Friday, January 2, 2015

Wahai Suami, Bertimbangrasa lah.

Aku ingin berkongsi kisah pesakit aku ini, dan minta pendapat anda..

Seorang wanita berusia 42 tahun, dah memiliki 2 orang anak berumur 6 tahun dan 2 tahun setengah ( sepasang- lelaki & perempuan).
Beliau telah mengalami secara total 4 kali keguguran.
Keguguran pertama ialah 5 tahun lalu ( selepas anak pertama lahir)
Keguguran terkini untuk tahun 2014 ialah seperti berikut:
  • Jan 2014:  gugur ketika usia kandungan 3 bulan
  • May 2014: gugur ketika usia kandungan 2 bulan setengah
  • 24 Disember 2014: gugur ketika usia kandungan 2 bulan
Dan, beliau alami kencing manis semasa mengandung anak kedua( yg kini usianya 2.5 tahun tu)

Kenapa kah wanita ini, yg dah lanjut usia 42 tahun, yg dah ada sepasang anak, yang dah alami keguguran berulang ulang & ada sejarah kencing manis masa mengandung, MASIH MAHU AMBIL RISIKO UNTUK MENGANDUNG LAGI?

Jawapan nya ialah, beliau sendiri tak mahu mengandung lagi.
Beliau tahu & faham risiko2 yang beliau alami kalau mengandung lagi.
Beliau dah serik nak mengandung lagi.
Sampai ke tahap sekarang, beliau stress sebab fikirkan " perlunya hasilkan zuriat lagi"

Jadi siapa yang nak beliau mengandung?
Semestinya SUAMI beliau.
Suaminya yang masih nak anak lagi.
Suaminya yg tak faham / buat2 tak faham risiko yg isterinya perlu hadapi.

Aku nasihatkan tak akak ni supaya jangan mengandung lagi?
Ya, aku dah nasihatkan panjang lebar.
Doktor2 hospital nasihatkan tak benda yang sama?
Ya, doktor2 hospital pun dah nasihat..nurse2 hospital pun dah nasihatkan.

Aku cuma kasihankan beliau.
Beliau stress masa jumpa aku ( baru aja lepas gugur yang 24 Dec tu)..
Stress sampai menangis..
Stress memikirkan kehendak suaminya..
Sampai dia terfikir nak secara senyap2 ambil pil perancang.



23 comments:

  1. suami mcm tu pun ada..
    sian isteri dia..

    ReplyDelete
  2. Mengikut pengalaman tengok kakak2 senior.. memang dah byk kes mcm ni, kadang2 si isteri sanggup terima risiko sebab takut suami cari lain (dengan alasan tak dapat beri zuriat / anak tak ramai).. zaman dulu kita selalu perasan suami isteri ada anak ramai.. salah satunya disebabkan faktor gaya pemikiran dulu dgn skrg tak sama.. skrg suami lebih bertimbang rasa dan mudah diajak berkomunikasi.. zuriat itu rezeki Allah, tapi pasti Dia faham kalau kita terpaksa mengambil pil perancang.. sorry sbb panjang sangat, hehe.. hanya sekadar pendapat seorang perempuan berusia 21 tahun :)

    ReplyDelete
  3. ya Allah, kesiannye akak tuh..dlm masa sethn byk kali keguguran..;(

    ReplyDelete
  4. hish.....macam ni pun ada? kena ada org yang boleh slow talk ngan si suami akan bahayanya mengandung bg si isteri..org yang dia hormat..kesian kat akak ni...

    ReplyDelete
  5. Aduh kesiannya.. kesian CH baca DZ.. ada jugak suami yg berfikiran macam tu.. bagi CH suami tu juga perlu di kaunseling oleh doktor dan beritahu risiko yg akan dihadapi oleh isterinya..

    ReplyDelete
  6. kena bawa si suami ke sesi kaunseling

    ReplyDelete
  7. Kurang pengetahuan atau mmg tak mahu tahu!!!!

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya suami akak tu tahu risiko mengandung pada usia dan keadaan isterinya. Tak bolehlah buat tak tahu dan hanya pentingkan diri sendiri. Apalagi yang dia cuba buktikan.. nak kata takde anak.. Alhamdulillah dah dapat sepasang dah pun..
    Tiap kali akak tu dapatkan rawatan di klinik/hospital, suaminya tu sekadar hantar sampai ke pintu masuk je ke..? Akak tu pulak takde inisiatif ajak suami masuk sekali jumpa doctor ke..? Untuk sama2 faham keadaan sebenar.
    Maaf kalau saya terkasar bahasa.

    ReplyDelete
  9. kesiannya kakak tu....
    tak tahulah kan samada kakak tu dah slow talk dgn somi dia ke tak...
    tapi kalo dpt somi xmahu memahami masalah isteri, susah ler...
    then mungkin si isteri pulak takut kalo xdpt tambah zuriat, takut somi cari lain...
    kesian kesian...

    ReplyDelete
  10. kenapa ya macam sedih saja ..berkaitan para suami pula ni..semoga tabah ya

    ReplyDelete
  11. datanglah ke blog Etuza agar blog ni dapat kenal blog Etuza ya

    ReplyDelete
  12. Adakah suaminya sangat 'bertanggungjawab' terhadap anak2?

    Aduhai... suami itu mungkin perlu diberi kaunseling juga.

    ReplyDelete
  13. Insyaallah semoga segala urusan akak itu dipermudahkan. Selamat tahun baru 2015 ye :)

    ReplyDelete
  14. http://madey09.blogspot.com/2015/01/shalawat-nabi-muhammad-saw_2.html sempena maulidur rasul klik ni ya..salam maulidur rasul

    ReplyDelete
  15. Bukankah suaminya yang patut dinasihatkan panjang lebar?

    ReplyDelete
  16. Macam mana dia (suami dia) boleh biarkan begitu? Kawan ofis saya keguguran haritu, dia cakap sakitnya tak tertanggung sangat2. Ini sampai 4 kali?

    ReplyDelete
  17. Alahai...kenapa la ada suami mcm ni....42 tahun kot..anak kecik lagi...selalunya umur macam ni dah besar panjang dah anak dia

    ReplyDelete
  18. Kesiannya kakak tu. Sampai stress jadinya. Patut suami dia di beri nasihat.

    ReplyDelete
  19. sepupu aku
    tua few years la dari aku
    duk jb
    total anak dia 13
    ko caya tak?
    akakakkaka mesti tak caya kan
    jenuh la dr marah nasihat bagai
    lebih pada kesihatan sang isteri
    si cousin aku tu la
    apakan daya
    suami kata nak lagi
    13 ko!

    ReplyDelete
  20. Kesian kat perempuan tu. Masalahnya dah ada anak sepasang, suami tu tahu tak tanggungjawab sebagai suami dan bapa? Kalau dia bertanggungjawab dan ambil berat tentang keluarga, tak mungkin dia akan menyusahkan isterinya. Nak tambah zuriat apa lagi, dah boleh ceased operation kilang peranakan dah ni.... Kalaulah saya, memang senyap-senyap telan je pil perancang asal jangan tertangkap sudahlah. Nanti kalau anak banyak, sebab dah tua suami nak cari isteri muda pulak. Memang nak kena dengan selipar Jepun kat mukalah tu gamaknya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...