Friday, January 16, 2015

Download di Playstore





Jumaat pertama Ziyyad di sekolah..
Beritahu dia, esok & lusa cuti, boleh tido lama..

Tapi..
Dengan syarat, kena bangun subuh dulu, lepas tu tido la balik..
Ziyyad tanya, dulu masa tadika kenapa takyah bangun subuh masa cuti..

Sebab..
Dulu Ziyyad budak tadika, kecil lagi..
Now Ziyyad dah besar..
Kena bangun solat, tanda terima kasih kpd Allah..
Allah bagi Ziyyad macam2 kan?

Iya..jawab si Ziyyad..
Kalau solat, masuk syurga, Ziyyad nak kan?
Ya,nak...Daddy, dlm syurga nanti semua game abg bleh download kat Playstore free aja kan?
Iya Ziyyad..kat syurga, semua game free
( sebab kononnya dia kata game2 free tak mencabar, tak best...adoii aiii...hahaha)

20 comments:

  1. Walau ada lawak di situ tapi kakak terharu
    Ziyyad dah tahu tanggungjawab solat dah jadi "mesti' sebab dah masuk 7 tahun
    Tak mahu daddy/mummy tanggung dosa
    Moga jadi anak solleh ye sayang.

    Game apa pun nak ada di syurga:)

    ReplyDelete
  2. hehehe..tersenyum auntie sensorang kat dpn monitor nie haaaa..clever sgt ziyyad..;D

    ReplyDelete
  3. hehe mujur daddy ada jawapannya..anak2 sekarang bijaknya lain macam kan..

    ReplyDelete
  4. Kena didik anak mengikut pemikiran mereka kan DZ.. baru mrk faham... bila meningkat usia, mrk akan boleh berfikir apa kepentingan solat itu..

    ReplyDelete
  5. bagusnya ziyad... moga moda istiqomah ye ziyad :-)

    ReplyDelete
  6. aku senyum je baca entry ko ni
    perangai lebih kurang anak aku la!

    ReplyDelete
  7. Hahaha.. anak, anak... otak dieorg nak main jer. Hehe.. apa pun, well done daddy ziyyad sebab berjaya bagi jawapan yg bijak =))

    ReplyDelete
  8. aduhai...hahaaa..soalan tulus tu!

    ReplyDelete
  9. Hensemnyaaaa Ziyyad. Nanti kat syurga jangan kata game, apa saja semua ada, sayang. -Tetiba rasa nak nanges....

    ReplyDelete
  10. Kahkahkah!!

    Awesome jawapan ziyyad!!

    ReplyDelete
  11. hahhaa.. bijak nya ziyyad... kat syurga macam2 adaaaa... :)

    ReplyDelete
  12. Doc, mcm anak kawan saya, bila bertanya macam2 pasal syurga, ada yang tanya "kat syurga boleh hisap jari tak?" (sbb kawan saya tak kasi anak dia isap jari), yang kedua tanya, "kat syurga boleh mandi kolam tak?". Heheh.. suci betul budak2 ni.

    ReplyDelete
  13. bijak dan comel jawapan seorang anak kecil....

    ReplyDelete
  14. Apa agaknya dia akan fikir kalau kata tak boleh download..

    ReplyDelete
  15. Nape tak tambah kat ayat tu......esok dgn lusa cuti, ziyyad ngan daddy boleh tido sampai tengahari lepas subuh hihi....

    ReplyDelete
  16. Semua free, Ziyyad kat sana! Tapi sekarang ni kenalah rajin sikit beramal ibadah. Dah besar kan....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...