Monday, January 26, 2015

Pulau Ketam

Semalam pergi jalan jalan ke Pulau Ketam.
Setelah 8 tahun ++ jadi warga Selangor, baru jejak kan kaki ke pulau ini.
Terima kasih kepada geng2 blogger yang ajak..

Bagaimana nak ke sana?
Pi tuju Stesen Komuter Pelabuhan Klang.
Dari situ, jalan kaki ~ 200 m dah sampai kat Jeti ke Pulau Ketam.
Boleh pilih nak naik speed bot atau feri lembab.
Tiket sehala RM10.

 Bukti dah sampai Pulau Ketam.

aku usung sekali anak bini dalam trip ni..saja nak kasi berjemur sikit budak budak tu yang manjang suka lepak dalam ekon...hahaha..

Di Pulau Ketam ni tak dibenarkan kenderaan berenjin. Jadi memang takde kereta & motor. Yang ada hanyalah basikal & basikal berenjin bateri. Memang sihat la kot penduduk pulau ni, hari2 exercise jalan kaki & naik basikal. Basikal yang aku sewa ni boleh naik bertiga. RM10, pakai lah sampai lebam sehari suntuk. Basikal biasa naik sorang, RM5 aja utk sehari.

Dalam pulau kecik ni, lengkap ada balai polis, ada bomba sukarela, ada sekolah menengah & rendah, ada 3-4 tokong cina ( sebab 99.9% penduduk ialah Cina), ada sebijik bank ( Maybank), dan ada Balai Islam ( berfungsi sebagai surau / tempat meeting @ aktiviti). 

Sebab komuniti di Pulau Ketam 99.9% Cina, maka takda kedai makan yang halal. Ok, pekedai2 nya panggil kita makan la, dia kata " halal maaa..no pork, no lard"..Signboard tulis no pork, no lard pun memang ada. Masalahnya, yakin & sanggup kah korang makan?  Hahaha...So bawak bawak lah bekal sendiri dari tanah besar. Kami ke sana selain utk jalan2, ialah utk sambut birthday si GB, jadi memang bawak siap2 mee goreng, kek, nasik lemak, air. Kat pulau ni memang banyak kedai runcit, so setakat nak beli air dalam tin/ botol tu, no hal.

 happy birthday to youuuu...happy birthday to GB....

Idea Dr Singa dan Wakjan lah utk kami ber gathering ke Pulau Ketam..Dr Singa ( baju hijau) dah pernah ke sini sebelum ni.

Penat kayuh basikal, kita turun tolak basikal! hahaha..Memang pancit la na k mengayuh naik jambatan di tengahari panas panas tu..

Apa ada di Pulau Ketam? Dapat tengok keunikan perkampungan nelayan Cina, yang mana rumah rumahnya di bina di atas tiang ( atas tanah paya bakau). Dapat tengok gaya hidup mereka yang cukup santai, takde traffic jem, takde tol. Dapat tengok jugak basikal canggih ada bumbung macam dalam gambar tu, hahaha. Yang kat belakang baju oren tu bukan warga Pulau Ketam, beliau ialah Wakjan, ahli rombongan kami  :)

Gambar kredit to Dr Singa. Team berbasikal yang boleh sertai Le Tour De Langkawi musim depan.

Gambar kredit to Dr Singa. Aku suka gambar ni. Komposisi best, dan bukti aku pernah berkayuh dengan anak anak aku masa mereka kecik...hahaha..


Buat mereka sekitar Selangor / KL yang nak short day trip..
Yang nak lari dari hustle & bustle kehidupan kota yang sesak jem sana sini..
Atau mereka yang kaki pancing ( ada banyak kelong kat sini)..
Boleh consider ke Pulau Ketam..
~ 40 min aja dari Pelabuhan Klang.

25 comments:

  1. Ada berangan juga nak pi sini, penangan tengok gambar cantik dalam blog Dr Singa tu. Tapi itulah, suami den tak reti naik basikal. Kah3x.

    ReplyDelete
  2. SA pernah nak pi sini...tp asyik x jadi je...nyampah tul...GB nyer bday?

    ReplyDelete
  3. Doc & famili tidur kat Pulau Ketam ke..? Kalau tidur di sana tentu night lifenya best kan... angin sejuk, suara ombak, ketenangan....

    ReplyDelete
  4. Seafood kat sana ada yg halal tak?

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak kayuh beskal...yg terdekat nak bawak anak2 adalah taman botani pjaya..x pnh ke pulau ketam-blh ler masuk dlm wishlist 2015 ni.

    ReplyDelete
  6. teringat psl pulau ketam masa tgk cite phua chu kang dulu... msti ada sebut psl pulau ketam... apa lg yg best kt sana yek doc...
    walaupun pulaunyer kecik tp pancit jgk kan kalu nk berbasikal kesana sini huhuhui...

    ReplyDelete
  7. puas hati dapat bakar korang semua!! hahahhaaaaaaaaa!!

    ReplyDelete
  8. bgus la...xde kenderaan berenjin so kayuh kayuh dan kayuh...memang sihat2 belaka ni

    ReplyDelete
  9. seronok tengok korang bersantaian begini
    tapi aku sedeyyyy
    sebab aku tak reti nek beskal kalau pi tempat2 lagu ni
    wakkakakakakakkaka
    keretapi, bot, beskal
    semua mode of transportation kegemaran anak2 aku
    aku boleh ajak anak2 aku la camni, tapi kang aku nak wat pe lak?

    ReplyDelete
  10. hepi belated beday GB... mak kakcik juriah tk folow plak ye

    ReplyDelete
  11. menarik tp bab naik basikal tu ...hehehhe payah sikit hahha

    ReplyDelete
  12. menarik...tunggu si baby tu besar sikit.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Ooo birthday gb ye.. hepy birthday., jauh giler sambut birthday

    ReplyDelete
  14. pernah ajak husband g cni, dia tnye ada apa kt sn.. terkulat² nk jawab sbb xtau sgt ada apa.. since dh bc blog doc ni, blh bgtau dia apa.. tp xleh la g bertiga, kena reramai bru syiok..

    ReplyDelete
  15. Macam best jer. Pernah sampai sini masa jaman cintan cintun dulu. Tapi setakat tgk org naik bot/feri ke pulau ketam jer lah.

    Wakjan ni memang saya follow IG dia. Dimana ada basikal, disitu ada wakjan...hehehe...

    ReplyDelete
  16. ohh..majoriti yg duduk di pulau ketam tu kaum cina yea?

    ReplyDelete
  17. first time komen sini (berdebo plak rasa)
    hahaha..nice knowing you & the family - sempoi!!!

    ReplyDelete
  18. saya tak pernah sampai lagi pulau ketam. heheh. kesian sungguh kann T.T

    ReplyDelete
  19. Macam sudah ku lihat gambar orang pakai baju hitam itu......tp dimana ya???? Mcm kat FB jer hihi.....
    Oh terima kasih banyak banyak......mmg kurang suka aktiviti sihat gini. Mak rela aktiviti tak sihat dpd berpanas kat tgh tgh laut cenggini. Kang kalau rentung kulit muka mak camne? haha

    ReplyDelete
  20. Macam sudah ku lihat gambar orang pakai baju hitam itu......tp dimana ya???? Mcm kat FB jer hihi.....
    Oh terima kasih banyak banyak......mmg kurang suka aktiviti sihat gini. Mak rela aktiviti tak sihat dpd berpanas kat tgh tgh laut cenggini. Kang kalau rentung kulit muka mak camne? haha

    ReplyDelete
  21. saya dah lama tak ke pulau ketam
    last pergi masa zaman kanak-kanak dulu
    lepas tu dah tak ada hati ke sana...hehe

    ReplyDelete
  22. Haa, soalan saya mcm sama je dgn komen kat atas tu. Seafood murah tak? Kena naik beskal tgh2 panas tu rasa mcm adui penatnya

    ReplyDelete
  23. mcm best jer..shopping ikan sambil beriadah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...