Friday, October 2, 2015

16 Adik Beradik

Minggu lepas, adik aku wassap gambar ni..


Sebenarnya, aku sejak dulu kagum dengan orang yang anak ramai ni..
Ramai maksud aku, yang berbelas belas orang..
Bila aku sendiri dah kahwin & ada anak, lagi la aku kagum..
Sebab aku memikirkan,bagaimana lah dengan anak berbelas belas ni,mereka:

  1. Tinggal dalam rumah. Kena ada berapa bilik dalam rumah? Berapa set katil? Giliran nak mandi? Nak makan serentak memang susah?
  2. Nak pergi berjalan jalan..kalau ada MPV pun, maximum boleh sumbat 8-9 orang.
  3. Si ayah tadbir ekonomi keluarga. Memang betul, setiap anak ada rezekinya, cuma nak tahu macam mana mereka urus kewangan. Beli pampers, susu..tu aja makan beratus sebulan.
  4. Kelelahan si ibu beranak tiap tiap tahun /selang setahun
  5. Nak bawak berjalan rumah sedara /kawan....penerimaan orang berbeza beza.


Alhamdullilah...cukup 3 orang ini. Memang dah tak boleh tambah lagi. Dah tutup kilang. Pernah juga bergurau dengan wife aku, kalau boleh pregnant lagi,nak cuba tak? Wife aku jawab " kalau keluar yang ke 4 pun boy?". Hahahaha....yang family dalam FB kat atas tu, 11 orang yang pertama, semua lelaki! Masuk no. 12 baru perempuan !

25 comments:

  1. sama lah doc, sya pun kagum ngn org yg ada anak ramai2 nih..... meriah mmg meriah bila dh bsr masa kecik tuh camne lah kan...
    mcm abah sya ada 14org adik beradik, tp 2 org mak lah... mak pertama 10 org termasuk abah bila mak pertama meninggal arwah atuk kawin lagi n ngn mak kedua dpt 4 org lg anak.... sbb tu abah suke luaskan laman depan umah, senang kalu adik beradiknya dtg berkunjung blh paking kete banyak... n kt umah mmg abah buat bilik air sampai 3 blik air n 3 jamban senang kalu adik badik anak cucu nya berkunjung time raya

    ReplyDelete
  2. umahhhhhaiiiiii ramai gilos! err canne waktu bersenggama nyer.hahaha...

    ReplyDelete
  3. Kakak percaya anak-anak pada ibu-bapa yg punya anak 16 ini pun punya rasa sama macam kita doc.
    Tak tertadbir rasanya kalau punya anak ramai macam ibu-bapa mereka..

    ReplyDelete
  4. Tengok hero bertiga tu kakak rasa Ziyyad dah jadi kecik pulak
    Adik-adiknya cepat besar - tak lama sama size semuanya:)

    ReplyDelete
  5. hihihi .. cukup jaga tiga hero tu ye DZ..
    Akak pun macam tu.. respect sgt dengan orang anak ramai ni..
    Gigih sungguh mereka mendidiknya..
    Akak pun dah baca cerita tu di FB..
    Apa yg menarik hati akak.. Bapanya menitik solat berjemaah..
    Tidak pula menitik berat pelajaran mereka..
    Anak2 ni bila kita didik dengan agama..
    Secara tak langsung yg lain akan terdidik juga..

    ReplyDelete
  6. Mak aku pun adik beradik dia ada 11 org. Masa mak ngandung kakak, nenek pun ngandung pakcik aku yg bongsu tu.
    Kadang2 tu mmg tabik dgn dorg boleh ada ramai anak. Teringin juga nak anak ramai, mesti meriah tapi klu difikirkan balik, dapatkah nak jaga dorg semua dgn sebaiknya .. belanja, kebajikan, pendidikan ... emmm

    ReplyDelete
  7. Tabik sangat dengan mereka yang mampu beranak ramai ini lebih dari sepuloh orang...Alhamdulillah ada jugak 2 3 orang kawan saya yang anak sampai 8 orang, betul kata doktor tu penerimaan orang lain-lain, yang seorang kawan tu malu nak cakap anak berapa sebab dari pengalaman ramai yang ketawakan kata kilang anak lah, pasukan bolah lah...sian dia.

    ReplyDelete
  8. Dz, rugi ank sikit tau, nnt bila besar memasing sambung belajar, masuk asrama, masuk kolej sunyilah mak ayah, akk ank lima sekarang tinggal 3 je kt rumah.
    Org dulu ank ramai tuntutan hidup tk banyak, dulu pakai lampin kain, bukan pampers, dulu minum susu ibu, bukan susu lembu, dulu makan nasi lauk ikan dan sayur kangkung pun ank2 tak komplen, sekarang kalo bagi ank2 mkn camtu, alamatnya diorg tak makan, dulu tak perlu bwk cuti berjalan time cuti sekolah, sekarang mak ayah kena kumpul duit utk bercuti sbb nk spent time dgn ank2 sbb tu je masa yg ada sbb sibuk bekerja, dulu ank2 cukup dgn main lastik, main konda kondi, ank2 skrg gadgetnya mengalahkan gaji cikgu tadika cam saya ni, he he..
    Dan dulu, nilai duit besar, sikit duit pun cukup utk beli 10 kg beras...

    ReplyDelete
  9. Aah, comel banget hero2nya tu, putih mulus je

    ReplyDelete
  10. uncle kagi kagom dengan orang bini ramai...

    eh? haha!

    ReplyDelete
  11. Malam tadi mimpi apa? Tetiba pula keluo entri hari ni hihi....
    Mak pun respect dengan makcik tu....camnelah sabarnya dia agaknya. Dahlah beranak tetiap tahun. Lelaki manjang, suami pulak lumpuh. Hebatnya makcik ni.

    Agaknya, tulah namanya hidup yang berkat ek.

    ReplyDelete
  12. kagum dengan mereka yg beranak ramai pastu berjaya plak mendidik mereka sebaik mgkin... sy ni rasa baru seorg pun kadang fening..hahaha...pujuk lagi wife Doc tu kot2 berjaya dapatkan seorg baby girl...hahha

    ReplyDelete
  13. Masa baca kisah tu, sambil terbayangkan kesusahan dan ketabahan yang dilalui oleh keluarga itu.. dengan ikatan kekeluargaa yang kuat membuatkan ai rasa cemburu.. sebab adik cuma dua beradik je..

    Comel + geram kite tengok budak bertiga tu.. kalau terjumpa kat padang Setia City Mall tu, ai rasa nak hug and geget2 je.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  14. Hebat pak cik mak cik tu. Sampai ada 16 orang. Boleh cuba tuan. Mana tahu yang no.4 perempuan. Kena doa lebih sikit. Insyallah Allah bagi.

    ReplyDelete
  15. Doc sy 2 hero.. kalo keluar 3 herl gak ๐Ÿ˜‚ kempunan anak perempuan

    ReplyDelete
  16. Dik. Rezeki akk seketul jer anak. Sensitip okehhh.... Bersyukurlah sesiapa yg mampu beranak ramai. Murah rezeki...

    ReplyDelete
  17. kalau boy jugak pon okayyyyyyy jugaaaaa

    ReplyDelete
  18. sekarang nak cari anak 5,6 org pun susah nak jumpa dah..

    ReplyDelete
  19. Salam hujung minggu,

    Rezeki masing2, ada yang kaya harta tak kaya anak, ada yang kaya anak tak kaya harta... tapi Allah dah tentukan rezeki tiap2 anak itu, cuma kita tak nampak... Subhanallah..

    Bunda... 4 is enough...

    ReplyDelete
  20. Hurmmmm suami cakap nk 2 je....huhu

    ReplyDelete
  21. Teringat pesanan doctor masa bersalin anak kedua. Katanya orang beranak senang ni memang allah suruh beranak ramai²...ppfffttt...scary plak dengar sebab saya dalam kategori senang beranak.

    Tapi memang kagum lah makcik nih. Tabah.

    ReplyDelete
  22. 16 adik-beradik..memang rare!tapi betul, setiap anak ada rezekinya..

    ReplyDelete
  23. Adik beradik saya pun ramai tapi itulah tak pernah sekali pun dengar emak atau arwah abah mengeluh ketika membesarkan kami. Sekarang ni bila ada anak sendiri, memang tahulah macamana rasanya menjaga dan membesarkan anak-anak. Bukan kerja senang. Kadang-kala tu termengeluh juga penat :) Memang salutelah dengan orang yang ada anak ramai ni. Macamanalah mereka boleh handle semuanya ya...

    Saya pun dah tutup kilang, DZ. Cukuplah 2. Takda 'bunga' dalam taman pun takpalah. Tunggu 20 tahun lagi terima menantu perempuan kalau diizinkan Allah. Bab nak menambah ahli semata-mata nak mengejar jantina anak yang lain, tidaklah rasanya :)

    ReplyDelete
  24. mak sy pon sama...1st 3 org smua laki...pstu br dpt sy pmpuan.pstu cuba mengandung lg kot2 dpt pmpuan skali dpt laki juga 2 org kt bwh.trus mak stop...hihihi...

    ReplyDelete
  25. saya saspek Pak Ismail adalah seorang orang Jawa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...