Sunday, February 1, 2015

Apam Daun Rambai


Ni antara sarapan aku pagi tadi,di rumah mertua.
Apam daun rambai.
Memang susah nak jumpa.
Apamnya gebu, lembut,memang boleh di frozen kan.
Wife aku pernah frozen kan, lepas tu stim kan balik, tetap maintain gebu nya...

Banyak di dapati di kawasan Johol /Kuala Pilah.
Dan yang aku makan ni, memang ambik dari pembuat otainya, seorang makcik yang dah tua dah.
Wife aku, kan dalam bidang bakery.
Wife aku, suka memasak, suka belajar memasak, suka bertanya resepi/share resipi/ajar orang memasak.
Wife aku bercadang nak cari makcik ni, nak belajar buat..bayar pun,bayarlah...tak kisah.
Tapi awal2 lagi akak ipar & mak mertua aku cakap..." tak payah la..makcik tu dengan anak anak dia sendiri dia tak mau ajar"
Ilmu mau bawak masuk kubur kah?
Hahaha..
Tak apa lah..
Orang dah tak sudi nak ajar ( walaupun nak bayar, sebab mmg ramai yg sanggup nak bayar belajar)..


24 comments:

  1. Walaupun ayah orang negeri sembilan..tapi saya tak pernah makan lagi apam ni...mesti nak cari ni

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan pun, nampak menarik dan sedap..Kenapa taknak ajar ek, sayangnya...

    ReplyDelete
  3. nampak sangat gebu...mesti sedap ni...

    ReplyDelete
  4. Masa saya kecik2 dulu ada tapai daun rambai, sekarang ramai bungkus tapai pakai daun pisang...
    Tak nak ajar buat apam? Itulah sebahagian dari mentaliti Melayu yang kedekut ilmu, seperti juga belajar silat, tok guru tak nak ajar semua 'buah' yg diketahuinya takut anak murid lebih mahir darinya. Kerana tak nak ajar semua ilmu yang dikuasainya, generasi berikutnya semakin kurang kuasai ilmu silat dan lama2 terus pupus. Buat kuih pun begitu juga, kalau tak nak ajar rugilah generasi akan datang, kesedapan kuihnya semakin kurang....

    ReplyDelete
  5. first time tengok apom serupa "nasi lemak" :)

    ReplyDelete
  6. ooo kita pon kalau p johol rumah sedara, mesti singgah beli apam ni. dekat tepi simpang dia jual
    sedap hoihh
    aroma dia lain dari apam biasa

    ReplyDelete
  7. memang ada y sebegini, bak kata JR la. But, apa salahnya try saja pegi tanya baik2 dengan dia. Mana tau untung rezeki makcik tu lembut hati nak ajar. Tak cuba bertanya, memang tak akan tahu. Kalau dia tolak, as expected la kan

    ReplyDelete
  8. Ala rugi laaaa nanti bila dh xde, xde org yg pandai buat nyer..

    ReplyDelete
  9. pernah makan sekali opismet bawak datang kat opis... tapi dapat makan 1 jer..

    ReplyDelete
  10. Saya baru tahu.. sebab tak pernah sampai dekat area situ.. ;)

    ReplyDelete
  11. try & error..lama2 nanti jadi, insyaAllah

    ReplyDelete
  12. sayangnya tak nak diturunkan ilmu tu

    tapi aku 1st time makan kat umah mak mertua ko tu
    mmg 1st time tau kewujudan kuih ni
    mmg sedap la weiiiiii

    try la buat mana tau menjadi kan

    ReplyDelete
  13. macam sedppp jer...pyh nak cari kat kl ni...

    ReplyDelete
  14. kedekut ilmu ke...?

    oh mak cik tidakkkk..

    ReplyDelete
  15. Kampung den tu Johol. Tapi tak pernah makan apam daun rambai. Acaner tu...hehehe...

    ReplyDelete
  16. Tak pernah tengok apam bungkus daun cenggitu.
    Rasa apa tu DZ? Apam gula merah ke?

    ReplyDelete
  17. kedekutmya makcik tu..dengan anak2 pun tak mau ajar..
    menarik la bungkus nya tu..rugi la tak ajar pada ank cucu..
    Dia ingat dia muda lagi ka??
    hahahhaa

    ReplyDelete
  18. kedekut ilmu tak sampai kemana pun makcik...tak rugi bagi ilmu kat orang mkcik...

    memang gebu betul apamnya

    ReplyDelete
  19. pernah tgk, kt tv...hehehe.. ehh, ada la org share kt rancangan masak kt tv.. xingat nama rancangan tu.. makcik tu bukan kedekut, tp sayang nau nau nau..hahahaha

    ReplyDelete
  20. Serius tak pernah jumpa pun apam daun rambai macam ni. Kesian alahai wife DZ, dah orang tak mahu ajar nak buat macam mana. Pakcik google takda ke ajar ilmu buat apam daun rambai ni? MamaZZZ kan bijak bab-bab ni, jeling sikit je resepi terus dah tau nak buat macam mana :)

    ReplyDelete
  21. Tak pernah jumpa ni kat Seremban.
    Memang terserlah kegebuannya.

    ReplyDelete
  22. Nampaknya wife DZ perlu imagine sendiri la bahan2nya. Try and error banyak kali utk cipta resepi sendiri. Mmg ada pegangan org2 dulu yang ilmu memasak ni terutamanya yg menjadi signature dia, takleh diajarkan kepada orang lain. Arwah mak saya dulu memang mahir membuat kuih bangkit kelapa. Memang paling sedap dlm alam semesta la waktu tu. Pastu ada jiran mintak resepi, then arwah mak saya bagi resepi. Lepas bagi resepi tu, bila arwah mak saya buat kuih bangkit tu dah tak pernah menjadi lagi. Jadi tak sedap, bantat, dah tak gebu seperti selalu. Last2 jiran saya tu yg jual kuih bangkit dan mak saya bersara drpd buat kuih bangkit. Haaa... gitu la cerita dia. *tepuk la tangan. Penat taip nih!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...