Wednesday, December 31, 2014

Sehari Satu Entry Tanpa Gagal

Ini ialah entry terakhir tahun 2014.

Menelusuri jumlah entry sepanjang aku jadi blogger ( tahun 2010 tak kira, sebab aku mula menulis penghujung 2010)

2011  : 246 entries
2012  : 224 entries
2013  : 187 entries
2014  : 168 entries

Ape ke hal makin merudum menulis ni?
Hahaha..
Pernah pasang impian kononnya 2014 " sehari satu entry tanpa gagal"  
Rupa rupanya gagal  impian tu.
Kalau sehari satu entry, setahun patutnya 365 entry.
Tahun 2014 ni, tak sampai 50% pun dari target 365 entry..kah kah kah..

Takpe, kita renew azam tu..:)

Jadinya utk 2015...
Kena cuba menulis setiap hari, satu entry..
Termasuklah hari raya pertama.
Dalam hal ini, aku salute uncle Gedek  :P

Dan yang paling penting, aku akan cuba pastikan setiap penulisan itu membawa manfaat utk orang lain, sebab target utama ialah utk kumpul saham abadi, saham Nuffnang tu saja aja buat geli geli ( ni cakap orang yg nuffnang nya ciput..kah kah kah)

selamat tahun baru 2015 dari kami sekeluarga !! ( zayydan dalam perut mommy masa ni..hahaha)

Monday, December 29, 2014

Hero Yang Tidak Di Dendang

Truly,an unsung hero..






Sejujurnya, terdetik di hati ini " best nya kalau aku perolehi peluang bersama sama rasai pengalaman bekerja dengan hero heroin ini"









Menyedihkan, sebab saat gambar2 ini menjadi viral di media sosial, ada insan insan yang tidak punyai hati & perasaan tulis komen " mereka bukan hero, dah memang kerja mereka, dibayar gaji & elaun"









Sama sama kita panjatkan doa..
Moga gelombang ketiga yang dijangka berlangsung mulai semalam hingga Jumaat ini, tidak berlaku.
Dan jika berlaku pun, impaknya tidak seteruk apa yang telah berlaku.
Dan jika berlaku teruk pun, mereka semua sudah bersedia dan plan bencana telah elok di atur.

rabbi yassir wa la tu’assir ,rabbi tammim bil khayr ,aameen

Saturday, December 27, 2014

Hari ini 27 Disember

27/12/1978 - 27/12/2014
36 tahun.
Ku pohon tuhan panjangkan usia ku
Panjang usia dalam keberkatan & keredaanMu
Andai panjang usiaku
4 tahun lagi..
Umur yang signifikan akan ku gapai

Wednesday, December 24, 2014

Patin Gergasi



Harga ikan patin buah di Termerloh sekitar RM90 - RM120 / kg.
Ikan ni 190kg.
Jadinya, harga paling murah seekor ~ RM19,000- RM22, 800
Sekian
:P

Tuesday, December 23, 2014

Keputusan PT3

Semalam keluar keputusan PT3..

Aku faham, perlaksanaan sistem baru exam PT3 ni yang menggantikan PMR, agak tergesa gesa..
Maka keluarlah laporan akhbar INI

Cuma, aku sikit musykil dengan statement parents sebegini:

Housewife Rosnani Mohd Zan, 43, from Johor, was unhappy although her daughter scored straight As.

“My daughter only had two months to prepare for the PT3 and in between, there were other assessments that carried weight for the final results,” she said.


Kadangkala ( bukan kadangkala pun, tapi sememangnya), setiap yang berlaku itu, memang telah di atur oleh Yang Maha Mengatur.
Itulah ujian NYA.

Bukan tak boleh nak frustrated..
Bukan tak boleh nak komplen sebab Kementerian Pendidikan suka suki ubah sistem exam yang menyusahkan & tak sempat nak prepare..

Tapi boleh tak bawak belajar bersyukur?
Tahu tak ramai lagi pelajar di luar sana, tak score straight A?
Tahu tak ada saudara aku, hanya dapat 1E dan yang lain nya F?

Aku dulu ialah 1st batch yang ambil PMR, tahun 1993.
Aku dapat 8A 1B.
B ialah Bahasa Arab.
Aku & mak ayah aku tak langsung rasa terkilan / unhappy / frustrated sebab tak dapat score straight 9A.
DIA dah janji, kalau kamu bersyukur, kamu akan diberi lagi yang lebih baik.



 Bersyukur kita hidup dalam negara yang bebas merdeka, tak asyik berperang saudara, bom sana bom sini...

Monday, December 22, 2014

Petua Petua Berguna

Petua untuk mengurangkan nafsu asyik nak up grade tukar kereta:
Banyakkan melihat orang yang naik motor & basikal. Nanti anda sedar kereta buruk anda lagi bagus tak kena hujan tak makan asap berbanding naik motor Harley hujan tetap kena berhenti bawah jambatan.

Petua untuk mengurangkan nafsu asyik nak makan sedap sedap kat restoren high class:
Banyakkan melihat pelarian perang makan ( di youtube). Nanti anda akan sedar bertapa berharganya secebis daun sup yg anda tak habiskan.

Petua untuk mengurangkan nafsu asyik nak ber tukar henfon:
Banyakkan melihat iklan iklan new henfon, setiap hari. Nanti anda akan sedar, henfon ini tiada hentinya keluar new model.

Petua untuk mengurangkan nafsu asyik nak membeli make up itu dan ini:
Banyakkan melihat wajah wanita yang berjerawat teruk. Nanti anda akan sedar wajah anda dah mulus cantik pun.


Dan...


Saturday, December 20, 2014

Melayu Kena Merayu

Entry yang agak berat hari ini untuk kita semua hadam, tentang survival bangsa Melayu..

Ini luahan Tun Dr Mahathir yang terkini:
Malays now have to beg to remain in power

Dan aku secara peribadi percaya, kelemahan Melayu itu sendiri atas sifat malas yang amat payah diubah:
I failed to change lazy Malays - Tun Dr Mahathir

Melayu malas, tapi nak kaya, nak berkuasa.
Maka Melayu yang malas ini jual bangsa nya sendiri pada bangsa lain..
Di jualnya bangsa sendiri supaya diri sendiri survive.
Tapi berapa lamalah survival orang malas boleh bertahan..
Kesudahannya, Melayu kena merayu kepada bangsa yang membeli maruah Melayu itu..
Merayu untuk berkuasa kembali..
Merayu untuk menjadi kaya.

Gambar selingan:  Auuummmmm....malam ni Harimau Malaya akan menentang Thailand pada pusingan kedua final Piala AFF Suzuki. Misi yang sangat mencabar, apa apa pun bola itu bulat. Selamat berjuang Harimau Malaya. ( baru aku sedar Ziyyad belum ada jersey Harimau Malaya)

Friday, December 19, 2014

Kos Perbelanjaan Persekolahan Makin Meningkat.

Ini aku copy dari rakan FB aku..


Ulasan rakan FB aku yang memuatnaik status ini, ialah:

"Terbaca somewhere tentang ibu bapa merungut tentang perbelanjaan sekolah anak2 yg saban hari makin meningkat
Dah nak buat cemana dok Malaysia semua serba mahal skang ni so redha je la

Kalau uols nak merungut pasal kena spend byk utk anak tu nampaknya anda x ikhlas sekolahkan anak, baik x pyhanta anak ke sekolah or x pyh beranak langsung kalau ingat bila ada anak nanti membebankan dr kecik hingga masuk univ kena tanggung segala perbelanjaan pendidikan diorg

Katakan sorang anak perlukan RM500-RM600 setiap kali masuk skolah. Cubala uols simpan dlm tabung ayam kurang2 RM5/day. bleh dpt RM 1, 825 setahun kan? x cukup lg utk biaya sorang atau dua org anak?
Kalau korang mampu bayar bil astro, internet setaip bulan beratus ringgit, perbelanjaan sekolah anak pun nak berkira? pikir sendiri la ye..ckp byk kang org ckp 'ko xde anak ape ko tau???'...."



Pendapat aku?
Aku bersetuju dengan komen beliau.
Ada benda, kita perlu berkira.
Ada benda, kita patut benar benar suarakan rasa tak puas hati.
Tapi bukan utk semua benda & keadaan.
Fikir balik priority sebenar hidup ini.
Tanggungjawab kita bagaimana.

Thursday, December 18, 2014

Susuk

Bukan selalu ada penemuan sebegini bila tengok x ray..
Tapi bukan selalu tak bermakna jarang jarang..
Ada juga yang kita nampak wujudnya jarum emas di pipi ( bila buat xray tengkorak / skull)
Yang ini, ada kat kedua dua atas bahu..

Seorang wanita Indonesia, umur sekitar 40an, wajah biasa aja( bukan jelita macam Dian Sastrawidoyo) datang utk pemeriksaan rutin FOMEMA. Susuk di kedua dua bahu mungkinkah untuk beri kekuatan bekerja? Wallahualam

Wednesday, December 17, 2014

Kluang Rail Coffee, Nasi Lemak Wak Kentut, Kacang Pool Haji

makan utk 5 dewasa, 2 kanak kanak, 1 baby...harganya bagi aku, berbaloi..portion mee kari/ mee rebus/ saiz gelas nya besar besar. Orang beratur menunggu nak dapat tempat duduk. Ni bukan yg dekat stesen keretapi punya ( kecik saiz kedainya), ni kat cawangan barunya, kedai corner lot, besar, luas...Tu pun orang berkerumun nunggu giliran nak dapat meja kosong ! Nasib kat sini bukan self service.

Beratur panjang..menunya di Nasi Lemak Wak Kentut, Kulaijaya..hanyalah nasi lemak biasa + ayam goreng..tu aja..takde telur, takda sambal sotong. Start berniaga petang, pukul 9.30pm, ayam yang menggunung di goreng dah habis. Orang beratur panjang macam nak beli tiket wayang/ nak daftar masuk dewan mengundi masa pilihanraya. Semuanya, self service.

Kacang Pool Haji, di medan selera dekat balai bomba Larkin. Tak perlu diperkenalkan lagi. Makin famous setelah tokeynya bernikah dgn pelakon Wan Maimunah. Dah banyak kali aku pergi,kunjungan terkini semalam, dah amal sistem self service jugak rupa rupanya.



Jahanam diet aku 3 hari balik JB..
Hahaha..
Tapi bukan pasal makan makan yang aku nak cerita..
Aku nak ceritakan, betapa best nya kalau bisnes makanan kita, menjadi, meletup!
Orang beratur panjang..sangat panjang okey!!
Dah la self service...so berapa punya jimat ( kos pekerja kurang).
Jom meniaga makanan  :)

Thursday, December 11, 2014

Hari Keputeraan Sultan Selangor

Tabik hormat buat Sultan Selangor atas hari keputeraan baginda, hari ini. Walaupun aku rakyat JDT, aku mencari rejki di bumi Selangor. Aku bercuti hari ini.  :)
Oh ya, rekaan " Support our Troops " di baju aku itu, untuk hari ini, aku tujukan buat skuad Harimau Malaya, yang akan bermain menentang Vietnam dalam pusingan kedua, separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014. Support lah Harimau Malaya, tak kan nak suruh orang Ostolia pulak support team bola kita, ye tak?

Wednesday, December 10, 2014

Superman

10 Disember 2014
Hari ke - 4 lepas berkhatan
So far, so good..Alhamdullilah
Semalam dah pakai seluar ( dengan berlindung bird nya di sebalik bekas yogurt yang kecik tu...hahaha)
Dah mobilise, jalan jalan dalam rumah..

 Hujung bulan nanti dah boleh terbang macam Superman! hahah



Tuesday, December 9, 2014

Melayu Kena Belajar Benda Ini Dari Cina

Aku terpanggil untuk menulis entry ni, lepas terbaca status Kakcik Seroja di laman FB beliau, pada 3 Disember yang lepas..

Ni gambar ehsan dari wall Kakcik..hihihih..

Kakcik Seroja ke Klinik Kesihatan Kg Cheras Baru

Soalan kakcik dalam FB beliau ialah:

Cer bagi sebab - kenapa ramai orang Cina lebih suka pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan walaupun terpaksa bersesak dan menunggu lama?

Dulu, masa aku berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan, pemandangan yang sama juga aku lalui..Memang ramai orang Cina ke hospital & klinik Kerajaan. Bagi mereka yang tak mampu, memang kita faham kenapa ( sebab bukan semua Cina kaya raya / maju ber bisnes). Tapi ramai juga kaum Cina yang kaya raya, naik kereta menjalar jalar datang ke hospital & klinik kerajaan..Kenapa?

Entry ini bukanlah untuk bersifat rasis, bukan.
Malahan, entry ini sebenarnya aku tulis untuk buka minda kita, orang Melayu, tentang sikap kita, tentang mentaliti kita.

Orang Cina, tahu menggunakan kemudahan yang sedia ada.
Mereka gunakan sebaik mungkin. Mereka tahu, perkhidmatan di hospital & klinik Kerajaan, adalah terbaik, lengkap, berprotokol, walaupun terpaksa menunggu lama.
Orang kita, ada segelintir yang berlagak kaya ( baca: tak kaya pun, tapi gaya ngalahkan Datuk Datin)
Untuk penyakit penyakit kritikal, penyakit kronik yang perlu rawatan jangka masa panjang / seumur hidup, selagi boleh, dapatkan lah rawatan di hospital Kerajaan. Sebab apa?
  • sebab kos rawatan di hospital & klinik swasta makin mahal
  • sebab makin banyak kes hospital swasta yang tak ber etika, mengenakan cas di luar akal, mentang mentang yang membayarnya adalah insurance company
  • sebab makin banyak kes hospital swasta yang tahap penjagaan kesihatannya, ala kadar, malahan tak menyeluruh / tak ber-follow up betul betul.
Aku tulis begini, bukanlah bermakna gi hospital swasta tu langsung tak berguna. Tidak.
Ada ketikanya, kita perlu ke swasta, utk dapatkan rawatan/ diagnosis yang cepat, sebab kadar menunggu di kerajaan terlalu lama. Bayangkan, kena tunggu hampir 6 bulan utk dapatkan MRI, sedangkan kalau ke swasta, on the spot boleh buat ( cuma sediakanlah aja duit / medical card / insurance  nya)

Kalau kita lebarkan skop " orang Cina tahu menggunakan kemudahan sedia ada dengan sebaik mungkin" ini, kita akan dapati juga:
  • Betapa banyaknya peluang peluang dalam bidang bisnes / keusahawanan yang Kerajaan sediakan untuk kita, kaum Melayu / Bumiputera, tidak kita grab.
  • Betapa banyaknya peluang biasiswa / bantuan kewangan berbayar balik yang disediakan untuk kita Melayu / Bumiputera gunakan, kita tak grab, sebab kita malas belajar & malas bertanya.
Wife aku terlibat dalam bisnes bakery. Dunia wife aku dunia masakan, bakery, penghasilan produk. Wife aku dah pergi ke pelbagai kursus, seminar dan expo yang memang teramat banyak disediakan selama ini oleh pihak Kerajaan, dan majoritinya, PERCUMA...dan lebih lebih lagi, banyak dana & bantuan untuk usahawan wanita. Adakah kita, orang Melayu ambil kisah benar benar tentang peluang sedia ada ini? Aku berani jawab TIDAK, sebab wife aku sendiri dah tengok betapa banyak peluang yang ada, terbiar begitu sahaja. Betapa banyak dana yang ada, tak digunakan sebab tak ramai yang pohon.

Buang mentaliti " Kerajaan sentiasa salah"
Buang mentaliti " Nak pohon dana / bantuan itu ini perlukan kabel"
Buang mentaliti " Susah Melayu nak berjaya, kalau tak kenal orang dalam / etc"

Ya, mmg ada banyak melambak kes kes kronisme nepotisme dan segala mak nenek - me lagi.
Tapi lagiiiiiii banyak ketelusan & peluang yang ada, yang kita lepaskan.
Tengok Cina, ada mereka kisah peluang tu BN atau Pembangkang yang sediakan kan?
Yang mereka kisah ( dan kita patut kisah macam mereka) ialah bagaimana mereka boleh dapat gunakan peluang yang ada.
Sebab apa?

Sebab segala peluang/dana/ kursus/ seminar/ ubat ubatan/ mesin MRI/ jalanraya/balairaya, dan pelbagai lagi benda, yang tertulis/termaktub sebagai HAK KERAJAAN, datangnya, ialah dari duit kita sendiri, si pembayar cukai. Benda2 itu bukannya datang dari duit poket ahli politik ( tak kira idealogi apa pun).
Gunakan HAK kita sebagai rakyat.
Jangan asyik komplen itu dan ini sahaja..penyudahnya nanti kita makin mundur, orang lain makin kaya dan maju...dan kita rasa pelik masa tu, kenapa jadi sebegitu?

Monday, December 8, 2014

Berkhatan: Konvensional VS Klamp.

Alhamdullilah, anak sulung aku dah selesai berkhatan hari Sabtu lepas, 6 Dec 2014.

 untung laaaa...melepak sambil layan tab..zaman aku dulu, duk baring melangut aja la...hahaha


Ramai yang tanya pasal berkhatan, yang mana lebih baik..
Aku terangkan secara paling mudah dan ringkas ya.
Ada 2 cara berkhatan:
  1. Cara konvensional / freehand
  2. Cara baru, guna clamp
Hanya 2 cara tu aja yang ada.
Ok, dari 2 cara itu, kita boleh bahagi lagi kepada:

  • Cara konvensional / freehand, yang:
  1. Guna gunting
  2. Guna " laser"
  • Cara baru, guna clamp, antara nya:
  1. Generasi kedua seperti Smartklamp, Taraklamp, Ismailklamp, Plastibell
  2. Generasi ketiga, iaitu Alisklamp 

Ramai yang terkeliru dengan istilah "laser" dalam cara konvensional/freehand tu. Sebenarnya, doktor / medical assistant hanya guna alat yang dipanggil electrocautery. Mesin electrocautery guna aliran elektrik, akan membakar kulit kulup ( prepuce), dan juga membakar saluran darah ( stop the bleeding). Jadi ia menggantikan gunting, dan risiko perdarahan semasa prosedur khatan, dikurangkan banyak. Memang laser sebenar ada digunakan dlm bidang surgery, contohnya dalam pembedahan plastik, tapi kos sebiji mesin laser sebenar sekitar RM300 ribu..Jadinya, mmg tak praktikal utk hospital / klinik guna mesin laser untuk kes kes berkhatan.

 contoh alat electrocautery


Cara baru, clamp/ klamp ini sebenarnya, ialah ber inspirasi dari teknik tertua / kuno. Clamp bererti kepit. Kulit kulup/ prepuce tu di kepit dengan alat clamp. Korang boleh baca di SINI, penjelasan yang diberikan dalam bahasa yang mudah faham, tentang sejarah asal clamp, jenis jenis clamp, sampailah ke perbezaan ( cara & risiko ) berkhatan kaedah konvensional VS clamp.

Perbezaan antara konvensional VS clamp:


KONVENSIONALKLAMP
TEMPOH PROSEDUR25- 40 MIN10- 15 MIN
JAHITANYESNO
SUNTIKAN BIUSYESYES
LUKA TERDEDAHYESNO
JANGKAMASA SEMBUH5 - 14 HARI5- 7 HARI *

Aku pilih cara berkhatan yang mana untuk Ziyyad?
Aku pilih cara konvensional, menggunakan electrocautery machine.
Kenapa aku pilih cara ini?

Ok, sebelum aku terangkan kenapa aku pilih cara konvensional, perlu aku terangkan bahawa setiap cara, ada pro & kontra nya. Anda boleh menilai sendiri, berdasarkan bacaan di entry aku ini, di link yang aku bagi tu, bacaan bacaan lain hasil Google anda, dan juga hasil anda bertanya sendiri kepada doktor doktor lain. Anda dinilaikan sendiri, berdasarkan apa yang anda percaya, faham, dan inginkan...Tiada jawapan mutlak yang mana lebih bagus. Bagi aku, kedua dua cara bagus. Cuma kena pilih, yang mana kita ' serasi' atau ' selesa'..  :)

Ini sebab- sebab kenapa aku memilih cara konvensional. Ini pendapat peribadi aku ya, jadi jangan di ambil bahawa ini nasihat seorang doktor ( walaupun aku doktor ). Aku buat pilihan ini berdasarkan ilmu aku + apa yang aku inginkan :

1. Aku tak mahu kerja dua kali
Kalau guna cara klamp, lepas seminggu di clamp, pesakit kena datang semula untuk dibuka klamp nya. Berdasarkan pengalaman aku, membuka klamp ini, masih sakit. Mungkin ada yang langsung tak sakit, tapi ramai yang sakit. Alisklamp ( 3rd generation clamp) katanya lebih effektif dari 2nd gen clamp. Wallahualam. Aku tak mahu anak aku " menderita" dua kali, trauma dua kali. Khatan cara konvensional, benang jahitannya akan serap sendiri, tak perlu dibuka jahitannya ( absorbable suture ). 

2. Aku lebih percaya jahitan berbanding kepitan.
Macam yang aku terangkan, cara klamp ialah dengan mengepit. Kulit itu akan melekat sembuh hasil keruping. Kalau di jahit, kulit itu melekat hasil pertolongan benang jahitan, dan campur hasil lekatan semulajadi penyembuhan. Yang mana lebih utuh? Keruping ini juga ada kemungkinan tidak stabil / boleh terkopek masa klamp di buka pada hari ke - 7. Kalau, kalau keruping ini terkopek, maka akan terhasil perdarahan. Maka perlulah tunggu lagi seminggu plus minus, utk proses keruping baru ( revascularisation over the wound areas). Orang kampung dulu dulu, yang sunat atas batang pisang, mana ada jahit. Tekniknya ialah sama macam klamp. Tunggu kulit mengeruping di sekitar luka khatan, dan keruping itu akan hold luka tersebut ( sembuh). Cuma zaman dulu tu, lambat sembuh atas beberapa faktor lain seperti kurang hygiene/ tak sterile, tiada nya antibiotic di sapu / tiada dressing.

3. Aku percaya, khatan konvensional lebih cepat sembuh.
Ini apa yang aku percaya, hasil ilmu + pemerhatian aku jumpa ramai budak budak lepas berkhatan guna klamp. Ramai yang datang lepas klamp di buka, kulit sekitar zakar nya masih membengkak. Orang Melayu panggil bentan. Bengkak ini sebenarnya tindakbalas physiology yang normal, bukan sebab faktor pemakanan ya. Cuma dalam kes klamp, tindakbalas ini ada sikit terlebih ( exaggerate response), sebab tiada jahitan ( kulit hanya berharap pada pembentukan keruping). Pun begitu, ada ramai yang guna kaedah klamp, elok aja sembuhnya selepas klamp di buka. Jadinya, ianya bergantung kepada case to case basis. Tu sebab dalam jadual Jangkamasa Sembuh utk khatan secara klamp, aku letak lambang bintang ( *) . Anda pilih sendiri risiko apa yang anda sanggup tanggung.

4. Risiko kecederaan guna electrocautery adalah minimal.
Kalau anda baca di LINK tersebut, memang diletakkan risiko risiko kalau guna ' laser' tu, hinggakan teknik ini di ban di Turkey. Aku tak nafikan risiko itu. Setiap prosedur perubatan, ada risiko nya. Tapi aku percaya risiko kecederaan itu boleh diminimakan seminimum mungkin, dengan memilih pusat & doktor yang buat prosedur khatan. Maknanya, pilihlah pusat/hospital/klinik yang punyai fasiliti meyakinkan, dan pilihlah doktor yang berpengalaman ( a good reputation pun penting ). Tu sebab aku secara peribadi, tak berapa berkenan kalau anak aku berkhatan di majlis khatan besar besaran / perdana yang di buat di dewan/ balairaya / masjid / etc. Again, ini hanya pendapat peribadi aku sahaja ya, yang tak bersetuju, anda ada hak utk tak bersetuju.


Kebaikan paling utama kalau guna teknik klamp ialah, dalam fasa pemyembuhan seminggu tu, pesakit bebas bergerak gerak tanpa perlu risau hujung zakar ( gland penis) bergesel dengan kain.
Buat seminggu dua pertama lepas berkhatan, gland penis yang selama ini ' duduk dalam kulit prepuce' , akan lebih sensitif pada sentuhan..rasanya bukanlah rasa sakit, tapi bagi aku, lebih kepada rasa ngilu. Gland penis akan terlindung di sebalik alat klamp, VS terdedah kalau guna teknik konvensional.

Bagi aku, nak pilih teknik konvensional atau klamp, lebih kurang samalah analogi nya macam nak pilih BMW atau Mercedes. Dua dua bagus, dua dua ada kelemahan & kebaikan tersendiri. Ada yang banyak pengalaman  buruk dgn BMW, ada pulak yang Mercedes nya selalu buat hal. So, ikut nasib badan...  :P

Thursday, December 4, 2014

Laksa Penang

Hari ni, aku malas nak tulis entry..
Jadi, aku copy paste je status aku pagi ni di FB..
Kisah di klinik aku petang semalam..keh keh keh..


Semalam, datang seorang lelaki yg secara lahiriah nya kelihatan suspicious, keadaan seakan lalok.....bertanya " saya nak buat rawatan, tapi saya takde duit"
Di beritahu dgn baik pada lelaki itu " boleh pergi ke klinik kesihatan berhampiran..bayarannya cuma RM1 sahaja"..
Lelaki ini menjawab " oohhh...alhamdullilah..ada juga yg murah" , sambil berlalu pergi, diikuti pandangan tertanya tanya staff klinik akan sifat misteri lelaki itu..
" mat drug rasanya tu", kata staf A..
Staf B pula kata " entah entah, itu malaikat..dia datang nak test "

Tak sampai selang 15 min kemudiannya, lelaki misteri ini masuk lagi ke klinik..Kali ini, dia minta RM5...
" kak...nak duit RM5..nak beli ikan kembung"..
Nak buat apa?-- tanya staff klinik.
" Nak beli ikan kembung...nak buat laksa"
Makan aja lah nasik..senang -- kata staff klinik.
" Tak nak..nasi tak sedap "
Dipendekkan cerita yg panjang...
Staff klinik bagi lah RM2..
" ni aja yg ada"--kata staff klinik.
" ni aja? mana cukup! " --kata lelaki misteri..
selang beberapa minit sesi bersoal jawab dgn staff klinik, lelaki misteri, berlalu pergi.
Moralnya..
Perhatikan..kot kot lelaki misteri ini ada datang ke premis anda pula

 tiba tiba rasa nak makan laksa penang...mana nak cari wehhhh

Wednesday, December 3, 2014

Kursus Perubatan Buat Lepasan SPM

Result UPSR dah tahu..
Nanti result SPM pula keluar..

Kepada pelajar pelajar lepasan SPM 2014 yang teringin nak lanjutkan pelajaran di bidang perubatan, kursus nya memang ambil masa...ada yang 5 tahun...ada yang 6 tahun...yang sampai 7 tahun pun ada.
Aku dulu 5 tahun.

Jadi, kalau rasa nak cepat grad..boleh consider option ini:

aku nak pergi ke planet ni nak sambung bidang kepakaran urat saraf..keh keh keh

Monday, December 1, 2014

Keeper Kat Mana, Keeper Kat Mana?

Sabtu malam Ahad yang lepas, yang sangat puas.
Lena tidur.
Hahaha...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...