Thursday, January 8, 2015

Keguguran / Miscarriage

Semalam jumpa seorang wanita muda, yang baru kahwin pertengahan Oktober 2014.
Kisahnya, dia mengadu period nya panjang sangat, dari awal Disember 2014 sampai la sekarang..non stop.

Dah jumpa dua doktor sebelum ni.
Doktor pertama bagi pil hormon utk stabilkan hormon..kononnya kalau hormon stabil, period yg panjang akan berhenti.
Doktor kedua ( yg dia jumpa lepas 5 hari jumpa doktor pertama) pula bagi ubat utk hentikan darah, sebab periodnya masih tak henti henti lepas makan pil hormon.

Masalah dia masa jumpa aku semalam, darah period nya semalam keluar benda "pelik".
Dan semalam masa "period", dia rasa macam senggugut sikit..
Dia pun tunjuklah gambar benda pelik tu...lebih kurang macam ni rupanya:

 Fetus/ janin yang gugur. Gambar ehsan Google.


Aku suruh dia buat UPT.
Sah dia mengandung.
Sah dia dah gugur.
Yang keluar berketul tu, bukan darah, tapi fetus ( janin).

Selama hampir sebulan dia berterusan " period" tu, sebenarnya, dia alami " early pregnancy bleeding"
Dia sangkakan period berpanjangan, tak sangka dia mengandung pun.
Dia tak sangka dia mengandung, sebab dia kurang ilmu.
Dan juga sebab, doktor awal nya gagal nak diagnose dia alami " early pregnancy bleeding"

MORAL nya ialah:

- Bagi wanita muda yg baru kahwin, belajar2 lah ilmu tentang kitaran haid, ilmu tentang pregnancy. Tak perlu nak tunggu dah mengandung, baru nak hadiri kelas2 antenatal.
Dan pastikan dapatkan ilmu dari sumber yang sahih/ dipercayai. Nasihat2 meragukan/pelik/bersifat mistik dari jiran sebelah rumah/ kawan sepejabat/ makcik hujung kampung/ penyebar dakyah palsu kat wassap & FB, sila abaikan ya.

- Tanyalah/ berjumpa lah 2- 3orang doktor, utk dapatkan second/ third opinion atas apa jua masalah anda, kalau anda tak yakin masalah anda itu diselesaikan sebaiknya / anda tak faham apa yg doktor terangkan/ doktor tak bagi penerangan.

- Bagi yang mudah lupa / banyak makan semut, catat kitaran haid anda di kalendar / di henfon. Penting utk tahu bila kali terakhir datang period ( Last Menstrual Period, LMP) utk kira usia kandungan baby dan bila due date, untuk tahu pattern period anda ( andai ada masalah kitaran tunggang langgang). Dalam kes wanita muda ini, dia sendiri LUPA lepas dia kahwin mid Otober 2014 tu, bulan Nov berikutnya dia period atau tidak!

61 comments:

  1. saya tak salahkan pesakit tu
    saya salahkan doktor tu..
    tak cukup pengalaman atau tak cukup pengetahuan atau tak habis belajar atau tak cukup belajar atau MA buat locum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 101%. Sebab itu kalau doktor beri ubat baru untuk diri sendiri, isteri dan anak dan ubat itu tak pernah saya dengar, saya akan buat carian di internet utk second opinion. Bukan sebab tak percaya dengan ubat doktor tapi saya percaya doktor juga manusia biasa yang kadang-kadang alpa dan terlalai, doktor bukan malaikat yang sempurna sesempurnanya...

      Delete
    2. setujuuu... doc tu gak yang salah

      Delete
    3. Setuju jugak. Lagipun benda dah nak terjadi dan takde rezeki dia. Sedihnya tgk fetus tu. Dah banyak bulan dah tu kan kalo besar itu.

      Delete
  2. aku setuju ngan dr singa

    nak share 2 cite
    pakcik aku kan dr pakar
    dia kan ada mengajar gak
    ada satu hari dia saja letakkan 1 patient mengandung dlm wad biasa
    bila dia tanya budak tu utk diagnos wanita mengandung tu
    dia tanyalah mcm2
    1 soklan je dia tak tanya
    pasal kitaran haid
    dan dia diagnos pompuan tu busong

    gagal budak tu!

    ReplyDelete
  3. Benda basic pasal haid mcm kena catat tarikh period tu mmg dari mula cikgu dah bagi tahu rasanya....Tp tak pelah mungkin dah terlupa kot.....

    Lepas ni boleh belajar dik.....kan Tuan Doktor...

    ReplyDelete
  4. Alahaiiii...Takkan lah pompuan tu tak terfikir yang dia pregnant. Ker jenis tak catit bila datang period. Kan dah susah. Yang doctor pon tak tanya detail ker...hurmmmm...

    Betul tu doc. Ilmu tu penting.

    ReplyDelete
  5. kak nurul pernah alami situasi mcm patient ini,anak kedua,memang x berhenti period....dlm masa yg sama kak nurul tahu kak nurul pergnant,nasib baik dah ada pengalaman mengandung anak yg pertama,klu x mcm itulah x tahu diri sendiri sebenarnya pregnant....

    ReplyDelete
  6. ngeri nya..tapi pelik juga ya..tak dapat disahkan mengendung. Mula2 tu pasti tak datang haid kan..mesti sesuatu itu ada sebab, tak apa lah terkesan sekeltika ni ..ok lah tak apa mujur dia selamat. wllahualam

    ReplyDelete
  7. rasanya lah Doktok kat sini mesti ada jawapan pada masalah dia ni, hanya simbolik kesalan amat tebal. Dunia ni dah tenat apapun ada sejak dahulu. Ya Allah mohon lah selamatkan genarasi muda..pelapis gentera negara...amin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete
  8. Kesian dia. Moga ada rzki lagi lepasni.

    Betul kata doctor. Kita kena banyak cari ilmu. Ilmu keperempuanan lagi2 bila dah kawen.

    Saye start menggogle tentang2 kehamilan ni dari sebelum kawen lagi sebenarnya. Lepastu tanya2 orang. Walaupun ade je yg tak bagi kerjasama sgt. Bila tanye mesti sebut ala, normal la tu. ala biasala tu. Tapi tak give up. tanya gak yg berpengalaman termasuk la doktor faiz hihi.. Ditambah pulak adik terlebih dahulu kahwin, jadi dia pun banyak bagi tips2. Bila dah kawen, lagilah alert. Period lewat skit. Mula la nak buat UPT .

    Bab period. Saye memang mencatat period saya sejak saya kali pertama period lagi. Lepastu ada la tak tanda jugak. Main ingat je. Sejak lepas habis sekoolah baru saya catat sampai la kali terakhir period sebelum mengandung. Alhamdulillah period tak tunggang langgang.

    Apa2 pun. banyakkan bertanya. Benda basic kene alert.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan Cik Puan Eka..
      Saya tak kata doctor yang terdahulu tu salah atau betul.. tapi bagi saya.. perkara macam ni dia patut alert, takkan dia tak tahu langsung tak faham langsung mengenai kehamilan..
      Bila jadi macam tu, harap dijadikan pengalaman pada dia supaya dia lebih faham. Moga dia cepat sembuh hendakNYA.

      Delete
  9. nauzubillah..fetus tu kalau sekali imbas macam darah uzur je...macam tu rupa fetus ..baru tahu

    ReplyDelete
  10. doc, saya pernah keguguran & pernah D&C.. adakah sebab D&C menyebabkan susah nak lekat selepas tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. D&C yang lebih dari sekali ( maknanya awak gugur lebih dari sekali, dan setiap kali awak perlu D&C), akan meninggalkan " parut". Ia, parut itu boleh menyebabkan susah nak lekat.

      Delete
  11. xblh nak salahkan budak tu sebab dia mmg xtahu pape..dh kata baru kahwin kan...bila dh kuar darah tentu2 la dia ingat period..bila dh lama sangat sbb tu dia p jumpa doc..yg slh dlm hal ni..doc yg pertama dan ke dua tu lah sebab bagi ubat mcm2, x check details...haih...kesian budak tu..dh keguguran... ( ni komen utk komen2 kat atas yg slhkan budak tu )

    ReplyDelete
  12. Kesian budak tu.. tak pe la belum ada rezeki lagi.. mungkin ilmu tak ada dalam hal pregnant ni.. inshaAllah lepas ni akan lebih berhati-hati.. belajar melalui keselipan...

    Tak boleh blah betul statement DZ yg last "makan bayak semut" :P

    ReplyDelete
  13. doc, ms memula preggy, sy ada alami bleeding, drh fresh mcm period. pegi klinik 1st, doc kt ctu trus buat kesimpulan yg sy miscarriage tanpa buat scan pun atas alasan kandungan awal lg, sudahnya dia keluarkan surat utk sy refer ke kospital utk d&c.. sy xpuas hati, pergi klinik kedua, n doc klasifikasikan kes sy sbg kecemasan n trus ke bilik rawatan, scan n alhamdulillah kantung ada, jantung xleh detect lg sbb awal sgt kata doc.. doc minta sy dtg klinik semula slps 2minggu, dan alhamdulillah, ada denyutan jantung.. sblm tu doc bg ubat kuatkan rahim n bed rest 4hari..

    mmg sy zero sgt ms tu, tp xdela mcm doc pertama tu trus buat kesimpulan yg sy keguguran pdhal xscan pun.. geram sgt.. sejak tu, mmg xberhenti gali ilmu pasal kandungan, rahim lemah etc..etc..

    setuju doc ckp tu, kena belajar..belajar n belajar lg.. kena alert ttg kitaran haid..


    ehh doc, nk tnye..lepas bersalin ni mmg kitaran haid xbetul ye.. hehe, mahap tanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah selamat anak MizzTina ye. Rezeki dia Allah bagi tengok dunia..
      saya bukan doc tapi nak juga bgtau pengalaman sikit. dah beranak 3 ni hehe..lepas bersalin memang selalunya kitaran tak betul.. ataupun kalau kita fully breasfeed anak, haid mungkin tak datang untuk beberapa bulan pertama tu. saya selalu lepas 8 bulan macam tu baru period kot..

      Delete
    2. Mizz Tina.. lepas besalin kitaran haid depends pada orang.. ade orang ok jer, macam normal jer. ade orang tak betul.. kalau exclusive breast feeding, biasanya lambat sikit datang period tapi depends pada orang gak. ade orang terus datang period bile dah habis nifas..

      Delete
    3. MizzTina:
      Actually, tak boleh nak buat diagnosis dengan tepat " sudah miscarriage", tanpa ultrasound. Agakan boleh di buat, itu pun based on few factors, tapi perlukan pada scan juga akhirnya.

      Cycle period mmg akan tak teratur lepas bersalin, bergantung kpd banyak faktor, terutamanya samada awak b/ feed kan baby atau tidak. Bagi yg exclusively b/feed, sometimes setahun + boleh tak ada period. But on average, 4-6 months majoriti wanita akan kembali ke normal cycles.

      Delete
  14. Muda sangat-sangat ke perempuan ni? Macam mana period pun tak ambil peduli. Bukan setakat kerap makan semut, kalau ilmu kurang di dada pun kena ambil tau benda-benda basic macam ni. Tapi doktor yang dia jumpa tu, takkanlah tak tanya dengan lebih details lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda la muda sangat..sekitar 25- 26 umurnya

      Delete
  15. Alahaiii siannye..saya dulu sebulan period xdtg n xbudget pun pregnant..after sebulan baru tau pregnant slps di-harassed oleh kengkwn utk check..alhamdulillah xde ape2 yg berlaku..

    Kesian dekat adik tuh..

    ReplyDelete
  16. Tak blh nak salahkan bdk perempuan ni jugakkan..sebab dia mmg tak espek dia mengandung..mgkn jgk dia tak sangka kot.mgkn jenis payah untuk mengandung mungkin..

    Takde rezeki utk dia bt masa nih..
    InshaAllah pasti ada hikmah

    ReplyDelete
  17. huhu...sob sob... :(
    tq for sharing...kita yg dah anak 1 ni pun rasanya bnyak lg ilmu xtau...

    ReplyDelete
  18. Allah... kesiannya. Kalau tak jumpa doc kakak rasa entah sampai bilalah masalah dia tak dpt di detect
    Tak semua alert ilmu antenatal ni. Kakak dulu pun sama naif benar ketika baru kahwin.

    ReplyDelete
  19. pentingnya ilmu tentang pregnancy bagi wanita kan doc
    kene belajar jugak la ni walaupun tak kawen2 lagi ahaks !

    ReplyDelete
  20. Allah...kesiannya...

    sy pon jd camni gak awal2 pregnant tu.Period bpanjangan.Gigih check UPT x naik dabel line walaupon period.
    x puas ati asik period ja p klinik ckp nak scan kot2 fibroid ke apa dan hasilnya....pregnant.Wat UPT lps scan tu boleh plak dabel line...haihhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi macam tu ( awalnya UPT hanya " satu line" sebab awak test terlalu awal :)
      UPT akan detect kehadiran hormon mengandung ( HCG). Peringkat awal pregnancy level HCG mmg rendah..dan kalau nak test awal, test masa 1st urine in the morning ( sebaik bangun tidur), sebab masa ni level HCG paling tinggi dlm urine.

      Delete
  21. belum rezeki dia...tapi macam mana la boleh tak tau lansung kan Dr,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah takdirnya begitu Acik...;)
      Tak mengapalah, moda dia ada rezeki pregnant lagi lepas ni, dan mula belajar ilmu2 asas tentang pregnancy

      Delete
  22. ni kes lagi pelik..tp betul..sbb ianya berlaku pd adik ipar saya
    eia tak tau lansung dia mengandung...period tetap datang tiap bulan...
    oleh kerana dia ada darah tinggi dan lain2 penyakit,dia makan ubat2an..

    satu hari...dia sakit perut...bila masuk bilik air,keluar la baby yg telah cukup sifatnya..tp dah meninggal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat pelik!
      Maknanya, adik ipar akak mengandung sampai cukup bulan, dan dia langsung tak sedar??

      Delete
  23. Alahaiii.. kesiannyeee..
    kalo saya pon mungkin ingat itu period.
    lagi2 anak pertama kan.. mana lah nak ade pengalaman kan~

    tapi betol lah kata DZ.. memang perlu carik ilmu pasal peknen nih.
    kalo belom rezeki pon, sekurang2nye sebagai persediaan awal. :)

    ReplyDelete
  24. Salam DZ, seram lak tgk fetus yg gugur tu... minta jauh la mende camtu berlaku... tapi kalo takde ilmu pun... kene bykla bertanya.. dgn kawan2... yg de alami simptom gitu... better jumpe doc sakit puan la... yg pakar pasal hal berkaitan dgn kes sebegini... bila dah jadi camni.. sakit la...kalo boleh jaga la...ingat la sendiri kan... anggaran pun takpe kan Doc waktu kitaran haid kite.. saya pun tak tau.. tapi leh syak la kalo lame tak period tu.. hhehehee...

    ReplyDelete
  25. huhuhuhu sian nyer lah doc oi.... biasalah kan kadang mmg ada awal2 peknen bleeding kan sbb membe opis mmg gitu, tp sbb dia bt checkup n sentiasa alert ngn masa period nyer jd lambat period je trs bt pregnancy test sendiri hehehe...

    itulah kan, moga lps nih lebih alert lg wanita itu

    ReplyDelete
  26. mugkin bukan rezeki dia, apapu simpati dengannya
    kita pernah bleeding sampai 4 bulan
    sampai dah tahu period ke apa..rupanya sakit lain

    ReplyDelete
  27. ermmm..pernah alami keguguran dulu..

    tapi taknak salahkan sesapa..

    semoga that lady diberi kesembuhan dan kembali mengandung semula..

    ReplyDelete
  28. Allahuakbar
    kesiannya
    kenapa pada mulanya doc tu x wat ujian air kencing atau scan
    terus bagi ubat pil hormon
    maybe lau awal2 lagi boleh diselamatkan allahualam
    lau melibatkan kes2 yang serius macam haid yg berpanjangan baik pergi hospital besar atau lau mampu pergi hospital swasta

    apa yang berlaku harap dapat sama2 menjadi iktibar


    ReplyDelete
  29. saya pun miscarriage gak masa 1st pregnancy 2 tahun lepas.. sedih sangat..

    ReplyDelete
  30. MasyaAllah kesiannya... tapi kenapa doktor yang 1st tu tak terfikir yang patient dia tu prggy.. aduhaiii

    ReplyDelete
  31. sedihnya..xtahu diri sendir preggy and atlast miscarriage.

    mungkin dia sendiri tak pernah alert dgn cycle period dia sbb tu dia ingt dia period biasa.

    ReplyDelete
  32. doc...ngeri nye tgk pic tu...rupenye gugur yek...die plak ingat period lame...takut plak bace...ye laa tak pasal2 sakit lain makan ubat lain.....

    ReplyDelete
  33. aduhai ..kesiannye ...
    tp kadang tu sorry to say ... Dr pun suka amik enteng ...pesalah nye cek betui2 ....

    seb baik Dr dedi ziyyad ni terer .... klinik kat mana ...ade panel tak ... pas ni ai nk pi klinik Dr plak la

    ReplyDelete
  34. Alahai sedihnyer... tapi yerler jugakkan takkan doktortu tak tanya pasal mengandung..
    nampak inai dijari laktu.. mesti tanya mengandung kot.. sebab doktor akak sll jumpatu ituler soalan dia..
    geram lak takut dia perli akak gemukssss tapi dia kata penting tanya tu....
    kesian jugak yerk... tapi akak nyer kitaran period memang sepesen so memang senang nak ingat...

    ReplyDelete
  35. best topik ini, bagi saya hanya kita yang lebih kenal diri kita sendiri, bila tersilap info kita beri, akan berpanjanganlah silapnya, so sebagai yang pakar kena soal, walaupun dikira itu sebagai soalan bodoh nak dapatkan info yang tepat...sebelum buat keputusan..orang spt adik itu dan diri saya juga tolong ambil tahu dan sensitif terhadap diri sendiri.

    ReplyDelete
  36. ye betul..orang muda sekarang kurang betul ilmu2 kehamilan ni..tu la..ada internet tau nya chating kat fb je..tu yang jadi kes bila dengar orang baru kawen 2 minggu dah mengandung mula nak tuduh macam2 padahal diaorang yang ngok...satu lagi jenis berat mulut nak bertanya,,malu la konon ..patutnya apa kelainan yang dia rasa pada tubuh badan dia ,dia kena jelaskan betul2 pada doktor tu..dia tak kenal badan dia sendiri. ke?.sampai kat doktor ke tiga baru dia sedar "period" dia tu pelik..kesian..

    ReplyDelete
  37. Satu pngajaran yg sgt mahal utk beliau. Dik...sempat x ceramahkan dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak ceramahkan dia kak...:)
      Dia baru aja alami keguguran...
      Tapi saya ambil masa terangkan pada dia betul2, apa dia perlu buat..terangkan pasal kitaran haid, pasal plan dia utk pregnant akan datang...:)

      Delete
  38. Bunting pelamin la kot ni ye. Syg x de rezeki. Sy yg anak 3 ni pun dok alert last period bila. Padahal anak last dh umo 6 tahun

    ReplyDelete
  39. kesian dia... belum ada rezeki... mudah2an dia ambil pengajaran dari yg ini

    ReplyDelete
  40. Sedihnya.. bila keguguran.. tapi iye laa dah bukan rezeki..

    Anyway TQ for the info.. bagus utk ibu2 muda..

    ReplyDelete
  41. simpati... :(

    skrg ni sng, dah ada apps utk rekod period. siap remind bila jangkaan datang period..bila jangkaan subur..

    ReplyDelete
  42. alahai nasib dia kerana kurang ambil tahu
    saya sejak jadi menghidap hyperthyroid nearly 20 yrs,
    saya dah agak masak dengan doktor, mana MA, MO, houseman, pakar dah boleh agak
    paling suka kacau houseman sebab diorang cam tak tahu sangat =)

    second opinion memang perlu bab begini
    cam kawan saya ada doktor kata anak dia mati dalam kandungan suruh cuci
    dia tanya doktor lain, anak dia okay aje, sihat
    sekarang budak tu dah masuk tadika pun

    ReplyDelete
  43. sedihnya.. xtau prgnant one thing, then tau2 ajer dh gugur..dhla anak 1st..huhu.. memglah ilmu tu sgt penting kan. n doctor pn patut kna tahu la bnda2 mcm ni. kalau xtahu pn boleh buat ujian lanjut jgnlah main taram jer....huhu

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum...
    saya nk tanya,sy pn skrg mengalami masalah mcm puan ni.
    dh 3minggu kluar darah mcm period...
    (PERIOD SAYA TIDAK NORMAL..so sy mmg xblh nk tau date yg btl utk period)
    3 minggu lps,sy kluar mkn..then masa bangun tu,sy rasa mcm ada sesuatu kluar dr 'situ'.sy cpt2 ke kereta n drive blk rumah.
    masuk toilet,cek,tgk berketul2 darah..tapi xrasa sakit pn..
    pastu sy pakai pad,tp xde langsung darah kluar semalaman...
    then seminggu lps tu kluar lg darah..bila dh cuci,pakai pad,xde darah lg..3hari kemudian, kluar darah ketul2 lg diikuti hari2 berikutnya kluar darah yg sedikit2..slps 5hari,kluar lg darah ketul2..dan sampai hari ni masih kluar darah yg sedikit2..
    adakah sy pregnant atau keguguran?
    sy dh cek UPT sblm kluar darah 1st tu,-ve..slps kluar darah 1st tu pn cek upt, -ve juga..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...