Friday, July 3, 2015

Suspended Meals

Suspended meals ialah satu konsep bersedekah.
Kita bayar in advance harga makanan di satu- satu kedai, yang mana kemudiannya makanan itu akan di ambil oleh mereka yang memerlukannya ( orang miskin / terdesak)

Tradisi suspended meals ni katanya bermula di Itali.
Asalnya di sana, ia dipanggil caffe sospeso, iaitu mereka belikan secawan kopi utk orang miskin.
Kemudian ianya dikembangkan kepada air air lain, dan makanan pula.

Akhirnya, konsep suspended meals menjadi viral di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Kita sekarang ni di bulan Ramadan.
Ada antara kita yang menyahut cabaran #tamakpahala dengan menyertai suspended meals ni.

Mungkin kita boleh tiru benda yang baik ni..
Bersedekah di bulan Ramadan ni, terlalu besar ganjarannya..






28 comments:

  1. nape kat mara ni takde mcm nie...huwaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin idzwa blh jadi pencetus.. benda baik, seronok bila jadi trendsetter jenis ni :)

      Delete
  2. owh first time saya dengar.. thats good!

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. selalu dengar berlaku di luar negara.. air kopi, pizza.. macam2..

    first time dengar di Malaysia.. harap boleh dipanjangkan di bulan lain juga..

    ReplyDelete
  4. bagus ini, elok diluaskan atau pekedai buat satu corner di kedai mereka.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. menjentik hati nurani kita semua
    Tempat kakak belum nampak lagi

    ReplyDelete
  6. Kalau nak ambil utk jiran kena call dulu
    Bimbang jiran ambil utk kita
    Kita pula ambil utk dia
    Membazir jadinya..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    bagus jugak konsep ni ...mana-mana boleh sedekah


    ReplyDelete
  8. waaa... bagus... bagus dengan konsep ni.. suka dengan peniaga yang murah hati nak bagi sedekah..

    ReplyDelete
  9. Ada baca pasal ni jugak. Alhamdulillah...smoga murah rezeki mereka yang memberi nih.

    ReplyDelete
  10. ambik jgn banyak2 tau...bg org lain merasa jugak...heheh
    smoga murah rezeki mereka..

    ReplyDelete
  11. Kat negeri mana ni ...awat lah kat segamat tak ada..huhu

    ReplyDelete
  12. Nekcik rasa zaman duluvdulu waktu nekcik kevik jecik..amalan camni dah dipraktikkan oleh orang tua tua kita...kalau dulu arwah mak akan buat kuih...nanti kami kenalah pergi hantar kat jiran jiran....sampai 5 atau 6 buah rumah..nanti diorang pulak bagi kuih mereka...penuh setalam kuih berbagai...sekarang kita bagi duit kat surau..orang surau siapkan makanan untuk orang berbuka....

    ReplyDelete
  13. Seronok dapat membantu mereka yang kurang mampu..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..moga ,murah lagi rezeki yg memberi ....

    ReplyDelete
  15. aku baru tahu pasal ni...Alhamdulillah...
    ada macam2 cara untuk kita bersedekah...dan ni pun antara jalan yang bagus...
    kipidap!

    ReplyDelete
  16. bagusnya program macam ni...kalau kat uitm penang ni, pusat Islam buat jamuan berbuka puasa percuma kepada pelajar-pelajar , so sesiapa yang kurang berkemampuan tu, bolehlah berbuka di pusat islam...diorang buat makan dalam talam, seronok tengok...

    ReplyDelete
  17. antara salah satu cara bersedekah yang bagus
    moga bermanafaat untuk golongan yang kurang bernasib baik
    yang bernasib baik plak, jgn la melebey2, amik tu ingat org blakang sket ye

    ReplyDelete
  18. ky ada terbaca satu artikel tentang Suspended meals..tapi lupa di mana. dah merebak ke Malaysia pula ye..

    ReplyDelete
  19. Pahala memberi amkan orang yang sedang lapar...tak perlu tunggu kaya untuk buat amal jariah.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah good example from overseas.
    Neway, 1st time dgr.
    Cth2 gambar ni kat KL ke?

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah semoga murah rezeki yang memberi sedekah..

    ReplyDelete
  22. ooh tak pernah tau ... ok gak tu.. tapi tuler kat Malaysiani macam satu perangai lak .. kalau barang freetu nak amek lebih2 walhal tak perlupun ...

    ReplyDelete
  23. Laaaa rupanya dia pun ke laut jugak kikiki.....tp bukan main bizi lagi kat FB nampak haha....

    Emmm.... bagus gak ek konsep cenggini, semua dpt merasa apa tah lagi yg miskin...

    ReplyDelete
  24. Bagusnya konsep ni. Berkat pun berkat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...