Saturday, January 10, 2015

Wajarkah Pelajar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah?

Khabarnya pihak Kementerian Pendidikan telah keluarkan pekeliling melarang penggunaan henfon di sekolah

Aku tak pasti sekolah anak aku nanti,  benarkan atau tidak pelajar bawa hp.
Aku akan tanya cikgu nya nanti masa 1st day sekolah, 12 Jan ni .

Cuma aku rasa, maybe boleh la..
Sebab memang kat sekolah anak aku tu, penggunaan tablet termasuk dalam silibus mereka.

Buat anda semua parents / bakal parents yang anak anak ke sekolah di bawah Kem Pendidikan, apa pandangan anda tentang larangan ini?

Bagi aku, penting bawa henfon ke sekolah.Ya, penting.
Telefon public di sekolah kerap jadi mangsa vandalism.

Bagi yang berkata " alah, zaman dulu kita ok aja tak bawak hp/takde hp ke sekolah"....pendapat 20sen aku, zaman dah berubah. Ini zaman anak anak kita. Kita bukan nya perlu jadi takut/fobia dengan teknologi ( sebab teknologi itu memudahkan kita andai di urus dengan betul),tapi perlu jadi bijak dalam menguruskan teknologi. Dan zaman dulu, parents tak sesibuk parents sekarang. Zaman sekarang,parents sibuk kerja sana, meeting sini, outstation sinun...jadi kebarangkaliannya tinggi utk tiba2 parents tak jadi ambil/ lambat sampai sekolah/ nak pesan kat anak maid Indon dia dah siapkan nasi lemak kat rumah/ etc etc

Jadinya, hp perlu di bawa....Tapi, kena ada kawalan. Bagaimana?
  1. Hanya hp tak pintar / bukan smartfon / bukan android sahaja boleh di bawa. Contohnya hp paling basic ala ala Nokia 3310. Hp yg hanya boleh buat call out/in sahaja.Dan paling penting, hp yang TIADA CAMERA.  Mode mesej/SMS boleh di lock oleh parents utk hp macam ni.
  2. Masa kelas berlangsung, semua pelajar perlu letak hp mereka di dalam kotak lutsinar ( macam tabung derma lutsinar tu) yang diletak di depan kelas. Kotak ini berfungsi mengumpulkan hp pelajar. Jadi pelajar tiada peluang jeling2 hp masa tengah belajar. Habis kelas / nak balik / waktu rehat, hp boleh diambil semula.
  3. Ibubapa perlu sign surat akujanji mengatakan " bersetuju tidak akan ambil tindakan undang2 / report polis/ panggil suratkhabar Harian Metro/etc" andai hp anak mereka hilang di sekolah. Siapa yg nak anak mereka bawa hp, kena ambil risiko ini. Surat akujanji ini perlu utk mengelakkan pihak sekolah pening kepala dengan karenah parents yang cerewet dan poyo.

Ini cuma pendapat peribadi aku sahaja ya.
Anda bebas untuk bersetuju atau tidak.
Setiap benda, ada pro & contra nya.

:)

15 comments:

  1. asalamualaikum dz..yan sokong kalau ada 3 perkara kawalan yang dicadang dz..hp mmg perlu masa sekarang ni..dulu hp sebagai KEHENDAK MANUSIA..tapi zaman sekarang ni hp da jadi sebagai SATU KEPERLUAN DALAM HIDUP..

    ReplyDelete
  2. ada baik dan ada juga buruknya...pilihan pada pelajar jika sekolah bagi kelongaran dan keizinan.Di sekolah anak Etuza tak dibenarkan tetapi ada pelajar bawa hpone tapi serah hpone kepada warden sekolah..

    ReplyDelete
  3. Bagi saya, tak wajar sama sekali student bawak hp ke sekolah..

    ReplyDelete
  4. Tak payah bawak...tp telefon awam disekolah kena elok sentiasa.....dan ada kerani di ofis yg boleh sampaikan pesanan kita kpd murid.

    Aku ada no. tel pejabat n no. hp cikgu. Apa-apa aku akan call cikgu...kdg2 aku call cikgu suh sampaikan pesan. Dari sekolah rendah lagi aku buat gitu. Berbaik2 dgn guru....bagus juga sbb cikgu kenal anak kita.

    ReplyDelete
  5. Oh ya...nak cerita sikit lg. Minggu lepas aku call pej sekolah sbb nak tanya bila anak aku nak balik dari meeting di sekolah. Cikgu/kerani kata tak pasti sebab cikgu yg pggil meeting dan itu cikgu baru....bila dia kata dia pun tak kenal cikgu tu, jenuh dia dgr ceramah aku. Apa2 aktiviti di sekolah, pej kena tahu. Akhirnya aku pergi ke sekolah. Aku tanya 2 guard pasal itu ini ttg aktiviti ttg budak2 yg keluar. Sampaikan guard nak no. hp aku sbb dia akan call bila budak mula keluar...sib baik anak keluar masa itu...haha. Kalau tidak, aku dah nak cari anak di kelas sebab dah lebih 1 jam dari anggaran masa meeting habis. Guard tu yg suruh pun sbb dia x kenal anak aku....hehe.

    ReplyDelete
  6. akak kurang bersetuju anak2 bawa hp ke sekolah...kalau ada hal kecemasan,yg perlu dihubungi ibubapa...boleh guna hp kat pejabat ja..

    ReplyDelete
  7. Saya sebagai seorang cikgu...tak setuju..hehehe...selalunya..kalau ada murid nak call parents...jumpa je cikgu kelas..cikgu akan tolong call kan..:)

    ReplyDelete
  8. ada pro and contras dia kalau budak bawak phone ke sekolah ni

    ReplyDelete
  9. Saya pernah suarakan pandangan saya dlm entri 4 hari lepas. Pandangan saya tak berubah - murid tak perlu bawa henfon ke sekolah. Tapi telefon awam di sekolah perlu cekap bagi memudahkan anak hubungi ibu bapa. Telefon awam kat sekolah sekarang memang teruk. Kalau kerajaan boleh habiskan wang berbilion2 utk perkara2 yg kita rakyat boleh persoalkan kewajarannya, kerajaan tak perlu kedekut untuk menaiktaraf telefon awam di sekolah2..

    ReplyDelete
  10. Ntah, tak dpt nak fikir lagi. Rasa mcm perlu kot, tapi rasa mcm tak perlu, bergantung kepada situasi jgk.

    ReplyDelete
  11. Kalau cikgu bagi bawa, saya sukalah. Sebab susah nak contact anak di sekolah. Kalau waktu sekolah tak dibenarkan guna pun takpa, asalkan lepas waktu sekolah, anak boleh telefon kita kalau ada apa-apa hal. Pernah terjadi satu insiden masa Abang di Tahun 2. Saya ada letak no. handphone dan pejabat kami suami isteri dalam beg sekolah Abang, dalam pencil casenya juga. Kalau apa-apa terjadi boleh telefon dengan kadar segera. Tentu salah seorang daripada kami akan datang. Tapi cikgu tak hubungi kami dengan alasan cikgu tak rasa itu satu kecemasan padahal anak saya menahan sakit sejak dari sebelum rehat pukul 3 lebih sampailah habis sekolah pukul 6.20 petang! Memang tak boleh rasanya nak bandingkan zaman kita dulu dengan zaman anak-anak kita. Zaman kita tak banyak 'van putih' pun .....

    ReplyDelete
  12. Ada pro and cont nya jugak doc. Tapi dalam zaman serba canggih yg public phone kebanyakannya tak boleh pakai, perlu jugak standby HP.

    ReplyDelete
  13. mulanya bila tengok tajuk ni kt newspaper n tv saya sgt bangkang sebabnya sy sndri yg dh besar ni pergi kelas pun sometimes tak khusyuk, asyik nk jeling je hp tu..hehe...nasib baik klas bahasa korea so blhla tahan nafsu seb nak blajar korean pnya pasal haruslah 100% concentrate kan.
    tp pas baca hujah2 bernas DZ ni saya rasa logik... smp sek terus lock hp tu dlm kotak lutsinar, hbis sekolah baru bagi balik. then ok jga..n bg hp paling basic.. so kalau ikut cara yg di propose ni sy setuju =)

    zinziemeewah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...