Thursday, October 30, 2014

Happy Birthday Ziyyad



Hari ni 30 Oktober, birthday budak kat atas tu..
Birthday dia yang ke- 6 tahun   :)
Bukan anak ke 6 aku ya, ramai yg terkeliru dgn status kat FB aku pagi ni...hahaha
Nak control yang 3 orang ni pun dah stress kadangkala, kalau 6 orang anak? :P

Malam ni Insya Allah kita celebrate makan makan sifud ya..hahaha ( mommy daddy nya yg lebih)
Sementelah sekarang atuk nenek pun ada kat rumah..
Boleh la celebrate sekali birthday atuk ( 24 Oktober)
Ke mana kita?
Ke Aroma Jeram sudahhhhh

Tahun depan Insya Allah masuk darjah satu dah anak aku..
Dah tua dah rupa rupanya aku..
Hahahaha...

Wednesday, October 29, 2014

Final Piala Malaysia 2014

budak yang di brainwash sejak kecil utk support JDT, pun tak akan ke stadium Sabtu ini!


Aku suka pergi stadium.
Cuma kebelakangan ini aku jadi malas.
Bukan tak sokong, bukan tak minat dah...
Cuma makin malas nak bersesak sesak..
Makin malas nak beratur beli tiket..
Dan makin menyampah tengok pihak tertentu sewenang wenangnya ambik kesempatan jual balik tiket dengan harga yang mahal.

Baca Luahan Hati Ini :  Oleh rakan blogger aku, seorang fan JDT tegar.. :)

FAM allocate tiket online jua akhirnya..
Tapi berapa banyak?
10, 000 tiket sahaja.
Dan yang paling best, aku & kawan2 aku try online tadi, tak dapat masuk..

Berapa kapasiti stadium Bukit Jalil?
80 ribu orang..
Jadi baki 70 ribu tempat tu, FAM kata " akan di uruskan oleh pihak persatuan bolasepak negeri masing masing"
Maka makin berlakulah ketirisan dalam pembahagian tiket ( sila baca luahan hati tu kalau nak faham)

Terkini..
Alahai..
FAM..oh FAM..

Macam ni punya gaya nak anjur Piala Dunia?
Kirim salam.

Monday, October 27, 2014

Sukarnya Mendidik Rakyat Malaysia.


Umum mengetahui,rakyat Malaysia bila pegang stereng / handle motor, perangai berubah 360 darjah.
Ada yang menggila di jalanraya...
Ada yang jadi samseng jalanraya..
Ramai yang tak boleh nak patuh undang undang jalanraya..
Bila berlaku kemalangan, kerajaan di salahkan...
Bila berlaku kemalangan, cuaca buruk di salahkan..
Padahal kebanyakkan kemalangan berlaku, atas sikap buruk diri sendiri ketika memandu..

Maka pihak Polis pun pantau lah kelajuan pemandu dengan ' speed trap '.
Puas dah Polis menyorok celah jambatan / fly over agaknya..
Dan pemandu Malaysia pandai bawak slow bila sampai dijambatan / fly over..
Letak camera AES pun, tak jalan...
Maka Polis tukar tektik...

hahaha...letak camera speed trap dalam tong sampah !



Malangnya..
Kebanyakkan warga JB dah tau tektik ini..
Sukarnya mendidik rakyat Malaysia ,kan?

Friday, October 24, 2014

Tazkirah Hari Jumaat: Bersabarlah.



Kejadian kejadian yang menduga kesabaran:


1- Nak cucuk plug 2 kepala kat lubang plug. Nak nak pulak time tu la kepala pen takde dan benda alah ni hilang! Dan masa tu mmg nak cepat sebab ada urusan..


2- Dah beria ia gigih sampai ke gym, baru tersedar beg kasut tertinggal kat rumah !
    Dan aku pernah sampai ke gym, bila dlm bilik persalinan, check beg, baru sedar tak bawak seluar.
    So takpa, demi nak sihat, aku naik basikal pakai jeans...hahaha.
 Gym aku. Bila dah sampai sini, mmg keluar hormon dopamine, serotonin..rasa terus nak exercise & happy. So kepada yang selalu rasa murung, takde semangat, anda terlebih stress hormon, cortisol..go for regular exercise ya to release your happy hormones.


3-  Sakit perut kat jalanraya. Berhenti kat petrol station. Masuk toilet.
      Demmmm...air takda!

4- Lapar tahap boleh makan kuda. Order nasi goreng ayam. Terbayang ayam yg digoreng rangup.
    Lepas 15 minit, budak waiter kata " sorry bang, ayam habis"

5- Beratur sikit punya panjang kat cash deposit machine. Ada la dekat 15-20min kot,tiba giliran kita,  mesin " out of order". Sama juga kes nya beratur sikit punya panjang kat line SmartTag, tup tup kereta depan kita sangkut sebab kad dia tak cukup duit!

6-  Nak tolong bini sidai kain. Keluarkan segala macam baju yg dah siap spin dari washing machine. Sekali tengok bersepai pampers dalam tu. Sebab anak umur 3 tahun buang pampers dia dalam washing machine, sebab dia ingat washing machine ialah tong sampah! Dan dah 2 kali kejadian ini terjadi ya..jenuh nya nak bersihkan semua baju2 yang kena plastik / gel like structure dari pampers. Nasib baik la pampers yg hanya penuh dgn air kencing ya, kalau pampers penuh dgn najis, aku tak tau nak respon macam mana...hahaha.

Ini la budak 3 tahun yang dah 2 kali buang pampers dia dlm washing machine!

 
7-  Anak anak suka bawak mainan dalam toilet. Ok takpa. ( sebab mommy mereka yg layankan..hahaha). Aku masuk toilet, aku terpijak ultraman kat lantai..nasib baik tak tergolek!


8- Kita bawa anak anak ke pantai, utk hiburkan mereka. Kita pun terhibur spend time dengan anak anak. Sampai ke rumah, hati kita lagi terhibur nak bersihkan pasir yang berterabur kat karpet kereta..hahaha..
Jadi pastikan sebelum naik kereta, anak anak sekalian, bersihkan kasut, bersihkan kaki, tepuk2 kasut sampai takda sebutir pasir pun, baru masuk dalam kereta...hahaha




Thursday, October 23, 2014

Jom bercuti masa orang lain bekerja

Alhamdullilah...
Chicken pox ziyyad makin sembuh, blisters dah makin kering..
Berdoa semoga anak anak aku yg lagi dua orang tu tak kena..
Berdoa memohon padaNYA juga moga aku tak kena..
Sebab aku tak pasti aku dah pernah kena chicken pox atau tidak..
Tanya mak ayah aku, mereka pun tak ingat katanya! Hahaha..

ziyyad di bawak berjalan jalan kat KLIA2 semalam...kekonon nak ambik aura nak eroplane sebab dah lama tak naik..kah kah kah...boring la dia asyik terperap kat rumah seminggu ni...Plan nak bercuti dalam minggu lepas kena cancel sebab dia kena chicken pox...Cuti sekolah start 21 Nov ni, so aku harap anak2 aku sihat, aku & wife sihat..sebab kami nak bercuti cuti Malaysia, SEBELUM cuti sekolah bermula..hahaha( nak elak jem, hotel penuh, hotel mahal)..lagipun tahun depan ziyyad dah start masuk sekolah, so nak berjalan jalan lepas tu mmg kena tunggu cuti sekolah.

Tuesday, October 21, 2014

Dunia Perubatan Dan Makanan.

Makanan sering kali dijadikan mangsa yang tak bersalah dalam dunia perubatan.

Nasi yang berkhasiat sebagai sumber karbohidrat, dijadikan kambing hitam punca kegemukan, lantas nasi di haramkan dalam diet kononnya, demi nak kurus. Maka orang pun makan lah roti canai malam2, tak mau makan nasi katanya waktu malam. Tapi dia tak tahu calorie sekeping roti canai lagi tinggi dari sepinggan nasik! Dan calorie roti canai itu lebih banyak kandungan lemak tepunya berbanding nasi. Formulanya ialah kuantiti. Boleh makan nasi. Cuma kena kawal kuantiti. Elak makan nasi dan makan buah kononnya, tapi kau melantak makan pisang 3-4 biji...sebiji pisang dah ~ 60 cal...4 biji dah 240cal, sedangkan calorie sepinggan nasi tak lebih pun 200 cal.

Itu nasi kandar aku..hahaha. Aku makan last month masa gi Penang. Aku buat self experiment (sebab dah nak masuk 2 bulan sekarang aku berdiet secara sihat). Dalam masa 2 hari di Penang, aku makan, makan & makan..nasi kandar, char koeytiau, roti canai, nasi kandar lagi..sup daging...dan balik Shah Alam, aku timbang, aku berjaya naikkan 2.1 kg hanya dalam masa dua hari! hahahah..So moralnya, jangan makan tak ingat dunia, nak turunkan sekilo itu perit, nak naikkan 2 kilo itu amat mudah..:P



Sayur sayuran dan buah buahan yang penuh khasiat sebagai sumber serat & vitamin, dikambing hitamkan sebagai punca kembung perut, sakit badan, dan pelbagai lagi penyakit. Makan sayur menjalar nanti sakit badan katanya. Makan sayur itu sejuk katanya. Konsep Hot & Cold Myth mmg terkenal di rantau Asia. Masa berpantang lepas bersalin itu tak boleh makan, ini tak boleh, hanya makan ikan kering & nasi aja...macam mana lah ibu nak recover cepat, macam manalah susu ibu tak cukup, sebab makanan tak berkhasiat.


Ini cara makan yg sihat. Nasi segenggam, banyak kan sayur/serat, dan ada sumber protein sihat ( ikan bakar). Siapa tak suka makan nasi, kan? Alhamdullilah, sekarang boleh kawal nafsu. Makan nasi segenggam itu possible. 


Daging kambing.
Tak tahu kenapa masyarakat Melayu amat alah dengan kambing.
Pening kepala, naik darah tinggi katanya lepas makan kambing.
Makan daging lembu takpa pula.
Sedangkan, kolestrol dalam daging kambing adalah paling kurang.
Kandungan lemak tepu nya pun paling kurang ( bandingan gram per gram), hatta lemak dalam daging ayam lebih tinggi.

Air.
Paling sadis ada yang kurang minum air sebab taknak gemuk air katanya.
Tahu tak berapa liter air yang diperlukan dalam sehari 24 jam?
Lepas bersalin, mitos air pun muncul juga. Ada yang berpantang tak minum air banyak, bentan katanya. Sedangkan kawasan vagina wall memang akan bengkak sikit, itu normal response selepas kelahiran & jahitan episiotomy.

Apa yang penting ialah ilmu.
Tak jadi doktor, tak jadi dietician, tak jadi saintis, pun boleh tahu.
Ilmu di hujung jari sekarang ni.
Klik Google, cari ilmu, baca.
Baca dari sumber yang soheh.
Jangan percaya dari sumber tak berkaliber, jangan percaya sumber viral yang selalunya merepek.\

Oh ya..
Journey aku ke arah transformasi hidup sihat, baru nak masuk 2 bulan..
So far, so good.
Target aku, setahun.
Kenapa setahun? Itu time frame yang paling logik dan achievable.
Bukan nak kurus, tapi nak fit.
Bukan nak kurus, tapi nak lower body fat.
Tak guna kurus, tapi sebenarnya skinny fat
Tak guna kurus, tapi stamina takde, muscle wasting.

Monday, October 20, 2014

Ubat Buntut ( Paracetamol Suppository)

Perkahwinan campur, akan menyebabkan masing masing temui budaya yang berbeza.
Ada budaya /stail yang sangat pelik di mata kita, tapi mungkin biasa di mata pasangan kita.
Itu lah yang terjadi pada pesakit aku kali ini.
Seorang wanita Melayu, yang berkahwin dengan orang Arab ( aku tak pasti pulak belah mana,tapi kalau tak silap pendengaran aku, suaminya orang Palestin).
Ada 2 insiden yang berlaku,yang mana aku & pesakit aku itu sama sama tergelak ( bila pesakit aku ceritakan).

Kisah satu:
Pesakit wanita aku ni demam. Demam agak tinggi la. Jadinya petang tu dia jumpa aku.
Dia bagitau aku, pagi tadi suami dia pak arab tu masukkan ubat ini kat dubur dia !
Hahaha..

Paracetamol suppository memang dimasukkan di dalam lubang dubur,utk demam yang panas /atau kanak kanak yang susah makan ubat. Dos yang biasa ada ialah 125mg & 250mg. Yang pesakit aku tu disumbatkan dengan suppository 250mg, yang mana sesuai utk maximum umur 12 tahun sahaja. Tolak cerita pasal kesesuaian dos, memasukkan ubat suppository demam di dubur orang dewasa, bukanlah norma kita, kan? Hahaha..
Aku tak tahu lah kalau stail pak arab kat sana gemar masukkan ubat bontot, hatta kepada orang dewasa..:P



Kisah dua:
Selang 2 minggu insiden duburnya di cerobohi paracetamol suppository, pesakit aku ni datang lagi. Datang dengan anak nya dua orang, suaminya macam biasa,tak ikut.
Kali ini, anak perempuannya yang berumur ~ 8 tahun di bawa sebab SUAMINYA SPRAY SHELLTOX DI RAMBUT ANAKNYA, dek kerana tak tahan/geram kot dengan masalah kutu...Hahahaha..
Ubat kutu memang dah di pakai,dalam proses rawatan.
Tak tahu lah memang budaya arab ke, atau sebab suami dia geram sangat dengan kutu ke, ada ke di spray nya rambut budak tu ..So,kalut lah mak budak ni bawak jumpa aku..Memang merah sikit dahi dia kesan spray tu...check paru2 so far clear ( sebab anak dia ni ada asma pulak tu !)
Dalam geram bercampur gelak pesakit aku bagi tau " ntah apa lagi benda pelik pak arab tu nak buat lepas ni"..  :P

Friday, October 17, 2014

Sabar, ujian kita sikit aja ( banding dengan orang lain)

SMS dari wife pagi  tadi...

GASA stands for Genius Aulad Secret Society  ..hahahaha..ni kira port mak mak bebudak tadika GA berkomunikasi di whatsapp la..:P



hari ini hari ke 2 Ziyyad sakit...chicken pox...kesiannn..sebenarnya, bukan Ziyyad yang meragam sangat, tapi adik adiknya yang mengada ngada meragam sebab mommy nya sibuk bagi perhatian kat Ziyyad  :P  Tu yang mommy jadi stress sikit ..hihih


Maka, aku pun balas SMS tu...


Wednesday, October 15, 2014

Inspirasi Jakel

Dulu masa zaman kanak2, kami sekeluarga tinggal di Segamat, Johor.
Maka teringatlah aku akan kenangan zaman kanak kanak dulu..
Mak aku selalu gi Jakel..untuk beli kain.
Ya, Jakel yang dah famous tu, asalnya dari Segamat.
From a very humble beginning, rumah kedai berderet di bandar kecil Segamat.
Dan anak anak si Jakel ( nama pengasasnya), ialah anak anak murid mak aku..
Setiap kali datang ke kedai, mereka akan layan mak aku..
Teringat ayat mereka " kami ni cikgu, membesar atas kain aja..hahaha"
Sebab mereka luangkan banyak masa di kedai bapa mereka, selalu tolong lipat kain, bentang karpet, gulung kain, gunting kain, sampaikan bila penat, mereka lepak atas kain  :)
Sekarang ini?
Anak anak Jakel yang dulunya ' membesar atas kain' itu, dah mewarisi empayar kedai tekstil yang termahsyur di Malaysia.
Aku sendiri rasa bangga ( walaupun Jakel tu takde kena mengena dengan aku pun..hahaha), sebab aku dapat lihat sendiri bagaimana mereka berniaga dari kecil kecilan, sampailah berjaya ke tahap mega ini..

Anak anak aku pun sekarang ni, banyak masa " membesar kat studio bakery "...Sebab wife aku selalu bawa mereka ke sana. Tu anak bongsu aku tengah melepak kat bawah rak di studio. Sampaikan kadangkala aku tengok, anak anak aku boleh bermain sesama mereka main buat kek/ cupcakes..siap main jual kek..macaron....Hahaha..Takpe lah nakkk, asalkan korang tak jadi lembut...tengok siri Cake Bosstu...berjaya cemerlang dia..Aku berdoa, moga anak anak aku boleh mewarisi empayar bakery yang hebat, Insya Allah ( ambik semangat kisah Jakel)  :)

Tuesday, October 14, 2014

Doktor Lelaki Cek Bukaan


Ini keywords tertinggi di blog aku utk minggu lepas.
Memang malu kan, kena kangkang depan doktor lelaki bila nak tengok cervix dah buka berapa cm..:P
Aku boleh bayangkan, kalau aku perempuan, sure aku pun malu.

Aku ingat lagi zaman aku kerja hospital dulu, petang hingga malam aku ada buat part time (locum) di klinik swasta. Satu hari tu, ada seorang pesakit ni masuk2 aja dalam bilik consultation, dia senyum2..aku tanya kenapa?
Dia jawab  " saya malu la doktor...masa saya nak bersalin dulu ( 5 bulan lepas), doktor la yang selalu check bukaan saya"..
Aku kata " laaaaaa...takde apa nak malu pun..saya pun tak ingat ada check awak di wad bersalin...hahaha..sebab pesakit ramai  "

Jadinya, aku harap warga umum kena faham beberapa faktor ini:
  1. Kadangkala, sebab doktor wanita tak cukup / tiada, maka memang doktor lelaki yang kena check bukaan cervix anda.
  2. Doktor lelaki pun kena buat benda tu, utk belajar. Kalau tak belajar & buat praktikal, macam mana nak pandai, ye tak?. Satu lagi, kena faham, tak ramai doktor wanita yang nak sambung pengajian jadi pakar O&G. Sebab apa? Sebab kerja nya demanding, tak tentu masa orang nak bersalin/ nak kena buat emergency Caesarean. Maka berderet deretlah doktor pakar O&G lelaki yang dilahirkan kalau nak dinisbahkan dengan doktor wanita.
  3. Insya Allah, aku yakin majoriti ( > 98%) doktor lelaki yang check bukaan ni, takde simpan niat songsang/jahat pun. Doktor2 dah penat, takde mana nak bernafsu. Doktor2 adalah professional. Lagipun, kalau kerja di department O&G, hari2 tengok benda tu, dah naik lali, dan bukannya yang anak dara comel lote tak mengandung datang, yang datang majoriti dah nak beranak. Jadi bayangkan rupa benda tu. Pun begitu, aku tak nafikan, doktor pun manusia, dalam setandan pisang, pasti ada yang busuk. Pasti ada jenis doktor yang otak gila sex. Minta dijauhkan.
  4. Nak demand doktor perempuan bukan tak boleh, boleh, silakan. Jaga aurat selagi boleh. Tapi tolong reasonable / timbang rasa, lebih2 lagi kalau anda ke hospital kerajaan yang amat busy. Dah memang kalau ditakdirkan Allah time anda ke spital Gomen nak terberanak sangat masa tu, memang langsung takde doktor wanita ( yang ada sibuk di dewan bedah/ bercuti/ kursus/ etc), jadinya anda nak demanding jugak tunggu doktor perempuan tiba? Anda bermain2 dengan nyawa anda & baby yang dah nak keluar sangat itu. Inilah situasi yang pernah aku alami dulu masa di dewan bersalin, bila last2 aku check ( sebab dah nak terberanak sangat), bukaan dah 7cm, boleh rasa " cord around neck" ( tali pusat jerut leher baby). Nak bertangguh lagi? Kang kalau baby meninggal, the poor doctors juga yang kena salahkan. Suratkhabar tabloid yang tak bertanggungjawab ( suka siar berita sensasi ambik cerita sebelah pihak) pun mula mainkan peranan membusukkan nama doktor/nurse/ hospital.
  5. Kalau memang betul2 demanding & nak jaga aurat, kumpullah wang. Bersalin di hospital swasta, Insya Allah kebarangkalian nasib tak baik disambut oleh doktor lelaki itu amat amat tipis ( sebab anda dah bayar doktor wanita). Tapi ini pun bukan jaminan. Ada sahaja kes yg mana elok2 nak bersalin, doktor wanita yang patut sambut baby tu cuti emergency. See? kalau dah takdirnya doktor lelaki nak sambut/ check bukaan anda, ,maka terjadi lah ia, waima anda ke hospital swasta bertaraf 5 bintang sekalipun  :)

Monday, October 13, 2014

Cara Rakyat Marhein Menonton Wayang

Seminggu dua ni kecoh di seantero Malaysia tentang isu ekonomi & sara hidup.
Semuanya gara gara kenaikan harga petrol & pembentangan bajet 2015.
Kita boleh mengeluh, kita boleh komplen.
Tapi, kita wajar ambil langkah proaktif.
Jangan nak harap perubahan drastik Kerajaan yang entah bila...kita yang kena berubah.

Selagi boleh berjimat, berbelanja secara berhemah, kita buat.
Contohnya, outing tengok wayang bersama keluarga.
Harga tiket wayang dah belas belas ringgit.
Harga popcorn?
Ni popcorn terbaru katanya di TGV..

 Royale Popcorn di TGV. Popcorn premium sebab ianya 100% diselaputi caramel. Kos untuk combo Royale Popcorn + 2 minuman ringan saiz kecil macam tu ialah RM14.90. Jadinya, kos utk tiket seorang katakan RM 12 + kos combo popcorn RM 14.90  = RM 26.90.  :)
( sumber gambar dari Google)


Cara berjimat kami?
Rakam segala movie best yang ada di Astro dekoder.
Bila tiba masa sesuai ( malam minggu contohnya), kita set ekon sejuk sejuk.
Kita setting home theater set betul betul.
Gelapkan ruangan menonton..
Memang ala ala duduk dalam panggung wayang  :)
Lagi best sebab sofa empuk..boleh peluk2 bantal kusyen.....peluk bini lagi...:P
Nak ngunyah popcorn?

 Tadaaaa..home made popcorn.


Kos nya amat murah.
RM1.50 utk beli corn kernel ( boleh buat 3 large size popcorn)
RM 4.50 utk butter ..digunakan 4 tbs sahaja..
RM 2.50/kg  gula halus...guna hanya 250g sahaja
Minyak 1 tbs
Caramel kan lah semua popcorn tu...kalah Royale Popcorn! hahaha

Kebaikan tengok wayang kat rumah:
  1. Jimat tak perlu bayar tiket & popcorn
  2. Mudah buat yang ada anak kecil macam kami. Baby meragam,boleh pause kan movie, baby nak kencing berak, boleh pause kan ..budak2 nak makan minum tak cukup, boleh ambik kat dapur.
  3. Kalau tetiba mengantuk, boleh tido terus..haha
  4. Jimat petrol,jimat tiket parking.
  5. Kurangkan risiko kemalangan jalanraya / di ragut / etc


Thursday, October 9, 2014

Hijrah

Ada orang tanya kenapa aku & wife suka ke Australia.
Ada orang tanya kenapa kami nak hijrah ke sana.
Secara peribadi, apa yang kami rasa ialah, Islam lebih di amalkan di sana, walaupun majoriti mereka bukan Islam.
Secara peribadi kami rasa, tinggal di negara Islam Malaysia ini, makin lama makin pupus amalan Islamnya, walaupun majoriti penduduknya Islam.

Tak sayang Malaysia ke? Ini soalan famous.
Sayang...
Tapi bumi Allah ini luas. Baginda Rasul SAW sendiri berhijrah dari tempat asalnya Mekah, ke Madinah.
Bertebaranlah ke serata ceruk dunia, asalkan kau jangan lupa Allah.

Bila nak hijrah?
Wallahualam...Belum ada rezeki.

Luangkanlah 4 minit anda tonton video ini.

- Islam ajar umatnya bertoleransi dan hormati satu sama lain, tapi di Malaysia makin lama makin ramai yang bertelagah sebab perbezaan bangsa, agama, pandangan politik, hatta cuma pasal beza negeri aja pun!
- Islam ajar umatnya supaya jadi pembersih, tapi di Malaysia lepas guna tandas awam, nak flush pun tak geti, buang sampah selamba luar kereta, asalkan dalam kereta aku bersih.
- Islam ajar umatnya jangan ambil hak orang lain, tapi di Malaysia yang bertudung labuh, yang tak bertudung, yang berkopiah, yang berserban, yang tak pakai kopiah, selamba potong Q di jalanraya, selamba hembus asap rokok di tempat awam..kat Tesco/Giant pun tak tahu beratur!
- Islam ajar umatnya supaya sentiasa bersangka baik, tapi di Malaysia, makin ramai yang ambil alih kerja tuhan, suka jatuh hukum hanya dengan melihat penampilan / pakaian .

Tuesday, October 7, 2014

Kassim Selamat

Aku tak punya bakat dalam bidang seni.
Tak tahu melukis.
Tak tahu main alat muzik.
Main rekoder kat sekolah dulu pun selalu failed.
Disuruh lukis gajah, jadi rupa kangaroo.

Wife aku berbeza.
Dia berjiwa seni.
Dia pandai melukis.
Dia pandai main piano. Siap belajar lagi.
Tulisan dia pun cantik, tak macam tulisan aku macam cakar ayam.

Aku ada 3 orang anak bujang.
Aku berdoa, semoga anak anak bujang aku adalah jiwa seni.
Tak pandai banyak, pandai sikit pun jadi lah.
Biar seimbang otak kanan & kiri.
Kalau memang tangan keras tak tahu main alat muzik pun,
Aku akan cuba pastikan mereka dapat pendedahan awal, belajar.
Dan belajar dari ibu mereka terlebih dahulu.

Raya Haji di rumah nenek aku. Aku tiup saksofon pakcik aku. Beliau memang jiwa seni. Boleh main saksofon, boleh main flute, mahir main gitar. Aku perhatikan, orang berjiwa seni ni selalunya minda mereka tenang, lebih mudah di ajak berunding, selalunya santai, relax.

Thursday, October 2, 2014

This Is An Insult To Our Intelligence

Aku dulu, kurang minat bab Statistik masa belajar ilmu matematik di peringkat pre- universiti.
Sebab kira kira nya remeh.
Sebab kena teliti.
Kalau tidak, statistik yang kita buat tu tak tepat / invalid / tahap sampah.

Aku ingin mencabar mana mana blogger..
Yang mana kadar penggunaan petrol nya untuk sebulan memenuhi statistik di bawah..
Aku ingin berjumpa..
Aku nak belajar ilmu menjimatkan petrol..

aku yakin majoriti rakyat bukan membuta tuli obses nak bangkang Kerajaan, bukan. Kenaikan harga minyak memang tak dapat di elak, OK. Subsidi berterusan boleh merosakkan negara, OK..fine. Kami faham, kami terima.  Tapi tolong berhenti beri alasan yang orang kampung aku kata "this is an insult to our intelligence"

Wednesday, October 1, 2014

Terlajak Laris

Heboh la dalam wassap group keluarga aku pasal isu pelaris.
Ceritanya, sepupu aku gi makan kat kedai, jumpa serpihan kaca dalam nasi gorengnya.
Dua pupu aku pulak mengiakan, dia pun jumpa serpihan kaca, tapi ni kat kedai makan lain.
Sepupu yang lain pulak mengatakan " rambut, kuku & kaca ialah bahan bahan biasa utk orang buat santau, atau ilmu pelaris"

Adik aku pulak mencelah dalam group wassap tu... cerita pelaris yang dia temui pulak.
Selalu lalu kat satu kedai jual baju & tudung ni, asal tengok aja tudung kat kedai tu, mesti rasa nak beli, padahal sebelum ni mmg takde niat nak beli pun.
Satu hari tu adik aku memang betul betul berkenan dengan satu tudung, yang mana tudung tu di pakaikan kat kepala patung ( sebagai display model). Adik aku ni pun satu, punyalah banyak tudung kedai tu jual, yang melekat kat kepala patung tu jugak dia nak...hahaha.
Aku aku nak beli, pekerja kedai tu tak mau jual.
Adik aku desak nak beli jugak ( entah apa hal ntah gigih nak jugak tudung tu..haha)..
Last last budak kedai tu cakap:
" Tudung tu memang kami tak boleh jual...bos kami memang tak bagi...itu untuk bagi pelaris kedai"
 

 Imej Google.  Patung yang dipakaikan tudung, katanya sebagai ilmu pelaris?

Bila aku borak dengan staff aku pulak pasal isu pelaris ni, dia pun bercerita..
Suaminya selalu lepak satu kedai mamak ni..
Setiap kali makan, setiap kali tulah suami dia mesti jumpa rambut dalam makanan dia..
Sampai suami dia bengang dan tanya mamak tu..
Aku cakap kat staff aku :
" Memang la selalu jumpa rambut...sebab bulu bulu mamak kan lebat, selalu jatuh gugur dalam makanan yang dia sediakan"..
:P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...