Saturday, January 31, 2015

Menu Baru

Semalam pi singgah ke kedai makan yang dah dekat sebulan aku tak jenguk..

Dah ada menu baru katanya...

 Nasi Goreng England? Siakap Masak DiRaja? Siakap Dragon? Siakap Stim Songkrang?


Kedai makan ni makanan-makanannya so far tak mengecewakan..
Jadi, aku harap menu menu baru ini bukanlah hanya sekadar gimik nama..
Bukan apa..
Banyak kedai makan yang letak pelbagai menu dengan nama makanan yang gah gah/ pelik pelik..
Tapi bila kita order...bila makanan sampai kat meja...
Alahai...

Friday, January 30, 2015

Nilai Hartanah Naik 50 Peratus

50 persennnnn...
Tu lah laporan dari suratkhabar percuma Selangor Kini yang aku ambik kat masjid masa solat Jumaat hari ni..



Soalan nya..
Nilai hartanah korang semua dah naik berapa % ??

Thursday, January 29, 2015

Terapi Santan

Korang pernah dengar pasal " Terapi Santan" ?
Aku baru dengar, 3 hari yang lalu, dari pesakit aku..pesakit regular aku.

Kisahnya, dia kenal seorang lelaki ini, yang mempelopori bisnes minyak kelapa dara.
Dah belasan tahun lelaki ni buat bisnes minyak kelapa dara.
Aku terlupa pulak nama lelaki itu, tapi aku akan tanya pesakit aku ni bila ada masa lapang nanti, dan aku update kisahnya di blog.

Ok..
Lelaki inilah yang ajar pesakit aku tentang terapi santan.
Santan yang selama ini di stigma kan sebagai sumber penyakit jantung, rupa rupanya mampu utk jaga kesihatan jantung, mengikut kata lelaki ini lah ( yang telah belasan tahun buat kajian, dan di terbitkan di jurnal)

Santan ialah sumber dari buah.
Santan secara faktanya, memang tiada kolestrol.
Ramai yang menyangka santan ada kolestrol.
Aku ada menulis pasal Kolestrol & Santan, Di SINI
Di dalam tulisan aku tu, aku dah jelaskan beza tentang kolestrol, dan lemak.

Ok..
Menurut terapi santan, jika di ambil dengan betul caranya, ia mampu mengurangkan kadar lemak dalam badan. Yang mana di buktikan dengan bacaan ujian darah.
Jadi dakwaan pesakit aku ni, bukan dakwaan kosong semata mata.
Dia datang dan bercerita dengan aku, dengan di sokong hasil ujian darahnya.

Cara terapi ini ialah:
- perlu minum santan segar, segelas sehari. Santan yang diperah, yang mana kelapa parut itu perlu di campur dengan air mineral / air masak, dan diperah. Sebiji kelapa boleh hasilkan 2 gelas.
- menurut cara terapi santan ini, santan yang kita makan dalam nasi lemak/ rendang/ pelbagai jenis masakan lagi, dah menjadi tak sihat( menaikkan kadar lemak dlm badan), sebab struktur molekul santan telah alami proses oksidasi ( oxidation) semasa di masak.Proses oksidasi ini membebaskan free radical. Free radical inilah yang menjadikan santan yang di masak, merbahaya utk kesihatan.
- Terapi ini hanya boleh di buat guna santan segar, bukan santan kotak.

Di pendekkan cerita yang panjang ini, pesakit aku ni amalkan terapi santan ni selama 2 bulan.
Selama dua bulan, setiap pagi dia minum segelas santan segar.

Ini ialah ujian darah Lipid Profile nya sebelum buat terapi santan:

 Perhatikan Total Cholesterol nya tinggi ( 6.1), bad cholesterol LDL pun tinggi ( 4.3)

Selepas 2 bulan minum air santan fresh:

Perhatikan..Total Cholesterol nya menurun ke 4.9 ( normal value), bad cholesterol LDL nya turun ke 3.1 ...Cuma bad cholesterol yang satu lagi, Triglycerides, naik pulak sikit ke 1.9. Kalau compare pulak good cholesterol ( HDL) utk result before & after, good cholesterol nya menurun.

Pesakit aku dakwa, dia hanya minum air santan sahaja.
Tak ambil ubat kolesterol.
Tak ambil apa apa produk yg boleh turunkan kolesterol ( macam oat, telur omega, etc etc)
Dan dia nafikan dia berdiet...bersenam? jauh sekali.
Cuma amalkan minum air santan segelas setiap hari.
Dan dia akui, katanya, berat badan turun sikit..

Menurut si pengamal terapi santan itu lagi( lelaki tersebut, bukan pesakit aku), isterinya yang alami kronik asthma, dah amat amat jarang kena attack asthma, siap boleh naik tangga bangunan 10 tingkat selamba aja.

Conclusion dari cerita ini?
Aku bukan nak advocate korang cuba terapi ini.
Dan aku bukan nak menidakkan bulat2 keberkesanan terapi ini.
Tetapi aku nak kita buka minda..
Since terapi ini, guna bahan semulajadi, yang kita sendiri buat ( kelapa parut yg diperah sendiri).
Berbanding terapi2 lain yang banyak pelik2, yang entah dah campur bahan kimia apa ntah.
Bacaan lanjut, kajian lanjut perlu aku jalankan..
Dan Insya Allah, aku akan bertemu dgn lelaki yang mempelopori terapi ini, andai ada masa...sebab dia ada di Seksyen 6 Shah Alam aja..dah tua pun katanya, umur dah 70..tapi katanya rupa kelihatan macam baru 50an...Nantilah, kalau jadi aku bertemu, aku akan up date di blog.

Gambar hiasan:

Adakah aku akn cuba terapi santan ini? maybe..:)
Tapi aku akan buat ujikaji terkawal..akan ambil segala relevant blood test, dan compare result before & after. Oh ya, masa aku tepek gambar ni di Entri Ini, ada yang menegur teknik perahan aku yang salah. Hahaha..TQ sebab bagitau...nampak sangat aku jarang jaranggggg perah santan.

Wednesday, January 28, 2015

WW: Tips Kesihatan -- Berapa Kali Seminggu?


Tuesday, January 27, 2015

Mati Pun Pakai Wang

Dari FB, aku cilok..



Ada benda yang mmg perlukan wang di zaman ini.
Ada yang bagi aku, perlu ke di bayar?
-upah baca Al Quran di rumah?  di tanah kubur?

Kita yang masih hidup ni, rajin2 la baca Al Quran.
Kita yang masih hidup ni, rajin2 lah pastikan anak isteri kita rajin baca Al Quran.
Kita collect saham akhirat sejak masih bernyawa, sekarang ini..FOC.

Monday, January 26, 2015

Pulau Ketam

Semalam pergi jalan jalan ke Pulau Ketam.
Setelah 8 tahun ++ jadi warga Selangor, baru jejak kan kaki ke pulau ini.
Terima kasih kepada geng2 blogger yang ajak..

Bagaimana nak ke sana?
Pi tuju Stesen Komuter Pelabuhan Klang.
Dari situ, jalan kaki ~ 200 m dah sampai kat Jeti ke Pulau Ketam.
Boleh pilih nak naik speed bot atau feri lembab.
Tiket sehala RM10.

 Bukti dah sampai Pulau Ketam.

aku usung sekali anak bini dalam trip ni..saja nak kasi berjemur sikit budak budak tu yang manjang suka lepak dalam ekon...hahaha..

Di Pulau Ketam ni tak dibenarkan kenderaan berenjin. Jadi memang takde kereta & motor. Yang ada hanyalah basikal & basikal berenjin bateri. Memang sihat la kot penduduk pulau ni, hari2 exercise jalan kaki & naik basikal. Basikal yang aku sewa ni boleh naik bertiga. RM10, pakai lah sampai lebam sehari suntuk. Basikal biasa naik sorang, RM5 aja utk sehari.

Dalam pulau kecik ni, lengkap ada balai polis, ada bomba sukarela, ada sekolah menengah & rendah, ada 3-4 tokong cina ( sebab 99.9% penduduk ialah Cina), ada sebijik bank ( Maybank), dan ada Balai Islam ( berfungsi sebagai surau / tempat meeting @ aktiviti). 

Sebab komuniti di Pulau Ketam 99.9% Cina, maka takda kedai makan yang halal. Ok, pekedai2 nya panggil kita makan la, dia kata " halal maaa..no pork, no lard"..Signboard tulis no pork, no lard pun memang ada. Masalahnya, yakin & sanggup kah korang makan?  Hahaha...So bawak bawak lah bekal sendiri dari tanah besar. Kami ke sana selain utk jalan2, ialah utk sambut birthday si GB, jadi memang bawak siap2 mee goreng, kek, nasik lemak, air. Kat pulau ni memang banyak kedai runcit, so setakat nak beli air dalam tin/ botol tu, no hal.

 happy birthday to youuuu...happy birthday to GB....

Idea Dr Singa dan Wakjan lah utk kami ber gathering ke Pulau Ketam..Dr Singa ( baju hijau) dah pernah ke sini sebelum ni.

Penat kayuh basikal, kita turun tolak basikal! hahaha..Memang pancit la na k mengayuh naik jambatan di tengahari panas panas tu..

Apa ada di Pulau Ketam? Dapat tengok keunikan perkampungan nelayan Cina, yang mana rumah rumahnya di bina di atas tiang ( atas tanah paya bakau). Dapat tengok gaya hidup mereka yang cukup santai, takde traffic jem, takde tol. Dapat tengok jugak basikal canggih ada bumbung macam dalam gambar tu, hahaha. Yang kat belakang baju oren tu bukan warga Pulau Ketam, beliau ialah Wakjan, ahli rombongan kami  :)

Gambar kredit to Dr Singa. Team berbasikal yang boleh sertai Le Tour De Langkawi musim depan.

Gambar kredit to Dr Singa. Aku suka gambar ni. Komposisi best, dan bukti aku pernah berkayuh dengan anak anak aku masa mereka kecik...hahaha..


Buat mereka sekitar Selangor / KL yang nak short day trip..
Yang nak lari dari hustle & bustle kehidupan kota yang sesak jem sana sini..
Atau mereka yang kaki pancing ( ada banyak kelong kat sini)..
Boleh consider ke Pulau Ketam..
~ 40 min aja dari Pelabuhan Klang.

Saturday, January 24, 2015

Terbang Tunduk

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
                                                           Paksakan ku tunduk sehingga mati



 Gambar hiasan ( masa pergi tengok Red Bull Air Race):  Setinggi mana pun kita terbang capai , kita hamba. Tetap hamba. Ingat fakta itu.

Friday, January 23, 2015

Utamakan Sunnah, Hormati Adat

Adat yang tak salahi syariat,tak bertentangan dengan akidah,tak mengapa di teruskan...
Contohnya,adat Melayu yang baca Yasin pada malam Jumaat...
Teruskanlah, Insya Allah dpt kebaikan & pahala membaca Al Quran.



Cuma...
Lagi molek jika kita dahulukan sunnah Rasullulah SAW berbanding adat...
Maka,utamakan baca Surah Al Kahfi di setiap malam / hari Jumaat..
Dan lepas tu,bacalah Yasin ..:)

Thursday, January 22, 2015

Asam Pedas Daging

Aku suka lauk asam pedas.
Paling suka asam pedas ikan pari, next ikan tenggiri.

Semalam utk pertama kali dalam hidup, try makan asam pedas daging.

wife aku pun baru 1st time buat asam pedas daging. Nak resepi? Google blog Chef Mat Gebu..hahaha

Bagi aku, ok...sedap..
Sedap sampai pagi ni aku berulang makan asam pedas daging utk breakfast..

Cekodok udang cecah kuah asam pedas malam tadi...wallah!


Next project ( bukan aku yg buat pun, aku tukang keluarkan wang aja...yg masak wife aku..haha):
  1. Asam pedas ayam
  2. Asam pedas salmon
  3. Asam pedas ikan sardin

Sekian..
Kisah asam pedas.

Wednesday, January 21, 2015

WW: Setahun setengah...10.7kg


Tuesday, January 20, 2015

Nasi Kandar Line Clear Yang Dah Tak Clear

Aku suka pergi Penang.
Memang selalu gi Penang.
Aku suka nasi kandar.
Kalau ke Penang, mesti makan nasi kandar.

Tapi..
Tak pernah sekali pun aku makan kat Line Clear.
Atas dua sebab:
  1. Aku tak suka bersusah payah nak menempuh jem/ cari parking susah..dan sejak ada anak2 kecil, ya, mmg aku jadi memilih tempat makan yang beri keselesaan buat anak anak. Kalau anak anak meragam, maka mak ayah nya pun akan tak tenteram nak makan..:)
  2. Secara peribadi, aku melihat Line Clear itu tidak bersih. Terbayang tikus besar anak kucing berlari sana sini di lorong itu. Maaf ya buat penggemar Line Clear, ini cuma pandangan peribadi aku..hihihih.

Maka bila baca berita ini, aku tersenyum...

Line Tak Clear   dan  Line Clear Cleared Out By Council

Selama puluhan tahun meniaga di situ, tak kan lah pihak berkuasa kesihatan di Penang tak nampak isu kebersihan di situ? ( ya, aku tahu, isu terkini ni takde kena mengena dgn bab kebersihan pun, tapi lebih kepada konflik keluarga-- penggiliran antara sepupu2 yg uruskan Line Clear tu)

Ada yang kata lokasinya yang menjadikan ia famous, dan " port best"
Aku tak sangkal.
Lokasi / nilai " port" sesebuah tempat makan main peranan besar dlm bisnes restoren/warung.
Tapi makin aku tua, makin aku sensitif bab kebersihan..

inilah nasi kandar pure Penang yang terkini aku makan, bulan Oktober 2014 yang lepas..makan kat Restoren Kayu. Aku suka ke sini sebab lauk dia sedap di tekak aku, dan restoren nya selesa ( buat anak anak aku, bukan sebab aku sesaja nak poyo tak makan kat lorong..hahaha). Tetiba masa update entry ni, rasa nak gi Penang lah...:P

Monday, January 19, 2015

Itachi Uchiha

Kisah hari Jumaat lepas, yang aku ada tulis di FB aku:

Tadi lepas abis consultation ( anak nya kena ketumbit), si ibu ( sambil nak keluar dan pegang pintu),tanya soalan maut:

" doktor, doktor blogger eh?"

Dan si ibu tu cakap dia bukan blogger..
Maknanya dia silent reader.
( ke dia cover line tak nak den tau blog dia..hahaha)


 Buat ibu tersebut, kalau baca entry ini, rajin2 lah mai klinik boleh sembang..tak pun komen kat blog ni..keh keh keh...


2-3 minggu lepas, blogger nasa mulia jumpa aku anak beranak gi makan lunch ..
Tapi beliau tak tegur aku, cuma bertanya kat blog ke esokkan harinya..
Lepas ni kalau jumpa, tegur ya... :)


Kisah tahun lepas pulak, di pasaraya..
Wife aku bawak anak anak shopping..aku tengah kerja.
Ada lah wanita ni tegur wife aku..
" Mommy ZZZ ya? "
Terus wife aku dapat nasi ayam 2 bungkus, silent reader tu bagi hadiah kat anak anak aku..:P
Laki dia yang menulis blog, bini dia yang orang kenal..kah kah kah.

Kisah para customer Bisnes Wife Aku pun ada yang silent reader blog ni..
Bila jumpa wife aku, minta sampaikan pesan kat aku..antaranya tolong tulis pasal berkhatan..hihihih..Ok, aku dah tunaikan...

Masa raya haji 2013 pulak, aku balik kampung kat Skudai..
Tengah ralit perhati lembu korban, bahu aku di tepuk oleh AJK masjid yang uruskan ibadah korban tu..
Rupa rupanya, beliau silent reader blog ini jugak..hahaha..Ini Kisahnya.


 =========================================================================


Moralnya, jadi blogger picisan macam aku ni pun akan ada yang kenal kita kat luar sana..
Padahal aku jarang kot tepek muka sendiri kat blog ni, yang banyak nya gambar anak anak aku aja.
So bayangkan kalau kau jadi blogger selebriti..
Dan moralnya lagi, jangan lah mengada ngada nak buat hal kat luar, ada mata mata yang mungkin memerhati okehhhh..hahahaha...

Tu pasal agaknya, ada blogger yang maintain kekalkan rahsia wajah mereka...macam blogger Kak Zakie ( walaupun sebenarnya, aku dah jumpa kak zakie 2 kali dah..dah tak rahsia dahhhh..hahaha)....blogger MD yang rajin taip karangan, tapi tak pernah rajin tepek gambar sendiri..hahaha...Last sekali, blogger Abang JR kita, aku tak pernah lagi tengok rupa beliau di blog ( walaupun sipi2 dapat tengok melalui reflection cermin masa beliau ambik gambar anaknya main henfon..hahaha)..



Kalau aku menyamar sebagai Itachi Uchiha kat luar, korang yang selalu baca blog ni kenal tak? kah kah kah..


aku upload gambar ni 14 Disember 2014 yang lepas kat FB aku..ramai yang ingat aku die hard fan Naruto...salah!!  Aku tak pernah tengok pun, yang die hard fan nya wife aku..wakakaka...headband & rantai leher tu koleksi wife aku tauuu..

Sunday, January 18, 2015

Memartabatkan Tulisan Jawi

Haruslah kita martabat kan penggunaan tulisan jawi...
Cuma...
Haruslah kena pada tempatnya...

Mengeja nama ubat dalam tulisan jawi, adalah boleh mengelirukan...
Kalau salah faham?
Salah bagi ubat nanti...
Siapa yang susah?
Lu fikir la sendiri..
Ini cuma pandangan peribadi aku aja la..


Saturday, January 17, 2015

Asid Borik Dalam Mee Kuning

Hari ni, wife aku nak buat mee kari.
Nak buat mee kari guna mee kuning..

Yang aku jumpa mee kuning ini...
Tak jumpa pulak jenama Ibu ( yang katanya takde asid borik)



Ada 2 isu berkaitan mee kuning yang kita risau kan:

  1. Isu penggunaan asid borik
  2. Isu kebersihan penyediaan nya.


Test yang biasa di canang2 kan utk mengesan asid borik dalam mee kuning, ialah dengan merendamkan mee tu dalam air serbuk kunyit. Kalau ada asid borik, maka mee itu akan bertukar ke warna merah.Aku pun selama ni memang percaya bulat2 test ini. Tapi hari ini, aku google punya google, keluar lah tentang Mee Bertukar ke Warna Merah BUKAN SEBAB Kehadiran Asid Borik
Korang klik dan baca penjelasan di situ.
Maknanya, kita sendiri boleh confused( kalau buat test tu kat rumah), mee bertukar color sebab memang ada asid borik, atau sebab kealkalian mee. 

Kalau takde pun asid borik timbul pula isu kebersihan penyediaan. Cuba tengok bungkusan mee kuning jenama Laksamana yang aku beli tu. Siap tertulis " Di Bungkus Dengan Hygenik". Boleh percaya 100% ? Wallahulam :)

Kalau kita betul2 berhati hati masa membeli mee kuning utk masakan di rumah, bagaimana pula mee kuning yang di gunakan di kedai makan? Contohnya kita order mee goreng mamak..

Tu sebab, aku prefer makan kat rumah.
Kalau makan kat kedai, selagi boleh elak mee kuning, elakkan. Tapi susah la kalau balik JB sebab balik kampung mesti nak pekena mee rebus / mee bandung..kah kah kah..
Kalau kat rumah, sebenarnya aku prefer wife aku buat mee goreng guna pasta ( spaghetti / fettuccine)


Friday, January 16, 2015

Download di Playstore





Jumaat pertama Ziyyad di sekolah..
Beritahu dia, esok & lusa cuti, boleh tido lama..

Tapi..
Dengan syarat, kena bangun subuh dulu, lepas tu tido la balik..
Ziyyad tanya, dulu masa tadika kenapa takyah bangun subuh masa cuti..

Sebab..
Dulu Ziyyad budak tadika, kecil lagi..
Now Ziyyad dah besar..
Kena bangun solat, tanda terima kasih kpd Allah..
Allah bagi Ziyyad macam2 kan?

Iya..jawab si Ziyyad..
Kalau solat, masuk syurga, Ziyyad nak kan?
Ya,nak...Daddy, dlm syurga nanti semua game abg bleh download kat Playstore free aja kan?
Iya Ziyyad..kat syurga, semua game free
( sebab kononnya dia kata game2 free tak mencabar, tak best...adoii aiii...hahaha)

Thursday, January 15, 2015

Tambang Bas Sekolah Naik 10-20%


Katanya kena naik juga tambang, sebab kos penyelenggaraan bas naik 100% 
Jadinya, harga diesel turun pun tak guna, mereka guna alasan kos maintenance.

Aku hantar anak aku ke sekolah setiap pagi.
Balik sekolah, wife aku yg jemput..kalau aku free, aku boleh jemput.
Aku rasa ini lebih convenient, dan memang pun takda perkhidmatan bas sekolah ke sekolah anak aku..hahaha..

Berapa tambang bas sekolah sekarang ya?

Wednesday, January 14, 2015

Eczema vs Alzheimer

Ada 2 insiden di klinik, yang mana sebab salah cakap / salah faham, boleh bawa banyak implikasi..

1. Aku dalam bilik, terdengar ada orang kat kaunter ubat dengan konfiden nya tanya staf
" dik, akak nak beli ubat Alzheimer"...so staf klinik pun cakap la ubat tu takde.
" ada dik..akak selalu beli utk anak akak ni"..
Ooohhhh....anak akak tu kena eczema kak, bukan alzheimer.
:P

antara rawatan eczema ialah kena sapu cream steroid. Germacort cream tu antara jenis steroid cream yang ada kat klinik aku. Ianya combination dengan antibiotic ( fucidic acid). Kena guna combination ni dalam kes2 infected eczema.



2. Aku jumpa minah kilang Indonesia. Dia cakap dia ada "mata ikan"
Aku suruh dia bukak mulut nak check mata ikan nya. Terus dia kata "bukannnn", sambil tunjuk kaki dia. Rupa rupanya, mata ikan yang kita faham sebagai ulcer dalam mulut tu, kat Indon bermakna ketuat ( wart). Hahahah..

Jauh bezanya ubat ketuat & ubat ulcer tau. Duofilm tu utk ketuat, Oral aid tu utk mata ikan.  Kalau salah faham dan tak periksa betul2, minah Indon ni akan sapu Oral Aid tu kat ketuat dia..hahaha...Tapi tu takpe, tak bahaya, bayangkan kalau ubat Duofilm pulak di sapu kat ulcer dalam mulut!  errrkkkk


Tuesday, January 13, 2015

Gaya Hidup Berubah

Perubahan gaya hidup setelah anak mula masuk sekolah:
  1. Jam 5.30am wife dah mula bersilat di dapur, utk makanan si ayah & anak. Kalau tak dulu, lepas Subuh baru slow slow berdansa sediakan breakfast..Hahaha.
  2. Aku tengok sunrise dari dalam kereta.Nak berhenti tepi jalan ambik gambar sunrise? Jangan mimpi ! Setiap saat itu penting di awal pagi okeh ..hahaha
  3. Nak pergi bercuti ? Rancang percutian? Sila tengok jadual CUTI SEKOLAH ya. Kalau tak dulu masa zaman tadika, selamba aja aku MC kan anak sendiri..hahaha..Oh ya, sebelum ini, kami mmg suka pergi bercuti di masa bukan cuti sekolah ( tak crowded / hotel banyak kosong).
  4. Kalau masa zaman tadika, wife aku sibuk dengan group whatsapp mommy2 tadikanya, sekarang ni kena instal Telegram, sebab mode of information and gossip kat sekolah anak aku, ialah officially nya guna Telegram  :P

Monday, January 12, 2015

How Time Flies

How time flies..
Too fast..

Today..
U already in school my dear son..
Your 1st day of school.... 12th Jan 2015

His pose at home

Having his first breakfast at school after the morning assembly 

A dhuha prayer is a must every morning..Ziyyad, u were looking at me ( no 6 from left, front row)...please be more khusyuk next time tau!!  hahaha

the panoramic view of his classroom

Good luck Ziyyad..
May Allah grant u success for both duniawi & ukhrawi

Sunday, January 11, 2015

Tulisan Buruk

Ramai yang kata tulisan doktor buruk.
Wife aku sendiri kata tulisan aku buruk..hahaha.
Tapi aku nak sangkal, sebab consultant aku dulu ( pakar tulang), cantik gila tulisan dia..
Dah la cantik tulisan, kalau dia buat lukisan/diagram tulang, memang cantik.

Dan hari ni, aku nak sangkal kutukan orang tulisan doktor itu buruk.
Ini buktinya:



hahahaha

Saturday, January 10, 2015

Wajarkah Pelajar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah?

Khabarnya pihak Kementerian Pendidikan telah keluarkan pekeliling melarang penggunaan henfon di sekolah

Aku tak pasti sekolah anak aku nanti,  benarkan atau tidak pelajar bawa hp.
Aku akan tanya cikgu nya nanti masa 1st day sekolah, 12 Jan ni .

Cuma aku rasa, maybe boleh la..
Sebab memang kat sekolah anak aku tu, penggunaan tablet termasuk dalam silibus mereka.

Buat anda semua parents / bakal parents yang anak anak ke sekolah di bawah Kem Pendidikan, apa pandangan anda tentang larangan ini?

Bagi aku, penting bawa henfon ke sekolah.Ya, penting.
Telefon public di sekolah kerap jadi mangsa vandalism.

Bagi yang berkata " alah, zaman dulu kita ok aja tak bawak hp/takde hp ke sekolah"....pendapat 20sen aku, zaman dah berubah. Ini zaman anak anak kita. Kita bukan nya perlu jadi takut/fobia dengan teknologi ( sebab teknologi itu memudahkan kita andai di urus dengan betul),tapi perlu jadi bijak dalam menguruskan teknologi. Dan zaman dulu, parents tak sesibuk parents sekarang. Zaman sekarang,parents sibuk kerja sana, meeting sini, outstation sinun...jadi kebarangkaliannya tinggi utk tiba2 parents tak jadi ambil/ lambat sampai sekolah/ nak pesan kat anak maid Indon dia dah siapkan nasi lemak kat rumah/ etc etc

Jadinya, hp perlu di bawa....Tapi, kena ada kawalan. Bagaimana?
  1. Hanya hp tak pintar / bukan smartfon / bukan android sahaja boleh di bawa. Contohnya hp paling basic ala ala Nokia 3310. Hp yg hanya boleh buat call out/in sahaja.Dan paling penting, hp yang TIADA CAMERA.  Mode mesej/SMS boleh di lock oleh parents utk hp macam ni.
  2. Masa kelas berlangsung, semua pelajar perlu letak hp mereka di dalam kotak lutsinar ( macam tabung derma lutsinar tu) yang diletak di depan kelas. Kotak ini berfungsi mengumpulkan hp pelajar. Jadi pelajar tiada peluang jeling2 hp masa tengah belajar. Habis kelas / nak balik / waktu rehat, hp boleh diambil semula.
  3. Ibubapa perlu sign surat akujanji mengatakan " bersetuju tidak akan ambil tindakan undang2 / report polis/ panggil suratkhabar Harian Metro/etc" andai hp anak mereka hilang di sekolah. Siapa yg nak anak mereka bawa hp, kena ambil risiko ini. Surat akujanji ini perlu utk mengelakkan pihak sekolah pening kepala dengan karenah parents yang cerewet dan poyo.

Ini cuma pendapat peribadi aku sahaja ya.
Anda bebas untuk bersetuju atau tidak.
Setiap benda, ada pro & contra nya.

:)

Friday, January 9, 2015

Anak Itu Anugerah dan Amanah.

Dulu, zaman sebelum kahwin, sebelum ada anak, selalu dengar orang kata:

" Balik kerja penat letih, akan hilang bila anak anak sambut kita "

Benarlah kata kata orang itu.
Walaupun kadangkala jadi geram sebab perangai mereka di rumah..geram sebab kita rasa terganggu nak rehat/ nak tgk TV/nak tido...tapi sebenarnya itulah fitrah mereka sebagai anak anak kecil.  :)
Lagipun, masa mereka kecil ni tak lama pun, maka grab the opportunity..nanti bila mereka dah besar, kita akan miss moment2 masa mereka kecil..Tu pasal aku ambik gambar & video mereka banyak banyak...Anak sulung aku, dah besar dahh..tau tau Isnin ni dah masuk sekolah dah..

 budak bertiga tu..gambar sekitar Sept 2013

Semalam hujan lebat di petang hari.
Perjalanan balik yg ambil masa 20-25min, jadi hampir satu jam.
Penat, letih, stress memandu, walaupun cuaca sejuk.
Tapi nampak muka budak bertiga ni menyambut aku pulang dengan wajah ceria mereka, memang hilang segala rasa letih driving dalam jem teruk tu.

budak bertiga tu..Latest punya gambar ni, hari Ahad lepas  :)


Di hari Jumaat yg mulia dan penuh barakah ini..
Aku doakan kepada yang masih belum kahwin, moga dipermudahkan utk kahwin..
Yang dah kahwin dan masih belum ada zuriat, moga dipermudahkan dapat zuriat..
Yang baru ada seorang anak, moga dipermudahkan tambah lagi anak utk menceriakan rumah lagi..
Yang dah kahwin, dan kalau nak kahwin lagi satu & isterinya redha, juga moga dipermudahkan..:P
Insya Allah..
Aminkan doa ini ya kawan kawan..:)

Thursday, January 8, 2015

Keguguran / Miscarriage

Semalam jumpa seorang wanita muda, yang baru kahwin pertengahan Oktober 2014.
Kisahnya, dia mengadu period nya panjang sangat, dari awal Disember 2014 sampai la sekarang..non stop.

Dah jumpa dua doktor sebelum ni.
Doktor pertama bagi pil hormon utk stabilkan hormon..kononnya kalau hormon stabil, period yg panjang akan berhenti.
Doktor kedua ( yg dia jumpa lepas 5 hari jumpa doktor pertama) pula bagi ubat utk hentikan darah, sebab periodnya masih tak henti henti lepas makan pil hormon.

Masalah dia masa jumpa aku semalam, darah period nya semalam keluar benda "pelik".
Dan semalam masa "period", dia rasa macam senggugut sikit..
Dia pun tunjuklah gambar benda pelik tu...lebih kurang macam ni rupanya:

 Fetus/ janin yang gugur. Gambar ehsan Google.


Aku suruh dia buat UPT.
Sah dia mengandung.
Sah dia dah gugur.
Yang keluar berketul tu, bukan darah, tapi fetus ( janin).

Selama hampir sebulan dia berterusan " period" tu, sebenarnya, dia alami " early pregnancy bleeding"
Dia sangkakan period berpanjangan, tak sangka dia mengandung pun.
Dia tak sangka dia mengandung, sebab dia kurang ilmu.
Dan juga sebab, doktor awal nya gagal nak diagnose dia alami " early pregnancy bleeding"

MORAL nya ialah:

- Bagi wanita muda yg baru kahwin, belajar2 lah ilmu tentang kitaran haid, ilmu tentang pregnancy. Tak perlu nak tunggu dah mengandung, baru nak hadiri kelas2 antenatal.
Dan pastikan dapatkan ilmu dari sumber yang sahih/ dipercayai. Nasihat2 meragukan/pelik/bersifat mistik dari jiran sebelah rumah/ kawan sepejabat/ makcik hujung kampung/ penyebar dakyah palsu kat wassap & FB, sila abaikan ya.

- Tanyalah/ berjumpa lah 2- 3orang doktor, utk dapatkan second/ third opinion atas apa jua masalah anda, kalau anda tak yakin masalah anda itu diselesaikan sebaiknya / anda tak faham apa yg doktor terangkan/ doktor tak bagi penerangan.

- Bagi yang mudah lupa / banyak makan semut, catat kitaran haid anda di kalendar / di henfon. Penting utk tahu bila kali terakhir datang period ( Last Menstrual Period, LMP) utk kira usia kandungan baby dan bila due date, untuk tahu pattern period anda ( andai ada masalah kitaran tunggang langgang). Dalam kes wanita muda ini, dia sendiri LUPA lepas dia kahwin mid Otober 2014 tu, bulan Nov berikutnya dia period atau tidak!

Wednesday, January 7, 2015

Nasi Kerabu Negeri Sembilan

Aku memang suka nasi kerabu.
Paling kerap makan ialah kalau bulan puasa ( beli kat bazar).

Wife aku Alhamdullilah mahir memasak..
Tapi tak pernah sekalipun dia cuba masak nasi kerabu..

Minggu lepas...
jumpa juga kat Shah Alam lada yang digunakan utk buat solok lada


Maka malam tadi....

 Nasi Kerabu Negeri Sembilan namanya...sebab wife aku orang nogori..hahahaha..
Rasanya? Aku bagi 9/10  
Siap ada budu tau ( gigih cari..kat tesco ada jual rupa rupanya)



Wife aku kata takda la susah sangat nak buatnya..
Tapi banyak la bahan bahan yg kena di sediakan..
Lepas ni, nak mintak dia try buat nasi dagang pulak...keh keh keh

Tuesday, January 6, 2015

Brownies, Talam, Macaron, Cheese Leleh, Cream puff

Hari ni aku nak promote sikit produk2 keluaran Dreamy Treat Bakery Studio, produk halalan toyyiban hasil tangan wife aku  :)

Kesemua produk ini hanya boleh COD( self pick up), kecuali macaron yang boleh di pos.
Self pick up samada di studio wife aku di Klang Sentral , atau di Shah Alam ( seksyen 7), atau di Setia Alam.

1) Pelbagai jenis talam....contohnya:

 RM34 se talam

RM22  se talam.

Ada macam macam jenis talam, antaranya:
1- Talam Keladi    RM34/ talam
2- Talam Suji     RM34/talam
3- Talam Cendol  RM34/ talam
4- Talam Pandan   RM34 / talam
5- Talam Ubi kayu  RM34 / talam
6- Talam Serimuka   RM34/ talam
7- Talam Tokyo   RM 34/ talam
8- Talam Beras @ Tepung Talam    RM34/ talam
9- Talam Serimuka Pulut Hitam  RM38/ talam
10 - Talam Serimuka Jagung    RM35/ talam
11- Talam  Serimuka Durian  RM40/ talam
12 - Talam Keladi Berlauk    RM40/ talam


2) Pelbagai jenis brownies, antaranya..

 Steamed cheese layered brownies, RM94 (atas) & Streusel brownies,RM90 ( bawah)..
Semua brownies bersaiz 10" X 10 "
Boleh call wife aku ( 013 3650783) kalau nak beli dalam saiz yang lebih kecil / small boxes.

3) Cream puff


4) Cheese Leleh


Cheese Leleh berharga RM5/ box..minimum order 4 boxes.

5)  Dan...signature Dreamy Treat Bakery Studio..macaron!  

RM2/pc...min order 24 pieces




Untuk sebarang pertanyaan lanjut/ pembelian, boleh call / whatsapp FIZA
013 3650783

Juga di FB:  Dreamy Treat Bakery Studio

ps: Insya Allah setiap hujung minggu ( Sabtu atau Ahad) akan dimulakan semula Kedai Bergerak Dreamy Treat Bakery Studio ..wife aku akan tunggu customer utk collect products masing2 di perkarangan Masjid Al Hasanah Sek 9 Bangi. Jadi buat warga Bangi/Kajang yg nak order, boleh call Fiza  :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...