Saturday, January 17, 2015

Asid Borik Dalam Mee Kuning

Hari ni, wife aku nak buat mee kari.
Nak buat mee kari guna mee kuning..

Yang aku jumpa mee kuning ini...
Tak jumpa pulak jenama Ibu ( yang katanya takde asid borik)



Ada 2 isu berkaitan mee kuning yang kita risau kan:

  1. Isu penggunaan asid borik
  2. Isu kebersihan penyediaan nya.


Test yang biasa di canang2 kan utk mengesan asid borik dalam mee kuning, ialah dengan merendamkan mee tu dalam air serbuk kunyit. Kalau ada asid borik, maka mee itu akan bertukar ke warna merah.Aku pun selama ni memang percaya bulat2 test ini. Tapi hari ini, aku google punya google, keluar lah tentang Mee Bertukar ke Warna Merah BUKAN SEBAB Kehadiran Asid Borik
Korang klik dan baca penjelasan di situ.
Maknanya, kita sendiri boleh confused( kalau buat test tu kat rumah), mee bertukar color sebab memang ada asid borik, atau sebab kealkalian mee. 

Kalau takde pun asid borik timbul pula isu kebersihan penyediaan. Cuba tengok bungkusan mee kuning jenama Laksamana yang aku beli tu. Siap tertulis " Di Bungkus Dengan Hygenik". Boleh percaya 100% ? Wallahulam :)

Kalau kita betul2 berhati hati masa membeli mee kuning utk masakan di rumah, bagaimana pula mee kuning yang di gunakan di kedai makan? Contohnya kita order mee goreng mamak..

Tu sebab, aku prefer makan kat rumah.
Kalau makan kat kedai, selagi boleh elak mee kuning, elakkan. Tapi susah la kalau balik JB sebab balik kampung mesti nak pekena mee rebus / mee bandung..kah kah kah..
Kalau kat rumah, sebenarnya aku prefer wife aku buat mee goreng guna pasta ( spaghetti / fettuccine)


20 comments:

  1. Sesekali layan jugak mee kuning ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Dari kecik selalu tengok mee berwarna kuning, kalau warna merah atau putih rasa pelik la pulak...hehehe

    ReplyDelete
  3. kalau mee kuning sy sllu beli mee brand halimah.....sedap sikit,

    ReplyDelete
  4. nekcik pun suka guna spagheti jer

    ReplyDelete
  5. Nak tolak payah sebab kesukaan mee rebus, mee goreng......

    ReplyDelete
  6. bila dah menghadap mee bandung ke mee rebus kat JB tu... sila suap tampa mengkhayalkan apa2... kalau tak mesti keluar bayangan ulat sagu... arghhhhh tanakkkk....

    ReplyDelete
  7. mkn yg masak kt umah memg terbaik... kes asid borik ni mcm kes bskut baby yg kononnya ada plastik tula. tp sbnarnya itu tindak balas kimia karbohidrat..hehe.. seb tu ilmu itu pnting b4 nk tuduh apa2 kan :-)

    Norsalihah

    ReplyDelete
  8. Kalau mkn kt kedai, saya biasa irder kuey tiaw.. tak pernah order mee kuning unless kedai tu tak jual kuey tiaw.. tapi saya lebih orefer makan kat umah walaupun berlaukkan ikan masin..hehe

    ReplyDelete
  9. Sy sll mkn mee kt opis. Jemu mkn ns. Teringat jugk psl asid borik ni. Nk tukar menu la lps ni

    ReplyDelete
  10. salam.
    Ma pun teliti ttg mi. selalu beli skeg ni jenama halimah .ada kat pasar borong. tgh azam nak buat sendiri. insya Allah.

    ReplyDelete
  11. tak suka sangat mee kuning..mee tiaw dan mee hoon sebagai pilihan..

    ReplyDelete
  12. Mee kuning pilihan terakhir saya.
    Makan nasi lagi sedap.

    ReplyDelete
  13. saya tak tahan sangat kalau makan mi kuning.. entah kenapa nanti jadi bloated.. so prefer nasi jugak.. hihi

    ReplyDelete
  14. Mi kuning ni muaklah, DZ. Saya pun kalau beli cari kat pasar tani. Kononnya Melayu punya buatanlah tapi takda label apa pun :) Anak saya si Abang tu memang favorite mi kuning ni. Kalau saya, memang suka guna spaghetti je tapi dia tak minat pulak!

    ReplyDelete
  15. Haah doc. Kalo makan kat luar lagi la tak tau mee jenis apa yg mereka guna. Mee goreng guna spageti memang sedap. Saya biasa guna elbow macaroni je.

    ReplyDelete
  16. Betul....orang kata nak menguji mee kuning mmg gitu. Tapi tak kuasalah asyik nak buat ujikaji kalau nak masak mee. Huh...
    Stok rempah mee bandung ada kat fridge tu....udah teringin pulak nak makan meee bandung!

    ReplyDelete
  17. buat sendiri je.....gandum setengah kilo plus 1 cawan air atau campuran telor sebiji.....tu jer....nak cantik...letak la air kunyit.....uli keras2......pkai mesin pasta......rebus dalam air garam yang mendidih.....kasi timbul angkat.....toskan....gaulakan dengan minyak masak rata2.....sejukkkan.....paket saiz yang diingini.....simpan peti....buat stok seminggu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sedap weh.....x jumpa kat kedai

      Delete
    2. beli mesin pasta dulu...kat mesin tu dah ajar cara2

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...