Monday, February 16, 2015

Tak Akan Kahwin Lain Dah.

Yeayyy!
Aku happy sebab hari ini, hari last wife aku berkursus.  :P
Dia gi kursus dari hari Khamis lepas ( 12 - 16 Feb).
Sebelum ni, paling lama berpisah ialah 2 hari ( pun kursus)..hahaha..

Aku happy sebab:
  1. Rindu la kan, of coz...:P
    Terfikir aku life adik ipar aku yang kerja offshore. 2 minggu di pelantar, 2 minggu cuti. Patutlah dia cakap " 2 minggu cuti tu rasa macam kejap sangat"...bayangkan 2 minggu x jumpa anak bini, tak jumpa darat. Dan terfikir jugak aku life mereka yang terpaksa berjauhan atas tuntutan kerja ( weekend husband-wife). Ada yang bukan weekend, tapi monthly! 
  2. Aku rasa perit. Hahaha..Perit wooo jadi single parent ni.

Okeh, part no 2 tu yang aku nak ulas panjang sikit kat entri ini.
Semenjak berkahwin, hidup jadi mudah.
Maksud aku, bukan lah aku langsung tak menolong kerja2 rumah..
Aku memang tak bagi wife aku buat kerja2 berat macam vacuum rumah / mop lantai / cuci toilet..tu semua mmg aku nak buat. Tapi tugas2 lain macam memasak, membasuh, sidai baju, buat susu anak, lipat baju, gosok baju..memang wife aku yang buat. See? berapa banyak kerja wife aku VS kerja aku di rumah..hahaha..

So, memang lelaki, kaum suami ..tolonglah hargai isteri anda.
Terlalu banyak pengorbanan mereka utk kita, lelaki.
Wife aku bisnes sendiri, jadi tak perlu nak tiap2 pagi terkejar2 gi opis...dia gi studio bakery dia aja kalau perlu, tu pun boleh bawak anak anak ( sebab ada TV, gelongsor budak, sofa, tilam bagai)...Aku bayangkan pulak betapa payahnya WORKING MOTHER yang bersilat kat rumah..balik opis dah pukul 6 petang, nak masak bagai utk suami & anak..Huhuhu..Syukur aku dengan life sekarang...

Sebelum gi kursus, wife aku dah awal2 gosokkan baju aku & baju sekolah anak.( see? betapa wife aku sediakan semuanya..dia tahu kalau aku nak gosok pagi2, jadi kelam kabut terbalik dunia..hahaha).
2 orang anak aku yg kecil --- pos ke kampung mertua..keh keh keh.
Maka tinggal lah aku & Ziyyad..tak leh pos Ziyyad, sebab dia kan sekolah..
  • Terasa kelamkabut pagi2 aku nak kejut Ziyyad, nak check dia mandi, dengan nak melayan ragam dia tak nak bangun/ cranky tak mau sarapan..Huhuhuhu..Selama ni, aku bangun, aku gi surau, balik Subuh..tau tau Ziyyad dah ready pakai baju..Sarapan dah terhidang atas meja.
  • Aku tak tau masak. Setakat buat air/ roti bakar tu okeh la...So mamak & restoren & warung jadi geng kami berdua selama wife aku kursus ni...hahaha.
  • Selalunya aku hantar Ziyyad ke sekolah, petang balik wife aku jemput. Tapi hari Khamis, Jumaat minggu lepas... & petang ni, memang aku yang kena jemput. Dan Ziyyad akan melepak tunggu dengan aku kat klinik jap. Nasib la ada tablet. Kesian jugak sebab patutnya habis sekolah dia patutnya boleh rehat2 kat rumah, tapi nak buat camane..

Jumaat malam Sabtu punya dinner berdua

Semalam punya lunch berdua


Teringat aku kata wife aku....
" Kalau aku meninggal dulu, dia tak akan kahwin lain...cukuplah dah ada anak anak ni"
dan " kalau dia meninggal dulu, dia sure aku akan kahwin lain"...hahahhaa

Aku cakap, " tak lah...aku tak kahwin lain"
"Cukuplah dah ada anak anak ni"--- aku pinjam skrip dia...hahaha..

Wife aku kata, dia tak percaya.
Sebab dia kata, susah lelaki nak survive selepas kematian isteri.
Susah nak uruskan anak anak..
Susah nak uruskan diri sendiri..
Pendek kata, lelaki, kena cari pengganti..perempuan pulak, tak perlu, boleh berdikari dah. Gitu lah ikut kata wife aku..

Hehehehe..
Setuju ke dengan statement wife aku tu?

Doakan lah kami suami isteri dapat hidup lama sampai ke hari tua...hidup diberkati Allah..
Aku doakan juga korang suami isteri hidup bahagia bersama, diberkati hingga ke hari tua..
Dah tua tua nanti, berdua..travel around the world gitu...keh keh keh

47 comments:

  1. insyaAllah..amin.. moga kekal hingga syurga.. btl la, ms sy dlm pantang, husband sensorang kt umah, balik je umah, tgk umah xserupa umah.. adui..dui..dui..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah,semga berkekalan hendaknya..

    Baguskan seorang wife ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. Saya dan isteri dah banyak kali jadi 'weekend husband and wife', bila saya kerja di KL dia kerja di Bentong dan Alor Setar, kemudian bila saya balik ke Alor Setar dia pula bertukar kerja ke Penang dan Langkawi. Campur2 semua lebih kurang 7 tahun juga kami tak tinggal sebumbung. Walaupun sekarang dah tinggal sebumbung, tapi bila sesekali kami berpisah kerana urusan kerja, kursus dan lain-lain, masing-masing dah dapat terima kenyataan sebuah perpisahan sementara, masing2 tahu apa nak buat jika berpisah seketika. Sesuatu yg bagus bila bertahun2 jadi weekend husband ialah saya yg dulu tak reti masak boleh memasak (walau tak sepandai isteri) dan yang paling penting memahami kepentingan seorang wanita bagi melengkapkan kehidupan seorang lelaki...

    ReplyDelete
  4. Hiks..setuju sangat...sb dah ada contoh:-)

    ReplyDelete
  5. Besar kan DZ pengorbanan seorang isteri ni ... Sokong statement wife DZ tu... :)

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat dengan wife DZ. Sebab skrg ni isteri2 banyak ambik tugas2 suami.. Tu sebab boleh survive kalau suami dah takde. Contoh memang banyak dah sekarang ni

    Semoga DZ & wife dipanjangkan umur & jodoh.. AAMIN

    ReplyDelete
  7. wah...suka entry ni...so kena la hargai si isteri...kadang dia tak minta banyak pun, just nak manja2, perhatian dan bantuan sikit-sikit...itu pun dah cukup... (tapi kalau mampu beri lebih daripada itu, alhamdulillah...si isteri akan lebih hargainya) ^_^

    ReplyDelete
  8. Fiza iseri yg sgt-sgt cekap - beruntung kan:)
    Tapi kakak relakan abang menikah kalau kakak mati dulu..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah doctor faham macam mana mencabar nya kami para-para isteri bertungkus-lumus menguruskan rumah tangga. Tahniah sebab doctor boleh menghargai wife doc dengan tanggungjawab dia menjadi suri rumah (even part time housewife).. Sangat perit rasanya kalau suami tak tolong isteri..

    btw, part yang tak mahu kahwin lain tu, jangan cakap awal-awal (jangan cakap lantang), sebab kuasa jodoh ni Allah swt yang tentukan. Memang kalau boleh tak nak kahwin lain, tapi Allah swt yang Maha Berkuasa, sekali dia bagi ujian, errmm... tepuk dada Tanya iman.. And untuk isteri memang sangat suka bila suami kata tak nak kahwin lain, tapi bila ujian mendatang.... tanyalah imaaan juga

    ReplyDelete
  10. Tak tau nak setuju ke tidak sebab menikah pun belum lagi doc

    apapun didoakan keluarga doc sentiasa bahagia dan bergembira sepanjang hayat

    ReplyDelete
  11. betul kata wife doc. lelaki bila isteri meninggal or bercerai, susah lelaki nak hidup sendiri nak uruskan anak-anak and rumah sebab lelaki tak pandai berdikari (hehehehehe), kalau perempuan, kami masih boleh survive walau tiada suami di sisi.. hehhe

    ReplyDelete
  12. ha ha..org kata ckp2 tu doa tau..lintasan nak kawin dah ada dah tu...
    klu ckp psl suruh laki kawin..suami knor marah..tak terlintas lgsung katanya..
    jgn main2 sekali Allah uji dgn benda ni..ha cam ner..
    tapi..kan para isteri ni bila dh peringkat berumur dah tak kisah sgt dah..bukan tak sayang..tapi...entahlah.

    ReplyDelete
  13. eherrrrrmmmmmmmmm panas topik hari Isnin ni yerrrrr DZ..jaga-jaga I know who u are HAHAHA..tak sangka dunia ni jadi begitu kecil dengan adanya internet ni kan..

    betul jodoh maut ajal pertemuan semua di bawah kuasaNya..yg penting redhooooooooooo..saya pun pernah berjauhan setengah tahun. start bulan depan bakal berjauhan lagi paling kurang 4 bulan. semoga Allah kurniakan saya kekuatan dan kesabaran menguruskan anak-anak amin amin amin.

    ps: klu mai Penang habaq mailah kat kami. ajak Dalina sekali hehe.

    ReplyDelete
  14. saya setuju..Ayah saya pernah jadi bapa tunggal beberapa tahun.nampaklah dia messed up, walaupun saya kecik lagi time tu.hehehe.tapi saya kenal ramai ibu tunggal yang survive sampai ke akhir hayat.

    comelnya Ziyyad ni...geram tengok!

    ReplyDelete
  15. hensem nya ziyyad..putih melepak..merah bibirnya..

    semoga rumah tangga dz rukun rukun selalu..amin..diberi kesihatan dan jodoh yang panjang..amin...bukan sehidup semati..TETAPI 2 2 hidup 2 2 mati...itulah kata2 suami yan ...

    ReplyDelete
  16. psstt: doc.. saya nak pinjam entry ni ye.. nanti saya buat satu entry berkaitan entry ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  17. Amminnnn....
    Aku setuju sgt dah tu...x payah diulas lanjut lagi..

    ReplyDelete
  18. amin2.... moga termakbul doa tuh doc...

    hehehe tp mmg gitu kan, isteri kalu suami takde rilex je tp kalu suami isteri takde mau tonggang terbalik lah umah tu hehehe... sbb tu sya tak suke statement2 belagak dr lelaki2 yg balik2 umah nk di lyn mcm raja sedangkan bini pnt mengurus umah tangga..

    saya dan doc sblum kwin dh bt perjanjian ngn edy, cuci toilet, mop lantai, bersih2kan sawang n kipas mmg kerja dia... sya takkan buat n dia wajib tlg kerja2 dirumah n alhamdulillah dia msh bt walau kene ingatkan tiap minggu hehehhe

    ReplyDelete
  19. selagi hidup kalau boleh akk tak mahulah berkongsi suami doc...kalau boleh...kalau sudah ditakdirkan kene hidup bermadu apa daya nak menolak takdir tu DZ..namun bila akk dah mati..akk pun tak tau apa yg terjadi didunia, DZ...pi lantak lah nak menikah lain kan..

    ReplyDelete
  20. aku lagi tabik jika mu jaga ketiga2 anak mu tu doc. kehkehkeh

    ReplyDelete
  21. Ha....tau pun betapa banyaknya keje bini kat rumah!
    Baguslah kalau ada tolak ansur dan tolong menolong barulah bahagia sampai ke tua...hihi

    Aminnn atas doa tu...

    ReplyDelete
  22. sbnrnya kenyataan ramai camtu, suami outstesen seminggu, wife boleh je handle anak2
    asalkan setiap hari suami kol bertanya khabar dan sebelum tido, call wish slmt malam
    hilang penat wife urus anak selama suami takde

    tp kalau wife ada hal, satu hari pun dah kelam kabut rumah
    makan of kos lah kedai punya, huhu

    ayat last tu sama macam saya gak, ingin tua bersama
    kulihat kedut di dahimu dan ko lihat kedut di dahiku
    nak travel pusing dunia kalau sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ku kira kedut di dahimu.. nak ke?

      aku leh tolong kirakan.. hahaha

      Delete
  23. Assalam doc,
    he3
    iols pernah cakap kat hubby 'kalo iols meninggal, abang kawen laen dak???'
    hubby marah kata ' ish, apa yang cakap merepek macamtu????"
    kita tanya dia soklan
    dia jawab balek dengna soklan :P

    ReplyDelete
  24. Amin,,semoga kita semua kekal bahagia dgn pasangan masing2 hingga hujung usia.
    Tak payah konflik perlu kawin lagi atau tak.

    ReplyDelete
  25. Hahaha...tahu pun susah. Tahu pun dunia macam nak kiamat je kalau wife takdakan, DZ.... Suka I tengok orang lelaki macam ni. Sesekali memang kena tinggal-tinggalkan juga, itu tandanya bukan sayang tapi suruh berdikari. Tapi setuju pendapat wife DZ. Orang perempuan bila dah ada anak, memang fikir kebajikan anak je, suami takda, tak pentinglah dalam list nak cari lain. Orang lelaki lain macam sikit. Dah biasa beristeri kononnya, bila isteri takda mulalah patah kaki patah tangan lah sangat-sangat sebab itu 'kubur merah lagi dah nak cari pengganti'! Bak kata abang sepupu saya yang berharap sangat beliau mati dulu sebelum isteri kerana kalau beliau mati, isteri boleh tinggal dengan anak-anak. Ada juga gunanya 'tokmak'. Kalau isteri mati dulu, anak-anak rasa susah nak tinggal dengan bapak. 'Tokwan' kegunaannya tak banyak. Hehehe!

    ReplyDelete
  26. tul tu ,, kena bertolak ansur kan,, semoga ikatan terjalin hingga ke jannah insha Allah,,seronaok rasa kalau suami dengan urusan rumah tak berkira sangat,, terasa ringan je bahu ni hihi,,

    ReplyDelete
  27. Baju kerja saya pusat dobi yg gosokkan ... hehehe.

    ReplyDelete
  28. Inshaa'allah...Betapa hebatnya seorang ISTERI ni kan. Mampu buat macam² kerja. Setuju dengan statement fiza tu ☺

    ReplyDelete
  29. setuju dgn pendapat Fiza.....sure punyalah. nanti sakit pinggang lah eh mcm2lah

    ReplyDelete
  30. hehehehe...orang lelaki bukan tak boleh harap.. tapi terlalu bergantung pada isteri..sbb tau bini boleh handle..

    ReplyDelete
  31. nak hi 5 ngan mommyZZZ
    setuju ngan statement dia, statement yang sama aku bagi utk pakwe aku tu

    aku gelak bleh?
    baru ko tau bila bini tak de ye?
    amik rasakan!
    itu pun untung la
    mak mertua jaga 2 org lagi
    tak aci
    tu ngelat ok
    len kali ko jaga ye!
    jaga tetiga
    baru la bapa mithali
    bukan bapa menyesali
    kuikuikui

    amacam?
    ada brani sahut cabaran aku?

    ReplyDelete
  32. InshaAllah moga berkekalan hingga ke syurgaNya.

    Saye yg weekend husband n wife ni mmg mencabar sungguh. Hari jumaat hari ditunggu2. Tapi kjap sgt rasa bila smpai Ahad. Hari ahad paling tak best. Masa preggy sorg2. Ni nanti ada anak camnelah sorg2 gak. Harapla dpt tukar cpt hehe aminn

    ReplyDelete
  33. Statement pn mama itu tersangatlah realistik.

    ReplyDelete
  34. saya tak kerja,jadi saya rasa kerja saya kat rumah sangt mudah..tak macam ibu2 yang bekerja..mesti susah bagi diaorang..waktu rehat semata2 masa tidur je..kesian..

    ReplyDelete
  35. aku pernah having this kind of discussion,
    selepas berdolak-dalih sana sini,
    akhirnya both setuju kahwin lagi byk kebaikan utk semua pihak.

    ReplyDelete
  36. sekurang2 nya menghargai bila dapat pengalaman begini... tahu susah perit seorang isteri.. kan..?!

    (tapi ade jugak yang tak hargai... sebalik nya... ayat menyusuk ke Qalbu yang dapat... kesian kan..?!) ..

    semoga Daddy ZZZ dan Mommy ZZZ serta anak2 sentiasa berbahagia selalu dan di bawah lindungan Allah S.W.T

    jom buat rombongan cikKiah lagi.. !!

    ReplyDelete
  37. Itulah kehendak hati kita kalau dapat bila salah seorang pergi kita ingin setia tetapi takdir Allah jodoh pertemuan adalah rahsia Nya...

    ReplyDelete
  38. in sha allah akan kekal sampai syurga ^^

    ReplyDelete
  39. setuju sgt & sbb tu la sy ajar suami buat keje2 rumah & ngasuh anak jugak.ayat sy kt suami ''klau la mama msuk spital mcm hr tu 3 4 hari abh dh boleh jaga ank sndiri.dh x pyh pos ke umah mak.Anak x biasa tdo tnpa kita dua'' ...gitu & Alhamdulillah suami sy dh makin ringan tulang tolong apa yg patut klau dia cuti/sy x blk keja lg.

    Insyaallah...DZ & wife akan kekal bhgia hngga taman2 syurga...amin :)

    ReplyDelete
  40. Saya setuju dgn kata2 wife DZ. Saya pernah terfikir juga, kalau saya meninggal dunia, rasa mcm tak mungkin suami saya mampu hidup tanpa pembantu di sisinya. Kalau saya, erm.. tak tau nak ckp jugak la. Harap2 dpt la bersama hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  41. betullah... tapi jangan lah fikir soal meninggal pulak... tapi dari cerita nampak lah kelam kabutnya hidup sendiri kan... hahahaha... tahniah doc... ada isteri yang baik

    ReplyDelete
  42. insyallah diperkenankan Allah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...