Monday, October 19, 2015

Bajet 2016: Harapan Anda



Apa yang kita mahukan dalam Bajet 2016?
Apa harapan kita?

Secara peribadi, ini yang aku mahu:

  1. BR1M dihapuskan
  2. GST diteruskan, dengan syarat di beri info meluas tentang ke mana halatuju wang kutipan GST
  3. Pengagihan bajet yang lebih ke sektor pendidikan dan kesihatan
  4. Pengurangan aktiviti mesyuarat kerajaan di hotel hotel dan resort resort
  5. Penambahbaikan sistem pengangkutan awam
  6. Penguatkuasaan ketat udang undang jalanraya bagi mengurangkan kes kemalangan, dan hasil kutipan saman disalurkan utk bajet pendidikan dan kesihatan.
  7. Naik kan cukai rokok dan arak setinggi yang mungkin

30 comments:

  1. Setuju.
    Psl GST tu pun terpaksa setuju utk pemulihan ekonomi negara. Tapi harap-harap bersifat sementara.

    ReplyDelete
  2. harapan tinggal harapan
    apa lak bakal muncul kat budget nanti

    jangan harap!

    ReplyDelete
  3. Jangan harap.
    Bajet untuk kroni dahulu.
    Rakyat kemudian.

    ReplyDelete
  4. Oh sblum nk bentang bajet tu...sila PM undur dulu...

    ReplyDelete
  5. satu lagi harga barang barang asasi jangan dibiarkan naik sesuka hati

    ReplyDelete
  6. Untuk pejabat kerajaan tu dh lama dh kot xd bajet untuk kursus di hotel2/resort...mcm kami cikgu2 ni dokla kursus kt sekolah je..atau premis kerajaan...takdela nk merasa dah dok hotel..kesian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, memang event banyak buat di Jabatan. Kalau launch event besar je baru keluar sebab nak jemput press semua. Kalau tak, kat 'ballroom' kat jabatan je. -=)

      Delete
    2. Sebagai langkah berjimat-cermat, memang dah lama arahan dikeluarkan, tiada lagi aktiviti dibuat di hotel. Semua buat di ballroom jabatan je.

      Delete
  7. saya sokong semua tu Doc....hehe... harapanya suara hati rakyat didengari...

    ReplyDelete
  8. Saya sokong ape yg doc mahukan tuh..hidup doc!!!..ehhh, hahahaa

    ReplyDelete
  9. Rakyat hanya mampu mengharap
    Tapi rasa akak akan ada isu baru yg rakyat kena tanggung selepas ini
    Tunggu!!

    ReplyDelete
  10. 100% saya setuju dengan pandangan DR tu ...

    had maksimum yuran taska klu tak pihak pengusaha boleh menaikan sewenang2nye dan bantuan taska kepada semua ibu bapa ... setiap tahun kot naik ....

    ReplyDelete
  11. fokus pada no.1. sangat3 setuju. berilah mata kail, bukan ikannya.

    ReplyDelete
  12. paling setuju kat no.4 tu, xmati kot wat seminar ke mesy ke kat tempat bekerja. GST elok dihapuskan, tp kalau nak teruskan jgk cari lah 1 mekanisma yg menguntungkan semua pihak... peniaga blh claim, pengguna menanggung sengsara

    ReplyDelete
  13. Saya sokong 100% no.1,no.4 and no.7!
    Bila doc nak masuk bertanding?

    ReplyDelete
  14. setuju semua sekali doc nyer harapan tuh... brim tuh hapuskan lagi baik sbb bkn semua rakyat rasa... pastu kita asik dimomok2kan ngn brim... nk naikan tol ke naikkn minyak ke apa sbb nk bg brim... oh no no no

    mesyuart kerajaan tuh skrg di bahagian jabatan sya nih meeting2 dh tak bt kt hotel, bt kt jabatan2 kerajaan lain je... yg bt kt hotel tuh big2 bos yg menteri2 tuh.... itu yg patut di kurangkan... ni org bwh suh jimat2 org atas2 bermewah2

    ReplyDelete
  15. Harapan akak cuma satu jangan kos sara hidup terus naik dan naik...lotih mak.

    ReplyDelete
  16. 8. selfie dengan kak ros... eh? haha

    ReplyDelete
  17. Harapan mak? Huh....malas nak pikir.
    Boleh tak kalau tak menyusahkan rakyat !! Apa pun naik sekarang ni. Pening tau kite..... kesian laki kite....
    Hihi......

    ReplyDelete
  18. turunkan harga barang....yg lain2 malas nak fikir..ai is sentap dengan Jibby and Rossy

    ReplyDelete
  19. Harapan....
    1. BRIM hanya diberi kepafa IBU2 TUNGGAL yang benar2 layak....dan golongan miskin dan daif.
    2. Tambahkan lagi klinik dan hospital... sekarang dah banyak penyakit....
    3. Naikkan taraf sekolah2 dan institusi keagamaan...
    4.perkukuhkan lagi sistem dan undang2 keselamatan dalam negara...demi keselamatan rakyat...
    4.Pertimbangkan lagi kenaikan gaji rakyat golongan bawahan dan sederhana...

    ReplyDelete
  20. Harapan saya:
    ~Lawatan PM, Menteri2 dan pegawai2 kanan kerajaan keluar negara dikurangkan, kecuali benar2 perlu,
    ~Lawatan PM dan isteri jika perlu keluar negara jangan bawa isteri, buat habis beras saja..
    ~Lawatan PM dan menteri keluar negara jangan guna jet eksekutif, guna saja kapalterbang biasa, kalau rasa gayat depa nak duduk kelas ekonomi tak apalah duduk di kelas business..
    ~BR1M dihapuskan,
    ~GST diturunkan kpd 2% (seperti di Singapura masa mula2 diperkenalkan dulu),
    ~tangguhkan kenaikan tol,
    ~harga maksimum petrol ditentukan tak lebih RM2 mengikut pasaran semasa dunia,
    ~PTPTN dikecualikan faedah,
    ~selesaikan masalah 1MDB segera,
    ~menteri yang tak berfungsi , hanya menghabiskan wang rakyat meletak jawatan!

    ReplyDelete
  21. Setuju dengan JR.
    Sebagai langkah berjimat-cermat, bawa hanya pegawai yang layak ke luar negara, bukan mereka yang tiada kepentingan pun nak ikut juga.
    Paling setuju BR1M dihapuskan. Aliran tunai yang keluar terlalu banyak tetapi tidak semua yang layak menerima.
    GST.. kalau tak nak turunkan, sila pastikan jangan dinaikkan lebih dari 6% sampai bila-bila.
    Kenaikan tol, jalanraya pun kenalah 'cantik' dari sebarang kerosakan.
    Harga petrol jangan lebih dari RM2 per liter. Bila lebih je terjejas budget bulanan tersebut.
    Ada butang vote tak untuk pilih menteri yang tidak berfungsi tu..?

    ReplyDelete
  22. setuju dengan jr dan dz.....BRIM macam tak ada fungsi sebab. makin besar BRIM dibagi..makin besar bebanan rakyat...

    orang atas goyang kaki..orang bawahan kerja bagai nak mati...

    ReplyDelete
  23. Rakyat hanya mampu berharap. Inginkan kebaikan.

    ReplyDelete
  24. setuju!!!
    semoga bajet kali ini dpt kurangkan bebanan hidup rakyat.

    ReplyDelete
  25. Setuju jugaklah..plus nak diskaun utk hantar anak ke taska

    ReplyDelete
  26. Ini harapan kita tapi apa yang kita boleh dapat setelah dibentangkan, DZ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...