Friday, January 9, 2015

Anak Itu Anugerah dan Amanah.

Dulu, zaman sebelum kahwin, sebelum ada anak, selalu dengar orang kata:

" Balik kerja penat letih, akan hilang bila anak anak sambut kita "

Benarlah kata kata orang itu.
Walaupun kadangkala jadi geram sebab perangai mereka di rumah..geram sebab kita rasa terganggu nak rehat/ nak tgk TV/nak tido...tapi sebenarnya itulah fitrah mereka sebagai anak anak kecil.  :)
Lagipun, masa mereka kecil ni tak lama pun, maka grab the opportunity..nanti bila mereka dah besar, kita akan miss moment2 masa mereka kecil..Tu pasal aku ambik gambar & video mereka banyak banyak...Anak sulung aku, dah besar dahh..tau tau Isnin ni dah masuk sekolah dah..

 budak bertiga tu..gambar sekitar Sept 2013

Semalam hujan lebat di petang hari.
Perjalanan balik yg ambil masa 20-25min, jadi hampir satu jam.
Penat, letih, stress memandu, walaupun cuaca sejuk.
Tapi nampak muka budak bertiga ni menyambut aku pulang dengan wajah ceria mereka, memang hilang segala rasa letih driving dalam jem teruk tu.

budak bertiga tu..Latest punya gambar ni, hari Ahad lepas  :)


Di hari Jumaat yg mulia dan penuh barakah ini..
Aku doakan kepada yang masih belum kahwin, moga dipermudahkan utk kahwin..
Yang dah kahwin dan masih belum ada zuriat, moga dipermudahkan dapat zuriat..
Yang baru ada seorang anak, moga dipermudahkan tambah lagi anak utk menceriakan rumah lagi..
Yang dah kahwin, dan kalau nak kahwin lagi satu & isterinya redha, juga moga dipermudahkan..:P
Insya Allah..
Aminkan doa ini ya kawan kawan..:)

40 comments:

  1. terima kasih doktor sebab bagi peringatan ini..

    ReplyDelete
  2. comey2 semuanya
    ye anak itu anugerah
    terpulang bagaimana ibubapa mendidiknya

    ReplyDelete
  3. Betul rindu saat anak-anak masih boleh didukung (kakak dah tua sekarang)
    Tengok mereka bertiga kakak boleh senyum - ada aura jadi terapi jadi happy.

    ReplyDelete
  4. Amin....
    Anak-anak anugerah yang tak ternilai. Cuma kita ni je kadang2 fitrah manusia...kurang sabar. Bila termarah, mula la menyesal. Ni nak hadap masuk sekolah si anak bujang..... Urut dada banyak-banyak...hehehehe

    ReplyDelete
  5. anak2 cepat membesar tp kita tak terasa tua hehe...

    ReplyDelete
  6. AMINNNNNNNN....Moga impian SA nak kahwen tahun ni dipermudahkan allah swt....

    ReplyDelete
  7. amin..;D

    sya 3 hari nie mmg asyik stucke dkat jammed je..teruk pulak tuh jammednye..wlaaupun tgk muka anak kat gambar pun boleh buat sejuk sgt hati nie..hehee

    ReplyDelete
  8. Amiin, Ya Rabbul Alamin...

    Sekejap jer Zayydan dan boleh berlari....

    Bila akak tunjuk video Adam masa kecik2 dulu, semua orang rasa rindu dengan Adam yang kecik. Even dia sendiri repeat nengok video dia berulang kali. Those were the sweet moments.

    ReplyDelete
  9. Betul tu Dr..kalau nacam acik ni.perkara lain ada masanya boleh lupa..tapii kalau hal anak2 dari sebelum lahir lagi acik boleh ingat

    ReplyDelete
  10. betulkan doktor DZ
    time kecil ni kita kena enjoy semua moment tu puas-puas
    kalau dia orang suka bercerita, layankan aje
    besok besa, kita tak dapat lagi peluang bercerita camtu dengan diorang
    for sure rindu zaman kanak-kanak diorang
    saya aminkan doa-doa tu semua kecuali hak yang last rasa doubt pula..hehe

    ReplyDelete
  11. comelnye budak2 ni...sepesen je muka hehe

    ReplyDelete
  12. kadang kadang terlepas cakap bila dorang menangis nak perhatian...
    anak selang setahun semua..
    lepas tu menyesal :'(

    ReplyDelete
  13. Amin.

    Betul tu doc. Balik penat² tapi bila tgk muka anak hilang penat. Next week start jalan sesak teruk lah. Minggu ni pon dah start :-(

    ReplyDelete
  14. Hensem dan comey comey belaka.
    Anaklah segalanya. X faham knp org sekarang yg suka mendera anak anak

    ReplyDelete
  15. Amiinnnn!

    Memang betul, DZ. Kalau nampak muka anak-anak terasa damai je dalam hati walaupun lepas tu sakit jiwa dibuatnya dengan kerenah mereka. Saya selalu juga dok fikir, baru dua anak lelaki dah macam ni. Macam manalah kalau ada 3,4, 5 anak lelaki semuanya dalam rumah. Boleh bayangkan haru-birunya!

    Semalam memang teruk sungguh jem. Dua jam saya dok dalam kereta. Rasa cam nak mengamuk jerk tapi takkan nak mengamuk kat hujan lebat pulak!

    ReplyDelete
  16. macam kes ibu bersalin ...sebaik tengok muka anak sakit pun terbang hilang engah ke mana

    ReplyDelete
  17. huhu.

    hari pregnant tapi gugur. tetap merasa keindahan jadi seorang ibu dan ayah. memang anak-anak dalam ape2 situasi pun penyejuk mata pendamai hati kan?

    ReplyDelete
  18. whoa.. dah 3 hero, camner ek kalo jaga anak lelaki?? huhuuu... lasak kan.. anak perempuan pun kenkadang ade masa dia lasak cam anak lelaki.. kalo ckp 'jangan' 'no' tu la yg diaorang lagi sukaaa nak buat.. geram mmg geram.. kenkadang nak tergelak je gelagat dowg tu menghiburkan sebenarnya dlm geram2 nak marah pun tak jadi la... heeee~

    ReplyDelete
  19. Assalam doc,
    betui3
    sebelom pergi koje & bila time balik koje
    memang release bila pelok ciom anak sob3
    oppsssss..emosi pulop

    ReplyDelete
  20. betul tu
    stress mcm mn skali pun bila tgk muka anak...terus segala dlm jiwa otak bagai hilang
    ya Allah magik kan..tau pun diorg budak2 ni mmg akan bgi kita naik gila..tp tanpa diorg
    sunyilah hidup kita..ewahhhh hehehe
    amin aminnn semoga apa yg diwishkan tu termakbul..smlah iols pun doakan tuk uols jugak

    ReplyDelete
  21. Aminnnnnn kecuali yg pasal tambah cawangan tu hihi......
    Betullah tu.... anakkan amanah Allah. Mcm anak kucinglah, time kecik tengah best kalau diajak main, tapi bila dah besar, bila buat perangai rasa nak heiii rasa nak...... heiiii.....

    ReplyDelete
  22. betul la..saya yang tak kerja ni pun bila bangun pagi mesti cari anak2 dulu..masuk bilik anak2 dulu tengok diaorang...

    ReplyDelete
  23. amin...dapat satu pun dah bersyukur sangat dari tak der langsung...tapi dah 5 tahun kawin masih lom ada rzeki..tumpang kasih pada anak tiri aje...

    ReplyDelete
  24. Betul tu doc, masa anak2 masih kecil, apa lagi jika anak ramai lahir setahun seorang macam saya, memang kepala sangat pening lihat kenakalan mereka. Tapi bila semuanya dah besar2 seperti sekarang, hidup lebih berdikari, rasa sangat rindu keletah mereka masa kecil. Kepada yg masih ada anak kecil, sepenat dan seletih mana pun anda, hargailah anak-anak, ceriakanlah hati melihat kenakalan mereka kerana masa yg dilalui sekarang tak akan berulang lagi bila mereka sudah dewasa nanti...

    ReplyDelete
  25. Amin..................... (panjang amin ni hehehe)

    ReplyDelete
  26. ye setuju..
    bila dh besar lain plk doc..
    berjauhan plk..asyik berckp dlm talian ajelah..
    bila diorg ada dpn mata..bgi sepenuhnya apa yg diorg tak dpt...pergi masjid sama2,makan sama2 masakkan lauk kesukaan diorg..solat jemaah sama2..nti tak dpt dh semua...kjap jer masa berlalu...

    ReplyDelete
  27. Yezzza.. betull. Anak adalah anugerah tak ternilai.. hilang terus penat bile tengok muka anak

    ReplyDelete
  28. alorr..comel² belaka anak daddy doc ni..hehe.. aminnn utk doa² tu.. tp yg part tambah isteri tu macammmmmmmm..hurmm

    ReplyDelete
  29. Doa yang last tu xmo aminkan.. hehehe..

    ReplyDelete
  30. lawa pic..comel anak2 permata hati

    ReplyDelete
  31. Terima kasih di atas doa DZ tu ye. Doa yg sama juga ditujukan utk dZ.

    ReplyDelete
  32. Allahumma amin...untuk semua doa. tapi doa yg last tu pening juga lah kalau para isteri baca...hehe....
    semoga semua anak2 DZ membesar menjadi anak soleh yang berjaya dan cemerlang hidup dunia n akhirat...aminnn

    zinziemeewah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...