagian Kecemasan hospital kerajaan tak pernah tutup"

Jawapan ibu mengandung ni:  " Saya malas la nak ke Hospital Klang, busy sangat kat sana, ramai sangat pesakit"

Ok...
Ok...

Maka aku pun scan la...

Dan seperti yang di jangka...

Tiada jantung baby ( no fetal heart beat), tiada pergerakan baby ( no fetal movement), tiada bunyi jantung ( no fetal heart sound). Kesimpulannya: Baby dah meninggal dalam kandungan ( intrauterine death)


Baby yang dilahirkan dah meninggal tu nanti, dipanggil kelahiran STILLBIRTH.

Take home message paling penting kat sini ialah:

-TOLONG CEPAT CEPAT PERGI SCAN/PERIKSA KALAU BABY DAH TAK GERAK LEBIH DARI 6 JAM/ RASA LAMA SANGAT TAK GERAK-

Tu pasal kalau check up kat klinik kerajaan ( rujuk buku merah tu), nurse akan ajar ibu mengandung untuk catit " Fetal Kick Chart". Carta ini bukan saja suka suka di buat. Ianya supaya ibu mengandung sedar akan perubahan dalam gerakan/aktiviti baby. Maknanya, kalau dah secara istiqomah mencatat, maka ibu mengandung akan sedar " ehhh..baby aku dah lebih 2-3 jam tak gerak la".

Dan, kalau dah sedar baby tak bergerak lama, cepat cepat la dapatkan bantuan...waima terpaksa ke hospital kerajaan sekalipun ( yang maha busy katanya tu).

Memang ada " fetal sleep pattern", iaitu baby akan tidur..bukan sepanjang masa bergerak. Maka kalau dah beberapa jam rasa baby tak gerak, ibu mengandung boleh cuba "kejut" baby dengan mengusap/mengurut perut, utk memberi stimulasi kepada baby. Boleh juga cuba minum minuman sejuk, jadi baby akan terasa perubahan suhu dalam tu, dan hopefully dia akan terjaga/bergerak.

Kalau semua effort tak berjaya ( baby tak gerak gerak), maka jumpa lah doktor anda ASAP.

Tuesday, February 17, 2015

I Love New PM

Hari tu bawak budak bujang ni gi basuh kereta...

Dasar blogger kan, kat tempat car wash pun nak ambik gambar..kah kah kah...Ingat tau MD, nak jadik blogger tegar takleh malu tala kamera di mana sahaja, bila bila masa, waima ramai mata yang memandang mu! hahaha


Melilau lilau mata ni tengok keadaan sekeliling car wash ni..

Markas PAS rupa rupa nya kat sini...hihihih..Tak kisah lah..aku tak peduli PAS ke, UMNO ke..asal kan kau basuh bersih2 kereta aku, servis baik...Tapi tetiba aku pelik la jugak, orang PAS kat sini sayang PM jugak rupa rupanya ya...hahahaha..( sila tengok logo I Love PM kat pintu tu).


Rupa rupanya...
Bila ku zoom..
Dan zoom lagi....


kah kah kah...kreatif okeh!



By the way, hasil kerja mereka mencuci kereta ni, adalah tip top, terbaik !
Memang bersih bersinar kereta aku yang dah 2-3 minggu kepam tak berbasuh..hahaha.

Monday, February 16, 2015

Tak Akan Kahwin Lain Dah.

Yeayyy!
Aku happy sebab hari ini, hari last wife aku berkursus.  :P
Dia gi kursus dari hari Khamis lepas ( 12 - 16 Feb).
Sebelum ni, paling lama berpisah ialah 2 hari ( pun kursus)..hahaha..

Aku happy sebab:
  1. Rindu la kan, of coz...:P
    Terfikir aku life adik ipar aku yang kerja offshore. 2 minggu di pelantar, 2 minggu cuti. Patutlah dia cakap " 2 minggu cuti tu rasa macam kejap sangat"...bayangkan 2 minggu x jumpa anak bini, tak jumpa darat. Dan terfikir jugak aku life mereka yang terpaksa berjauhan atas tuntutan kerja ( weekend husband-wife). Ada yang bukan weekend, tapi monthly! 
  2. Aku rasa perit. Hahaha..Perit wooo jadi single parent ni.

Okeh, part no 2 tu yang aku nak ulas panjang sikit kat entri ini.
Semenjak berkahwin, hidup jadi mudah.
Maksud aku, bukan lah aku langsung tak menolong kerja2 rumah..
Aku memang tak bagi wife aku buat kerja2 berat macam vacuum rumah / mop lantai / cuci toilet..tu semua mmg aku nak buat. Tapi tugas2 lain macam memasak, membasuh, sidai baju, buat susu anak, lipat baju, gosok baju..memang wife aku yang buat. See? berapa banyak kerja wife aku VS kerja aku di rumah..hahaha..

So, memang lelaki, kaum suami ..tolonglah hargai isteri anda.
Terlalu banyak pengorbanan mereka utk kita, lelaki.
Wife aku bisnes sendiri, jadi tak perlu nak tiap2 pagi terkejar2 gi opis...dia gi studio bakery dia aja kalau perlu, tu pun boleh bawak anak anak ( sebab ada TV, gelongsor budak, sofa, tilam bagai)...Aku bayangkan pulak betapa payahnya WORKING MOTHER yang bersilat kat rumah..balik opis dah pukul 6 petang, nak masak bagai utk suami & anak..Huhuhu..Syukur aku dengan life sekarang...

Sebelum gi kursus, wife aku dah awal2 gosokkan baju aku & baju sekolah anak.( see? betapa wife aku sediakan semuanya..dia tahu kalau aku nak gosok pagi2, jadi kelam kabut terbalik dunia..hahaha).
2 orang anak aku yg kecil --- pos ke kampung mertua..keh keh keh.
Maka tinggal lah aku & Ziyyad..tak leh pos Ziyyad, sebab dia kan sekolah..
  • Terasa kelamkabut pagi2 aku nak kejut Ziyyad, nak check dia mandi, dengan nak melayan ragam dia tak nak bangun/ cranky tak mau sarapan..Huhuhuhu..Selama ni, aku bangun, aku gi surau, balik Subuh..tau tau Ziyyad dah ready pakai baju..Sarapan dah terhidang atas meja.
  • Aku tak tau masak. Setakat buat air/ roti bakar tu okeh la...So mamak & restoren & warung jadi geng kami berdua selama wife aku kursus ni...hahaha.
  • Selalunya aku hantar Ziyyad ke sekolah, petang balik wife aku jemput. Tapi hari Khamis, Jumaat minggu lepas... & petang ni, memang aku yang kena jemput. Dan Ziyyad akan melepak tunggu dengan aku kat klinik jap. Nasib la ada tablet. Kesian jugak sebab patutnya habis sekolah dia patutnya boleh rehat2 kat rumah, tapi nak buat camane..

Jumaat malam Sabtu punya dinner berdua

Semalam punya lunch berdua


Teringat aku kata wife aku....
" Kalau aku meninggal dulu, dia tak akan kahwin lain...cukuplah dah ada anak anak ni"
dan " kalau dia meninggal dulu, dia sure aku akan kahwin lain"...hahahhaa

Aku cakap, " tak lah...aku tak kahwin lain"
"Cukuplah dah ada anak anak ni"--- aku pinjam skrip dia...hahaha..

Wife aku kata, dia tak percaya.
Sebab dia kata, susah lelaki nak survive selepas kematian isteri.
Susah nak uruskan anak anak..
Susah nak uruskan diri sendiri..
Pendek kata, lelaki, kena cari pengganti..perempuan pulak, tak perlu, boleh berdikari dah. Gitu lah ikut kata wife aku..

Hehehehe..
Setuju ke dengan statement wife aku tu?

Doakan lah kami suami isteri dapat hidup lama sampai ke hari tua...hidup diberkati Allah..
Aku doakan juga korang suami isteri hidup bahagia bersama, diberkati hingga ke hari tua..
Dah tua tua nanti, berdua..travel around the world gitu...keh keh keh

Friday, February 13, 2015

Nik Abdul Aziz Nik Mat: Pengajaran Buat Kita Yang Hidup

Beliau telah pulang, saat ribuan menangisi pemergiannya..


Yang hidup menangis, yang hidup sedih..yang hidup merindu..
Sedangkan beliau mungkin sedang gembira, tak sabar nak bertemu dgn Pencipta nya..



Di muliakan beliau saat di atas dunia ini lagi..
Kita yang masih hidup ini..
Apa perlu kita buat?
Tak ingin ke penghormatan sebegini?
Kalau tak dapat penghormatan sebegini di dunia, tak mahu kah kita penghormatan sebegini di alam sana? Di sambut malaikat kedatangan kita?

Sesungguhnya, amat amat bodoh la kita kalau kita sia sia kan umur kita yang masih berbaki ini, sedangkan kita masih boleh buat sesuatu utk kecapi penghormatan sebegini.

Thursday, February 12, 2015

Anak Angkat

Aku ada hobi baru.
Hobi posing dengan baby girl.
Hahaha..

Gegirl ni takde pakai headband bagai..hahaha


Al maklum lah..
Anak anak aku semua boys.
3 hero.
Dan kilang dah tutup.
Dan takde niat pun nak cari kilang lain.

Dulu pernah berangan angan nak beli gaun, nak pakai kan baju renda renda kat baby girl..selalu la masuk Lovely Lace Baby tu dengan wife usha usha baju gegirl..wife aku gelak aja tengok aku..Sebab takde baby girl, kita pinjam jap anak orang pun jadi laaaa..:P
Oh ya, ingat lagi ayah aku pernah cakap " nanti ada baby jangan pakaikan reben2 / bunga2 kat kepala dia...rimas dia nanti"..hahaha..so utk anak2 lelaki aku tu semua, masa mereka baby, takde pun mereka dipakaikan dengan segala macam cap/ sarung kepala..


Aku bersyukur sangat kepada Allah..
Sebab aku ada anak..
Anak anak aku sihat..
Walaupun rezeki aku cuma ada anak lelaki.
Orang lain, kahwin puluhan tahun, anak pun takde.
Orang lain, ada anak, tapi anak mereka sakit.

Monday, February 9, 2015

Pasar Busuk


Gi lalu lalang depan deretan ikan kat dalam Tesco pun kau dah tutup hidung ye Zayyan...
Hahahaha
Padahal takda la bau sangat pun..
Ni kalau aku bawak masuk pasar basah..
Sure menjengket jengket kaki takmau basah kasut/selipar..kah kah kah


Mommy kau faham sangat perangai daddy..
Kalau ke pasar basah,dia aja la yang masuk...
Daddy sedia bagi berapa aja wang..asalkan selagi boleh nak elak masuk pasar yg ada bau,lecak tu..hahaha..
Bila lah pasar pasar kat Malaysia ni nak kering..takde bau sangat..
Yang ada so far aku jumpa, pasar Seksyen 6,Shah Alam..
Teratur, kering la jugak,takda bau sangat..
Paling teruk, Pasar Besar Klang !  Gila punya busuk ( aku tak masuk pun..hahaha)
Lepas wife aku beli belah dalam tu, masuk dalam kereta...
Petang tu, dalam kereta boleh ada bau ikan/ bau pasar tu dalam kereta aku, sebab tapak kasut wife aku kan basah pijak lantai pasar, lepas tu masuk dalam kereta...Padahal ikan2 semua masukkan dalam bekas polisterin, letak kat bonet tu! hahaha..

Yang aku pelik tu..
Kenapa kita macam tu..
Gi pasar " basah " kat Australia...
Takde pun macam tu...
Kering..takde bau..
Ala ala kau masuk kat Cold Storage tu..ikan2 cantik tersusun,ayam2 cantik tersusun..

Thursday, February 5, 2015

Design Rumah Ala English Style

Wife aku whatsapp gambar ni semalam..

telur pecah bawak meja makan

Setiap anak itu berbeza beza..
Anak pertama & kedua, sangat behave.
Masa mereka umur sekitar setahun ++, sangat behave.


Itu gambar anak bongsu aku.
Sekarang umurnya setahun 7 bulan.
Semalam dia jatuhkan telur dari atas meja makan.
Kelmarin dia jatuhkan botol sos cili dalam bilik tidur, habis pecah botol. Syukur tak luka( dia usung botol sos ke dalam bilik).
Hari tu dia gelak2 dalam baby cot sambil joget2 keriangan sebab dah memandai bukak pampers dan kencing!
Hari hari sebelum tu pulak, dia panjat meja komputer aku ( ntah macam mana dia boleh panjat), nak terjerit aku tengok dia gegarkan monitor komputer..

Alahaiii Zayydan...
Alahaiii anak..

Sabor aja lahh...
Karpet yang comot, boleh di tukar..
Langsir yang rabak, boleh diganti..
Botol sos yang pecah, boleh beli baru..
TV 42 henciii kalau pecahhh?  errkkkk...janganlah pecah ya..tapi kalau pecah, kena ganti..
Dinding rumah yang dah macam tadika penuh gambar pokok, ultramen, kereta & harimau, boleh di cat...

Mommy & daddy kena pasrah la..
Selagi korang masih kecik ( sebab yg abang abang nya umur 7 tahun & 4 tahun pun kadang kadang 2 x5 join perangai si zayydan ni !! ) , mommy & daddy kena pasrah rumah bersepah selalu...hahaha.
Kena pasrah kaki selalu sakit terpijak lego korang..
Vontot ni sakit terduduk atas lori korang..

Nak buat konsep English style ( yang di idam idam kan masa mula2 kahwin dulu)?
Rasa rasanya, lagi 5 tahun kot baru boleh terlaksana..hahaha...sebab korang dah besar sikit masa tu..
Nak tampal wallpaper yang cun cun...( kot tampal sekarang, nescaya menangis daddy tengok korang conteng / koyakkan kertas tu! )
Ok lah kan, 5 tahun tu, boleh la jugak daddy kerja keras kumpul duit beli perabot2 ala English sytle.. .:P

Wednesday, February 4, 2015

Kelas Macaron 15 Feb 2015

Next class macaron yang wife aku akan jalankan, ialah pada


15 Feb 2015
Ahad
Bermula 9am - hingga siap, pandai buat macaron yang less sweet, crunchy  :)
Di Dreamy Treat Bakery Studio, Klang Sentral





Call / whatsapp Fiza
013 3650783

Lanjut di FB Dreamy Treat Bakery Studio


Tuesday, February 3, 2015

Lihatlah Awan Dari Matahati

Kawan- kawan blogger aku, sekarang ni di landa musim sawan awan!
Hahaha..

Masing masing gigih capture keindahan awan ciptaan Allah setiap hari..
Kakcik Seroja dan Elly antara yang rancak up date gambar awan memasing di FB.

Ini gambar awan hari ini, di Shah Alam, 3 Feb 2015 sekitar jam 10 am.

Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira - Surah Ar Rum ayat 48

Dan Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri yang mati (yang kering kontang); lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati) - Surah Al Faatir ayat 9
 
Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya dan Kami menurunkan dari langit: Air yang bersih suci - Surah Al Furqan ayat 48





Aku teringat kata kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di radio IKIM, yang berbunyi lebih kurang ( maaf kalau aku terlebih/ terkurang ayat, tapi maksud yang hendak disampaikan lebih kurang begitu):

" Orang orang yang beriman dengan Allah, percaya dengan sebetul betulnya kuasa Allah, tak perlukan hiburan lain / hiburan artificial seperti muzik yang melalaikan atau perlu ke karaoke / ke pusat pusat hiburan. Cukuplah sekadar melihat keindahan dan keagungan ciptaan Allah seperti tasik, laut, awan & gunung ganang,dan melihatnya dari mata hati...nescaya akan terhibur rasa hati, hilanglah stress yang membuku di jiwa"

Monday, February 2, 2015

Ohhh Bangla..

Patient Bangla aku punya medical report dari sana, Berkerut dahi aku nak fahamkan, tapi yang ni belum betul2 teruk , ada yang lagi parah,yang hanya ada ~ 20 % bahasa Inggeris ! hahaha


Botol darah. Bayangkan bila kita bagi mereka pegang botol ni kejap( dan ada bagi botol urine juga), utk pemeriksaan FOMEMA. Tup2 lepas tu mereka masuk bilik bagi botol ni, yang berisi air kencing!!  Pengsan.

Sunday, February 1, 2015

Apam Daun Rambai


Ni antara sarapan aku pagi tadi,di rumah mertua.
Apam daun rambai.
Memang susah nak jumpa.
Apamnya gebu, lembut,memang boleh di frozen kan.
Wife aku pernah frozen kan, lepas tu stim kan balik, tetap maintain gebu nya...

Banyak di dapati di kawasan Johol /Kuala Pilah.
Dan yang aku makan ni, memang ambik dari pembuat otainya, seorang makcik yang dah tua dah.
Wife aku, kan dalam bidang bakery.
Wife aku, suka memasak, suka belajar memasak, suka bertanya resepi/share resipi/ajar orang memasak.
Wife aku bercadang nak cari makcik ni, nak belajar buat..bayar pun,bayarlah...tak kisah.
Tapi awal2 lagi akak ipar & mak mertua aku cakap..." tak payah la..makcik tu dengan anak anak dia sendiri dia tak mau ajar"
Ilmu mau bawak masuk kubur kah?
Hahaha..
Tak apa lah..
Orang dah tak sudi nak ajar ( walaupun nak bayar, sebab mmg ramai yg sanggup nak bayar belajar)..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...