Tuesday, January 20, 2015

Nasi Kandar Line Clear Yang Dah Tak Clear

Aku suka pergi Penang.
Memang selalu gi Penang.
Aku suka nasi kandar.
Kalau ke Penang, mesti makan nasi kandar.

Tapi..
Tak pernah sekali pun aku makan kat Line Clear.
Atas dua sebab:
  1. Aku tak suka bersusah payah nak menempuh jem/ cari parking susah..dan sejak ada anak2 kecil, ya, mmg aku jadi memilih tempat makan yang beri keselesaan buat anak anak. Kalau anak anak meragam, maka mak ayah nya pun akan tak tenteram nak makan..:)
  2. Secara peribadi, aku melihat Line Clear itu tidak bersih. Terbayang tikus besar anak kucing berlari sana sini di lorong itu. Maaf ya buat penggemar Line Clear, ini cuma pandangan peribadi aku..hihihih.

Maka bila baca berita ini, aku tersenyum...

Line Tak Clear   dan  Line Clear Cleared Out By Council

Selama puluhan tahun meniaga di situ, tak kan lah pihak berkuasa kesihatan di Penang tak nampak isu kebersihan di situ? ( ya, aku tahu, isu terkini ni takde kena mengena dgn bab kebersihan pun, tapi lebih kepada konflik keluarga-- penggiliran antara sepupu2 yg uruskan Line Clear tu)

Ada yang kata lokasinya yang menjadikan ia famous, dan " port best"
Aku tak sangkal.
Lokasi / nilai " port" sesebuah tempat makan main peranan besar dlm bisnes restoren/warung.
Tapi makin aku tua, makin aku sensitif bab kebersihan..

inilah nasi kandar pure Penang yang terkini aku makan, bulan Oktober 2014 yang lepas..makan kat Restoren Kayu. Aku suka ke sini sebab lauk dia sedap di tekak aku, dan restoren nya selesa ( buat anak anak aku, bukan sebab aku sesaja nak poyo tak makan kat lorong..hahaha). Tetiba masa update entry ni, rasa nak gi Penang lah...:P

44 comments:

  1. Replies
    1. aikkkkkk....
      tetiba masuk komen ni...
      hahaha

      Delete
    2. Dik...akak setuju dik. Isteri request tu, banyakkk pahala kalau dimakbulkan...hahahhaha

      Psst : Bukan peminat Line Clear atas alasan yang sama.

      Delete
  2. Saya tak pernah tau sampai Line Clear ni tapi dah Line tak clear lagi, tak mungkinlah saya teringin nak makan. Pleaselah DZ, jangan dok ingatkan tentang tikus di lorong-lorong kedai makan ni. Saya kalau teringin sangat dulu akan pergi juga makan di gerai walaupun adakalanya tutup mata je tengok keadaan gerai tersebut. Tapilahkan mesti tak mahu tengok belah belakang gerai. Kalau tertengok, confirm tak akan masuk! Sejak kahwin dan ada anak, samalah macam DZ. Kena cari tempat selesa untuk anak-anak juga. Dua-dua anak saya tu asal bau kurang menyenangkan aje, mulalah nak buat muka loya, muka nak termuntah dan sebagainya. HD pun memang pantanglah kalau tengok keadaan tempat makan tak bersih, memang masam mencuka mukanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kampung HD ada tak konsep warung / kedai pacak tepi jalan / celah lorong ?

      Delete
    2. Pernah tengok drama Korea tak, DZ? Gerai tepi jalan mereka bertutup plastik jernih tu, lepas tu meja makan semua beralas kain macam dalam restoran. Kebersihan orang Uzbek ni memang tiptoplah, DZ. Kalau masuk dapur gerai (bukan restoran ya) takda jumpa kekotoran yang menjijikkan. Pinggan mangkuk, peralatan memasak semuanya tiptop! Nak jumpa tikus mondok pun memang dalam mimpi jelah, tak jadi kenyataan punya :)

      Delete
  3. Setuju..... sangat setuju ..... kalau ada anak kecik berderet.....hihi.... memang tempat makan dan keselesaan kedai menjadi keutamaan. Maklumlah nak bergilir makan hahaha.....
    OKje biasa biasa ajelah Nasi Kandar ni....ada bdepan mata boleh aje bedal, tak de pun, tak delah hempas hempas badan sampai nak pergi. Ok... okje mmg dah sampai Line Clear ni. Memang sebijik apa yg awak cakap tu. Bukan pasal anak tikus tgh bermain tu tp cawan pun main basuh celup jer kot, gitulah perumpamaannya. Tp kari kepala ikan mmg mantop beb!!! haha...

    ReplyDelete
  4. bab kebersihan ni memang tiada kompromi...kebanyakkan kedai mamak ni nak bersih taraf A susah sikit..
    yang pelik tu..kedai mamak jugak dicari..hihi...tapi kalau dah zahir nampak cik Ti duk berkeliaran..seram jugak nak makan..
    alahai doc..duk tunjuk gambaq nasi kandar tu bikin kecur air liur..dah la pagi ni minum soy protein jer..:(

    ReplyDelete
  5. Satu yg memalukan bangsa kalau begitu kesudahan legasi datuknya.
    Kalaulah mereka sepakat mungkin yg clear bertambah smooth..
    Pertelingkahan tak memberi keuntungan pun.

    Gambar nasi padang dah menggoda selera kakak:)

    ReplyDelete
  6. dah lama tak makan dekat warung atau restoran..sejak isu kbersihan ditimbulkan..yan jadi sensitif makan diluar :-))

    ReplyDelete
  7. Betul tu. Bila ada anak² kecik ni memang faktor kebersihan dan keselesaan jadi keutamaan.

    Tak pernah ke penang. Kesian kan. Tapi kat sini pon banyak nasi kandar sedap ☺

    ReplyDelete
  8. tetiba aku pun nak pi penang hahahahha
    mcm siot la gambar nasi kandar ko

    ReplyDelete
  9. Gulpp doctor, saye rasa macam nasik ni semua dah kat tekak saya. Nasib le Penang tu jauh hahahaha.

    ReplyDelete
  10. Saya juga org Pulau Pinang, lahir di sebelah tanah besar. Kalau pi sebelah pulau, kebetulan pula waktu tu time makan tengahari, memang Line Clearlah tempat saya dan keluarga kerap menjamu selera. Biasalah bila makan tekak cuma peduli tentang aroma asli nasi kandar yang meruntun kalbu, soal kebersihan yg tak nampak oleh mata kasar tak diambil peduli. Tapi kelmarin Line Clear dah disita oleh pihak Majlis Bandaraya, sedih juga... Kalau pengurusan baru ambil alih nanti harap isu kebersihan gerai itu diberi keutamaan...

    ReplyDelete
  11. Tak lalu saya nak makan kat Line Clear ni walaupun orang kata sedap giler.. srmalam tengok Buletin Utama TV3, kedai ni dah keta sita ngan MPPP, pastu dieorang nak bawak kes ni ke court

    ReplyDelete
  12. Bukan setakat tempuh jalan jem, nak beratur ambkk nasi pun aku malas! Sebab tu aku suka cendol/rojak tepi jalan. Senang. Tongkat moto, terus lompat duduk atas bangku.

    Hidup lebih simple orang kabo...

    ReplyDelete
  13. skrg ni nk makan bawa anak kena p tempat yg ada aircond... selesa dan terhindar dr asap rokok.

    ReplyDelete
  14. banyak kali ke Line Clear.. Akak pun kurang suka area dia ni.. nampak mmg kurang bersih.. tapi biasalah kalau ikut big boss.. sedap katanya.. tapi mmg sedap.. i kureng sikit makanan Mamak Malaysia ni.. tp ada pilihan yang lagi best kalau ke Penang.. Pegi lah ke Merlin (sangat lama ni) dan satu lagi ke Hammediyah. bersih sangat.. dan menarik..

    ReplyDelete
  15. Penang antr tmpt yg nak repeat lagi dan lagi..food heaven kan..keke..pernah sekali mkn kt Nasi Kndar Line clear tu..nk masuk tu memula was2 la jugak tgk dl sekeliling, nmpk ok br makan walaupun port die celah lorong..tapi sbb jrg mkn nasi kndr, xleh nk nilai kesedapannye..hoho..

    ReplyDelete
  16. Saya selalu terfikir nasi kandar ni mmg spesel pd nasinya @ pd lauknya?pnh try sekali masa pg Penang dulu..

    ReplyDelete
  17. Akak pi Penang masa kecik2 dulu ja walaupun setiap kali balik Perlis akan lalu Tanah Besarnya. Bab makan pula akak pun sejak dah tua ni sedikit memilih tempat dan apa yg dimakan. Mak akak masuk kedai makan dia cari tandas sebab bila ke tandas biasanya akan melalui dapur kalau tak kena gaya kebersihannya mak akan ajak ke kedai lain.

    ReplyDelete
  18. Sejujurnya sebagai anak jati Pulau Pinang sy x penah skali pon mkn kt Line Clear tu...errr....geli tekak :p

    ReplyDelete
  19. try jugak mkn kat situ dulu..hurmm takde la sedap mana pon, tapi regenya makkk aiii..mengucap sekejap..hihih

    ReplyDelete
  20. actually tak gemar sgt mkn mamak..kerkerker..tapi laki dah suka kene gak la mkn kat situ t__T

    ReplyDelete
  21. Makcik orang Pg...baru 2x kot ke LC...bawa tetamu......

    ReplyDelete
  22. Restoren Kayu Penang Road tu dah kena sita dengan Majlis kesihatan dah ..waktu kami pi hjg thn bln 12 tu Dr.
    line clear ...dok sesat tak jd pi .... pi plak retsoren kapitan keling ...eeeuuuww ade bulu di kepak ayam .... sampai skrg rasa geli lagi ....

    ReplyDelete
  23. dl xminat n xde niat langsung nk mkn nasi kandar sbb kuah dia kari..pas pekena nasi kandar kt nilai tu, odappp pulak.. tp xde la smpi nk sgt mkn kt line clear ni.. bila dh tau ni, mmg kena elak la klu g penang.. mana la tau kann

    ReplyDelete
  24. Assalam doc,
    iols dah berbelas tahun dok penang ni
    ada la dal 2 kali kot pi line clear he3

    ReplyDelete
  25. Doktor, kalau nak mkn line clear jugak cuba gi makan kt line clear airport, saya pernah jadi warga penang belasan tahun jugaklah, tapi tak penah makan kt line clear tu...sebb utama pun bukan penggemar kari...hahaha

    ReplyDelete
  26. Sama macam Doc.. kalau nak cari tempat makan mesti cari yang bukan setakat selesa untuk anak2, jugak selesa untuk saya sendiri.. sebab kalau saya rasa tak selesa dengan keadaan tempat tu, memang takkan singgah makan walau sesedap mana menu dia..

    ReplyDelete
  27. kami tak lalu tempat lorong2 ni.. bukan nak sombong.. tapi mmg rasa tak selesa..

    ReplyDelete
  28. Saya klu mkn pun mmg cerewet bab2 kebersihan ni dan keadaan restoran haruslah mesra anak2.
    klu gerai tepi2 lorong tu bkn nak sombong tapi sangat x selesa

    ReplyDelete
  29. sila oooo sila. Kat kayu agak mahal sebenarnya, but worth it

    ReplyDelete
  30. DZ, saya pulak mmg dari dulu kurang suka persekitaran kedai lorong. Sbb sama la, nampak limbah kat tepi dan permukaan dapur yg kurang terjamin toyyibnya. Sampai skrg, saya sbnrnya tak faham nasik kandar tu apa. *hehe. lagi teruk*. Nampak macam nasik berlauk biasa je. Apa yg menjadikan dia nasik kandar? Kuah kari tu ke?

    Eh, tapi saya rasa kalo DZ, tak perlu tunggu ada anak pun dah particular bab kebersihan betul tak? Sbb profession doktor tu mmg menitikberatkan kebersihan kan? Setakat ni doktor2 yg saya kenal, semua permbersih sangat orgnya.

    ReplyDelete
  31. betul..tempat nya kotor..sakit mata saya ni..memang tak pernah makan kat situ sebab anak2 tak suka,..dah la sempit..

    ReplyDelete
  32. duluuuuuuuu... kali pertama dtg ke Line Clear, sungguhlaaa akk mmg tamaw.. dahlah sempit.. beratoq panjang.. tapi disebabkan hsbnd nak sgt.. kita mngalah. Tahu tak? Kat tepi lorong belakang tu ada tandas. dari tmpat akk duduk bleh nmpk pintu tandas dari sisi. Kalau jln terus mmg tak ada pintu lain selain pintu tandas tu. Akk rasa baru jer toleh kat situ takde sesiapa, tetiba shaja akk tertoleh lagi.. ada pekerja baik punya bawa tray lauk lalu kat situ. Cer pikir.. dia keluar celah lubang mana????

    Akk kalau pi Penang skrg cuma makan nasi kandar Kampung Melayu. Line Clear mmg dah lama babai..

    ReplyDelete
  33. tak pernah pergi pun sana. biasa tengok review dekat tv. :D

    ReplyDelete
  34. Saya smp xingat line clear nie kat belah mana.. sbb kalau gie penang mmg saya mentekak darah nasik kandaq meghata..setiap kali gie penang mesti naik berat smp 3-4 kg..;(

    ReplyDelete
  35. saya bukan peminat nasi kandar sangat tapi kalau ke penang mesti nak makan nasi kandar kalau tak macam tak cukup syarat pulak..tapi tak sanggup nak makan nasi kandar line clear..sebab otak saya berfungsi sangat clear time tu suruh jangan makan situ hihi

    ReplyDelete
  36. iols x tau lah org luaq ni suka sgt mkn kat LC tu ..bkn sedap sgt..mmg x sedap kut?tu tekak iols lah kan
    byk lg kedai nasi kandaq yg best2 yg oohhhsem kat penang ni...tp LC gak depa terjah..xfaham cheq hahaha
    uols lau nk mkn nasi kandaq..p la kat nasi kandar Deen jelutong tu ha..mmg kaw2 lauk2 depa tu sedap ohsem sekali habaq kat hangpa haha

    bukan tu je tu ha..tu nasi kandar beratuq/nasi kandar kapitan pun sedap..nasi kandar kampung baru sedap..nasi kandar almansor pun sedap..tp yg sllu weols satu famili pi nasi kandaq DEEN..fuhhhhhhh menceceh dah ailio cheq ckp pasal nasi kandar ni..dah lah cheq tgh diet ni hahaha

    tp kwn2 hubby mmg ada ckp LC tu kotoq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tu dia anak jati penang da senarai nasi kandaq yg boleh terjah..
      Tp Myra suka nasi kandaq Deen tu..
      Setahun sekali je p makan..hehehe :D

      Delete
  37. MJ dok penang tak penah sekalipun makan kt Line Clear..
    Nasi kandaq boleh kira dengan jari berapa kali makan dlm setahun.. memang tak minat

    Part line Clear tu mmg selalu dok baca cerita mengenai tikus besar.. serammmmm :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...