Friday, December 4, 2015

Majlis Sambutan 50 Tahun FAMA

Sedar tak sedar...
Rupa rupanya dah 50 tahun wujud nya FAMA.
Banyak jasa FAMA kepada kita orang Melayu ni..serius.

Sempena 50 tahun, FAMA adakan majlis jubli emas nya..

Bermula hari ini, hingga Ahad ni, 6 Disember 2015 di Dataran Merdeka.

 Macam macam pengisian ada....datang lah. 

 Isteri aku terlibat sama, bukan sebagai usahawan FAMA kali ini, tapi terlibat sebagai penasihat usahawan. Itulah sumbangan yang boleh dilakukan utk sama sama berikan ilmu bimbingan kepada usahawan usahawan lain yang baru menceburi bidang perniagaan. Kepada yang ingin tahun cara dapatkan bimbingan dari FAMA / MOA, boleh la ke Dataran Merdeka ya. Aku dua hari ni macam biasa, jadi " Arbaie Bujang Kembali"...hahahaha...anak anak pos ke kampung. Tengoklah, Insya Allah kalau takda aral, hari Ahad aku turun ke Dataran Merdeka.

 Ada cabutan bertuah tau. Macam macam hadiah ada. Tengok kat belakang tu...

 Hadiah TV 40 hinci pun ada  :P

 Hadiah basikal pun ada. Buat geng2 kayuh, ada Kayuhan 50 Tahun FAMA pada esok hari, 5 Disember. Kot la nak join sama.

 Dek kerana majlis ini akan di rasmikan oleh PM, maka perancangan rapi di jalankan. Malam tadi wife aku rehearsal sampai dekat pukul 12 tengah malam...kah kah kah.  Dengan Menteri MOA pun kena rehearsal sekali...



Aku nak ambil kesempatan ni la..nak bagitau..
Kita ni, bangsa Melayu..kena pandai guna peluang...
Zaman makin mencabar, ekonomi makin mencabar....
Memang betul itu naik, ini naik....baru baru ni tambang ERL pun naik...
Jadi jangan hanya tahu komplen kat media sosial sahaja...
Bertindak!
Ceburi bidang bisnes...mungkin dalam bidang pertanian, mungkin bidang2 lain....tak kisah.
Dan jujur aku nak kata kan, terlalu banyak peluang yang kerajaan sediakan..
Banyak!  Cuma orang Melayu aja yang tak pandai guna....
Turun lah ke setiap agensi, setiap kementerian....
Kita rajin kondem menteri itu, menteri ini...itu hal mereka lah....Tapi ingatlah, orang2 yang bekerja di kementerian dan agensi ni, sangat membantu usahawan Melayu..
Kalau bangsa lain dapat bantuan macam ni, tak tahu nak cakap la entah macam mana dah majunya mereka....
Turun padang, cari info...bertanya...be pro active...jangan nak semua benda bersuap...


Yang tudung biru tu Menteri Hal Ehwal Bakeri Malaysia yang baru...kahkahkah.

24 comments:

  1. Realitinya begitu. Kakak selalu ceramah anak-anak kakak sebab nak ceramah kat org macam Fiza tak ada peluang
    Nak senang kena rajin usaha bukan asyik cakap tapi satu apa pun tak buat.

    ps: 25/26 & 27 -12 kakak di BatuPahat. Boleh dtg ada kenduri - tepi jalan aje rumahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

      Delete
  2. Betul tu DZ..
    Org melayu ni kena rajin cari peluang..
    Tapi tu lah masalah birokrasi tu yg susah..
    Adik CH turun naik panjat kementerian ni..
    Nak majukan perniagaan printing ni..
    Nak bersaing dgn bangsa asing..
    Dorang senang tak kira halal .
    Nanti nak suruh adik gi sana lah.

    ReplyDelete
  3. Kita kna redho..asyik komplen jer,susah rezeki nk berkat..biarlh ..

    ReplyDelete
  4. Jawatan Timbalan Menteri Hal Ehwal Bakeri Malaysia ada kosong lagi ke? Isteri saya nak buat permohonan kalau ada kosong, hehehehe...

    ReplyDelete
  5. Sayang bila bnyk.peluang, tp Melayu x grab. Malas...dan tak proaktif. Mungkin kena bagi kesedaran kaw2. Eh, tp akk madih menjaga org kuarantin HFMD ni...hihihi

    ReplyDelete
  6. telan air liur rgk tv 40 " . islam pun suruh kita berusaha bkn merungut ...

    ReplyDelete
  7. Tahniah!

    Sangat setuju.
    Jangan asyik nak mengeluh.
    Komplen sana sini.
    Hidup mesti diteruskan.
    Perjuangan mesti diteruskan.

    Selamat bujang kembali!

    ReplyDelete
  8. wah..jadi penasihat tu! Tahniah Fiza!

    sejak baca buku rich dad, poor dad..mmg betul2 buka minda. Jgn selesa, kena tamak (ada kerja tetap ok dah, tapi bisnes sendiri mesti mau jalan!).

    ReplyDelete
  9. Betul tu Dr, saya bekerja di Gov yang berkaitan hal ehwal makanan juga. mmg terlalu banyak peluang2 dan peruntukan2 kerajaan bagi setiap tahun untuk bantu usahawan. tapi sayangnya orang melayu kurang ambil peduli. saya dah nampak ramai ibu2 tunggal, orang2 kampung dah berjaya dengan peruntukan2 kerajaan ni.

    ReplyDelete
  10. Kikiki.....ha baru tau, sakitnya bila bini sebok....maggi goreng di tale tetiap hari.

    Belum sampai sawan ar nak meniaga....nak meniaga apa pun tak tau weyh...nak buat macaroon lagilah out haha...

    ReplyDelete
  11. Kikiki.....ha baru tau, sakitnya bila bini sebok....maggi goreng di tale tetiap hari.

    Belum sampai sawan ar nak meniaga....nak meniaga apa pun tak tau weyh...nak buat macaroon lagilah out haha...

    ReplyDelete
  12. Wah meriah betul sambutannya. Betul tu doc. Orang kita ramai yang nak kena suap baru bertindak. Banyak peluang ada depan mata dibiarkan 'orang lain' yang ambil. Bila masalah datang, mula salahkan pak menteri itu dan ini. Kena rajin insyallah boleh berjaya. Semoga bisnes isteri doc semakin berkembang hasil usaha JV ini.

    ReplyDelete
  13. pengorbanan sebagai mak n ayah di zaman dunia makin mencabar ini... nsb lah mak metua dekat boleh pos ke sana hehehhe...

    insyallah selagi ada usaha msti ada kejayaan

    ReplyDelete
  14. Selalu beli buah kat gerai FAMA. :)

    ReplyDelete
  15. dekat dengan opis tapi tak sempat juga nak berkunjung hehe

    ReplyDelete
  16. untung aaaa selpie dengan menteri!!
    kehkehkehhh..

    ReplyDelete
  17. wah wah kak fiza ku tudungnya biruuu

    ReplyDelete
  18. betultu Doc. budaya melayu suka komplen jer..

    ReplyDelete
  19. Menteri Bakeri? Kah3x.. Manalah tahu kotnya ada position tu pada masa akan datangkan, adalah peluang tercalon ^_^

    Yalah, kita ni suka sangat komplen. Sikit-sikit nak komplen tapi hidup kat takuk lama juga. Bila tak maju, mulalah menuding jari menyalahkan orang lain padahal diri sendiri tak mahu buat perubahan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...