Tuesday, April 7, 2015

Tunai Baucar BR1M Dua Kali

KUALA LUMPUR- Jabatan Audit Negara mengesan tindakan individu menunaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak dua kali sejak BR1M mula diperkenalkan pada 2012.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan, Kementerian Kewangan kerugian RM3.34 juta apabila seramai 6,577 individu membuat tebusan kedua pada BR1M 2012, 2013 dan juga penerima Fasa 1 BR1M  untuk 2014.

Beliau berkata, berdasarkan laporan audit dikeluarkan, sehingga 31 Disember 2014, seramai 4,806  penerima terbabit  masih  gagal membuat bayaran balik kepada Kementerian Kewangan iaitu 1,555 orang bagi BR1M 2012, diikuti 1,850 orang pada BR1M 2013 manakala 1,401 lagi untuk BR1M 2014 yang keseluruhannya bernilai RM2.61 juta.

Menurutnya,  hasil pengauditan di peringkat pejabat penyelaras di Selangor, Johor dan Sabah sebagai sampel pengauditan mendapati tiada kawalan dalaman seragam ditetapkan dalam proses pengagihan baucar BR1M  semasa pelaksanaan BR1M 2012 dan BR1M 2013.

“Bagi mempertingkatkan lagi operasi pengurusan BR1M, Jabatan Audit Negara menyarankan Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berterusan memberi kesedaran agar penerima membuka akaun bagi memudahkan wang bantuan itu disalurkan terus kepada akaun mereka.

“Malah Prosedur Operasi Standard (SOP) disediakan perlu dikemaskini di samping penggunaan baucar sedia ada perlu ditukar kepada surat kelulusan bagi elak kes penunaian BR1M lebih dari sekali,” katanya.

Sementara itu Kementerian Kewangan dalam maklum balasnya kepada Jabatan Audit Negara mengambil tindakan penambahbaikan dalam  pelaksanaan BR1M 2014.

Antara penambahbaikan ialah dengan mewujudkan pasukan khas di Kementerian Kewangan Malaysia BR1M termasuk mengeluarkan surat peringatan kepada penerima lebih daripada sekali serta tindakan menyenarai hitam nama penerima tersebut sekiranya masih tidak mengembalikan lebih   berkenaan.

Selain itu, bagi penerima BR1M yang tidak mempunyai akaun atau belum mengemaskini nombor akaun bank mereka, pengagihan bagi Fasa 2,BR1M 2014 tidak lagi menggunakan baucar sebaliknya  akan menggunakan surat kelulusan berserta slip akuan penerimaan yang mempunyai ciri keselamatan Anti Copy.

Langkah ini  dilakukan bagi mengelak penunaian lebih dari sekali oleh individu tidak bertanggungjawab.

Program BR1M merupakan inisiatif dilaksanakan kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menangani kos sara hidup rakyat.

Kerajaan telah mengagihkan RM2.09 bilion untuk BR1M 2012, BR1M 2013 (RM2.83 bilion) dan BR1M 2014 (RM3.6 bilion).

SUMBER: Sinar Harian, 7 April 2015


1- Bagi yang sengaja & tahu mereka tunaikan 2 kali, tidak takutkah makan duit haram?

2- Itu hasil audit dari sampel di 3 negeri sahaja ( Selangor, Johor, Sabah), bayangkan kalau satu Malaysia di audit, entah berapa banyak wang BR1M di salahguna?

 Kalau aku PM Malaysia, aku rasa macam ni kot aku berkerut dahi memikirkan macam mana perlaksanaan pemberian wang BR1M boleh berlaku ketirisan. Tu semua duit rakyat yang dah di salah gunakan. Apa tindakan yang harus aku ambil kepada mereka yg degil tak mahu buat bayaran balik? Perlu ke aku arahkan Jabatan Audit mengaudit satu negara?  Bagaimana aku nak menjawab dengan rakyat yang rasa marah sebab berlaku ketirisan pemberian wang BR1M? Sesungguhnya, memang berat tanggungjawab tu, tu pasal aku tak sanggup jadi PM. Tak sanggup aku nak menjawab soalan DIA nanti, sebab akaun diri sendiri & keluarga pun, banyak yg perlu di audit supaya rezeki itu betul betul berkat.

32 comments:

  1. Saya kenal seseorang (tak payah sebut nama) yg pernah dapat bantuan satu agensi 2 kali (tapi bukan bantuan BR1M). Tanpa malu dia beritau saya dia dapat bantuan 2 kali. Saya tanya dia: tak rasa apa-apa ke dapat dua kali? Doc tau apa jawapannya?? Jawapannya: "Orang yang atas-atas yang berkuasa tu bukan saja makan 2 kali tapi beratus kali berjuta ringgit, depa tak rasa apa-apa pun. Kita cuma makan 2 kali, jumlah pun sikit aje.."

    Dan mengenai BR1M ini juga selain dari yang makan 2 kali, saya banyak lihat mereka yg tak patut dapat BR1M tapi masih dapat. Bayangkan seorang jiran yg tinggal di rumah banglo, kereta di depan rumah ada 4 biji masih dapat BR1M. Untungnya kerja sendiri, boleh isytiharkan mereka golongan berpendapatan rendah dan pengurusan BR1M pula tak pernah datang rumah melihat bagaimana gaya hidup orang miskin yang tinggal di rumah banglo dan ada 4 kereta itu. Dunia oh dunia...

    ReplyDelete
  2. mcm mana tak boleh detect org yg sampai dua kali tunaikan baucer tu...susah nak dapat org jujur sekarang ni

    ReplyDelete
  3. 1. Cuai dan janji buat inilah jadinya
    2. Tak jujur /tak takut dosa

    Yg pasti di negara kita ni bila dah jadi baru dikaji. Kadang malu dgn negara luar. Contoh terdekat kakak sekarang. Mula bertanya dgn authority dia kata kalau 'goods' yg tak ada duti import dan sales tax, just imposed GST 6% tak perlu declare dgn custom form called as K9 - guna invoice saja masukkan 6% GST. Tapi hari ini bila kakak nak declare product yg tak ada import duty dan sales tax katanya belum ada keputusan so still kena declare guna K9 lagi. Tapi 6% pun kena tunjuk di invoice. Macam mana nak declare? sebab di K9 kita tak ada ruang utk GST? Jadi buatnya lump-sum total di ruang amout. Entahlah... nak buat tak kaji habis - malu dgn boss kakak dia bukan org M'sia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke kak? alamak..leceh gak la camni..

      Delete
  4. bnyk tuuuu 3.34j makhaiiii boleh buat rumah mangsa banjir tu ;p
    betullllll klu sempat jdi PM habis rambut hitam tu betukar putih semua nye ^___^

    ReplyDelete
  5. makaiiiiii bnyk nyer ketirisan nyer tuh...

    ReplyDelete
  6. buat kerja tanpa rasa amanah.. yang ambik kesempatan pulak tak takut duit tak berkat..

    ReplyDelete
  7. sekali pikir macam tak logik jer..ye la,slalunya bab duit ni dorang ketat nak lagi bank..voucer sumer ada record kalo dah tunaikan..camaner plak boleh tiris..kemungkinan jugak dorang dapat baucer dua kali kan?
    salah satu cara/alasan gak ni, pasni/tahun depan no more brim..hahaahaa..gst pon dah jalan..takkan nak kuar modal lagi..

    ReplyDelete
  8. 3 negeri rugi 3.3juta, cuba gandakan untuk negeri2 yang selebihnya....kes berat ni, ini baru cerita BR1M, benda lain?

    ReplyDelete
  9. makngaiii byknyeeee..T_T..

    pssttt psssttt..doc sendal enpon kat mana bile nak snap gambau nie..kihkihkih..

    ReplyDelete
  10. Banyoknyeeeee.

    Tak jujur. Tak takut langsung

    ReplyDelete
  11. jgnkn kata BR1M...duit bntuan banjir kt kmpung mak ritu pon selamber ja family tu claim 2 kali.1 boh nama suami 1 boh nama isteri.pstu dpt brg mknn pon 2 kali.klau org susah xpa gak.rumah batu cntik.tamak sgt

    ReplyDelete
  12. itu baru ketirisan yang kita tahu..yang tak tahu.hurmmm.kalau betul dapat dekat yang memerlukan tak apa jugak.

    ReplyDelete
  13. patutnye tak perlu ade brim ni...bukan telus pun pembahagiannyer....dah jadi gini rugi negara pastu kenekan gst...mmg shit sgt!

    ReplyDelete
  14. Makan duit haram.... dunia dan akhirat hidup x tenang.

    ReplyDelete
  15. ada yang tak islam dan tak tau halal haram dan ambik ... tu dalam hati dan conscious masing-masing aa..
    yang islam yang ambik tu .. tak belajar halal haram kot...

    ReplyDelete
  16. aik... camne lak blh sampai 2kali di tunaikan utk 1 baucar sama? tak tau sbb tak penah mintak brim kui3...
    xpyhla bg brim pastu bt gst lak... sian lah kt org2 yg susah tuh

    ReplyDelete
  17. oh ketirisan berlaku dimana2 saja...
    manusia skrg berani bt apa saja kerana uwang..
    klu saya jadi PM saya tak akan bagi BRIM tapi saya akan bagi PANCING.

    ReplyDelete
  18. Assalam doc,
    ooooooooooooooooo
    iols memang tuani sekali sajork :)

    ReplyDelete
  19. Saya tak layak sebagai penerima BR1M..
    Mengenai BR1M, apa kata hapuskan pemberian tersebut dan duit yang ada tu kita guna untuk tujuan lain..?

    ReplyDelete
  20. dalam sejuta belum tentu ada 1 manusia yang benar2 jujur pada zaman ni

    ReplyDelete
  21. Semuanya terletak pd kejujuran diri sendiri,....

    ReplyDelete
  22. Nampak sangat tak telus sbb boleh tunai boucer 2 kali tu.

    ReplyDelete
  23. BR1M adalah antara satu kegagalan pemerintahan Najib.

    Remember the old saying

    " Give a man a fish, and you feed him for a day.
    But give that man aid cheques to buy fish ( or smartphone )
    and he will vote you into power for life! "

    Renung2kan dan selamat bermuhasabah...

    ReplyDelete
  24. cemana sampai dua kali dapat??kesian kat orang2 tua kat kampung2 tu yang lambat dapat sedangkan awak2 dah merasa dua kali ..kesian tau..saya ni kalau balik kampung selalu jugak tanya jiran2 kat tepi2 rumah mak tu..dah dapat BRIM ke..ada yang jawab..:tak memandang..." kesian sangt..

    ReplyDelete
  25. nak komen : tak cukup kerut lagi tu..... kBai...

    ReplyDelete
  26. Hihi..... Suruh misi tolong tangkapkan ke tu?
    Gitulah besaunya tanggungjawab pemimpin namanya ..... Duit yang ada dlm purse ni pun kekadang tak perasan mana perginya, tau tau dah habis, nasiblah Pak Jilap tau audit hihi...

    ReplyDelete
  27. Kalau tengok kerut, macam tak banyak kerut je, DZ. Tak cukup kedutan tu, pakai SKII ke apa? Hah!

    Melampaulah tu, dah bagi betis nak paha. Cukuplah tunaikan apa yang ada, pi tunas duplohlapankali tu buat apa? Tak nak bayar takpa. Atas dunia memang selamat. Nantilah kat sana, tengok macamana boleh lari ke tidak....

    ReplyDelete
  28. Doc, pm malaysia tak berkerut dahi macam tu pun duk pikir masalah negara.. die relaks jer, yang penting bukan duit die.. hahahaha

    ReplyDelete
  29. Bukan saja tak telus malah PENGURUSANNYA LEMAH...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...