Thursday, April 2, 2015

Corat Coret Hari Pertama GST, 1 April 2015

Semalam 1 April 2015.
Hari pertama GST berkuatkuasa.
Memang " seronok" la layan FB.
Macam macam gambar resit keluar.
So elok aku kongsi kat sini, buat blogger yang takde FB ( ada ke? )


Sebelum tu, kita sebagai pengguna, kena faham kriteria yang melayakkan sesebuah kedai kenakan kita GST...

2 komponen penting kena ada pada resit:
1) Nombor daftar/ ID  GST
2) Simbol barang, samada Z atau S



Ini contoh resit yang legit.



Macam macam penipuan boleh berlaku. Yang tak berdaftar dengan kastam, tapi nak kaut untung menipu....Tengok iklan ni:



Tengok pula resit resit yang pengguna dapat pada hari pertama GST semalam...

RM31.20 kedai tayar ni kenakan kat customer. Mana ID GST nya? Senang senang kaut RM31.20..tu baru seorang customer.

Kedai mamak/ curry house. Syok eh kau tekan GST. Oh ya, semalam wife aku ada gi kedai mamak, dan memang wife aku mentioned pasal GST. Mamak tu terus cakap kedai dia takde GST, dan total bil memang macam biasa beli. Bukan aku nak menuduh, tapi kedai2 mamak ni la yang paling cepat/aktif nak naik kan harga, tak kisah la bila harga minyak naik ke, harga gula naik ke...So mmg aku skeptikal dgn style mamak berniaga. Boleh gi makan mamak, cuma kena tahu hak kita sebagai pengguna.


Kalau rasa tertipu, di tindas..
Maka kita report lah ..
Jangan hanya tahu mengadu kat FB / Whatsapp aja..




Last but not least..
Resit ni aku rasa paling lejen..
At least resit2 menipu kat atas tu, guna " kertas resit" yang proper jugak la..

Tadaaaa !  GST 6 % !

27 comments:

  1. Hampeh betul resit yg last tu DZ... ada hati juga nak kena kan GST.. memang patut kena buat aduan..

    ReplyDelete
  2. tq doc atas perkongsian...ewahhh, ayat skema sudah kuau..hahahahaha..

    saya xde kene lagi..sbb xde buat ape2 pembelian lagi..kecuali pembelian makanan dekat food court opis..ngeeeee..wat masa nie harga masih sama lagi la..

    ReplyDelete
  3. Yang pertama, adaaa blogger yang takder fb. Akak ler tu...and ada a few lagi...tak ramailah tapinya.
    Second, lunch hari ni baru nak start berbelanja semenjak ada GST ni. Tapi akak setuju...jangan komplen kat fb jer...buatlah aduan betul2.

    ReplyDelete
  4. hehe...semalam macam hari resit se"malaysia
    semua dok tunjuk resit. tapi majoriti tak paham lagi gst tu
    kerajaan perlu banyak lagi kasi "sekolah" kami semua bab ni
    even peniaga sengaja ambik untung atas hangin, sekali ku debik...taulah

    ReplyDelete
  5. kalu sblm ni dpt resit kita x alert tp pasni dpt resit je trs check. ;-)

    ReplyDelete
  6. semalam topup online dah kena gst..
    tgoklah apa gov nak buat. syarikat telekomunikasi yg populor pun x fhm gst..kita ni apa lg..hu

    ReplyDelete
  7. gambar yang frist tu baru yan faham....tq dz....

    ReplyDelete
  8. Semalam akak kena kat kedai mamak area Ampang Point dah tanya pasal gst dia kata daftar tapi boleh tak perasan tak ada gst ID dalam bil. Lain kali pergi siap le ko...ahahhaa...

    ReplyDelete
  9. hahahaha..yg last x boleh blah.. resit asal ka tu? nak report pun x lepas tu..hehehe

    ReplyDelete
  10. Hahaha...lawak last gambar last tu.

    ReplyDelete
  11. eeeerrrrk.... agak2 msk tandas awam ada gst ke tak yek doc kui3....

    masa2 gini lah nk amik kesempatan menipu kan...

    ReplyDelete
  12. sy blogger yg xde fb hihihi juz ada blogger ajos..betul la hal gst ni mcm2 isu keluar
    yg klakor resit last tu ;p

    ReplyDelete
  13. Tulis tgn ada gst ...melampaui btsss sungguh

    ReplyDelete
  14. perghh.. guna kertas A4 kerat lapan ada hati nak cas gst.. gila betul..

    ReplyDelete
  15. Memang ramai peniaga nak tumpang untung lebih guna modal gst..
    tapi semalam PM pi shopping kat giant dia.kata harga berpatutan & peniaga pun ikut peraturan n x ambik untung berlebihan...

    ReplyDelete
  16. terpikir macam mana mak abah membeli barang keperluan harian kat kampung...harap-harap takde yang amik kesempatan kenakan gst untuk barang yang tak sepatutnya...kita yang kat bandar ni pun dikelentongnya

    ReplyDelete
  17. hehehe. yang last tu memang lejen arr.. boleh dah tu buat aduan.. ;)

    ReplyDelete
  18. Nasib baik cuti sekolah dah habis, musim kenduri kahwin juga dah habis. Kalau tidak mungkin bayar mas kahwin pun dikenakan GST...

    ReplyDelete
  19. penguatkuasa kena buat kerja lebih skit dalam memantau benda ni... jgn tunggu pelanggan complain baru nak ambil tindakan.

    ReplyDelete
  20. mak saya beli barang dekat hero...total 34.40. lepas GST RM43.30. saya kira balik...macam salah je. tengok ID pun tak ada. Padahal supermarket hero tu. Kena simpan resit.

    ReplyDelete
  21. Yang saya curious nak tahu ~ kalau kita komplen, agak-agak akan ada tindakan susulan tak? Bukan mudah nak handle komplen orang awam. Kalau satu, dua orang yang komplen okeylah. Kalau ramai sangat, macamana? Tak akan sebab kedai AA caj GST RM1.20, pihak yang berkenaan beria-ia nak ambil tindakan secepat mungkin? Kalau saya jadi penguatkuasa, memang malaslah nak layan komplen 'kecil-kecil' macam ni. Baru-baru mungkinlah bersemangat, lama-lama suruh tukang komplen redha ajelah *_*

    ReplyDelete
  22. Dah pun merasa GST hari tu kat Johnny.....Puaslah bayar 16% termasuk service charge....Nasib bukan mak yg bayau, paknya hihi....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...