Monday, October 5, 2015

Vincci Sale

Sale ialah perkataan yang sangat berhantu di negara ini.
Walaupun aku secara peribadi, kurang percaya sesetengah sale di sini.

  • ketika sale, harga di naikkan dan kemudian di potong beberapa %, kononnnya sale.
  • harga selepas sale, sebenarnya lagi mahal berbanding harga biasa


2 faktor di atas tu bukan aku sengaja reka.
Saudara aku keja supermarket.
Dan kita sendiri kalau rajin, cuba target 2- 3barang yang kita suka ( baju ke, kasut ke, seterika ke), ingat harganya sebelum sale....jangan terperanjat ketika sale 50%, harga yg di jual sebenarnya hanyalah sale 10% ( bila di kira harga sebelum sale yang kita dah target dulu)

Pun begitu, masih ramai yang ghairah sampai hilang akal, hilang adab.

1. Big Bad Wolf.

Ini adalah mega sale buku. Ini kategori memang bukan pentipu punya sale. Memang betul- betul murah. Aku sendiri terjebak ke BBW dari pukul 2 am hingga 5am. Aku rasa aku hilang akal, sebab buku- buku BBW yang aku beria ia borong 2 TAHUN LEPAS, sampai ke hari ini masih ada yang aku belum habis baca. Kononnya bertaubat,  aku tak ke BBW 2014 & 2015. Wakakaka..

 Ini bukti nya. Aku recycle gambar aku ke BBW 2013

2. Sale tudung.

Aku tak mahu sebut jenama, dan aku tak boleh nak komen betul atau tidak sale nya itu / atau propa aja lebih..sebab aku tak pakai tudung...dan wife aku tak pernah minat nak terjebak beli tudung masa sale. Kesian jugak kat wife aku sebab dia kahwin dengan aku, rakyat marhein, tak merasa tudung 3-4 ratus ringgit.

Cuma ramai yang hilang akal sebab boleh beratur & berkhemah sejak pukul 2-3 pagi...ada yang sanggup bawak anak anak, bentang tikar kat kaki lima jalan. Dan ada yang akal letak kat lutut, block parking rumah orang. Ini bukan cerita dongeng, sebab kawan aku terkena. Rumah dia kat Bangi tu dekat sangat dengan sebuah kedai tudung ni. 

Oh ya..rupa rupanya...3 tahun dulu aku pernah membebel pasal tudung ini.  hahahaha.

3. Sale kasut.

Ok, ini yang paling latest. Hilang akal dan hilang adab semata mata nak beli kasut sale. OK fine kau nak jimat duit, dan ada yang bagitau mereka nak menjual semula...tapi perlu ke panjat pagar? perlui ke jadi zombie kampung pisang? kah kah kah..

Sampai kena batal sale nya..dek sebab ramai yang hilang akal...

Kerana kasut, manusia menjadi zombie. Menakutkan!

Panjat pagar kak..panjat jangan tak panjat..kahkahkah..

31 comments:

  1. Aikk awalnya update hari ni doc ... hehe

    Nasib baiklah aku bukan dikategorikan pompuan yg gila shopping dan fanatik sale2 ni. Gila ko berebut2 camtu, siap panjat pagar, bawa anak kecik lagi.

    ReplyDelete
  2. malu ok malu jadi perempuan! Hoi nak tukar jantina boleh tak?sebab tak boleh hadam memanjat pagar sambil bawak anak oii...ya allah kasut je kot!heh..

    ReplyDelete
  3. macam desperate sangat ok? entahlah tak tau nak comment apa... yang paling I is tak suka bila ada yang sanggup berpusu-pusu dan bersesak-sesak bawa anak-anak kecil...

    ReplyDelete
  4. Masya-Allah!... hilang pertimbangan dah kalau itu gayanya
    Anak siapalah tu. Atau bini siapalah agaknya tu. malunya...

    ReplyDelete
  5. Malu jer bila tengok ni kat FB lah doc...ya Allah, siap2 panjat2 pagar.. mana rasa malu?? adoii... seramm bila nengok..hahaha

    ReplyDelete
  6. saya pakai kasut satu sampai lebam doc. hahaha. so x kisah la sale tak sale. bila dah lebam memang wajib beli baru..hehehe

    ReplyDelete
  7. dah hilang sifat malu...aduhai

    ReplyDelete
  8. Nasib lah saya bukan jenis yang giler nak gi warehouse sale. Buat malu kaum jer lah. Kalau berebut² macam ni nak gi majlis ilmu/masjid/surau tak per lah jugak. Haisshhhhh...dunia akhir zaman.

    ReplyDelete
  9. As-salam,

    Tak tahu kenapa, rasa seram sejuk pulak dengar dan bila tengok gambar tentang sales vinci ni.. Sedih :(

    ReplyDelete
  10. Malu saya tengok pompuan panjat pagar, bertudung pula.. Bila ada sale camni, fikirlah secara rasional sama ada kategori kehendak atau keperluan.. Kalau takde sale hidup tetap diteruskan kannn.. Tak yahlah sampai desperate panjat pagar.. adoi!

    ReplyDelete
  11. Gelojoh,rakus..
    Mencik perangainya bkn orang2nya..
    Selama hari ni melayu asyik ditipu jerlh...bygkn turun harga sebyk itu..entah berapalh harga yg diorg untung sblum ni..malu dgn anak2..kecil.pemandangn kurang elok..lgi baik berjerebu.

    ReplyDelete
  12. Saya ni pun Doc..tudung pun ala2 jer...tak der langsung yg berjenama sipolan dan sipolan...pasar malam pun saya rembat jer..saya jenis pakai kasut sampai lunyai Doc...tak dernya nak berebut2 mcm ni...kata ekonomi teruk nak beli makanan pun susah...beli kasut sampai 12 pasang (ada hambaAllah downlod dlm FB dia) boleh jer pulak....apa2 pun hak dan keinginan individu siapalah kita nak bisinggg sgt yer tak Doc...

    ReplyDelete
  13. antara sale tu saya layan sales BBW jer, pergi masa tahun 2012 sampai sekarang buku tak habis baca lagi..
    kesian sungguh melihat mereka yang sanggup menjadi seperti gelandangan bila ada sales tudung dan kasut tu...

    ReplyDelete
  14. adoi la ..kesian betui kan diorng ni ... sy panjat sekali ngan anak tu mmg tak patut ...

    ReplyDelete
  15. huhuhuhu nape tak masukkan psl sale coklat tuh doc? itu pun haru biru

    mmg tak ni nafikan doc apa yg doc tulis tu semua betul2 belaka... ada sale yg betul2 sale ada jgk sale yg tipu punya...

    sya ni walaupun gila tudung tp tak penah sampai lg nk beratur kul 2 ke 3 pg kt depan kedai tudung hehehe... baik tdo kt umah... tang kasut vincci tuh? oh plz sgt lah malu sampai ada yg sanggup panjat2 pagar... ngn bwk anak kecik lg... peliz lah bikin malu je

    sya tak minat nk bersesak2 sgt nih... jln tar tu pun lama sgt tak pegi, bazar ramadhan pun dh berapa tahun tak jenguk... suke beli masa yg selesa.... eh entahla tak blh tgk lah tang panjat2 pgr nih... tak blh terima org malaysia yg bt

    ReplyDelete
  16. Kakcik sengaja 'pusing2' kat situ pada hari Jumaat lepas. Pelik tengok banyak sangat orang dan kereta sedangkan gudangnya tak nampak pun kat mana...

    Kakcik cuma pakai selipar yang berharga di bawah RM10 je...

    ReplyDelete
  17. point doc yang atas sekali tu saya setuju..walaupun bukan kaki shopping, tapi ada pengalaman keje retail, so memang tau sangat trick ni. BBW tu memang penyakit sedunia..cakap je taubat x nak g sebab belum habis baca buku tahun lepas, tapi later gi jugak..

    salam 3-0 anyway..hihihi

    ReplyDelete
  18. sian baby yg tak bersalah pon terbabit sama....sangup panjat pago bagai....susah nak hadam kalau jumpe orang camni =___=

    ReplyDelete
  19. tkt nk g sale mcm tu.. sekali g BBW, dh pilih buku tp nk bayar kemain hazab sbb que panjang giler..sudahnya letak balik buku tu n keluar dengan senang hati.. yg kasut tu, sy mmg xsanggup..baik beli kt kedai je.. dgrnya yg beli borong tu kebanyakan peniaga.. pastu jual balik harga 3kali ganda.. untung maaaa.. boleh g haji balik hari..

    ReplyDelete
  20. Terima kasih Vincci...! Akhirnya blog ini di update!

    haha!

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah..akak bkn kategori gila sale ni...tak pandang pun vincci ke apa...

    ReplyDelete
  22. Salam DZ,

    Lama sungguh tak ke sini ^_^

    Oh, saya pun peminat sale. Kalau masa bujang dulu boleh ambil cuti semata-mata nak berdiri kat depan shutter shopping mall bila dibuka nanti. Kiranya by the time orang menyerbu, saya dah selesai memilih dan membayarlah. Tapi sekarang ni mood teruja dengar sale ni dah takda lagi. Saya dah sedar betapa saya tertipu selama ni. Hahaha...

    Dahsyatnya Vincci sale sampai panjat pagar bagai. Oh, sungguh tak enak mata memandangnya! Takda kerjalah saya nak buat macam ni. Dah macam apa dah....

    By the way, kenapalah DZ mentioned tentang BBW ni? Saya tiap-tiap tahun kirim senarai kat kawan suruh tolong belikan lepas tu saya simpan dalam kotak sampailah ni tak habis baca lagi!

    ReplyDelete
  23. " Selamat rujuk kembali ke blogspot " sahabatku.
    Masih ramai lagi peminat di sini.
    Jangan dilupakan.

    ReplyDelete
  24. sale oh sale..ramai nya
    lupa diri kejap.. kekadang capai je dulu pilih kemudian.. .
    tapi epik nya bila sanggup panjat..

    bila dah ramai kan..
    mereka berkata"hah pedulikan"
    heard instint menerpa...
    risau mereka tinggal "cerpa"

    ReplyDelete
  25. Big bad wolf je yg suka pergi..

    ReplyDelete
  26. Huh.... tak hingin mak sampai cenggitu punya aksi semata mata nak benda yg dihajatkan. Walaupun ada kalanya terjebak jugak nafsu kalau ada sale ni.
    Tp alhamdulilah, masih dpt control nafsu yg suka mengganas ni nampaknya...

    Mak allergic weyh dgn tudung mahal hihi....serammm

    ReplyDelete
  27. Teruk betul perangai. Eh, tak baik kutuk. Apa yang saya nak kata, org2 yg suka pegi sale ni, ialah org yg rajin. Rajin bersesak, rajin berebut, rajin beratur. Saya pulak bukan jenis tu. Saya ni, mom and baby expo pun saya malas nak pegi. Sebab ramai org.

    ReplyDelete
  28. nak pinjam buku mastering Filtering For Photography
    Ko bukannya baca pun!!


    heh ehh ehhh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...