Tuesday, November 3, 2015

China Lifts One Child Policy

Polisi satu keluarga, satu anak yang di kuatkuasakan di China sejak 35 tahun dulu, telah ditarik balik pada 29 Oktober lepas. Dah boleh ada 2 anak. Kini menjadi " Two- Child Policy"

Asalnya dulu di buat polisi tu untuk elakkan populasi rakyatnya bertambah terlalu ramai, sehingga berisiko menyebabkan kekurangan bekalan makanan ( 1962, ada kes kebulurun teruk di China yang membunuh ramai rakyatnya). Pemerintah China juga ketika itu buat polisi ini untuk memajukan negara( menaikkan pendapatan per kapita).Hasilnya, memang negara China membangun pesat.

Tapi adakah benar dengan mengurangkan populasi, boleh meningkatkan produksi, dan seterusnya negara maju? Seorang pakar Sociologist People's University, Zhou Xiaozheng berkata dalam satu simposium, sebenarnya, " kadar kelahiran menurun bila tahap pendidikan & pendapatan meningkat". Jadi pakar sosiologist ini cuba menemplak dasar kerajaan nya yang kononnya kerana dasar " One-Child Policy" lah negara China cepat, pesat membangun. Seolah olah pihak kerajaan mahu ambik kredit atas " berjayanya dasar satu famili satu anak" ini.

Aku rasa, aku bersetuju dengan Zhou Xiaozheng tu.
Aku tengok sendiri pattern demography pesakit2 aku, baik masa aku kerja di hospital, atau sekarang di klinik.
Yang miliki anak berderet ramai, majoriti nya yang berpendidikan tak berapa tinggi.
Yang miliki anak berderet ramai, majoriti nya yang pendapatan tak terlalu tinggi.
Puncanya banyak, antaranya pemahaman kita yang Muslim tentang konsep rezeki, pemahaman golongan yang kurang berpelajaran tentang konsep merancang keluarga, dan lain lain.

Aku bawa cerita One-Child Policy yang dah dimansuhkan ini, dalam blog ini, sebab aku cuba kaitkan dengan realiti negara kita. Tun Dr.Mahathir terkenal dengan Wawasan 2020 nya. Lagi 2 bulan, masuk 2016. Maknanya, kalau masih belum kiamat, Malaysia akan menuju 2020 dalam masa 4 tahun sahaja lagi. Adakah Wawasan yang di canang tu, telah tercapai?

Aku banyak berborak dengan pelbagai lapisan masyarakat, baik secara maya ( selalunya di FB), atau secara fizikal ( bertemu sebagai pesakit aku, borak2 dengan orang di kedai makan/masjid/etc).
Ramai yang merasakan, kita " going backward"
Peluang pekerjaan di negara sendiri, dipenuhi oleh warga Bangla, Nepal, Myanmar, Indonesia, Pakistan, Filipina, Vietnam, hatta tukang masak tomyam pun, import dari Siam!
Orang Malaysia sendiri makin susah nak dapat kerja.

Cuba bayangkan, kalau polisi yang sama, di buat di negara kita?

  • Dah takda kah orang merintih banyak belanja setiap kali musim buka sekolah / musim raya? Sebab anak sorang ja.
  • Kurang laku kah segala MPV sebab anak sorang aja?
  • Cikgu sekolah kurang stress, sebab bilangan anak murid dalam satu kelas, kecil?
  • Persaingan segala macam program realiti makin kurang, sebab jumlah peserta makin kurang?
  • Perniagaan taska & nursery akan merudum kah?
  • Perniagaan barangan bayi terpakai makin galak, sebab takde nak diturunkan ke anak yang akan datang segala macam breast pump, baby cot, buaian, etc etc?
  • makcik makcik mulut kepoh yang asyik tanya bila nak tambah anak, akan senyap?

Hahaha...cuba kira berapa ramai anak pasangan ni ada? 7 tau! 7 orang lelaki semuanya! 
( sebenarnya, tu adik ipar aku, tudung coklat depan & suaminya..baru kahwin lagi, takde anak...Yg bertudung belakang tu kakak ipar aku. Anak anak aku 3 lelaki + 3 anak anak lelaki kakak ipar aku + sorang budak lelaki, anak adik ipar aku yg lagi sorang. Ya, family sebelah wife aku, penuh koleksi anak anak lelaki aja! hahaha)


Soalan akhir:
Adakah Malaysia boleh jadi cepat membangun, berjaya..jika polisi yang sama dikuatkuasakan? :P

23 comments:

  1. With / without polisi itu Msia tak banyak bezanya....aku rasa, sbb blom tentu orang ikut...sbb Msia banyak hari yang hujan...

    ReplyDelete
  2. hmmmmm rasanya tak sesuai lah....

    walaupun sya bt masa nih ada sorang anak je... sya nk lg sorang n sorang lg anak.... anak ramai ni seronok
    bekalan kita di hari tua...

    ReplyDelete
  3. Waahhh... bestnya 7 lelaki!
    Risiko juga kalau rakyat tak ramai terutamanya bahagian pengawalan negara.
    Tak ramai tentera kalau jadi sesuatu tengadah ajelah..

    ReplyDelete
  4. komen sy plak doc... kalau kuantiti ramai tapi tak berkualiti tak bermakna juga kan...tak dptlah nak menyumbang pada pembangunan negara... klu sikt tapi high kualiti itu lebih baik... kualiti dr segi rohani & jasmani... 2020 mcm jauh lagi nak capai walhal tinggal 4tahun lagi....huhu

    ReplyDelete
  5. Xsesuai ngan budaya Kita kot. Agama Kita pun galakkan lahir kan zuriat kan. Bekalan hari tinggalkan dunia nanti

    ReplyDelete
  6. Kita tak perlulah ikut dasar dan polisi yang diamalkan di negara luar. Kita perlu berdiri di atas kaki sendiri. Undang-undang sedia ada pun dilanggar selamba.. ni nak buat polisi macam tu..? Tak rasa berdosa ke kalau sampai terpaksa nak 'bunuh' rakyat.

    ReplyDelete
  7. lepas tu kemudahan awam yang sedia ada ni lagi la terbengkalai..tak de siapa nak guna..sekolah2 tak ramai yang ada keutusan cemerlang..macam2 la boleh jadi..

    ReplyDelete
  8. ada kata:
    yang duk kampung kerja kampung, tak de terdedah pada hiburan luar, tak de aktiviti memalam, duk kampung sejuk, asyik melekat, tu yang anak ramai
    yang duk bandar, kerja aje, pi balik on time pun sangkut jem dll, penyudahnya ada beberapa jam aje kat umah, sampai umah pun dah penat, mana ada masa nak buat anak pun

    itu org kata

    tapi perancangan tu kan penting
    bukan menolak rezeki
    biarlah setakat yang kita mampu dari segi ekonomi, tenaga, kederat dan sebagainya
    merancang bukan menolak rezeki, tapi supaya kita mampu menguruskan dengan baik amanah Allah ini

    apa pun polisi
    selagi otak kita tak mahu berubah
    gitu la forever and ever

    ReplyDelete
  9. Polisi cuma berada di atas kertas jika rakyat tak memahami dan pemerintah tak ambil peduli polisi yg dirangkanya, ia banyak kali berlaku di Malaysia, history repeat itself multiple times...
    Saya tak boleh bayangkan one child policy..satu keluarga cuma ada seorang ibu dan ayah, tanpa bapa saudara dan mak saudara, tanpa sepupu...sunyinya hidup..

    ReplyDelete
  10. Pada saya bagus anak ramai. Saya ada adik beradik 9. Seronok bila dapat berkumpul. Macam-macam kerenah ada. Nabi SAW pun suka umatnya yang ramai.

    ReplyDelete
  11. rasenye bende ni bergantung atas pemahaman dan penerimaan org jugak kan doc...mcm lieya sendiri simple jek...lebih pentingkan kualiti dan bukan kantiti.....

    ReplyDelete
  12. berjayanya sebuah negara bergantung pada rahmat Allah dan kuatnya azam ibu bapa untuk mendidik anak-anak menjadi orang yang berjaya..anak ramai atau sorang, kalau diasuh dengan baik inshaAllah merekalah tunggak kepimpinan negara yg berjaya kelak. wallahualam.. -ustajah blog-

    ReplyDelete
  13. mmm..kena buat kajian terperinci baru boleh buat satu konklusi.

    tapi mmg sunyi la idup kalau ada polisi gitu. Saya 8 beradik perempuan, syok sgt..

    ReplyDelete
  14. Polisi manusia... Polisi Allah swt rezeki utk hambanya beranak ramai.....wallahu alam.

    ReplyDelete
  15. x mungkin dilaksanakan dimalaysia rasanya :-))

    ReplyDelete
  16. Setuju dgn Azimah tu rezeki Allah dh tentukan.
    Setiap anak yg lahir ada manfaatnya tk kira bangsa dn agama.
    Kluarga knor 9 org...ramai tu...sembang pun ramai gakk

    ReplyDelete
  17. boleh bg petua dapat anak lelaki? hihi

    ReplyDelete
  18. anak saya 5
    mpv saya penuh

    orang , kucing , sugar glider ..

    ReplyDelete
  19. saya lg prefer ramai..family belah saya meriah sebab ramai adik beradik..kalau masuk pakcik2 makcik2 dtg umah boleh retak dinding umah sebab masing2 megilai mcm org gile..hahahaha..beza sungguh dgn belah somi saya..raya pun sunyi jer sbb adik beradik xramai..mmg lain sgtttt..

    ReplyDelete
  20. Malas nak jawab soklan akademik malam malam cenggini weyh....
    Elok sangatlah koleksi anak lelaki....waghrih kuak tuuuuh....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...