Wednesday, March 4, 2015

Indahnya Poligami



KOTA BHARU 3 Mac - Mereka sebaya dan mempunyai bapa sama. Latar belakang itu menyebabkan ramai menyangka empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putri Saadong, di sini yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 adalah kembar.

Tambahan pula, usia mereka sekadar dibezakan oleh bulan kelahiran selain dilihat amat akrab umpama belangkas termasuk menjadi rakan sekelas. Malah, empat remaja tersebut turut berkongsi impian sama iaitu mahu berjaya dalam bidang perakaunan.

Hakikatnya, Juliana Aziera Zulkepli, 18, serta adik-adiknya, Ayu Shaheera, 18; Zul Azril, 18, dan Zul Azrul, 18, adalah adik beradik berlainan ibu hasil perkongsian seorang ahli perniagaan, Datuk Zulkepli Mohamad, 51, bersama empat isteri.

Juliana Aziera, anak Zulkepli bersama isteri pertama mendapat 8A 2B. Keputusan sama turut diperoleh Ayu Shaheera, anaknya bersama isteri kedua serta Zul Azril, anaknya bersama isteri ketiga.

Sementara itu, Zul Azrul, anak beliau bersama isteri keempat pula mendapat 10A dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik SMK Putri Saadong.

Zulkepli yang pernah menjadi tukang karut dikir barat dan tersohor dengan panggilan Zul Wisma berkata, selain hasil didikan guru di sekolah, kecemerlangan anak-anaknya turut didorong oleh kebahagiaan yang berjaya dicipta dalam rumah tangga beliau.

Menurut Pengerusi Eksekutif Zulkepli & Co. itu, empat isterinya, Datin Hasnah Mat Ya, 56; Rafizah Senawi, 48; Nurida Razali, 48, serta Norreha Abdul Rahman, 45, amat rapat dan memahami antara satu sama lain.

Katanya, keakraban isteri-isterinya itu membolehkan kesemua 11 anak mereka turut membesar sebagai satu keluarga dalam suasana harmoni.

Bercerita lanjut mengenai rahsia kecemerlangan anak-anaknya, Zulkepli memberitahu, mereka berempat tidak menghadiri sebarang tuisyen, sebaliknya sekadar mengikuti sesi pembelajaran khas bersama beliau sendiri.

“Empat bulan sebelum SPM, kami buat kelas intensif. Mereka berempat dikehendaki hadir ke pejabat saya selepas jam 4 petang setiap hari kecuali Jumaat untuk belajar bersama-sama. Kami turut mengerjakan solat Asar, Maghrib dan Isyak berjemaah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Zulkepli, beliau sanggup mengupah guru untuk mengajar dirinya sendiri dalam semua mata pelajaran semata-mata mahu memastikan beliau mampu menjadi seorang ‘guru’ yang bagus kepada anak-anaknya.

Sementara itu, anak-anak Zulkepli mengakui berasa seronok dapat belajar bersama beliau kerana tidak perlu malu untuk bertanya soalan selain berpeluang bermesra dengan bapa sendiri. - Utusan Malaysia



- Kalau nak berpoligami, ikut betul betul sunnah Baginda tu.
- Kejayaan anak anak dalam pelajaran & sahsiah, ialah salah satu nikmat, rezeki yang Allah kurniakan buat hambaNYA yang bertakwa..sabar.
- Datuk Zulkepli ni pun berjaya dalam bisnes..rezeki dalam bentuk material pun beliau perolehi, Alhamdullilah

Tu pasal, buat wanita di luar sana, tolong jangan terus tutup minda, terus cop/ pandang serong poligami ini. Tak akan di benarkan/ di wujud kan ia ( menerusi amalan Baginda SAW), andai ianya tiada kebaikan. Salahkan si pengamalnya, bukan salahkan amalan nya  :)

Aku bukan pandang serong, jauh sekali aku nak pandang hina, Nauzubillah...jauhkan diri aku & korang semua dari sifat mazmumah ini( sifat takbur/ meninggi diri ego)...namun aku sering terfikir dan terfikir....
- kenapa lelaki yang kerja biasa biasa, yang sumber pendapatan cukup2 makan, yang macam ni ramai yang nak berpoligami? Makan pakai kediaman anak isteri yg ada pun masih tak lengkap, ada hati nak buka cawangan..

Hmmm...

:)

40 comments:

  1. Hebat lelaki bernama Zulkepli ni.

    Tapi kalau wife saya tahu,
    tidur kat luar saya malam ini.

    ReplyDelete
  2. Pada diana...kalau cukup Serbi serbi nya..tiada masalah. Yang itu tak cukup, ini tak ada tu memang Sgt bermslh...sekian.

    ReplyDelete
  3. yang penting asasnya nak kena betul... :)... poligami itu indah jika kena dengan caranya, tetapi jadi tak indah dan berbukit-bukit kalau ada yang tak kena di dalam insititusi diri dan hati... tepuk dada tanya selera... suami main peranan yang penting...

    ReplyDelete
  4. alhamdullillah ...anak2 berjaya

    ReplyDelete
  5. Memang indah kalau cenggitu .....isteri isteri pun nampak mesra sesama mereka anak anak pun semuanya menjadi, cukup makan pakai, adil dan saksama kottt....
    Cuba tengok poligami yg huru hara....kita yg tengok pun pening apa tah lagi yg merasai sendiri.
    Apa apa pun kena redho jer kotz barulah tenang jiwa huhu

    ReplyDelete
  6. sejuk mata memandang...semuanya menutup aurat dgn sempurna..

    ReplyDelete
  7. Hmmm...nak tunggu cukup serba serbi mmg payah nak cukup...contoh: adakah wang 1 juta itu cukup? Atau mungkin 10juta? Atau 1 billion?

    Definisi 'cukup' patutnya dibuat dalam konteks bersyukur.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah atas segala pemberianNya..

    ReplyDelete
  9. "Kahwinlah kamu dikalangan perempuan yang baik-baik itu samada DUA, tiga, atau empat. Sekiranya kamu TAKUT tidak berlaku adil maka memadailah bagi kamu (berkahwin) dengan seorang isteri". (An-Nisa' Ayat 3).

    Teringat seorang kawan beristeri dua yg menaksirkan ayat di atas sebagai bermaksud Allah menggalakkan semua lelaki berkahwin sekurang2 nya dua, sebab itu Allah memulakan ayat itu dengan DUA dan bukan satu. Dan kata kawan itu lagi, hanya mereka yang PENAKUT seperti yg disebut dalam ayat itu yang tak layak berlayak berkahwin dua, apa lagi tiga dan empat.
    Dan malangnya saya adalah salah seorang lelaki penakut itu!!

    ReplyDelete
  10. betul tu dz...kalau betul2 mampu baru leh kawin 4...ada tu baru 1 isteri pi pasar malam nak beli tongkeng ayam pun tak mampu tapi ada hati nak berbini 2...

    ReplyDelete
  11. Poligami tu boleh jadi indah andai si pengamal mampu mengawal dan mendidik keluarga dengan baik..

    ReplyDelete
  12. Mampu bukan sekadar fizikal. Tapi mampukah suami bersabar, mampukah mengasihi dan mencintai dengan adil, mampukah melindungi dan paling penting...mampukah mendidik?

    ReplyDelete
  13. Siapalah kita nak menyanggah hukum yang Allah telah tetapkan....namun disebalik keseronokkan utk kaum lelaki itu akan ada ganjaran yang menanti jika mereka alpa..

    ReplyDelete
  14. Anak dari setiap isteri sebaya...baik punya timing hehehe.

    ReplyDelete
  15. berlaku adil tu susah orang nak buat. berlaku adil tu sendiri dah luas skopnya. amik contoh mudah beli kain baju kurung jer, semua 4 meter sorang tapi yang gemok gedempul x kan 4 meter jugak, mesti nak kena lebih. so kena adil pada tempatnya jugak..betul la doc cakap tu salahkan si pengamalnya, bukan salahkan amalan nya :)

    ReplyDelete
  16. hehehehhe sbb tu nk berpoligami tuh banyak yg perlu di tilik di fikirkan bkn berlandaskan napsu semata2... semua nk kene congak kira2... mampukah utk adil kasih syg jugak segalanyer, redha kah si isteri bkn lah sampai kawin curi2 tipu sana sini heheh...

    seronok baca cite nih kt paper... keluarga harmoni alhamdulillah

    ReplyDelete
  17. Ok...ini agak sensitif. Memang indah dimata lelaki, tapi perit dimata wanita. Tak semua wanita yg sanggup dimadu. Sedangkan Aisyah masih cemburu bila Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah walaupun Khadijah telah lama wafat inikan kita wanita biasa yg mempunyai perasaan yang fitrahnya ada sifat cemburu. Jika para Ummul Mukminin yang mulia mempunyai sifat sedemikian, bagaimana pula kita? Adakah kita mampu elakkan semua sifat-sifat wanita fitrah kita? Bila poligami suma nak ikut nabi. Tapi nabi sendiri Berkahwin selepas kematian isterinya. Rasulullah bermonogami selama 25 tahun.

    Setuju dengan statement doc yg last tu, Tak mampu tapi nak buka jugak cawangan. YG pihak sebelah sana pon tak fikir. Tak kisah kalau lelaki tu tak cukup sumber pendapatannya. YG penting dapat kawin. Saya tak salahkan poligami. Cuma saya salahkan orang yg amalkan poligami dan nak berpoligami.

    Kalau dah cukup iman di dada. Dah cukup amalan dan ilmu agama. Dah penuh duit dipoket, Di persilakan. Kalau tak cukup semua ni, jangan ditambah beban dan dosa yang sedia ada,

    ReplyDelete
  18. Ni barulah adil dan saksama ... nak berpoligami harus faham konsep dan keadilan harus di utama.

    ReplyDelete
  19. poligami lagu ni aku setuju

    tapi poligami kat luar sana
    banyak indah khabar dari rupa

    ReplyDelete
  20. ye la klu lelaki yg pakai makan cukup2 bulan je pikir2 kan la utk nk berpoligami klu betul2 diamalkan jdi la dato' zulkifli tu ye ;)

    ReplyDelete
  21. sy xsuke lelaki yg mmg dh terang lg bersuluh tak mmpu tapi msih ada hati nk tmbh cawangan.. cerita btl²..

    ReplyDelete
  22. Sblm kahwin dulu, bakal suami saya mintak nak kahwin empat tapi saya x bagi. Bila dah berkahwin saya bagi suami kahwin lagi cukupkan kuota tp suami plk tak nak. Kalau saya mengusik suruh dia kahwin lagi, dia punya sensitif mcm perempuan. Hahaha.

    ReplyDelete
  23. klu kena gaya memang indah..tapi klu x kena gaya memang bala :-)

    ReplyDelete
  24. kagum dgn kesanggupan beliau.. upah guru ajar diri sendiri -utk mengajar anak2 nya pula.. bagus.
    contoh yg baik lah nih

    ReplyDelete
  25. wow..bapa yg bagus.saya pun kalau boleh nak ajar semua anak sendiri jugaklah

    ReplyDelete
  26. takut mendengar perkataan poligami..tetapi kalau kena cara memang indah
    bukan saya kata tapi orang lain yang berkata-kata :)

    ReplyDelete
  27. dia utamakan agama dalam kehidupannya
    alhamdulillah aman bahagia, moga berjaya dunia akhirat
    kalau dulukan nafsu nafsi.
    itu yang huru hara, mandrem bagai..

    ReplyDelete
  28. Bab yang buat lelaki senyum sampai telinga. Keluarga akak sinonim dengan poligami sebab satu bapa saudara kahwin 3 satu lagi kahwin 2. Awal perkahwinan adalah ujian buat mereka yang terlibat tetapi bila anak2 mula besar dan bekerja sendiri orang luar pun bisa terasa manisnya bermadu. Paling penting persefahaman antara mereka yang terlibat.

    ReplyDelete
  29. bila baca berita tu, rasa wah...memang hebat datuk zul tu...betul tu, bukan salahkan amalannya tapi pengamalnya...

    ReplyDelete
  30. ingat nak buat gak buat entri pasal ini...
    akak rasa poligami itu indah kalau kena gayanya...
    ehm bangga sebab si pengamal poligami ini membawa imej baik untuk poligami..
    kot idak jadi cacianjer pada orang yang tidak mengerti...

    ReplyDelete
  31. betul2..saya pun boleh terima Poligami..cuma bila kita tak bagi suami kawen lagi itu bukan bermakna kita menolak poligami cuma kita tahu tahap mana kemampuan suami kita.tak mau dia berdoasa jugak..kalau suaminya ok,memang ramai kot wanita yang sudi berpoligami..

    ok tak lalasan nih..jujur ni tau..bukan pura2..heheh

    ReplyDelete
  32. Syarat Utama Berpoligami Mesti berkemampuan kan Doc..akk tertarik dgn dua ayat terkahir ko tu...keje biasa2 gaji pun menjelang 24hb dah tinggal 12 henggit dlm bank...kat dlm tangan ada 11.95 sen..tapi kemaruk jugak nak berpoligami..dgn alasan...ulat dlm batu pun hidup...rezeki ada dimana-mana....aduhaiiii...

    ReplyDelete
  33. betul tu..ramai yg x mampu tp sibuk nak berpoligami...mtk dijauhkaaan...benda sensitipp ni hahahaa

    ReplyDelete
  34. jenuh dato Zul nak buat roster

    ReplyDelete
  35. org sekarang nie masalahnye doc, nak poligami je ikut sunnah nabi..tp selebihnye hurmmm, ikut selesa tekak sendri nak wat mcm mana..xramai yg berpoligami nie berlandaskan cara yg betul..

    ReplyDelete
  36. saya tka pernah nafi kan poligami asalkan orang tu jugak amalkan sunnah baginda yang lain dan jugak yang penting asalkan orang tu bukan suami saya huuu.

    ReplyDelete
  37. Janganlah tanya kat kita orang perempuan ni DZ, itu kenalah tunjalkan soalan pada lelaki-lelaki yang biasa-biasa aje poketnya. Kenapa sibuk nak buka cawangan padahal satu cawangan pun menggelupur nak uruskan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...