Monday, February 23, 2015

Intrauterine Death / Stillbirth / Fetal Kick Chart

Aku nak kongsi satu cerita.
Al kisahnya hari tu, aku jumpa seorang pesakit.
Al kisahnya, dia kata, " dah 3 hari baby nya tak bergerak"
Ya, TIGA hari.
Wanita awal 30an, mengandung anak no 2, dah masuk 6 bulan usia kandungan.

Hampir nak terjatuh dari kerusi aku terperanjat bila dengar " 3 hari" tu.
Kenapa lambat sangat nak check?
Alasan dia:
  1. Gi satu klinik ni, dia tak boleh scan. Hanya boleh scan pada hari tertentu sahaja
  2. Gi pulak kat satu hospital swasta ternama di Shah Alam ni, katanya "tak boleh scan pada hujung minggu, kena tunggu hari bekerja"

Jadi aku pun tanyalah dia, " Kenapa awak tak pergi terus kat hospital kerajaan?? Bahagian Kecemasan hospital kerajaan tak pernah tutup"

Jawapan ibu mengandung ni:  " Saya malas la nak ke Hospital Klang, busy sangat kat sana, ramai sangat pesakit"

Ok...
Ok...

Maka aku pun scan la...

Dan seperti yang di jangka...

Tiada jantung baby ( no fetal heart beat), tiada pergerakan baby ( no fetal movement), tiada bunyi jantung ( no fetal heart sound). Kesimpulannya: Baby dah meninggal dalam kandungan ( intrauterine death)


Baby yang dilahirkan dah meninggal tu nanti, dipanggil kelahiran STILLBIRTH.

Take home message paling penting kat sini ialah:

-TOLONG CEPAT CEPAT PERGI SCAN/PERIKSA KALAU BABY DAH TAK GERAK LEBIH DARI 6 JAM/ RASA LAMA SANGAT TAK GERAK-

Tu pasal kalau check up kat klinik kerajaan ( rujuk buku merah tu), nurse akan ajar ibu mengandung untuk catit " Fetal Kick Chart". Carta ini bukan saja suka suka di buat. Ianya supaya ibu mengandung sedar akan perubahan dalam gerakan/aktiviti baby. Maknanya, kalau dah secara istiqomah mencatat, maka ibu mengandung akan sedar " ehhh..baby aku dah lebih 2-3 jam tak gerak la".

Dan, kalau dah sedar baby tak bergerak lama, cepat cepat la dapatkan bantuan...waima terpaksa ke hospital kerajaan sekalipun ( yang maha busy katanya tu).

Memang ada " fetal sleep pattern", iaitu baby akan tidur..bukan sepanjang masa bergerak. Maka kalau dah beberapa jam rasa baby tak gerak, ibu mengandung boleh cuba "kejut" baby dengan mengusap/mengurut perut, utk memberi stimulasi kepada baby. Boleh juga cuba minum minuman sejuk, jadi baby akan terasa perubahan suhu dalam tu, dan hopefully dia akan terjaga/bergerak.

Kalau semua effort tak berjaya ( baby tak gerak gerak), maka jumpa lah doktor anda ASAP.

42 comments:

  1. Kadangkala kita terlalu mengambil mudah sehingga mengundang padah. Atau kerana alasan 'malas' bersusah-payah, menyesal pun tak berfaedah...

    ReplyDelete
  2. alahai, sedihnya kisah ni.. mak ni pun tak alert, hai,,, apa nak dikata lagi

    ReplyDelete
  3. ya Allah.kenapalah macam tu. mungkin ada yg mengganggu fikiran dan hati dia gamaknya sampai perihal baby dah xjadi priority. Anak saya semuanya Alhamdulillah dilahirkan di GH, ada juga admit masa pregnant pun di GH dan saya rasa puas hati je dengan servis GH secara overall.. terima kasih doc n nurses hospital Serdang dan hospital BM!

    ReplyDelete
  4. aduhaiii..nape la mcm tu.. sy dl baby kurang gerak 10kali sebelum kul 10malam dh risau, trus g klinik.. kurang gerak, bkn xgerak.. huhuhu.. mohon la alert.. paling best ada kes tanya kat fb.. "baby sy kurang gerak hari ni, apa patut saya buat ye?".. terus g klinik atau hospital la kak oiii.. haishh, geram tau..

    ReplyDelete
  5. nanti ada kesan pada ibu tak bila baby dah mati dlm perut? mesti ada tak byk sikit ...

    ReplyDelete
  6. Masya-Allah betapa ibu itu cuainya... tak alert atau kurang ilmu
    Sedihnya... kakak dpt bayangkan apa yg dia rasa bila itu yg terjadi.

    ReplyDelete
  7. dalam sesetengah perkara, hospital kerajaan jauh lebih baik daripada swasta. kita la yang kena buang ego semata2 demi keselamatan.

    *nota untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar!..kenapa nyeah gitu..kalau saya mesti dh cuak tahap xleh dibendung dah..

    saya kan doc bile pregnant dulu, mmg paranoid bile baby xgerak padahal baru setengah jam kut..mulalah start mengacau baby kat dlm..bile dpt rase je movement baby, terasa lega sesgt..marah baby asyik kene kacau je..ahahahaha..

    ReplyDelete
  9. Sedihnya ... sebab tu masa mengandung doctor/nurse selalu ingatkan cepat ke hospital jika baby tak gerak dlm jangka masa yg lama.
    Saya tiga2 anak pun rutin check up/bersalin kat spital govt. Sibuk memanglah sibuk tapi harung jak. Hospital swasta ni kadang2 caj jak lebih tapi bila dah melibatkan kes kritikal dorang hantar kat hospital govt juga. Huhu

    ReplyDelete
  10. Ya! allah...kenapa dah 3 hari. Mungkin dia rasa dah ada pengalaman masa anak 1st. Yg 2nd ni amik mudah jer. Smoga ibu ini tabah.

    ReplyDelete
  11. OMG!
    anak kedua lak tu dia ngandung
    pastu dah 3 hari

    biar betul patient ko nih!
    sebab tu aku tetap suka hospital gomen walau aku kena tunggu lama
    walau aku tetiap bulan pi hospital swasta

    sejam tak gerak pun aku dah cuak
    inikan pula 3 hari!

    ReplyDelete
  12. Akak pernah melaluinya masa anak pertama sebab tak ada pengalaman dan kurang pengetahuan kita menerima padah tetapi zaman sekarang semuanya dihujung jari tak ada masalah. Rasa perut mengeras ingat baby bergerak tetapi kata doc baby tu sakit sebab tu perut mengeras mungkin itu sahaja caranya nak memahamkan orang kampung kot sebab masa tu kat Hospital Kangar.

    Finally memang baby dah meninggal dan masa tu 8 bulan lebih dok tunggu hari je...doc kata mungkin jantung baby tak complete.

    ReplyDelete
  13. Sedihnya...

    iskh...suka sgt ambik mudah

    ReplyDelete
  14. hmmm..smpi 3 hari dia tunggu...alahai..klu saya 2-3 jam takder pergerakkan dah risau.

    ReplyDelete
  15. hmmmm dah banyak case dah terjadi sbb tak perihatin dengan pergerakan kandungan ....
    my sil pun kes yang sama kandungan dah 38w ....sy selalu nasihatkan kira pergerakan tp sbb die mengandung anak ke 4 sy pulak baru ade 2 org anak .... nasihat sy spt angin lalu je la ..... bila dah jd baru die ckp menyesal x kira pergerakkan baby ....janin dah melekat di rahim katanya ...hmmm sedih sgt .... anak lelaki ...sbb yang lain tu semua girl

    ReplyDelete
  16. Kenapalah ada org suka amik sambil lewa...aduiiii!!

    ReplyDelete
  17. Ada juga ibu yg macam tu? Alahai malangnya, sedih kerana amanah Allah dipersia-siakan hanya kerana malas nak beratur di hospital kerajaan...

    ReplyDelete
  18. aduhai....
    nak salah menyalahkan pon tak boleh la kan
    dah ajalnya....

    ReplyDelete
  19. Allahuakbar :'( Semoga jadi panduan dan iktibar buat parents semua.
    Kadang isteri mengadu;hasben buat xtau je :D
    Semoga ibu tu tabah..

    ReplyDelete
  20. Assalam doc,
    YaAllah
    takut iols baca entry doc kali ni
    sob3

    ReplyDelete
  21. Memanglah kena tunggu lama di hospital kerajaan tapi sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan satu nyawa..
    Apa respond ibu tersebut?

    ReplyDelete
  22. ya Allah..kenapa la cuai sangat..kesian baby..geram pulak bila baca..nak cubit2 je ibu tu..sehari tak gerak pun dah nak nangis ni dia siap boleh malas2 pulak sebab ramai orang..

    ReplyDelete
  23. innalillah...hanya setakat itu nyawa anak dia..
    tapi...knp dia bagi alasan mcm tu?
    sedih saya baca

    ReplyDelete
  24. alahai...kalau menyesal pun dah takde guna

    ReplyDelete
  25. Alasan mak dia tu mmg tak boleh blah lah DZ.....dia tak risau ke masa dah 3 hari baby tu tak bergerak...apa pun semua yg berlaku bersebab kan DZ.kalau nak salahkan Ibu tu jer mcm tak adil pulak.. kita tak tahu apa masalah yg ditanggungnya...

    ReplyDelete
  26. OKje pernah mengalami baby kurang gerak gitu DZ.....anak no 2. So hospital mmg bagi Fetal Kick Chart tu...jenuh menanda, alhamdulilah ....tak de pape. Kenapa gamaknya baby suka tido yeh?

    ReplyDelete
  27. OKje pernah mengalami baby kurang gerak gitu DZ.....anak no 2. So hospital mmg bagi Fetal Kick Chart tu...jenuh menanda, alhamdulilah ....tak de pape. Kenapa gamaknya baby suka tido yeh?

    ReplyDelete
  28. Inna lillah hi wa inna ilai hirojiun
    sedihnya....masa mgandung dulu selalu remember part this..risau tau..

    ReplyDelete
  29. Doc, apa punca jadi macam tu ye? Huhu... Harap2 dia tabah le terima ujian ni.

    ReplyDelete
  30. DZ, adoyaiii...clueless kalau saye pun.
    Ade jugak camtu?
    Sengaja ke idak tu?

    ReplyDelete
  31. boleh yer berlaku macam tu... baru ni lah tau.. ingatkan dalam kandungan ibu tu tempat yang selamat untuk baby... boleh pulak meninggal dalam tu... sedihnya ibu tu tapi sayangnya dia macam2 alasan nak bertindak pantas

    ReplyDelete
  32. Aduhai, macamana dia boleh sabar menunggu sampai 3 hari. Teringat masa pregnantkan si Abang dulu. Biasanya memang aktif tetiba satu hari tu lama dia tak bergerak. Risaunya bukan main apatah lagi hari Ahad pulak kejadiannya. Saya terus ajak suami bergegas cari klinik nak pergi check. Dalam hati hanya Tuhan je yang tahu macamana risaunya kita!

    ReplyDelete
  33. bhgn kecemasan hospt krjn mmg sentiasa ramai org. tp klu kes mcm ni n ada buku pink, slalunya akan dpt fast lane. Mcm saya dulu sbb ada bleeding sikit masa pregnant, pi bhgn kecemasan, x sampai 10 minit dah dpt jmpa doktor. Padahal org lain punya ramai kat situ. Hehe..

    ReplyDelete
  34. bhgn kecemasan hospt krjn mmg sentiasa ramai org. tp klu kes mcm ni n ada buku pink, slalunya akan dpt fast lane. Mcm saya dulu sbb ada bleeding sikit masa pregnant, pi bhgn kecemasan, x sampai 10 minit dah dpt jmpa doktor. Padahal org lain punya ramai kat situ. Hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...