Thursday, October 15, 2015

Menentukan Kerjaya Anak.

Apa kerjaya anda?
Anda happy dengan kerjaya anda?

Ada tak anda dedahkan kerjaya anda kepada anak anak anda?

anak anak aku, memang selalu gi klinik. Stetoskop aku ( yang simpanan rumah punya) memang selalu jadi mainan mereka.

Anak sulung aku ni, tak mau jadi doktor. Dia nak jadi engineer katanya.


Aku dedahkan bidang kerja aku.
Tapi aku tak pernah nak beria ia galakkan anak anak aku ceburi bidang yang sama.
Jujurnya, kalau boleh, tak perlu jadi doktor.
Hahaha..
Sebab apa?
Ada lah sebabnya.
Ramai doktor yang mahu anak anaknya ikuti jejak langkah mereka..
Especially dari kalangan bangsa India...ia memang tradisi mereka..( bukan sahaja doktor, jadi peguam pun tradisi keluarga).
Tapi..
Ramai juga doktor ( termasuk ramai kawan2 doktor aku) yang tak ingin tengok anak anak mereka menjadi doktor.


Cukuplah sekadar anak anak aku berjaya dunia akhirat..
Punyai kerjaya yang halal, berkat..
Aku tahu banyak kes yang mana parents nya yg beria ia nak tengok anaknya jadi doktor lah, peguam lah, penyanyi lah..
Kawan aku sendiri dulu, dia buat medic sebab mak dia yang sibuk sangat nak dia jadi doktor.
Penyudahnya..dia memang hilang minat.
Aku dulu....mak ayah aku bagi aku buat keputusan sendiri bidang apa yang aku nak buat.

Tapi..
Andai bila mereka besar kelak..
Ada antara 3 orang anak aku tu yang beria ia nak buat medic ...
Aku tak akan halang..
Sebab...


33 comments:

  1. parents saya pun tak pernah tentukan perlu jadi apa..

    even saya pun tak kisah anak2 nak jadi apa.. yg penting pekerjaan yg halal dan dapat memberi kebaikan kepada masyarakat...

    ReplyDelete
  2. Anak saya nak jadi selebrity chef :p
    Rasanya kalau dia jumpa kak fiza mau dia melekat kat studio tu.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..saya ni masih lagi berperingkat tercari-cari apa kesukaan anak..tak nampak lagi nak doorng ke mana yg nampak syahmi sgt minat mengaji quran dan gilakan bahasa arab dan sufiya sgt suka melukis..tu je yg saya nampak.

    ReplyDelete
  4. Sejujurnya kakak mahu salah seorg anak kakak ke medic. Anak sulung kakak hari itu dah dpt pun tawaran (kakak yg mohonkan) tapi dia pulak tak mahu. Dia tetap mahu ke undang-undang dgn alasan belum satu pun cucu atoknya (sebelah kakak) dlm bidang ini. Kakak dulu target nak dia belajar aje di sini tapi kerja di S'pore sebab dah ada line utk disusuri.

    Apa pun tak boleh nak paksa anak kita.

    ReplyDelete
  5. Kalau ikut sy nak anak sy jadi doctor.. hihi.. sebab belum ada satu pun ahli keluarga ke bidang itu.. cuma mmg selalu terfikir, anak2 skrg tak boleh nak paksa sbb takut depa memberontak.. biarkan depa ceburi bidang yg mrk ceburi selagi tak melanggar hukum Allah.. kita ibu bapa just pantau dan sokong minat mrk :)

    ReplyDelete
  6. Akak paksa mereka untuk menjadi seorang al hafiz dan hafizah..
    Nampak sangat ditaktor akak disitu kan DZ..
    Selepas tu akak bagi peluang mereka fikir apa pekerjaan yg dia nak..
    Skrg anak akak yg sulong .. Alhamdulillah mengikut apa yg akak paksa..
    Dan kakak nabilah kata dia nak belajar Kulinari..
    Akak kata ok.. selepas kakak berjaya menghafaz..
    Dan untuk memberi semangat padanya akak cari kelas masakan utk cuti sekolah ni ..

    ReplyDelete
  7. sapa yg tak nk anak jd doktor doc oi.... mmg impian mak pak lah... kalu kt kampung tuh compom di bangga2kan nyer....

    tp yelah ibu bapak zmn skrg lbh terbuka... sbb kadang minat tak blh di paksa2

    ReplyDelete
  8. Kadang2 kalau mak ayah tentukan tapi anak anak tak minat susah jugak.

    ReplyDelete
  9. mudah-mudahan anak2 doc ikut jejak langkah doc..... memulakan legasi keluarga doktor...amin...

    doktor keja yg mulia doc...biar laa mereka ke arah tu....mcm dr halina ngan dr sheikh muzaffar mmg dieorg didik anak dieorg dari skrang tuk suke kerja doktor...doc pun buat laa mcm tu....

    ReplyDelete
  10. Ayah saya kalau boleh nak anak-anak dia pun salah sorang jadik doktor tapi takde sorang pun yang ikut, at least abah kata jadik pharmacist pun ok ler, pun takde yang minat..Sudahnya semua ke arah it, komputer, grafik, architecture...Takpela..Saya pun takmo paksa, yang penting ada kemahiran diri..Tapi Zara kat nak jadik cikgu la pulak..

    ReplyDelete
  11. dulu pernah bercita-cita nak jadi doktor dan nak buatkan rumah mak abah 8 tingkat...erm...jadi doktor cinta boleh la..hehehe...rumah 8 tingkat jadi 2 tingkat je...

    ReplyDelete
  12. nnt kita paksa dia..dia tak mau..terus tak nak belajar sunguuh2...dah tu nnt bila dia failed.."MAK YG SURUH >>INI BUKAN MINAT SAYA"....tak menanah telinga kita Doc...akk tak kkisah Doc...apa yg ko minat buat...ko buat..Jgn ko sekutukan Allah..Jgn ko menderhakai Allah...Jgn Ko buat benda2 Yg Allah murka...cukuppp...

    ReplyDelete
  13. Saya pun sama. Tak paksa pun apa pilihan masa depan anak sebabnya saya dulu pun dipaksa jadi doktor padahal saya nak jadi akauntan. Akhirnya dua-dua pun saya tak pilih sebab kecewalah kononnya gitu.... ^_^

    Asal anak-anak saya berjaya dalam kerjaya yang dipilih dan ianya baik, cukuplah. Kalau dapat berjaya dunia akhirat, lagilah penuh kebun bunga dalam hati saya tau!

    ReplyDelete
  14. Betul tu tuan doc. Banyak kelebihan jadi doktor. Cuma saya sendiri memang tak mampu nak jadi doktor. Alah dengan darah. last saya jadi doktor bidang lain. ;-)

    ReplyDelete
  15. mudahan2 ....tp bukan mudah kan ..klu otak cerdik dan geliga ...inshaaAllah ....
    kan doc ..saya ade kawan ..anak die dok bercita nk jd doc ...pastu thn lps result teruk .... 2 A je yang lain b dan c ... subjek sains pun cukup makan tapi nak juga medic....katenye msk msu amik medic ... entah la ....
    klu dah minat tp tak cukup kriteria pun tak boleh jugak ...

    ReplyDelete
  16. Knor pun tak tau anak2 nk jadi apa esok...masing2 mcm tk clear lgi...tk nampak lbih ke arah mna...rasanya minat berniaga kut...

    ReplyDelete
  17. asal halal , boleh tanggung anak orang ... insyaallah bahagia

    ReplyDelete
  18. komen yang ni, akk nak luahkan perasaan. Gila panjang lebar akak menaip pakai keyboard henpon yang cenonet di dalam gelap gulita malam tadi...tetiba terrrrtekan 'back', habis semuanya ilang....uwaaaa

    ReplyDelete
  19. yg sebenar-benarnya...knp tak nak anak2 ikut jejak langkah jadi doktor?

    cer share sket. nak tau gak..

    ReplyDelete
  20. Berkenaan future anak2 ni...kita boleh merancang. Tapi anak2 sendiri pun kadang2 tak berapa pasti kan. Akak rasa, tak perlu nak paksa. Kita beri galakan dan dorongan. Macam kami, bantu Adam dengan terangkan about a few options. A, B, etc...nak prepare apa academically, mentally, futurenya boleh jadi apa for better and worst, and dia boleh pergi sampai ke mana... Kita providekan pros and cons. Suruh dia choose apa main option dia...go for that. But at the same time, minta dia pertimbangkan a few back-up plans. Selebihnya, dia kena tahu tentang konsep redha.

    Though dia kata nak try strive to be a doctor, kami tak berharap sangat. Kalau yer, syukurlah. Bukan apa...nak lah sakit pening kami dah tua2 esok di handle oleh anak sendiri, walau nyawa kita milik Allah kan... Tapi apa2 pun, biar dia Berjaya laksanakan apa saja tanggungjawab dia mengikut syariat. Itu penting.

    ReplyDelete
  21. Akak nak sorang anak akak jadi ustaz...biasanya ustaz adalah orang yang kuat ilmu agama jadi nanti bila akak dah pejam mata tak perlu minta org lain uruskan jenazah akak. Kerja lain pun boleh buat tu semua tapi bila sebut ustaz tu lebih disegani tapi jgn jadi ustaz haprak dah le...;)

    ReplyDelete
  22. X nampak lagi aina nak ke arah mana... ayahnya keje kira duit (bank)... nnt kecik2 di biasakan dgn duit takut dah besar bukannya keje bank tapi jadi gadis materialistic pulak.

    ReplyDelete
  23. saya cuma suruh anak saya jadik cikgu jer. kalo dorang nak jadik yang lain. saya x kesah.. asalkan keje yang baik2 dan x berisiko tinggi.*mak2punyepikir.

    ReplyDelete
  24. Moga anak-anak berada di landasan yang baik dan memperoleh pekerjaan yang baik bila sampai waktunya.. ;)

    ReplyDelete
  25. Penyambung legasi daddy ye..manalah tau kecik kecik main stetoskop..terbawa bawa bawa sampai dewasa..daddy boleh jadi advisor

    ReplyDelete
  26. Tu mcm hubs saya..nak jugak anak dia at least sorang jadi doktor...
    Kalau macam saya asalkan kerjaya mereka bagus dan diberkati..syukur sgt dah..
    Semoga anak2 kita jadi di antara yang berjaya bila besar nanti..inshaAllah DR...

    ReplyDelete
  27. Tu mcm hubs saya..nak jugak anak dia at least sorang jadi doktor...
    Kalau macam saya asalkan kerjaya mereka bagus dan diberkati..syukur sgt dah..
    Semoga anak2 kita jadi di antara yang berjaya bila besar nanti..inshaAllah DR...

    ReplyDelete
  28. Mcm abah saya..die askar tp die xbg anak2 die jadi askar..even kawen ngan askar pun die xbg..alasan die, die ade alasan die sendri katenye..hahaha

    ReplyDelete
  29. Weyh mak teringin anak mak jadi doktor, tp malangnya semua genius tahap sederhana hihi....so syukurlah apa yg ada, dpd tak ada ....
    Alhamdulilah.....
    Untung le awak DZ hari hari ratus ribu malaikat doakan, ni yg mak jeles ni....

    ReplyDelete
  30. kerjaya terpulang pada anak2 untuk.memilihnya...tak mahu mendesak

    ReplyDelete
  31. Tapi aku tak pernah nak beria ia galakkan anak anak aku ceburi bidang yang sama.
    Jujurnya, kalau boleh, tak perlu jadi doktor.
    Hahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...