Tuesday, October 13, 2015

Tunku Laksamana Johor

Aku memang follow IG Tunku Jalil, Tunku Laksamana Johor.
Beliau ada aura tersendiri.
Humble yang pada aku, bukan di buat buat.
Di uji dengan kanser, mungkin menjadikan beliau seorang yang berbeza.
Seorang yang disenangi semua jelata rakyat, tak mengira bangsa, tak mengira negeri.

Salah satu koleksi gambar beliau di IG nya, yang sangat terkesan bagi aku...


Jauh di sanubari, aku teringin sebenarnya melihat pemimpin pemimpin negara ini, turun padang dalam erti kata sebenar. Turun, menyamar macam Tunku Jalil buat.Tak perlu ber protokol, tak perlu ber escort. Pergi ke pasar beli barang, beratur bayar tol di plaza tol,  bersesak jem di highway masa musim cuti, beratur dan menunggu punya tunggu punya tunggu di hospital kerajaan...Mungkin masa tu barulah mereka tahu erti hidup rakyat..yang katanya asyik nak komplen. Sesekali, rai kan lah komplen rakyat, sebab mesti ada antara komplen itu, memang wajar di komplen.

24 comments:

  1. sobs..saya doakan smeoga beliau segera cepat sembut.

    ReplyDelete
  2. TJ always my idol too...sy pun follow FB & IG nya.. humble sgt dia ni kan Doc...
    walaupun sakit tetap ceria dan suka buat aktiviti2 kegemarannya. .. moga beliau diberikan kesembuhan....
    salah satu impian juga utk melihat pemimpin2 kita turun padang..merasai kesusahan rakyat...

    ReplyDelete
  3. kan..cuba mereka kena bayar tol macam kita..semoga tunku jalil dikurniakan kesihatan yang baik

    ReplyDelete
  4. Sejujurnya saya juga suka gaya hidup kerabat Diraja Johor yg walaupun sesekali outspoken tapi mereka cuba memahami denyut hati rakyat. Begitu juga gaya hidup Sultan Kelantan yg tak terpenjara dgn protokol berjela. Tidak seperti sesetengah pemimpin politik yg kononnya berjuang untuk rakyat tapi bila sesekali turun padang berpuluh pengawal mengelilingi pinggang. Macam mana nak memahami keluh kesah rakyat jika sebelum kita sampai untuk lawatan mereka yang mungkin menjadi punca keluh kesah telah dibersihkan dari kawasan yang dilawati??

    ReplyDelete
  5. Johor mesti sentiasa jadi Johor

    er..
    ada kaitan tak?

    ReplyDelete
  6. saya pon folow fb dia.
    memang humble sangat kan.
    kalo lah semua pemimpin malaysia cam nih.
    InsyaAllah.. Maju jaya Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think family dia yang lain pun humble jugak.. but not to Tunku Idris... Just from my point of view

      Delete
  7. betul tu saya setuju dengan doc... kalau turun padang , naik lrt atau naik bas, berescort bagai tak ada gunanya nak paham masalah rakyat....

    ReplyDelete
  8. Saya bukan orang johor pun memang follow Ig keluarga Tunku..memang suka tengok gambar2 dan caption nya..tapi sedih la IG tunku Aminah dah tak de..dulu suka tengok OOTD yang dia suka share..

    ReplyDelete
  9. sya pun follow dia.... suke cara dia yg sgt humble... mmg sultan johor suke dktkan diri ngn rakyat tp tunku jalil nih cara dia sgt natural...

    dia suke jln sendiri tanpa sapa2 escort.... di duga ngn kanser n dia sgt bersungguh membantu n support pesakit2 kanser lain di HSA... pastu tgk gambar2 keluarga n cara di bergaul ngn family dia sgt simple

    ReplyDelete
  10. Semoga Allah memberi kesembuhan pada TJ ni..
    Memang berjaya sungguhlah penyamaran TJ ni..
    Boleh lepak macam tu jer tepi pantai seorang diri..

    ReplyDelete
  11. Tunku Jalil memang tak sama dengan yg lain
    Rata-rata rakyat Johor khususnya memang tahu cara dia..

    ReplyDelete
  12. Suka kisah kerabat diraja johor even saya bukan orang johor. Kelantan pon sama.

    ReplyDelete
  13. Rileks aje lepak kat tepi pantai. Takda siapa pun kacau (dah orang tak perasan kot). Tak payahlah berbodyguard selalu, rimas ler...

    Eh, DZ....Johor tu bukan ke negeri kebanggaan kita? Haruslah kita bangga dengan raja-rajanya sekali ^_^

    Kat pejabat saya ni kalau saya bercakap pasal kerabat diraja Johor, memang menangis diaorang mendengarnya. Tak tahanlah dengar saya tak berhenti memuji :)

    ReplyDelete
  14. Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

    ReplyDelete
  15. Pernah tengok Tunku dalam rancangan tv Dr Muhaya...memang lemah lembut orang nya...berjiwa rakyat... semoga dikurniakan kesihatan dari Nya...

    Salam Maal Hijrah...

    ReplyDelete
  16. sy memang follow td dengan t.aminah tapi insta dia dah takde kan
    lagi 1, yg tengku puan pahang tu. suka tgk dia masak hihi

    ReplyDelete
  17. As-salam..

    Bagusnya orang yang merendah diri.. sesiapa pun pastinya suka..

    ReplyDelete
  18. Kerana darjat material hanya didunia...disana nnt sama saja taraf...Darjat amal yg membezakan...kipidap TJ...

    ReplyDelete
  19. Seronok tengok pemimpin yang macam ni, humble je :D

    ReplyDelete
  20. Saya suka je baca kisah hidup kerabat DiRaja Johor.. seolah-olah takde pemisah dengan rakyat.. ;)
    Tak macam sesetengah pemimpin, nak turun padang kalau boleh satu batalion nak letak sepanjang jalan ke tempat yang dituju..
    psstt: tetiba feeling nak buat macam tu.. 'menyamar malam ni berjaya'..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah..beliau seorang yg humble...

    ReplyDelete
  22. Saya pun follow..and saya pun suke cara die..very down to earth..the way die treat rakyat jelata dgn cara yg bukan fake, mmg nmpk die humble sgt..semoga TJ cepat sembuh..

    ReplyDelete
  23. Gitulah perasaan orang femes agaknya ek....rindu saat tak dikerumun orang.
    Setuju cakap hang tu DZ, agaknya ada tak pemimpin kita yg menyamar merasai kepayahan rakyat? Huh ....jangan beranganlah, mmg tak denya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...