Saturday, January 3, 2015

Salam Maulidur Rasul SAW

Sempena Maulidur Rasul SAW 1436 hijrah, mari kita tingkatkan lagi kecintaan kita yang sedia ada kepada baginda, dengan cara apa?

Dengan cara mengenali baginda sedalam dalamnya.
Bagaimana nak mengenali dengan sedalam dalamnya?
Dengan cara membaca sirah nya.
Malu lah kita kalau kita kenal betul pelakon kegemaran / pemain bola kegemaran / penyanyi kegemaran dan ramai lagi personaliti, tapi personaliti ini, manusia terbaik di dunia, kita tak berapa kenal..

Suka aku kongsi sebuah kitab sirah yang bagus..
Carilah dan baca..best  :)

Kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum oleh Sheikh Safiyyur Rahman al-Mubarakfuri adalah kajian yang mendapat tempat pertama dalam Penulisan Sirah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang dianjurkan oleh Rabitah Al-`Alam Al-Islami pada tahun 1979. Telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa dan disebarkan ke seluruh dunia Muslim.


Kitab terjemahan ini telah diterbitkan oleh YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) dan susunan bahasanya lebih mudah difahami kerana terjemahannya menggunakan Bahasa Melayu Malaysia, bukannya Indonesia.

11 comments:

  1. Moga kita semua termasuk dalam umat yg mendapat syafaat nya Aamiin Ya Rab..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kalau kita tak baca dan memahami sampai bila-bila pun kita tak tahu..

    ReplyDelete
  4. Buku ni adalah kisah nabi yang terpilih yang telah ditapis akan kesahihan riwayatnya.Kalau nak baca sirah rasululullah SAW pilihlah buku ni.memang terbaik.

    ReplyDelete
  5. Salam maulidur rasul buat Doc and family

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kongsi.
    Nanti nak cari.

    Salam tahun baru untuk DZ sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. Menarik buku ni, Nak cari lah.

    Salam maulidur rasul doc.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya ada bahan bacaan tambahan.
    Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...