Tuesday, April 28, 2015

Cordyceps Capsule : Penyebab Datuk Lee Chong Wei Di Gantung 8 Bulan.

Umum telah mengetahui keputusan kes doping Datuk Lee Chong Wei.
Di sahkan positif dadah jenis dexamethasone, yang ada dalam kapsul Cordyceps yang beliau ambil sejak usianya 13 tahun ! Sebab keluarganya percaya ambil cordyceps kapsul ni bagus utk kesihatan.

Isu yang aku nak ketengah kan, bukan lah tentang isu doping.
Tapi isu penting nya ambil serius tentang KANDUNGAN DALAM UBAT UBAT ALTERNATIF / TRADISIONAL.

Orang kita, memang suka makan produk alternatif / tradisional.
Takut nak makan ubat doktor / moden, risau buah pinggang rosak kata nya..
Elok la tu...
Risau buah pinggang rosak, tapi makan produk yg entah apa apa, yang kita sendiri tak tahu apa ada dalam nya.

Apa itu cordyceps?
Kalau ikutkan , ianya memang betul2 ekstrak dari tumbuhan jenis kulat ( fungi), yang dah beratus tahun digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Di katakan mampu ubati pelbagai jenis penyakit, dari kanser, bawak lah ke menguatkan tenaga seks. Hebat kan? Hahaha..

OK, aku tak mahu pertikaikan kehebatan cordyceps ini, SEKIRANYA ianya memang purely cordyceps. Sebab ubat ubatan moden sekarang ni pun, memang asalnya di temui khasiatnya dari tumbuh tumbuhan. Tidaklah Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia sia, kan? Dan wujudnya pelbagai spesis tumbuh tumbuhan, selain sumber makanan, ia juga punca ubat ubatan.

Yang jadi masalahnya, apabila zaman moden ini, golongan kapitalis yang tak peduli soal halal haram( andai Muslim), atau pun soal etika/moral, mencampur kan dadah terlarang ke dalam produk herba/semulajadi, semata mata nak bagi produk mereka " powerful". Begitulah kes nya dengan capsule cordyceps yang Datuk LCW makan ni. Di tambahnya dadah jenis dexamethasone. 

Apa itu dexamethasone?
Ianya dadah jenis corticosteroid, senang cerita, ianya steroid.
Dexamethasone berfungsi sebagai anti-radang ( anti inflammatory effect ) dan merencatkan siste, immuniti ( immunosuppresant).
Dalam bidang perubatan, ianya digunakan secara meluas dlm penyakit2 yang aka kaitan dengan alahan/ keradangan, seperti rheumatoid arthritis, rawatan asma/ eczema yang kronik, dan pelbagai penyakit autoimmune.  Sebagai immunosuppresant, dexamethasone diberi kepada pesakit kanser yang jalani rawatan kemoterapi, utk mengurangkan kesan sampingan kemoterapi.
Ada banyak lagi kegunaan dexamethasone ni, yang aku malas nak tulis.

Jadi, boleh bayangkan apa jadi kalau anda makan produk " herba" / " tradisional" yang dicampur dengan dadah jenis steroid macam ni? Memang lah pada mulanya anda akan rasa perubahan positif, seperti lebih bertenaga, tak mudah sakit, dan bagi yang alami pelbagai masalah sensitif pada kulit/resdung, akan rasa bertambah sihat. Anda terpedaya, menyangka kan produk ini hebat. Anda terus makan, dan makan. Kesan jangka masa panjang?

Antara kesan jangka masa panjang yang boleh timbul:
  • tulang makin rapuh, mudah patah secara tiba tiba, urat( tendon) boleh koyak
  • gangguan neurologi seperti kemurungan, insomnia, perubahan mood
  • kerosakan hati
  • kulit menjadi nipis, lebih sensitif, kasar
  • bengkak jantung, gangguan pada rima jantung
  • gangguan sistem elektrolit badan/ fungsi asas buah pinggang terganggu
  • Cushing's syndrome ( pengumpulan lemak pada abdomen, otot badan jadi lemah, kulit jadi fragile, gangguan haid, etc)
  • benih ( sperma) jadi tak berkualiti ( tak geti berenang) ataupun kuantiti jadi kurang.


So, nak makan sebarangan produk alternatif?
Bukan tak boleh.
Tapi tolong, tolong jadi super vigilant.
Maknanya, lebih berhati2, lebih berilmu ( ya, bukan main percaya aja cakap kawan kawan/ sedara mara/ berita2 whatsapp / FB).
Tanya orang yg pakar/ yang ada ilmu.

Ada hikmahnya Datuk LCW kantoi kes doping.
Moga orang Malaysia yg memang suka makan produk alternatif, buka mata.
Bukan hanya cordyceps capsule, melambak produk kat luar sana yang aku yakin, di campur steroid.

38 comments:

  1. hmmmm memang tak berani mkn mcm2 supplement sampingan..

    ReplyDelete
  2. ooooo..... ok..... faham faham.....

    kira nya ubat tradisional pon mungkin di campur dgn steroid jugak lah kan...?

    --saje je nak ulang kat sini... nak sedut lemak perut.... muahahahahaaaa---

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyhh... first lah..... weeehooooooo...... !!!!!!... hahahahahahahaaaa

      Delete
    2. alohhhh.... no dua.... :( ... hahahahahaa.... saje dengki penuh kan komen... ok dah... !!!.. tak komen dah...

      Delete
  3. Sebab tu saya tak berani suplement sampingan. Takut dgn kandungan dlm dia. Ntah halal ke .. berbahaya ke ... huhu

    ReplyDelete
  4. Saya ada ambil supplement tapi rajin dengan idak je makannya.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. thanks kongsi
    lebih jelas dengan apa ko share

    ReplyDelete
  6. Ooo... kakak faham
    Kesian LCW jadi mangsa sebab dia makan apa yg diberi
    Contentnya manalah dia tahu..

    ReplyDelete
  7. good info doc!..sy dulu pernah cuba makan maajun..memang rasa badan ringan ...pastu bos sy cakap produk tradisional ni kena hati2..sbb kita tak tau apa yg diarang letak..entah2 dia tumbuk panadol ke letak dalam tu..terus tak brani dah..skrg ni yakin ngan Shaklee jer..sbb my boss pon makan produk tu..:)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas ilmu ini doc...untung ada ramai kawan2 dalam pelbagai bidang. Walaupun akak bukan jenis suka ambik ubatan tradisional ni tetapi elok juga baca sebagai pengetahuan.

    ReplyDelete
  9. selain ubat hospital, saya makan makanan sunnah jer. takut jugak nak try yang herba2 pelik2 ni..

    ReplyDelete
  10. mekasih utk share yg sgt berguna nih doc, beria2 dana baca sampai membe lalu pg latihan koir pun tak pasan....
    yelah kan, ni yg rasa tkt nk mkn ubat2 nih... takpe lah minum jelah madu ngn air suam tiap2 pagi lg berkhasiat kot...

    ReplyDelete
  11. Ramai dr suggest shaklee.
    boleh ker ambik shaklee juga. Ia selamat?

    ReplyDelete
  12. Ramai dr suggest shaklee.
    boleh ker ambik shaklee juga. Ia selamat?

    ReplyDelete
  13. Terima kasih DZ, kongsi info..
    Takut juga nak makan yg sebarangan ubat tradisional ni..
    Sekarang ni akak makan makanan sunnah jer..

    ReplyDelete
  14. Telan sedikit utk kurangkan sakit maybe OK..tapikan kalau dah jadi amalan harian..waduhh!!..byk keburukan

    ReplyDelete
  15. oo baru tau..bahaya gak ye nk amik sebarang supplement kena kaji betul sblm amik tu
    steroid tu kesan nye teruk gakkkk

    ReplyDelete
  16. xde mkn apa² supplement pas kawren ni, sblm kawen galak cri mcm².. tkt jd mcm ni la..

    ReplyDelete
  17. Orang sekarang ni semua nak magic. Makan ubat nak terus baik. Makan sejenis ubat pastu nak sakit dari hujung rambut ke kaki baik. Kita yang terlibat dalam bidang research ni naik seriau tengok...satu-satu herba pun bertahun research dibuat untuk pastikan tak der side effect pada pengguna...depa senang-senang jer beli ubat/supplement entah dari mana telan huhu.

    ReplyDelete
  18. Teringat cerita doc tentang ubat terlajak laris - dari tak ada daibetes akhirnya dapat diabetes, terlajak habis....

    ReplyDelete
  19. boleh cadangkan cara nak uji ubat yang kita makan tu selamat atau tidak tak ye?

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah macaq ni suka makan makanan ja... makan ubat2an jamu2 ni tak suka..lepas bersalin pun makan ubat & vitamin yang hospital bagi ja..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah macaq ni suka makan makanan ja... makan ubat2an jamu2 ni tak suka..lepas bersalin pun makan ubat & vitamin yang hospital bagi ja..

    ReplyDelete
  22. saya bukan pengemar ubat jamu2 gitu.. makan panadol pun jarang sekali.. pain killer?? sangat susah nak makan.. tak tau kenapa..

    ReplyDelete
  23. Salam Dr..sy memang tak makan sebarang ubat alternatif...mmg takut akan kesannya..skrg pun berlambak ada di pasaran.. klu ikut rasa nak cantik memang semua sapu... ambil pengajaran dr kisah Datuk Lee Chong Wei ni...

    ReplyDelete
  24. kalau saya baiklah makan ubat yg doc bagi, dari beli ubat yg ntah hape2 kandungannya
    yela kita bukan faham kan. asal org ckp ubat tu bagus ini bagus, memang teruja la
    tapi baiklah berbalik pada doktor
    mereka lebih arif
    giteww hihi

    ReplyDelete
  25. I love your post, doc. For me apa yang paling penting apa yang kita makan harian tu. Perlu ada ilmu tahu apa masuk dalam perut. Jangan jadikan perut kubur makanan. (itu pesan hubby). Even nak makan for lunch break must be very selective of the food we chose (which stall or restaurant). Apa2 pun, its the long term effect to our body. Cancerous food is everywhere in our food. Even minyak masak yang diguna utk goreng kat stall and restoren tu pun ada effect kanser jangka panjang.

    ReplyDelete
  26. setuju sgt2. kdg2 tak faham dgn masyarakat kita ni yg mudah sgt percaya dgn suplement/ ubat yg fungsinya bermacam. cth, makan 1 set je boleh jd kurus, kulit boleh lawa, boleh tambah susu bdn, boleh itu, boleh ini.. eh! sdgkan kalau kita jumpa doctor pun, ubat akan diberi pelbagai mengikut jenis penyakit...

    ReplyDelete
  27. Kat FB tu berlambak org jual produk yg tak berlesen.. x paham kenapa ramai suka beli ubat online berbanding di farmasi.

    ReplyDelete
  28. banyak kes macam ni.. bukan pil makan saja.. yang jenis krim sapu sapu kat muka pun ada.. dalam pada konon2 nak jauhi ubat moden tu kan.. ter"kena" jugak rupanya..

    ReplyDelete
  29. Terima kasih atas perkongsian yg melibatkan isu2 semasa nie doc.

    ReplyDelete
  30. ermmm..saya pun takut tengok melambak kat pasaran sekarang ni berbagai produk kesihatan, sampai tak tahu nak pilih yang mana satu, takut tersalah pilih..bukan makin sihat, tapi spirulina ok kan doc..

    ReplyDelete
  31. Good info. Mekasih atas perkongsian doc. Baru jelas apa sebabnya ☺

    ReplyDelete
  32. dari 13 tahun ??!
    apesal tak cushingoid eh?
    low dose..?

    ReplyDelete
  33. Assalam doc,
    ooooooooooooo
    gitu ghopernya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...