Tuesday, December 22, 2015

Janganlah Mandi Laut

Malam tadi di TV, keluar berita menyedihkan ini...

2 pelajar hilang di pantai di Setiu. Dikatakan mereka sedang bermain di gigi pantai. Berita lanjut boleh baca DI SINI

Ajal maut memang di tangan Allah.
Tapi kita di suruh berikhtiar utk elakkan mala petaka, utk berhati hati.
Umum mengetahui, hujung tahun, memang musim hujan di Pantai Timur.
Sekarang ni tak la hujan lebat di sana, tapi ombak kuat.
Maka elak kan la masuk ke laut, tolong lah elakkan.
Main main di gigi pantai pun, kalau boleh tolong lah elakkan.
Yang " di tarik" ombak besar tu, bukan budak kecil...dah lepasan SPM, 17 tahun.
Bayangkan betapa kuatnya kuasa ombak di sana ketika ini.

Aku sendiri sengaja pergi bercuti ke area Terengganu, 3 tahun lepas, pada penghujung bulan Disember, utk merasai pengalaman musim tengkujuh di sana.
Aku ada ceritakan pengalaman tu DI SINI 

 Penghujung Disember 2012 dulu. Tengok saja ganas nya ombak kat belakang tu ! Kami berada di kawasan pantai di Dungun ketika itu. Nak jalan jalan dekat dengan gigi pantai pun aku & wife tak berani. 


Satu lagi, bila tiba musim banjir.
Tolonglah jangan seronok main/ mandi air banjir.
Tolonglah.
Bahaya.
Selain bahaya, banyak penyakit boleh dapat, kulit gatal2, cirit birit, etc etc.
Benda benda macam ni, mmg kena sentiasa di ingatkan.

Kita doakan pelajar yang hilang di Setiu semalam, di temui oleh pasukan penyelamat.

Thursday, December 17, 2015

Ahmad Maslan





Isnin lepas, aku jumpa beliau.
Di satu majlis makan malam.
Masa tengah layan makan malam & dengar ucapan beliau, aku sengaja up load gambar ni di akaun FB & IG aku...hahaha
Seperti yang di jangka..
Komen komen yang masuk..memang aku dah agak..
Hahahaha.

Beginilah..
Kenapa aku salam beliau? ( ada yang tanya dalam FB)
Beliau tetap saudara seIslam aku.

Memang banyak statement " bodoh" yang keluar dari mulut beliau.
Kesan nya, sampai la ni, bila beliau dah tak kawal GST ( dah pindah ke MITI), rakyat Malaysia masih kenang dia pasal GST.
Itu pilihan yang beliau mahu sebenarnya, nak jadi pemimpin.
Maka with a big power, comes big responsibility ( and risk being booed / kena caci / etc etc)
Dan kita kena ingat, keputusan utk kena kan GST, bukan keputusan beliau seorang..the whole cabinet bertanggungjawab.

agak rare kan? saat di mana kita zaman sekolah dulu sibuk bercita cita nak jadi doktor, jadi engineer, jadi pilot...beliau nak jadi pemimpin.


Apa apa pun, tolak ke tepi statement2 beliau yang menjadi bahan marah rakyat..
Pada aku, beliau memang humble, secara in person.
Mudah di dekati.
Aku yang marhein ni pun, mudah berbicara dengan beliau.

Ada masa nya, kita kena cuba lihat sisi yang baik/ positif pada seseorang ..
Itu yang agama anjurkan.

Apa apa pun, sebelum korang tanya..
Jawapan aku:
Aku tak sempat nak tanya beliau pasal isu GST ke, nasi goreng GST ke...
Hahahaha...


Meh aku belanja satu gambar rare ....

Aku katakan gambar ini rare, sebab bukan mudah utk kami laki bini nak gi dating berdua macam ni, sejak ada anak kecik 3 orang ni...hahahaha.

Monday, December 14, 2015

KL Yang Tak Pernah Lengang



Gambar di atas, aku ambik hari Ahad minggu lepas 6 Dec 2015.
Sekitar jam 10 pagi.
Tu kat tengah tengah bandar KL.

Sebenarnya, kalau selagi boleh memang aku tak suka driving masuk KL.
Entah la, sejak dulu lagi, aku fobia.
Fobia sesat, dan rasa rimas dengan tahap jem yang entah apa apa.
Walaupun sekarang boleh guna waze / gps, still aku rasa tak selesa driving masuk KL.
Kagum betul la aku tgk orang yang hari hari bawak kereta masuk KL ni.
Lagi satu, aku pelik betul tengok kedai2 makan tepi jalan kat tengah2 KL ni...contohnya kedai mamak..dan jugak bank ( eg Public Bank dalam gambar tu)...kat mana la korang parking kereta?
Kalau kat Australia, di tengah2 bandar ni mmg tak nampak parking lot, sebab ada banyak "paking underground". 

Dulu pernah try driving masuk KL tengah2 malam...jalan lengang..
Motif nya utk belajar selok belok jalan KL.
Tapi nampaknya, kena belajar lagi ni..
Sebab jalan jalan kat KL macam dah banyak berubah.

Friday, December 4, 2015

Majlis Sambutan 50 Tahun FAMA

Sedar tak sedar...
Rupa rupanya dah 50 tahun wujud nya FAMA.
Banyak jasa FAMA kepada kita orang Melayu ni..serius.

Sempena 50 tahun, FAMA adakan majlis jubli emas nya..

Bermula hari ini, hingga Ahad ni, 6 Disember 2015 di Dataran Merdeka.

 Macam macam pengisian ada....datang lah. 

 Isteri aku terlibat sama, bukan sebagai usahawan FAMA kali ini, tapi terlibat sebagai penasihat usahawan. Itulah sumbangan yang boleh dilakukan utk sama sama berikan ilmu bimbingan kepada usahawan usahawan lain yang baru menceburi bidang perniagaan. Kepada yang ingin tahun cara dapatkan bimbingan dari FAMA / MOA, boleh la ke Dataran Merdeka ya. Aku dua hari ni macam biasa, jadi " Arbaie Bujang Kembali"...hahahaha...anak anak pos ke kampung. Tengoklah, Insya Allah kalau takda aral, hari Ahad aku turun ke Dataran Merdeka.

 Ada cabutan bertuah tau. Macam macam hadiah ada. Tengok kat belakang tu...

 Hadiah TV 40 hinci pun ada  :P

 Hadiah basikal pun ada. Buat geng2 kayuh, ada Kayuhan 50 Tahun FAMA pada esok hari, 5 Disember. Kot la nak join sama.

 Dek kerana majlis ini akan di rasmikan oleh PM, maka perancangan rapi di jalankan. Malam tadi wife aku rehearsal sampai dekat pukul 12 tengah malam...kah kah kah.  Dengan Menteri MOA pun kena rehearsal sekali...



Aku nak ambil kesempatan ni la..nak bagitau..
Kita ni, bangsa Melayu..kena pandai guna peluang...
Zaman makin mencabar, ekonomi makin mencabar....
Memang betul itu naik, ini naik....baru baru ni tambang ERL pun naik...
Jadi jangan hanya tahu komplen kat media sosial sahaja...
Bertindak!
Ceburi bidang bisnes...mungkin dalam bidang pertanian, mungkin bidang2 lain....tak kisah.
Dan jujur aku nak kata kan, terlalu banyak peluang yang kerajaan sediakan..
Banyak!  Cuma orang Melayu aja yang tak pandai guna....
Turun lah ke setiap agensi, setiap kementerian....
Kita rajin kondem menteri itu, menteri ini...itu hal mereka lah....Tapi ingatlah, orang2 yang bekerja di kementerian dan agensi ni, sangat membantu usahawan Melayu..
Kalau bangsa lain dapat bantuan macam ni, tak tahu nak cakap la entah macam mana dah majunya mereka....
Turun padang, cari info...bertanya...be pro active...jangan nak semua benda bersuap...


Yang tudung biru tu Menteri Hal Ehwal Bakeri Malaysia yang baru...kahkahkah.

Thursday, December 3, 2015

Lunjur Kaki Minum Fresh Oren

9 November 2015 : Kuantan


29 November 2015:  Port Dickson


Bila lagi la nak lunjur kaki ni...
Rasa macam dah lama tak bercuti..kihkihkih
Barang harus di ingat, kita ni marhein ja tau ..jadi Mak toksah la ingat kita gi tempat2 bangsawan...resort mampu milik je...eh, mampu bayar..Hahaha..

Wednesday, December 2, 2015

Bertambah Ahli Keluarga.



Itu gambar family aku masa hari raya aidilfitri 2013 dahulu.
Masa tu anak bongsu aku, Zayydan kecil lagi, tak sampai 2 bulan.
Kecil ja family aku ni.
Aku tiga beradik. Aku yang sulung. Yang baju merah kiri sekali & tudung pink tu, adik adik aku.
Dua lelaki gagah yang diri belakang aku tu, bukan bodyguard aku, tapi 2 orang adik ipar aku.

Tahun ini, Insya Allah, family kecil aku ini akan bertambah ahli.
Adik aku yang bertudung pink tu akan bersalin, Insya Allah 11 Disember ini.
Ikatan cerclage nya akan dibuka pada tarikh itu, ( cerclage ialah gegelung yang mengikat servix, kerana servix, iaitu pangkal rahim, tak kuat)
Di uji tahun lepas, anaknya lahir tak cukup bulan ( 28 minggu usia kandungan), hanya sempat hidup selama 2 hari. Jadi utk kandungan kali ini, awal awal lagi dah di pasang cervical cerclage.
Mohon kawan kawan doakan semoga dipermudahkan urusan bersalin adik aku ya. Terima kasih.

Tuesday, December 1, 2015

Banglasia

Terkini...
Dalam masa sehari dua ni...
Gerombolan yang baru tiba di tanah air ku..
Kan katanya, nak bawak masuk berapa juta?
Heboh kontroversi projek TPM ni katanya...



- pergi Giant, cashier nya Bangla.
- nak potong rumput, Bangla yang potong.
- isi petrol, sah sah Bangla.
- pergi restoren, Bangla yang ambik order.
- renovate rumah, pun ramai kontraktor cina dah guna Bangla buat plaster siling / etc
- pergi kilang kilang di Shah Alam ni? Memang soheh melambak dah Bangla..
- lepas ni, pergi KFC....pun Bangla amik order.

Baik kita tukar nama negara..
Banglasia.

Lepas 5-10 tahun...
Menteri kita buat buat tanya..
" kenapa makin banyak gejala sosial"
" kenapa makin teruk kes batuk kering ( TB) "
" kenapa anak melayu ramai merempit"


ps:

- aku takde masalah dengan warga Bangladesh. Mereka pun manusia, nak cari sesuap nasi, nak ubah nasib keluarga. Mereka boleh kata hampir 90% Islam, ramai yang rajin pergi masjid istiqomah ( dan ramai juga yang kaki kacau perempuan / bini worang).
- so siapa yang salah? Siapa yang buat dasar yg bawa masuk punya ramai masuk negara sendiri?
Lu pikir la sendiri.

Monday, November 30, 2015

Premis Vape Tak Diterima Di JDT

Daulat Tuanku.


Thursday, November 26, 2015

Berapa Kali Rosak Daaaaa ...

Daripada handphone Samsung, bawak lah ke Lenovo, entah berapa kali dah charger aku rosak. Bertahan tak lama, lepas 4-5 bulan mesti " dah tak boleh charge". Simptom awal nya bila cucuk kat hp, kena adjust muncung charger tu sampai keluar ikon " charging". Last last, langsung tak boleh charge. Zaman dulu masa pakai Nokia, memang lasak la charger nya, jenis yang macam pin tu. Charger jenis macam ni sensitif betul. Bukan charger aku aja, charger bini aku pun sama. Tak kan la nak kena pakai iPhone?  Hahahaha.

Tuesday, November 24, 2015

Eye Contact Itu Penting

Kita ni, manusia.
Akan berasa ada nya hubungan, bila mata bertentang mata.
Orang putih kata eye contact.
Maka bila kita berurusan, cuba lah bertentang mata.

 Bila kita bersalaman, lagi lah penting utk tengok orang yang kita salam tu!  :P


Wednesday, November 18, 2015

Air Bungkus Ikat Tepi

Banyak benda pelik yang dilakukan rakyat negara ini...

Ini, salah satunya...


apa ke motif kau gantung air dalam plastik( ikat tepi lagi tu) kat ranting pokok? siapa pernah jumpa benda pelik macam ni, kita geng! hahaha

Monday, November 16, 2015

Pengisytiharan Penting !

Baca ini:  AZAM BLOG TAHUN 2015

Ok.
Tahun 2015 masih berbaki sebulan setengah.
Tapi aku dah boleh isytihar..
Bahawasanya..
Azam itu GAGAL !

Kita cuba lagi tahun 2016.
Miahahaha.



ps: entah kenapa hilang roh menulis kat blog.

Tuesday, November 3, 2015

China Lifts One Child Policy

Polisi satu keluarga, satu anak yang di kuatkuasakan di China sejak 35 tahun dulu, telah ditarik balik pada 29 Oktober lepas. Dah boleh ada 2 anak. Kini menjadi " Two- Child Policy"

Asalnya dulu di buat polisi tu untuk elakkan populasi rakyatnya bertambah terlalu ramai, sehingga berisiko menyebabkan kekurangan bekalan makanan ( 1962, ada kes kebulurun teruk di China yang membunuh ramai rakyatnya). Pemerintah China juga ketika itu buat polisi ini untuk memajukan negara( menaikkan pendapatan per kapita).Hasilnya, memang negara China membangun pesat.

Tapi adakah benar dengan mengurangkan populasi, boleh meningkatkan produksi, dan seterusnya negara maju? Seorang pakar Sociologist People's University, Zhou Xiaozheng berkata dalam satu simposium, sebenarnya, " kadar kelahiran menurun bila tahap pendidikan & pendapatan meningkat". Jadi pakar sosiologist ini cuba menemplak dasar kerajaan nya yang kononnya kerana dasar " One-Child Policy" lah negara China cepat, pesat membangun. Seolah olah pihak kerajaan mahu ambik kredit atas " berjayanya dasar satu famili satu anak" ini.

Aku rasa, aku bersetuju dengan Zhou Xiaozheng tu.
Aku tengok sendiri pattern demography pesakit2 aku, baik masa aku kerja di hospital, atau sekarang di klinik.
Yang miliki anak berderet ramai, majoriti nya yang berpendidikan tak berapa tinggi.
Yang miliki anak berderet ramai, majoriti nya yang pendapatan tak terlalu tinggi.
Puncanya banyak, antaranya pemahaman kita yang Muslim tentang konsep rezeki, pemahaman golongan yang kurang berpelajaran tentang konsep merancang keluarga, dan lain lain.

Aku bawa cerita One-Child Policy yang dah dimansuhkan ini, dalam blog ini, sebab aku cuba kaitkan dengan realiti negara kita. Tun Dr.Mahathir terkenal dengan Wawasan 2020 nya. Lagi 2 bulan, masuk 2016. Maknanya, kalau masih belum kiamat, Malaysia akan menuju 2020 dalam masa 4 tahun sahaja lagi. Adakah Wawasan yang di canang tu, telah tercapai?

Aku banyak berborak dengan pelbagai lapisan masyarakat, baik secara maya ( selalunya di FB), atau secara fizikal ( bertemu sebagai pesakit aku, borak2 dengan orang di kedai makan/masjid/etc).
Ramai yang merasakan, kita " going backward"
Peluang pekerjaan di negara sendiri, dipenuhi oleh warga Bangla, Nepal, Myanmar, Indonesia, Pakistan, Filipina, Vietnam, hatta tukang masak tomyam pun, import dari Siam!
Orang Malaysia sendiri makin susah nak dapat kerja.

Cuba bayangkan, kalau polisi yang sama, di buat di negara kita?

  • Dah takda kah orang merintih banyak belanja setiap kali musim buka sekolah / musim raya? Sebab anak sorang ja.
  • Kurang laku kah segala MPV sebab anak sorang aja?
  • Cikgu sekolah kurang stress, sebab bilangan anak murid dalam satu kelas, kecil?
  • Persaingan segala macam program realiti makin kurang, sebab jumlah peserta makin kurang?
  • Perniagaan taska & nursery akan merudum kah?
  • Perniagaan barangan bayi terpakai makin galak, sebab takde nak diturunkan ke anak yang akan datang segala macam breast pump, baby cot, buaian, etc etc?
  • makcik makcik mulut kepoh yang asyik tanya bila nak tambah anak, akan senyap?

Hahaha...cuba kira berapa ramai anak pasangan ni ada? 7 tau! 7 orang lelaki semuanya! 
( sebenarnya, tu adik ipar aku, tudung coklat depan & suaminya..baru kahwin lagi, takde anak...Yg bertudung belakang tu kakak ipar aku. Anak anak aku 3 lelaki + 3 anak anak lelaki kakak ipar aku + sorang budak lelaki, anak adik ipar aku yg lagi sorang. Ya, family sebelah wife aku, penuh koleksi anak anak lelaki aja! hahaha)


Soalan akhir:
Adakah Malaysia boleh jadi cepat membangun, berjaya..jika polisi yang sama dikuatkuasakan? :P

Monday, November 2, 2015

Movember

Bulan November ini, ialah bulan " no shave November".
Di kenali juga sebagai Movember.
Bulan bagi lelaki tak mencukur bulu bulu di muka.
Membela janggut dan misai selama sebulan tanpa di cukur.
Ianya bukan trend semata mata..
Katanya, sebagai kempen kesedaran.
Kempen kesedaran kesihatan lelaki, berkenaan isu kanser prostate, kanser testis, dan lain lain.
Mereka yang menyertai kempen ini, akan meraih dana sumbangan.
Dana yang akan di salurkan ke badan badan kebajikan berkaitan.

Berita lanjutnya:  DI SINI

Aku memang dah lama ada goatee, sejak aku tumbuh bulu di muka..haha..
Aku simpan dengan niat, ianya sunnah.
Cuma sejak 3- 4 tahun kebelakangan ni, ada masanya aku simpan jambang.
Pun atas niat ikut sunnah.
Sunnah yg paling mudah nak dibuat, istiqomah setiap hari...hihihih.
Jambang terkini aku ni, aku dah start bela & trim berulang ulang, sejak sebulan sebelum masuknya Ramadan 2015.

Adakah aku teringin nak simpan jambang misai style ala Wak Doyok?
Tidak!
Leceh nak menjaganya.
Dan pelik kot rupa aku pasang jambang macam tu.
Hahaha.

Wednesday, October 28, 2015

WW: Kaki Selfie


Monday, October 19, 2015

Bajet 2016: Harapan Anda



Apa yang kita mahukan dalam Bajet 2016?
Apa harapan kita?

Secara peribadi, ini yang aku mahu:

  1. BR1M dihapuskan
  2. GST diteruskan, dengan syarat di beri info meluas tentang ke mana halatuju wang kutipan GST
  3. Pengagihan bajet yang lebih ke sektor pendidikan dan kesihatan
  4. Pengurangan aktiviti mesyuarat kerajaan di hotel hotel dan resort resort
  5. Penambahbaikan sistem pengangkutan awam
  6. Penguatkuasaan ketat udang undang jalanraya bagi mengurangkan kes kemalangan, dan hasil kutipan saman disalurkan utk bajet pendidikan dan kesihatan.
  7. Naik kan cukai rokok dan arak setinggi yang mungkin

Friday, October 16, 2015

Belajar Tinggi Tinggi, Tapi Akhlak Sangat Rendah.

Salam Jumaat yang pertama dalam tahun baru 1437 Hijrah ( 16 Okt 2015).

Muhasabah untuk semua, di hari Jumaat yang mulia ini...




- Jangan ingat orang kampung yang tak pergi universiti itu semuanya bodoh.
- Jangan ingat orang yang ada PhD itu semuanya pandai.
- Kereta mewah jangan di sangka semuanya ada signal.
- Rumah laksana istana jangan di sangka semuanya bahagia di dalamnya.
- Bebaskan diri kita dari kebebalan akhlak & adab.

Thursday, October 15, 2015

Menentukan Kerjaya Anak.

Apa kerjaya anda?
Anda happy dengan kerjaya anda?

Ada tak anda dedahkan kerjaya anda kepada anak anak anda?

anak anak aku, memang selalu gi klinik. Stetoskop aku ( yang simpanan rumah punya) memang selalu jadi mainan mereka.

Anak sulung aku ni, tak mau jadi doktor. Dia nak jadi engineer katanya.


Aku dedahkan bidang kerja aku.
Tapi aku tak pernah nak beria ia galakkan anak anak aku ceburi bidang yang sama.
Jujurnya, kalau boleh, tak perlu jadi doktor.
Hahaha..
Sebab apa?
Ada lah sebabnya.
Ramai doktor yang mahu anak anaknya ikuti jejak langkah mereka..
Especially dari kalangan bangsa India...ia memang tradisi mereka..( bukan sahaja doktor, jadi peguam pun tradisi keluarga).
Tapi..
Ramai juga doktor ( termasuk ramai kawan2 doktor aku) yang tak ingin tengok anak anak mereka menjadi doktor.


Cukuplah sekadar anak anak aku berjaya dunia akhirat..
Punyai kerjaya yang halal, berkat..
Aku tahu banyak kes yang mana parents nya yg beria ia nak tengok anaknya jadi doktor lah, peguam lah, penyanyi lah..
Kawan aku sendiri dulu, dia buat medic sebab mak dia yang sibuk sangat nak dia jadi doktor.
Penyudahnya..dia memang hilang minat.
Aku dulu....mak ayah aku bagi aku buat keputusan sendiri bidang apa yang aku nak buat.

Tapi..
Andai bila mereka besar kelak..
Ada antara 3 orang anak aku tu yang beria ia nak buat medic ...
Aku tak akan halang..
Sebab...


Tuesday, October 13, 2015

Tunku Laksamana Johor

Aku memang follow IG Tunku Jalil, Tunku Laksamana Johor.
Beliau ada aura tersendiri.
Humble yang pada aku, bukan di buat buat.
Di uji dengan kanser, mungkin menjadikan beliau seorang yang berbeza.
Seorang yang disenangi semua jelata rakyat, tak mengira bangsa, tak mengira negeri.

Salah satu koleksi gambar beliau di IG nya, yang sangat terkesan bagi aku...


Jauh di sanubari, aku teringin sebenarnya melihat pemimpin pemimpin negara ini, turun padang dalam erti kata sebenar. Turun, menyamar macam Tunku Jalil buat.Tak perlu ber protokol, tak perlu ber escort. Pergi ke pasar beli barang, beratur bayar tol di plaza tol,  bersesak jem di highway masa musim cuti, beratur dan menunggu punya tunggu punya tunggu di hospital kerajaan...Mungkin masa tu barulah mereka tahu erti hidup rakyat..yang katanya asyik nak komplen. Sesekali, rai kan lah komplen rakyat, sebab mesti ada antara komplen itu, memang wajar di komplen.

Monday, October 12, 2015

Isteri Kedua

Wife aku busy mengembangkan bisnes nya..
Mohon doa dipermudahkan ya urusan wife aku...

Dek kerana busy nya dia, jadi aku banyak masa berdua dgn anak sulung aku..
Anak kedua dan ketiga aku akan dihantar ke rumah mertua bila wife aku meeting / outstation.
Lagipun mereka tak bersekolah lagi, so boleh la tinggal rumah atuk nenek.

Sebab aku tak geti masak,
Maka restoren & gerai la jadi " isteri kedua " aku...  :P
Kalau pun aku geti masak, memang aku tak mau masak...hahaha...aku habis kerja dah petang, sampai rumah dah pukul berapa..nak suruh aku kelentung kelentang kat dapur? Sorry! Hahaha..

Aku ambik gambar setiap kali kami berdua makan luar...utk kenang kenangan kelak...mengenang saat susah nya masa bisnes mommy kamu nak naik ni ya Ziyyad..






Tengok koleksi gambar2 kat atas...tu aja dah 12 kali aku makan malam kat luar...hahaha..
Selalunya, memang dinner kat luar..sarapan pagi aku bagi Ziyyad makan roti aja kat rumah..lagipun dia bukan jenis nak makan pagi sangat..kat sekolah dia pun ada breakfast di sediakan ( dan lunch).

Petang petang ada jugak bawak Ziyyad pergi mencendol bawah pokok...Best wooo cendol bawah pokok ni..

Selalunya, memang Ziyyad suka aja bila aku makan luar dengan dia..
Tapi dah nama pun budak...ada juga time mood dia ke laut...

Ni muka takda mood la ni...masa ni dia moody sebab aku lambat bawak dia gi makan...sebab aku ada hal, kena keja malam tu...kesian dia...padahal aku dah bagi dia makan roti masa kat klinik aku..

Dek kerana moody...

Maggi goreng feveret dia pun dia makan sambil muncung! Menambahkan lagi muncung dia, aku lupa order maggi goreng takmau sayur...hahahaha...Jenuh la asingkan segala bawang & sawi .


Pagi tadi, aku hantar wife aku kat epot.
Wife aku ada urusan bisnes di Kuching sampai Rabu ni.
Makna nya..
Malam ni kita ke mamak lagi la ye Ziyyad..hahahaa
Tak mau mamak, kita gi seafood thailand..
Tak pun gi fastfood.
Macam mana la daddy nak kurus ni woiiiiii....kahkahkah..
Bila mommy kamu ada, dia masak sedap...pun susah jugak daddy nak diet..kahkahkah.

Wednesday, October 7, 2015

Tak Makan Sayur

Dulu, kawan aku masa universiti tak suka makan sayur.
Padahal belajar medic...tau khasiat sayur..
Jenuh la aku suka sakat dia masa dia kuis kuis ke tepi togeh la, sawi la( kalau order mee goreng/etc).

Anak aku sendiri dah tunjuk simptom yang sama..
Demmmm!
Dulu masa baby, elok je korang mommy sumbat broccoli la..carrot la...
Dah besar ni pandai ya nak ngelat..

Aku ada idea...!



Tuesday, October 6, 2015

Bila Teknologi Menyusahkan Kita.

Teknologi sekarang ni, kadangkala menyusahkan.
Ambil contoh whatsapp.


Dulu, zaman SMS..kita tak tau mesej kita tu dah sampai ke tidak.

Dengan wassap, tanda 2 klik macam tu bermakna wassap kita dah sampai, cuma belum di baca.




Bila tanda 2 klik tu dah bertukar biru, makna nya mesej kita dah dibaca.

So di mana ianya menyusahkan kita?

1. Bila kita expect si penerima wassap utk balas wassap kita, tapi lepas baca, dia buat bodoh aja, tak reply.

2. Bila tanda klik hanya satu, maknanya wassap kita tak sampai, kita jadi risau...ada masalah ke si penerima ni? handphone dia tercicir ke? dia pengsan ke? padahal dia lupa on wifi aja..hahaha



Itu tak masuk lagi kes ramai yang stress sebab:

1- Terlalu banyak mesej masuk dalam wassap, sampai kong bateri. Penyelesaiannya ialah mute kan notification / off notification.

2- Nak leave group, tapi takut ada hati yang akan tersentap..haha.

Yang terkini, di Facebook dah ada option untuk copy paste status berserta komen komen nya sekali.
Dah tak perlu nak print screen.
Maka berhati hati lah bila ber FB...salah taip, kalau korang ada ramai haters, memang masak la...hahaha.

Monday, October 5, 2015

Vincci Sale

Sale ialah perkataan yang sangat berhantu di negara ini.
Walaupun aku secara peribadi, kurang percaya sesetengah sale di sini.

  • ketika sale, harga di naikkan dan kemudian di potong beberapa %, kononnnya sale.
  • harga selepas sale, sebenarnya lagi mahal berbanding harga biasa


2 faktor di atas tu bukan aku sengaja reka.
Saudara aku keja supermarket.
Dan kita sendiri kalau rajin, cuba target 2- 3barang yang kita suka ( baju ke, kasut ke, seterika ke), ingat harganya sebelum sale....jangan terperanjat ketika sale 50%, harga yg di jual sebenarnya hanyalah sale 10% ( bila di kira harga sebelum sale yang kita dah target dulu)

Pun begitu, masih ramai yang ghairah sampai hilang akal, hilang adab.

1. Big Bad Wolf.

Ini adalah mega sale buku. Ini kategori memang bukan pentipu punya sale. Memang betul- betul murah. Aku sendiri terjebak ke BBW dari pukul 2 am hingga 5am. Aku rasa aku hilang akal, sebab buku- buku BBW yang aku beria ia borong 2 TAHUN LEPAS, sampai ke hari ini masih ada yang aku belum habis baca. Kononnya bertaubat,  aku tak ke BBW 2014 & 2015. Wakakaka..

 Ini bukti nya. Aku recycle gambar aku ke BBW 2013

2. Sale tudung.

Aku tak mahu sebut jenama, dan aku tak boleh nak komen betul atau tidak sale nya itu / atau propa aja lebih..sebab aku tak pakai tudung...dan wife aku tak pernah minat nak terjebak beli tudung masa sale. Kesian jugak kat wife aku sebab dia kahwin dengan aku, rakyat marhein, tak merasa tudung 3-4 ratus ringgit.

Cuma ramai yang hilang akal sebab boleh beratur & berkhemah sejak pukul 2-3 pagi...ada yang sanggup bawak anak anak, bentang tikar kat kaki lima jalan. Dan ada yang akal letak kat lutut, block parking rumah orang. Ini bukan cerita dongeng, sebab kawan aku terkena. Rumah dia kat Bangi tu dekat sangat dengan sebuah kedai tudung ni. 

Oh ya..rupa rupanya...3 tahun dulu aku pernah membebel pasal tudung ini.  hahahaha.

3. Sale kasut.

Ok, ini yang paling latest. Hilang akal dan hilang adab semata mata nak beli kasut sale. OK fine kau nak jimat duit, dan ada yang bagitau mereka nak menjual semula...tapi perlu ke panjat pagar? perlui ke jadi zombie kampung pisang? kah kah kah..

Sampai kena batal sale nya..dek sebab ramai yang hilang akal...

Kerana kasut, manusia menjadi zombie. Menakutkan!

Panjat pagar kak..panjat jangan tak panjat..kahkahkah..

Friday, October 2, 2015

16 Adik Beradik

Minggu lepas, adik aku wassap gambar ni..


Sebenarnya, aku sejak dulu kagum dengan orang yang anak ramai ni..
Ramai maksud aku, yang berbelas belas orang..
Bila aku sendiri dah kahwin & ada anak, lagi la aku kagum..
Sebab aku memikirkan,bagaimana lah dengan anak berbelas belas ni,mereka:

  1. Tinggal dalam rumah. Kena ada berapa bilik dalam rumah? Berapa set katil? Giliran nak mandi? Nak makan serentak memang susah?
  2. Nak pergi berjalan jalan..kalau ada MPV pun, maximum boleh sumbat 8-9 orang.
  3. Si ayah tadbir ekonomi keluarga. Memang betul, setiap anak ada rezekinya, cuma nak tahu macam mana mereka urus kewangan. Beli pampers, susu..tu aja makan beratus sebulan.
  4. Kelelahan si ibu beranak tiap tiap tahun /selang setahun
  5. Nak bawak berjalan rumah sedara /kawan....penerimaan orang berbeza beza.


Alhamdullilah...cukup 3 orang ini. Memang dah tak boleh tambah lagi. Dah tutup kilang. Pernah juga bergurau dengan wife aku, kalau boleh pregnant lagi,nak cuba tak? Wife aku jawab " kalau keluar yang ke 4 pun boy?". Hahahaha....yang family dalam FB kat atas tu, 11 orang yang pertama, semua lelaki! Masuk no. 12 baru perempuan !

Monday, August 24, 2015

Maaf kan saya, Datin Sharlin.

Semalam, aku hadiri majlis resepsi perkahwinan blogger Khai bertempat di Dewan Banquet, MBSA, Shah Alam.

So kami geng2 kepada Khai ni datang la serentak...

posing kejap kat backdrop ni...ala ala pengantin baru..hahaha


Ni la geng2 blogger aku yang datang serentak semalam...
Kami geng Kejabab.
Kelab Jari Debab !
Hahahaha..
Ahli ahlinya selain aku ialah Dr Singa,  Jujie, GB, Kak Ana, Wakjan, Ina, dan juga Iyra( blogger pencen..hahaha).



Bila aku upload gambar di FB dan hashtag Kejabab, ramai yang tanya pebenda Kejabab tu....it stands for KelabJariDebab!..Sebab geng2 ni kalau menulis kat wassap, manjang typo...hahaha..


Sessi bergambar dengan pengantin....



Wedding Khai memang meriah..
Ramai tetamu..MB Selangor pun datang semalam..
So masa kami nak masuk dlm dewan, memang full house...jadi terpaksa la makan di luar dewan ( ada pasang canopy).

Anak bongsu aku pulak punyalah cranky semalam..entah apa pasal..
Masa kami masuk cari tempat duduk, anak aku melalak bising nak air...nak air...hahaha..
Ok...
Dalam pada aku melilau cari air & tempat duduk kosong..
Tiba tiba...
Ada seorang wanita panggil aku ( ke cuit aku...tak ingat...hahaha)..
" Wife kau mana??"
Wanita tu tanya..
Ok...
Jujurnya aku terperanjat + terkedu + tak tau nak respon apa..
Sebab aku tak kenal wanita ni!
Dan dia selamba tegur & tanya macam tu macam dah kenal lama..
Nak kata kawan sekolah, bukan..
Nak kata kawan blog, pun bukan..
Nak kata kawan FB, pun bukan...
Jadi sebab aku tengah serabut nak cari air utk anak aku + aku terkedu confused, mungkin la kot expression muka aku jadi pelik...Aku cuma menyahut " Oooohh...wife ada kat sana kot"..sambil aku sendiri pun tak tau wife aku kat mana ( pasal dia pun melilau cari tempat kosong).

ni bukti anak bongsu aku meragam, cranky semalam...hahaha...nak ambik photo ramai ramai geng Kejabab pun, dia memberontak baring guling atas lantai!

Masa makan aku cerita dengan wife aku..
Wife aku kata, tak kan la kawan dia..coz kawan dia tak kan selamba panggil aku dan tanya:
" Wife kau mana?"

Pagi ni..
Wife aku call..
Dia bagitau,
Rupa rupanya yang tegur aku semalam tu Datin Sharlin..
Silent reader blog aku!
Hahaha..
Patut la aku tak kenal!
Dan dia dapat call wife aku, sebab aku memang published no hp wife aku kat blog ( bisnes macaron).
Datin Sharlin cakap dengan wife aku..
" eh..kenapa sombong pulak semalam..bla bla bla"

Ya ampun....
Maaf ya Datin Sharlin..
Saya bukan sombong...
Jujur memang takde niat langsung nak menyombong..
Sebelum ni pun banyak kali dah silent readers blog ni tegur saya kat luar..
Saya ok aja, layan, borak2 macam kenal lama...
Tapi semalam...
Sebab situasi kalut + terperanjat + confused...
So muka jadi macam sombong..
Maaf ya...
Buat apa nak menyombong..
Kita ni dah la blogger picisan ja..hahaha..
Next time,kalau jumpa saya atau wife kat luar, tegur tauuu..jangan serik pulak..
Boleh lepak2 minum kopi ke...:P

Kepada Datin Sharlin, kalau baca entry ni, pls wassap me or wife..
Sebab bila wife aku check, nak call balik / wassap tak boleh..call by private number  :P


Gambar penutup. Hadiah untuk Khai. Oh ya, pengantin ni ialah Presiden Kejabab...sebab...dia lah yang paling kerap typo..dan typo nya tahap gaban! hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...