Monday, June 8, 2015

Restoren MABIQ, Tanjung Lumpur, Kuantan.

Aku baru balik bercuti 4 hari.
Khamis , Jumaat dan Sabtu pagi aku di Kuantan.
Sabtu petang hingga petang semalam di Terengganu.

Suka aku nak share satu restoren di Kuantan ni.
Pada aku, amat amat berbaloi, sebab murah dan sedap.
Dan dalam masa yg sama, sambil kita makan, kita menyumbang.
Menyumbang ke dana untuk anak anak fakir miskin / yatim yang belajar di MABIQ

Memang kedainya agak tersorok. Tapi jangan risau, set aja waze / gps, cari Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur. Dari situ, ada banyak signboard kecil menunjuk arah ke Restoren MABIQ ini.

Sebahagian dari lauk pauk nya. Semua jenis lauk ada label, dan ada harga. Memang jelas dan ini lah cara perniagaan yang Islam anjurkan. Lauk istimewa di di sini ialah daging salai & paeh patin bakar.

Sebab paeh patin bakar nya memang sentiasa dapat sambutan, maka lauk ini Insya Allah sentiasa ada, sentiasa di top up..jangan risau kalau anda datang lewat sikit sekitar pukul 2 lebih nak ke pukul 3 petang.Lebih dari tu, aku tak tau, sila la call ustaz di nombor yg tertera di banner kat atas tu ya  :)

Ikan paeh patin yang dah dibakar, di letak di sini. Ada dua varian : Paeh Patin Badan RM6 seketul, dan Paeh Patin Kepala, RM7 seketul.

Konsep kedai MABIQ ni ialah layan diri. Dari ceduk nasi, ambik lauk, bawak lah ke ambik air, semua self-service. Tapi air air kat sini memang murah. Segala jenis air cuma RM1. Kau ceduk lah sendiri nak banyak mana ais (kalau nak sejuk). Air kosong free sahaja.Air sirap limau dia sangat sedap..tak sure lah pulak kot sebab faktor makan paeh patin bakar nya, air sirap pun jadi sedap! hahaha

Ruang makan nya besar, luas. Ada dua varian: Yang open air ( kipas angin), atau bilik bertutup ( air cond). Yang ini dalam ruang makan berhawa dingin. Sesuai la kalau korang bangsa kuat peluh macam aku & anak anak aku ni, elok la makan dalam ruangan ekon ni, selesa.

Kalau makan dalam ruang ekon ni, dia cas sorang dewasa RM1. Ok la tu, takyah la nak berkira sangat, lagipun duit tu pi masuk tabung anak yatim & fakir yang belajar ngaji & hafaz Al Quran kat sini.


Untuk mendemontrasi kenapa aku kata makan kat MABIQ ni murah yang amat, ini apa yang kami makan hari Khamis lepas:

1)  Paeh Patin Bakar, badan  x 2 ketul.  Gambar nya tak menjustifikasi kan kesedapannya. Gambar aku buruk, sebab aku malas nak usung DSLR, perut dah lapar, air liur dah meleleh, so ambik gambar guna smartfon sudah. 1st time aku makan lauk paeh patin bakar ni. Subhanallah, Masya Allah...banyak sedappp lah.  Wife aku yg tak makan ikan patin pun, suka dan siap bertambah ( tu sebab ambik sampai 2..hahahah). Bagi yang tak tau, paeh patin ni ialah ikan patin yang di lumur balut dengan tempoyak, lepas tu di bungkus dengan daun pisang, lepas tu di bakar. Memang best in the world!

2) Daging salai masak lemak cili api semangkuk. Penuh okeh daging nya wife aku ambik. Semangkuk macam ni kalau kau beli kat Shah Alam / KL, mau RM 15 kot..Sedap...

3) Segala macam ulam ulaman, di cecah tempoyak. Oh ya , tempoyak dia fresh, sedap. Bukan macam kat sesetengah kedai, tempoyak masam ( nampak sangat guna stok durian yg dah hampir busuk)

4) Kuah ikan patin masak tempoyak. Tiada dalam gambar ialah kuah daging salai masak kicap

5) Nasi putih sepenuh2 pinggan  x 3 pinggan.

6 ) Air sirap limau 3, air teh bunga 1, air kosong 2 gelas.

Total bill?

RM29  sahaja.

Kalau tolak kos sekepala RM1 makan dalam bilik ekon, total makan RM27 sahaja.

Burrppp..alhamdullilah.
Sedap, murah , berbaloi.


Adakah kami akan datang lagi?
Pastinya, Insya Allah.
Buat yang nak datang, sayugia diberitahu, sila la datang awal before time puncak lunch hour, sebab crowd memang ramai, sangat ramai. 
Kedai tutup setiap Jumaat & Sabtu.
Info lanjut tentang restoren ini, DI SINI

26 comments:

  1. thanks Dr for sharing. nak cuba nanti. Ikan patin biasa pon dah sedap. Paeh mcm sedap lagi je

    ReplyDelete
  2. dapat menderma sambil menikmati .... semoga perniagaan maju dan membawa berkat ..... ishaa Allah klu ke kuantan akan ke sini

    ReplyDelete
  3. Teruja pula rasanya nak singgah di situ...

    ReplyDelete
  4. Teruja pula rasanya nak singgah di situ...

    ReplyDelete
  5. uihhh betul2 murah ni sgt murah klu takat bwh 30.00

    ReplyDelete
  6. somi saya xingat bile ade pegi kuantan outstation..die ade cite pasal mabik nie...gambar yg first sekali tuh yg ikan patin bakar tempoyak tuh..beria die duk cite kat saya..asyik kate sedap sedap sedap..marah betul sebab bile die cite saya xdpt rase sedap tuh..huwaaaaaaaaaaaaa..

    ReplyDelete
  7. Assalam Daddy Z, lame tak kunjung sini, baru naik keje lepas cuti 3 bulan, tgk lak gambar makanan wat perut saya lapar... nak wat gulai tempoyak la malam kang, heee~

    ReplyDelete
  8. belum pernah makan ikan patin masak.paeh...pertama kali dengar :-))

    ReplyDelete
  9. Alahai..kena singgah ni bila g kuantan..kena paksa jugak hubs singgah..hahahahhaa

    ReplyDelete
  10. adui..nelan air liur nnegok patin tu.rasanya ada sekor ikan patin dalam peti sejuk. tempoyak pun ada. mau buat juga petang ni. kalau g kuantan memang nak cari juga kedai ni

    ReplyDelete
  11. patin pais tu lain dari yg lain doc.....mmg tak penah jumpe lagi...teliur2 tgk hah....lieya ni mmg hantu patin ....mujur opismate ade sorang org pahang...selalu kirim ngan die laa kebetulan belakang umah die bapak die bela patin sungai...dpt le harga kawan2 kaakakakakakaak.....

    nak jadikan entry doc ni rujukan jjcm nanti lah...

    ReplyDelete
  12. wah..boleh dtg sini ni. Biasa kalau g Kuantan tak tau nak makan kat mana.

    biasa dgr Mabiq ni..

    ReplyDelete
  13. untuk semua menu di dalam gambar tu dan harga yang dikenakan sangatlah berbaloi.........patutlah ada yang rindu nak kesana lagi :)

    ReplyDelete
  14. Gila rindu dengan mabiq. Akk oun ada buat a few entries pasal.mabiq. Tapi dah bertahun2 la. Paeh ikan patin ni so far kat sini la champion. Halalan toyyiban pula tu kan.

    ReplyDelete
  15. Mentang mentang ler kedai Ustaz...tulis blog pun guna perkataan 'sayugia' mcm kitab Mutaal Badrin jer haha... .

    Prrgh.... mmg menggiurkan sungguh pais Paten tu, mak tgk gambo walau pakai smakpong dah nampak sedap banget tu weyh....

    ReplyDelete
  16. Pergghhhhh...kecur ailio nengok.

    ReplyDelete
  17. Adoi meleleh air liur nengok gambar doc..Dahla saya peminat ikan patin dan segala masak lemak cili api ni..

    ReplyDelete
  18. mabiq memang pilihan utama bila time lunch masa di kuantan dulu. hehehe :D

    ReplyDelete
  19. daging masak lomak sangat menggodaaaaa

    ReplyDelete
  20. Baru first time dengar paeh, paeh. Ingatkan salah ejaan. Kesian betul kat saya nih...

    Alaa... macamana nak pergi cuba kalau Jumaat dan Sabtu tutup. Ni kalau nak mencuba kena hari Ahadlah ya... Nampak makanan yang dihidang memang sedap tapi yang lagi penting untuk diambilkira ialah harganya murah dan boleh juga bersedekah katanya...

    ReplyDelete
  21. yang ni tak pernah cuba lagi..akan dicuba selepas ni.. tq for sharing doc

    ReplyDelete
  22. Assalam doc,
    Ya Allah
    meleleh ayor liur iols nengok paeh tu
    sob3
    sampai atiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...