Thursday, January 29, 2015

Terapi Santan

Korang pernah dengar pasal " Terapi Santan" ?
Aku baru dengar, 3 hari yang lalu, dari pesakit aku..pesakit regular aku.

Kisahnya, dia kenal seorang lelaki ini, yang mempelopori bisnes minyak kelapa dara.
Dah belasan tahun lelaki ni buat bisnes minyak kelapa dara.
Aku terlupa pulak nama lelaki itu, tapi aku akan tanya pesakit aku ni bila ada masa lapang nanti, dan aku update kisahnya di blog.

Ok..
Lelaki inilah yang ajar pesakit aku tentang terapi santan.
Santan yang selama ini di stigma kan sebagai sumber penyakit jantung, rupa rupanya mampu utk jaga kesihatan jantung, mengikut kata lelaki ini lah ( yang telah belasan tahun buat kajian, dan di terbitkan di jurnal)

Santan ialah sumber dari buah.
Santan secara faktanya, memang tiada kolestrol.
Ramai yang menyangka santan ada kolestrol.
Aku ada menulis pasal Kolestrol & Santan, Di SINI
Di dalam tulisan aku tu, aku dah jelaskan beza tentang kolestrol, dan lemak.

Ok..
Menurut terapi santan, jika di ambil dengan betul caranya, ia mampu mengurangkan kadar lemak dalam badan. Yang mana di buktikan dengan bacaan ujian darah.
Jadi dakwaan pesakit aku ni, bukan dakwaan kosong semata mata.
Dia datang dan bercerita dengan aku, dengan di sokong hasil ujian darahnya.

Cara terapi ini ialah:
- perlu minum santan segar, segelas sehari. Santan yang diperah, yang mana kelapa parut itu perlu di campur dengan air mineral / air masak, dan diperah. Sebiji kelapa boleh hasilkan 2 gelas.
- menurut cara terapi santan ini, santan yang kita makan dalam nasi lemak/ rendang/ pelbagai jenis masakan lagi, dah menjadi tak sihat( menaikkan kadar lemak dlm badan), sebab struktur molekul santan telah alami proses oksidasi ( oxidation) semasa di masak.Proses oksidasi ini membebaskan free radical. Free radical inilah yang menjadikan santan yang di masak, merbahaya utk kesihatan.
- Terapi ini hanya boleh di buat guna santan segar, bukan santan kotak.

Di pendekkan cerita yang panjang ini, pesakit aku ni amalkan terapi santan ni selama 2 bulan.
Selama dua bulan, setiap pagi dia minum segelas santan segar.

Ini ialah ujian darah Lipid Profile nya sebelum buat terapi santan:

 Perhatikan Total Cholesterol nya tinggi ( 6.1), bad cholesterol LDL pun tinggi ( 4.3)

Selepas 2 bulan minum air santan fresh:

Perhatikan..Total Cholesterol nya menurun ke 4.9 ( normal value), bad cholesterol LDL nya turun ke 3.1 ...Cuma bad cholesterol yang satu lagi, Triglycerides, naik pulak sikit ke 1.9. Kalau compare pulak good cholesterol ( HDL) utk result before & after, good cholesterol nya menurun.

Pesakit aku dakwa, dia hanya minum air santan sahaja.
Tak ambil ubat kolesterol.
Tak ambil apa apa produk yg boleh turunkan kolesterol ( macam oat, telur omega, etc etc)
Dan dia nafikan dia berdiet...bersenam? jauh sekali.
Cuma amalkan minum air santan segelas setiap hari.
Dan dia akui, katanya, berat badan turun sikit..

Menurut si pengamal terapi santan itu lagi( lelaki tersebut, bukan pesakit aku), isterinya yang alami kronik asthma, dah amat amat jarang kena attack asthma, siap boleh naik tangga bangunan 10 tingkat selamba aja.

Conclusion dari cerita ini?
Aku bukan nak advocate korang cuba terapi ini.
Dan aku bukan nak menidakkan bulat2 keberkesanan terapi ini.
Tetapi aku nak kita buka minda..
Since terapi ini, guna bahan semulajadi, yang kita sendiri buat ( kelapa parut yg diperah sendiri).
Berbanding terapi2 lain yang banyak pelik2, yang entah dah campur bahan kimia apa ntah.
Bacaan lanjut, kajian lanjut perlu aku jalankan..
Dan Insya Allah, aku akan bertemu dgn lelaki yang mempelopori terapi ini, andai ada masa...sebab dia ada di Seksyen 6 Shah Alam aja..dah tua pun katanya, umur dah 70..tapi katanya rupa kelihatan macam baru 50an...Nantilah, kalau jadi aku bertemu, aku akan up date di blog.

Gambar hiasan:

Adakah aku akn cuba terapi santan ini? maybe..:)
Tapi aku akan buat ujikaji terkawal..akan ambil segala relevant blood test, dan compare result before & after. Oh ya, masa aku tepek gambar ni di Entri Ini, ada yang menegur teknik perahan aku yang salah. Hahaha..TQ sebab bagitau...nampak sangat aku jarang jaranggggg perah santan.

31 comments:

  1. dah ada testimoni
    bahan pun dari alam semulajadi
    bleh la ko try

    ReplyDelete
  2. Bagus juga ni doc.
    Kalau duduk dgn bapak kakak di kampung boleh buat selalu - kelapa banyak
    Dekat sini nak jumpa kelapa tu yg payah.

    ReplyDelete
  3. ada jugak terapi santan ni rupanya. baru pertama kali dengar. ehhehe :D

    ReplyDelete
  4. Wowww... suatu penemuan yg menarik doktor! Sekurang2 nya ia lebih murah dari ubat terlajak laris dan ubat kak ton. Dan satu lagi ia tak gunakan bahan yg entah apa2, ia cuma guna santan, sumber asli. Mungkin saya pun nak cuba juga sebab kolestrol jahat di badan saya boleh tahan juga.... Tapi kalau doktor yg cuba dulu dan beritau hasilnya lagilah akan meyakinkan kami orang2 biasa yg bukan doktor ni.
    Satu lagi soalan nak tanya: kalau santan tu disimpan dalam peti ais boleh rosakkan struktur molikulnya tak...?

    ReplyDelete
  5. Selalunya bila bahan semulajadi dah diproses dan dicampur dgn bahan2 kimia, itu yang menyebabkan ianya menjadi x baik jika dimakan berlebihan.

    ReplyDelete
  6. pertama kali dengar...boleh cuba kalau dia betul2 boleh turunkan kadar kolestrol..dz tolong siasat yer :-))

    ReplyDelete
  7. good sharing beb...selama ni kita hanya dimomokkan dengan byk mkn santan bertambah kolesterol...

    now aku faham, yang menambah kolesterol dlm badan bila santan tu melalui proses oksidasi dalam masakan...
    rupanya minum segelas santan segar sehari boleh turunkan kolesterol...wow...amazing!!

    i am waiting for next entry, faiz!
    gi cepat jumpa pakcik tu!

    ReplyDelete
  8. Owhhh...baru tau sebab 1st time dengar. Kita tunggu doc punya ujikaji plak. Macam mana result nya ☺☺

    Dah lama tak perah santan. Skang beli santan dah siap jer.

    ReplyDelete
  9. Dan-dan terus keluar gambar perah santan yang setahun sekali tu ya, DZ :)

    Tak pernah dengar pun tentang terapi santan ni. Good info, manalah tahu nak cuba jugakan.... Yang lelaki itu sebab terapi santan ni jugalah ya umur dah 70 tahun nampak macam 50-an aje. Kalau jumpa silalah wefie bersama, nak tengok siapa nampak lebih muda. Keh3x.

    ReplyDelete
  10. kena makan dengan cendol doc boleh tak sbb kalau nak telan camtu..kus semangat...lemak beno!!

    ReplyDelete
  11. masya Allah..tak pernah dgr..mmg menarik!

    *saya pun dah lama tak perah santan, samada beli kat pasar yg dah perah atau guna yg segera. lupa dah cara perah santan! :D

    ReplyDelete
  12. Hebat ni. Varu tau. Doc, santan tu, terus diminum selepas diperah atau kene rebus dulu je, masak dulu ker, atau mcm mane?

    ReplyDelete
  13. maknanya santan yang guna untuk cendol tu elok la sebab santan cendol tak masak.memang fresh kita minum..

    ReplyDelete
  14. eemm.. menarik.. saya dah lama tak beli kelapa perah sendiri santan.. biasa beli santan yang telah siap diproses.. ;)

    ReplyDelete
  15. Ohh baru tahu tentang terapi santan.menarik tak perlu modal besar.memang diakui benda semulajadi ciptaan Allah pasti ada kebaikan..cuma kita je kena explore..

    ReplyDelete
  16. Wahhh doc... terima kasih bebanyak... lepas ni nak kena beli santan tetiap hari lah nampaknya kat pasar... atau beli kelapa and perah sendiri... saya pun nak jugak kurus tanpa senam... ngeeeeee... btw saya pun teringin nak jumpa pakcik yg umur 70 tapi nampak 50 tu.... 20 tahun beza tu... (bayangkan kalau saya 20 tahun muda.... pehhhh macam belasan tahun dah tu... hik hik hik... nanges member sekelas...) di tunggu ni doc kalau dah jumpa yer... bagi no contact alamat nama dan whatsapp dia kalau ada lah...

    ReplyDelete
  17. cerita baru bagi saya ada terapi santan ni.Rasa nak cuba,tapi macam tak berani.Nanti total tahap keberanian dulu doc.

    ReplyDelete
  18. ok, bru tau sbb bc dr cni.. apa la rsnya minum santan gitu je kan.. ok, nt blh cuba.. tp nk dptkn santan fresh ssh amat pulak..

    ReplyDelete
  19. Menarik!

    saya tunggu doc faiz jumpa pakcik tu. nanti update cepat2 tau.

    ReplyDelete
  20. Klu makan bersama kuah yg ada kandungan santan adakah sama khasiatnya?

    ReplyDelete
  21. menarik sangat..boleh di cuba..
    teknik salah cara memerah santan pun jadi isu ye Doc..hihi

    ReplyDelete
  22. Doc, saya perah santan pun cenggitu. Pastu rasa confused, nape la aku perah santan tapi santannya dpt ciput pastu hampas kelapa tu keluar ikut celah jari. Skali ada kwn bagitau kena ibu jari ke bawah supaya santan tu mengalir ikut ibut jari.

    Yang pasal santan takde kolestrol tu saya baru jugak tahu lepas tgk video drpd Kevin Zahri. Baru tahu yg kolestrol ni hanya dtgnya drpd haiwan, drpd tumbuhan takde kolestrol. Tapi.... kenapa mesti molekul berubah bila santan tu dimasak bersama nasik lemak? Kenapa? Tim kay ahhh?? Owh.. keciwa hatiku. *peminat setia nasi lemak ni*

    ReplyDelete
  23. hahahahaha dok buat terapi santan tapi tak nak bagitau ke? :)) silalah cuba and cerita ye...

    org tua2 dulu perah santan, ibu jari kebawah....cer cuba :)

    ReplyDelete
  24. Doc, kalau ada lagi result test pakcik tu dalam 2 atau 3 bulan akan datang, sila share ya....nak tengok lagi apa jadi dengan good kolestrol dengan bad kolestrol nama trigly tu....ada seorang pakcik penjual santan (kira penjual santan educatedlah) yang cerita hal ini pada saya dulu, based on pengalaman beliau satu tempat itu santan dijadikan minuman yang ditinkan atau botol dan diminum seperti jus....

    ReplyDelete
  25. minum santan ka?? bleh doc citer lagi ...

    ReplyDelete
  26. Kalau nk suruh mak akk try, boleh x?

    ReplyDelete
  27. info yg menarik ni doc.. bolehlh knor cuba... misinya kena istiqamah kn..

    tqvm.. apa salahnya kita cubakn. ada juga logiknya.. air klpa tu sgt bgus sbgi penawar, apa lgi santannya.. yg diperah dgn air mineral dn air tgn..

    ReplyDelete
  28. minum santan..adei..jenuh juga nak memerah santan hari-hari.buat masa ni saya cuba amalkan pemakanan sihat dan cuba exercise sesikit.

    ReplyDelete
  29. Kalau siap ada bukti ujian darah cenggitu , nampaknya bolehlah dipercayai. Kelapa pun dah perah, santan pun dah keluar, apa lagi minum le secawey hihi

    ReplyDelete
  30. Klu makan isi kelapa muda.. Cam ner... Lg sedap drpd minum santan... Doc.. Respon..

    ReplyDelete
  31. Klu makan isi kelapa muda.. Cam ner... Lg sedap drpd minum santan... Doc.. Respon..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...