Monday, August 10, 2015

Nerf

Hari ini aktiviti release stress di sekolah anak aku.
Sebab 2 minggu lepas ialah minggu evaluation ( ala ala minggu exam la)
Best betul budak budak sekarang..
Macam macam aktiviti.

Aktiviti hari ni ialah acara " berperang dengan senapang Nerf"
Aku masa 1st time dengar nama NERF. pun aku pelik..
Ialah, tak pernah dengar, tak pernah main..zaman daddy kecik2 dulu guna lastik aja..haha..

Ini lah senapang Nerf, model Strongarm Elite.  Banyak model senapang Nerf ni....mintak last minit, bergegas la mommy dia gi cari kat Tesco..nasib ada.


Ni gambar cikgu sekolah nya telegram kan kat wife aku pagi tadi..

Anak aku si Ziyyad baju biru Lotto, no 3 dari kiri ( gambar atas). Dia dalam team Adiwira Nerf..kah kah kah...nama klasik...campur la student foundation 1 hingga 3 kot..( darjah 1 - 3).


 Students posing with their Nerf !


Sabtu depan pulak ada play kat sekolah..
Anak aku berlakon jadi serigala...hahaha.
So far seimbang la aku tengok silibus anak aku..
Seimbang antara academic, sosial, hafazan dan lain lain.
Mungkin satu hari nanti, sekolah2 kerajaan boleh follow silibus UK yang macam sekolah anak aku guna ni..sebab mereka bukan exam oriented, mereka nak lahirkan student yang all rounder dalam semua bidang, dan penting sekali, mereka suka & seronok ke sekolah.

28 comments:

  1. anak sy pun suka nerf ni..ada bbrapa jenis yg bapa dia dah beli kan..beli peluru dia asing2 pn ada..mcm2 jenis.ada murah ada mahal..ada yg kecik ada yg besar!!..if sy la..sy x akan beli kan brg ni..asben sy suka sgt melayan..mls nak ckp byk..yg pnting jgn guna duit sy..hihi

    ReplyDelete
  2. wahhh!! best nya bila habis exam buat aktiviti macam ni... budak2 mestilah seronok.. dulu masa zaman saya tak ade aktiviti2 cegini

    ReplyDelete
  3. Bagus sekolah macam ni DZ..
    Apa nama sekolah ni..
    Tengok anak2 pun gembira kan...

    ReplyDelete
  4. Tak mainlah DZ lastik-lastik ni sekarang. Apa kelas ~_^ Nerf ni memang banyak 'kelas'nya. Saya ni dah penat tukang beli 'peluru' . Lagi penat budak-budak ni kalau ambil aje nak yang 'berharga' aje. Tension keluar duit tau...

    Baguslah sekolah Ziyyad ni. Zaman saya sekolah dulu-dulu takda pun macam ni tau ^_^

    ReplyDelete
  5. Bijak pihak sekolah seimbangkan dan mengikut peredaran zaman. Nak guna panah agak payah sekarang ni. Nak kena buat busar sasaran dan bahaya kalau bebudak yg nakal. Jadi ini alternatif yg baik.

    Nampak Ziyyad pun happy tu:)

    ReplyDelete
  6. bgsnye.....senapang mahai ni ......

    ReplyDelete
  7. ni.. kalau ai.. kena beli 4..
    dak Kakak, dak Adik, dak Nuha jugak mak budak.. ekekeke..

    ReplyDelete
  8. awat.. mahai sangat menatang nERF nii.... sob...sob...

    saya ingat weken nnti nak ajak la kekanak kat kg tu p carik dahan jambu buat lestik pastu carik buah terung pipit buat peluru.. main perang2.....
    sbb tak mampu nak beli NerF ni....

    ReplyDelete
  9. bagusnya sek anak dz...buatlah entri tentang sek tu..nak tahu juga...seimbang pelajaran dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  10. Sepatutnya dah lama Malaysia buat cara macam ni. Tengoklah kalau2 ada perubahan bila dapat menteri yg cerdik pandai nnt.

    ReplyDelete
  11. Wah seronok Ziyyad nak main tembak-tembak dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete
  12. bestnya budak zaman sekarang macam2 aktiviti sekolah buat
    dulu kalau nak berehat lepas exam cikgu hantar ramai2 p library je hah sukati kamu la nak baca buku ke main congkak ke saidina ke

    ReplyDelete
  13. time to release tension....eh tension ke exam?

    ReplyDelete
  14. bestnyer.... walaupun harga menan tuh boleh tahan jgk lah...

    ReplyDelete
  15. macam2 aktiviti budak2 sekarang ni kan??bukan macam kita dulu..kalau aktiviti lepas sekolah tu setakat bersukan,main bola je la kat padang..tak de lain dah..heheh

    ReplyDelete
  16. fuiyoooo....nerf lagi....nasib baik semua ada nerf...

    ReplyDelete
  17. Best tu nerf. Happy lah anak bujang ni.

    Doc...kongsikan lah pasal skolah ziyyad ni. Menarik lah silibus nya.

    ReplyDelete
  18. Ada ke skolah yg bkn exam oriented? Cer citer cer citer. Pnat dah cari.
    Ikutkan survey skolah agama pn byk tp exam oriented jgk.
    Akhirnya A byk tp tgk fe'el nya xselari dgn ajaran agama. Yg krisis identiti pn ramai.

    Tp kalau mahai errr...xpelah, i xmampu.

    ReplyDelete
  19. Nak lawan meh laaaaaa....ahakz

    ReplyDelete
  20. seronoknya sekolah cam gini! takde la stress dan membosankan.

    ReplyDelete
  21. Nak antar jugak gi skolah ni. Apa nama skolah ni? Kat mana lokasi dia? Nampak macam main2 je bagi main nerf, tapi kalo fikir tujuan dia, mcm ada manfaat jugak, belajar ilmu perang ni.

    ReplyDelete
  22. alhamdulilah..seronok tengok anak anak ni..main berperang kopiah lekat kat kepala..masuk waktu semua sembahyangkan..nekcik pun x pernah dengar nerf ni..nnti gi tesco nak intai intai

    ReplyDelete
  23. nasib baik la anak saya lelaki sorg ja..tu oun dah besar..kalau tak,mau jugak dia nak main benda ni hehe

    ReplyDelete
  24. seronok anak anak kamu kan kalau ikut silibus camni. tentu yurannya boleh tahan ek

    ReplyDelete
  25. menarik betul aktivit sekolah dia macam ni. baru tau jugak nerf ni hahahaha

    ReplyDelete
  26. Bgus nye... Xde la bdak2 stress nk gi sekolah kn

    ReplyDelete
  27. Assalam doc,
    bebudak sekarang ni menan canggeh2 belaka kan3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...