Tuesday, May 5, 2015

Around The World

Siapa yang tak mahu hidup lama?
Dapat hidup tengok anak anak kita berkahwin.
Dapat hidup tengok cucu cicit kita.
Dapat tengok perkembangan negara dan dunia masa hadapan.

Kalau ikutkan satu study yang ambil masa selama 50 tahun oleh penyelidik Sweden, katanya 3 faktor ni  perlu di amalkan kalau bercita cita nak cecah umur 100 tahun:
  1. Jangan merokok
  2. Pastikan level cholesterol terkawal
  3. Minum 4 cawan kopi sehari

Gambar arwah atuk dan nenek aku, sebelah mak. Atuk meninggal pada usia 55, lama dah..masa tu umur aku 2 tahun. Nenek pula meninggal pada usia 70+, masa aku 16 tahun. 

Ada orang kata, tak guna hidup lama sangat...nanti menyusahkan anak anak..
Sebab selalu sakit sakit, sebab makin teruk perangai ( kembali seperti kanak kanak)

Aku berpegang kepada kata seorang ustaz ni..
Doa lah untuk hidup lama, panjang usia, dalam keberkatan & keredaaan NYA.
Itu yang penting.
Hidup lama, sihat, diberkati, di redhai Allah.
Aku & isteri berdoa, moga bila tua kelak, kami dapat around the world berdua :)

Jom minum 4 kopi cawan, sehari!

39 comments:

  1. 1. Ok selamat, minggu depan genap 3 bulan tak hisap rokok.
    2. Tak pasti sebab dah bertahun tak check up.
    3. Erk, macam banyak sangat tu.

    Apa pun, part doa tu setuju.

    ReplyDelete
  2. Kopi?

    Jarang sangat menikmatinya... Lebih suka teh O cair...

    Mudah2an sisa usia yang ada ini bermanfaat buat tubuh sendiri dan orang lain dalam menjana bekal ke sana...

    ReplyDelete
  3. betul 4 cawan kopi? any type of coffee eh? ok!

    ReplyDelete
  4. kalau 4 cawan teh boleh tak, kopi tak minumlah....hehehe

    ReplyDelete
  5. Ooo minum kopi ye..... tp klu asek pening bila minum kopi camne ni tn doktor ape masalah sy ?

    ReplyDelete
  6. Muda benar kalau baru 55 tahun dah meninggal kan doc.
    Kita memang kena doa mohon panjang usia - dpt tingkatkan amalan utk bekalan di sana.

    ReplyDelete
  7. bab mnum kopi yg saya konfius. baca info kata tak elok mnum kopi, ada info lain kata elok pulak, kalau tak takkan org yahudi bukak starbuck, coffee bean etc. tapi bila baca sejarah rasulullah saw, baginda pun mnum kopi, atok nenek kita pon mnum kopi, yela...zaman atok nenek kita dlu mne ada susu anlene ke, anmum ke..haha.

    zmn skg byk jenis kopi. kopi biasa yg bancuh sndiri, instant coffee, coffee collagen la, kopi putih kulit la. so..yg dimaksudkan dlm ayat doc tu..kopi yg mne yg bgus dimnum 4 kali sehari? maaf la byk tnya sbb saya konfius.

    ReplyDelete
  8. panjang umur, biar sihat Dan dapat melakukan amal kebajikan dgn lebih byk..

    ReplyDelete
  9. 4 cawan kopi? insyaallah blh ja...

    TAPI,

    :Jom minum 4 kopi cawan, sehari!" <-- cemana tu? hehehehe

    ReplyDelete
  10. OK...beli kopi jer lah lpas ni ☺

    ReplyDelete
  11. acik tak suka kopi..susah la nak capai ni doc.

    ReplyDelete
  12. nak bancoh kopi seteko la lepas ni..

    ReplyDelete
  13. 2 cawan ok kot ... klu 4 cawan boleh mabuk kopi aku lepas tu ... hehe

    ReplyDelete
  14. no 3 tu paling suka!
    yees lepas ni takde rasa bersalah sangat bila minum kopi banyak2 :)

    ReplyDelete
  15. Saya jarang2 ambik kopi kecuali jika malam itu perlu berjaga. Saya lebih suka minum milo kosong, itu pun cuma di waktu siang. Malam cukup minum air kosong saja...

    Mudanya atuk Dr mengadap Illahi, 55 tahun dah pergi.... Keturunan sebelah ayah dan mak saya usia mereka panjang-panjang. Ayah meninggal pada usia 85 tahun, mak pula 82 tahun. Tapi anak-anak mereka belum tentu lagi boleh sambut hari jadi ke-60 atau tidak!!

    ReplyDelete
  16. 4cawan kopi tu mmg xleh nk ikut... xsuke sgt air manis,kaki air masak sy ni.. ehh, mcm puji diri sendiri lak.. LOL

    ReplyDelete
  17. kopi kapal api ke nescaffe hahaha..

    ReplyDelete
  18. hr tu tbaca kt mn tah ckp black coffee tu bgus & slalu tgk mat saleh yg mai bisnes trip kt kilang ni akan cari black coffee dr plain water yg company sediakan

    ReplyDelete
  19. Kalau nescafe termasuk coffe jugak ker Doc?? hahhaa
    tapi tulah kan..org dulu2 majority sihat2.. jarang sakit..skrg semua jenis penyakit muncul....:)

    ReplyDelete
  20. no 2 tu tak dapat diturunkan ...huhuhu

    ReplyDelete
  21. Kopi kan minuman kesukaan Rasulullah..

    ReplyDelete
  22. kopi hitam kan, bukan kopi 3 in 1 hehe

    ReplyDelete
  23. 4 cawan kopi? Kopi bahagia or 3 in 1 coffee.. heeee

    ReplyDelete
  24. 4 banyak sangt untuk tekak saya..biasa nya 2 sahaja..:)

    ReplyDelete
  25. sedih nya... si tegar penagih kopi ni... tak boleh nak minum kopi.... :( ....

    hermmmm .......

    ReplyDelete
  26. nenek yang orang siam tu eh?

    ReplyDelete
  27. pasai apa kopi?
    akak ada baca artikel kata pengambilan kafein berlebihan akan menyebabkan jantung mengepam dengan kuat...long term it is sort of a pressure to heart function and will burden the heart.

    4 cawan sehari macam banyak la plk...

    ReplyDelete
  28. yes.. .kopi secawan... ada lagi 3 cawan lagi menanti...
    panjang umur dan sihat walafiat... bestnyer tengok pasangan yang kekal bahagia smapai tuakan...
    ronda2 satu dunia...

    ReplyDelete
  29. InsyaAllah.. moga kita semua sentiasa sihat dan kuat dalam menjalani rutin harian.. ;)

    ReplyDelete
  30. Dik..apa rasional kopi 4 cawan daily tu?

    ReplyDelete
  31. tiap2 pagi breakfast minum nescafe.... ehhhh nescafe dgn kopi x sama ehh

    ReplyDelete
  32. Tulah.....impian mak jugak tu, nak round the world berdua ngan Pak Jilap. Harap haraplah panjang dgn umur yg berkat huhu...

    ReplyDelete
  33. Kopi. Suka kopi. Mai sechawann. Tp dok keliru dgn kopi ni.. Ada kata bagus ada kata tak bagus. Cmne tuh

    ReplyDelete
  34. Doa saya agar aset akhirat saya akan cukup bila tiba masanya. Tu je yg paling saya takut. Takut tak cukup aset.

    ReplyDelete
  35. Saya nak kumpul harta akhirat dulu. Harapnya kekal sihat dan hidup lama. Sambil-sambil tu apa salah honeymoon balik around the world dengan orang tersayangkan....

    4 cawan kopi kalau tukar kepada teh tarik, tak boleh ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...