Monday, September 29, 2014

Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM Tak Boleh Guna Untuk Masuk Universiti

Rujuk berita SEMALAM

Aku sendiri mulakan langkah melanjutkan pelajaran, berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM.
Dan peperiksaan percubaan kami, memang soheh susah,sebab ianya standard buat semua MRSM se Malaysia.
Begitu juga dengan sekolah berasrama penuh ( SBP),mereka ada set soalan percubaan standard untuk semua pelajar SBP ambil.

Jadinya, aku tak faham kenapa setelah sekian lama guna sistem ini, tiba tiba Kementerian Pendidikan nak ubah. Rata rata ibubapa, guru, pelajar, & mereka di pihak universiti sependapat bahawa untuk menunggu keputusan SPM sebenar keluar pada bulan Mac, adalah lambat, dan membuang masa sekurang kurangnya 3 bulan. Sedangkan bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran terutamanya di luar negara, sistem negara luar kemasukkannya adalah pada bulan Januari. Jadinya, kalau nak tunggu Mac, mereka akan kerugian setahun ( untuk next intake tahun hadapan).Aku sendiri dulu masuk ke program Australian Matriculation berdasarkan keputusan trial, dan mulakan sesi pengajian lebih awal pada Januari.

Adakah sebab kes kebocoran kertas UPSR baru baru ini jadi penyebab keputusan ini diambil?
Mungkin kah Kementerian Pendidikan merasakan " kalau peperiksaan sebenar pun boleh bocor, inikan pula peperiksaan percubaan " ?

Apa apa pun, tolonglah jangan amalkan dasar flip flop bila tiba bab pendidikan.
Kesian kat budak2 yang belajar...kejap kata belajar Math & Science dalam English, kejap guna Bahasa Melayu...kejap kata nak mansuh UPSR, lepas tu nak ada balik bila ada pihak merungut. Ni nanti, flip flop..tahun 2015 bebudak lepas SPM takleh guna result trial, lepas tu batch 2017 boleh pulak guna result trial untuk masuk universiti. 
 
Kalau nak flip flop kejap kata boleh pakai cermin gelap, kejap tak boleh...lantak lah..( dan pelbagai lagi isu flip flop seperti isu camera AES, pinjaman PTPTN, dan lain lain).
Tolong jadi tegas.
Sebab tak tegas tu la orang makin kondem, makin kritik kerajaan lemah.
Lepas tu bila orang kritik, depa sentap. Padahal memang salah sendiri pun..
Ehhh..sudah lah...
Kan dah masuk cerita politik..kah kah kah..

 Sekolah aku dulu. Majoriti kawan kawan aku pun  memang sambung belajar guna keputusan trial SPM..

 

Wednesday, September 24, 2014

Pentingnya Ilmu

Di stesen Petronas R&R Genting Sampah

Monday, September 22, 2014

In Liver Got Garden

Al kisah dari 14 -16 Sept lepas aku ke Penang.
Kali ni memenuhkan hajat mak ayah yg nak berjalan jalan ke Penang katanya.
Takyah la aku story pasal makan2 kat syurga makanan tu kan..:P

Yang aku nak ceritakan ialah tentang pengalaman pertama kali aku rasakan, sebagai seorang bapa ( bulan October ni genap 6 tahun aku bergelar bapa,Insya Allah),terasa sangat sayu di hati..sayu melihat " anak kempunan".

Kami ke Penang naik MPV ayah aku.
Ahli rombongannya aku anak beranak + mak ayah aku.
Maka ditakdirkan lah pada hari Isnin 15 Sept tu aku nak bawak mereka semua naik Bukit Bendera,yang mana aku sendiri last naik pun masa zaman sekolah. Mak ayah aku takde lah beria ia pun nak naik.Aku & wife pun sama. Cuma niat aku & wife ialah nak terujakan anak anak aku,pengalaman naik kereta kabel tu.
Aku bajet Isnin, hari orang bekerja, tak ramai orang.
Aku silap besar!
Aku lupa cuti sekolah dah bermula.
Kami sampai situ jam 9 pagi ++.   Dah bersusun bas & kereta. Orang punya ramai berkerumun..sesak, padat macam tin sardin. Kami lihat situasi tu dari dlm kereta (yg boleh di pandu sampai betul2 depan pintu masuk)

Maka mak ayah aku keberatan nak naik Bukit Bendera. Terlalu ramai orang katanya.
Ye lah,ayah aku sakit lutut, mak aku pula zaman mudanya dulu pernah jalani kemoterapi utk Hodgkin Lymphoma, so bila dah berusia ni badan mudah letih kalau terlampau lama berjalan jalan/ sesak.

Aku jeling wife aku..Aku tau wife aku jenis yang tak kisah bersusah payah ( utk beratur panjang gila tu).
Wife aku faham faham sendiri bahawa kami kena cancel kan plan naik Bukit Bendera.

" Ziyyad..Zayyan...kita tak jadi ya naik..tak jadi naik kabel car tu..orang ramai sangatttt", sambil aku cuba tunjukkan org yg sendat kat entrance Bukit Bendera beratur nak beli tiket.

As expected.
Zayyan relax aja terima.." Ok " kata dia, sambil senyum.
Ziyyad?
Tahun depan nak masuk darjah satu, tapi mmg kuat nangis.
Ya, budak yang jadi header blog aku ni, memang kuat nangis.
Terus meleleh air mata dia.
Dia tak memberontak, dia tak menjerit2 mintak nak naik. Ye lah, Ziyyad ni bukan jenis macam tu.
Hanya lelehan air mata dia yg aku nampak menerusi cermin pandang belakang ( sebab aku driver).
Aku nampak beria ia wife aku pujuk. Mak aku kat belakang pun pujuk.

Tu sebab aku sangat sangat terasa..sangat sedih..tak pernah sepanjang aku jadi bapa ada rasa macam ni..
Selalunya aku memang keras hati sikit. Bila aku tak mau belikan/turut benda yg anak anak nak,aku mmg say " NO"...dan tak kisah sangat bila tengok mereka kecewa (Sebab selalunya wife aku yg lembut hati akan pujuk dan belikan/ buatkan...demmmm...hahahaha)
Tapi kali ini tidak.
Sebak beb hati ini.
Dalam hati ada taman eh? 

Bagi mengubat kedukaan Ziyyad, aku gi Botanical Garden, naik tram keliling garden...:)


ps: aku dah berjanji pada diri sendiri,akan gigihkan diri bawak anak anak naik jugak Bkt Bendera in the near future..bukan masa cuti sekolah/ public holiday  :)

Thursday, September 18, 2014

Ujian Kita Berbeza

Semalam aku jumpa 2 pesakit, berkaitan dengan isu pregnancy.

Pesakit 1:

-Mengandung kali ke 3. Mengandung 1st time, gugur. Mengandung kali ke 2, bersalin normal...anaknya meninggal bila umur masuk 3 bulan.
- Usia kandungan kini ~ 6 minggu.
- Dipendekkan cerita, lepas scan, beliau keguguran ( miscarriage ).
-Merebeh air mata wanita ini di depan aku. Husband nya cuba menenangkan.
- Aku doakan mereka dimurahkan rezeki anak. Boleh cuba lagi, umur sekitar 28 tahun pasangan ini.

Pesakit 2:

- Mengandung kali ke 6. Ada 5 orang anak yang sihat walafiat. Last mengandung 5 tahun lepas.
- Umur beliau 38 tahun.
- Beliau risau amat risiko mengandung pada usia lanjut.
- Ya, walaupun risau tentang risiko mengandung pada usia lanjut, beliau TIDAK mengamalkan sebarang bentuk contraception ( merancang keluarga), walaupun anak dah 5 dan usia 38 tahun.


Moral:
  1. Setiap manusia di uji dengan pelbagai ujian. Yang nak anak, masih tak dapat. Yang tak mahu anak, dapat anak.
  2. Hidup perlu ada rancangan, termasuk merancang keluarga. Kalau gagal merancang ( termasuk merancang keluarga), maka apa jua yang terjadi kelak, sila lah hadapi dengan hati terbuka dan pasrah.


cerita pasal pregnancy - baby,  rindu bau baby. Tu anak kedua aku, Zayyan, fresh lepas lahir 2011 dulu  :P

Friday, September 12, 2014

Bocor


Wednesday, September 10, 2014

Makanan Seimbang

Konsep memakan makanan secara sihat, seimbang..perlulah diterapkan sejak kecil lagi.
Bila di terap sedari kecil, ia akan menjadi habit.
Kalau dah besar panjang baru nak ubah gaya makan, memang payah.

Kisah seorang budak umur 3 tahun yang mak nya bawak jumpa aku pasal sakit perut.
Punyalah selalu sakit perut kembung, dah nak masuk setahun lebih!
Selalu gi jumpa doktor, dibaginya ubat sakit perut..ubat angin/kembung.
Masalah tak settle jugak. Berulang ulang.
Aku check, memang kembung gila perut budak ni..

Nak settle kan masalah ni Insya Allah senang..
Selama ni takde doktor / orang lain yang nak ambil tahu & nasihatkan pattern pemakanan budak ni.
Aku tanya secara mendalam, macam mana pattern makannya, seorang budak usia 3 tahun:

  • breakfast susu & biskut
  • lunch kat nursery, si penjaga bagi makan nasi (katanya)
  • dinner makan biskut
" anak awak ni kembong sakit perut bertahun tahun sebab makan langsung tak seimbang, tak berkhasiat", aku start membebel. Aku teruskan bebelan pasal perlunya komposisi carbohydrate, protein, fat & fiber dalam diet.

" Treat your child early. Ajar dia makan makanan berkhasiat. Kalau dia dah masuk umur sekolah baru nak start ajar makan nasi, makan sayur, memang payah dah", aku sambung lagi.

" Sumber carbo tu bukan hanya nasi. Kalau anak awak tak suka nasi, boleh ganti dengan roti atau pasta..asalkan ianya carbo. Anak saya yg sulung tekak mat saleh, memang tak berapa nak makan nasi, so wife saya masakkan dia spaghetti/ fettuccine mixed with ayam/udang + salad/timun/tomato/ broccoli. Dan dia jugak suka makan roti. Tapi kami usahakan jugak supaya dia suka nasi, so kami dah perasan, dia suka makan nasi kalau lauknya berunsur kari/ rempah. So awak kena buat benda yg sama utk anak awak ni..cari apa yang dia suka makan, asalkan ianya seimbang dan berkhasiat", aku membebel lagi.

 Aku memang respek la kat anak anak aku. Sebab roti wholemeal tu ramai org yang tua bangka pun tak lalu makan, kesat kat tekak katanya..hahaha..Tapi anak2 aku selamba aja makan, sebab roti tu aja yang ada kat rumah. Kalau beli, tak sampai 2 hari licin ! Memang aku beli roti tu sebab ianya bagus, low GI, banyak serat, dan membantu utk aku kuruskan badan secara sihat..hahaha. Dan sebab aku makan beras perang & herba ponni selang seli,so kalau wife aku tak masak beras putih biasa, maka anak anak aku pun dah pasrah menelan beras perang / herba ponni...:P   See? Pendidikan awal itu penting, aku dah buktikan budak2 pun boleh makan roti gandum / brown rice kalau dilatih selalu.



" anak kedua saya pulak tekak melayu. Mesti nak makan nasik. Kalau pasta roti ni, dia kureng sikit. So wife saya masakkan nasi lah utk dia", aku sambung lagi.

" Tapi...macam tu leceh la doktor...saya balik kerja, dah nak kena masak spaghetti, kena masak nasi", alasan mak budak tu pulak  :P

Aku menemplak " awak kan mak dia..kena lah berkorban masa & tenaga..buatlah meal yang dia suka makan, asalkan memenuhi kriteria makanan seimbang yg saya bagitau tadi. Tak semestinya kena masak nasi & spaghetti serentak. Paling kurang, kalau breakfast tak dapat sediakan makanan seimbang & lunch time dia kat nursery,  time dinner tu, make sure it is a quality time with family...maknanya quality tu ialah makan sekeluarga serentak + makanan yg seimbang & sihat".

Last sekali aku nasihat  " awak kena ingat, proses kita yang dewasa ni dapat darah tinggi/ diabetes/ kanser tu semua, bermula sejak awal usia lagi. Apa yang kita makan dari kecik, itulah yang akan menentukan penyakit2 kita. Bila umur dah 40 tahun baru nak jaga makan, tu dah terlambat. Kita maybe terlambat sikit, baru nak jaga, tapi utk generasi anak anak kita ni, kita kena ada ilmu, dan terapkan pada anak anak kita".

Spaghetti aglio e olio homemade. Perlunya dapat kerjasama orang dalam rumah kalau nak ubah gaya pemakanan ke arah yang sihat, tak kiralah utk orang dewasa, ataupun kanak kanak. Alhamdullilah wife aku sangat supportive dalam hal ini, sebab dia mmg suka masak, dan rajin memasak benda2 healthy. Sediakan aja duitnya utk beli bahan2 nya kata wife aku...hahaha...


Rupa rupanya, anak kedua wanita ni umur setahun lebih, pun dah start tunjuk style pemakanan macam akak dia yg umur 3 tahun tu. Asyik nak minum susu & biskut aja. Nasi/bubur/roti/sayur/ayam/ikan langsung tak makan. Maka aku nasihatkan dia betul2, jangan ulangi kesilapan yg sama dia buat kat anak sulung dia tu, pada anak dia yg umur setahun lebih ni.

Aku dah buat apa yg aku mampu buat, iaitu bagi nasihat.
Mak budak ni nak ikut ke tidak, tu terpulang.
Sorry to say, orang kita, ya, orang Melayu ni masih ramai yang tak  health conscious, tak macam Cina. Conscious nya orang kita bila tiba bab nak kuatkan tenaga batin / nak besarkan breast / nak cepat kurus tapi malas jaga makan & exercise. Sorry aku taip macam ni, tapi ini fakta, bukan auta.

Tuesday, September 9, 2014

Customer is not always right

Isteri aku ada jalankan business secara online selain bisnes kelas bakery.
Jual cupcakes/kek/ macaron/ frozen foods/segala jenis talam / buns secara online..
Aku berdoa, agar isteri aku tak menerima pelanggan yang sebegini  :P


Monday, September 8, 2014

An Naml

Binatang yang kecil, yang selalu kita anggap perosak/menyusahkan.
Akan tetapi Allah anugerahkan penghormatan tertinggi buatnya, dengan namanya digunakan sebagai nama surah dalam Al Quran, iaitu An Naml.

Petikan dari surah tersebut:
“Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya terdiri daripada jin, manusia dan burung lalu mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarangmu supaya kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari. Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: Ya Tuhanku! Anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua-dua orang tuaku agar mengerjakan kebajikan yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-Mu yang soleh.” (Surah al-Naml, ayat 17-19) 

Hebatnya semut dalam memimpin koloni mereka.
Teratur, sistematik.
Bukti jelas Al Quran dah nyatakan.
Bukti bukti lain, boleh google aja / search di Youtube tentang kebijaksanaan semut dalam membina koloni mereka.

Ini bukti lain, yang sepupu wife aku share di FB nya, tentang bagaimana bijak nya & teraturnya sistem kerja semut, itu semua sebagai bukti kekuasaan Allah menganugerahkan kelebihan tersebut pada makhluknya yang kecil, yang kita anggap " otak pun takde/ kecik sangat" :

Gambar 1: Itu kertas perangkap lalat. Melekat lekit dengan gam. Banyak lalat yang terkorban melekat di situ. Perhatikan bagaimana semut semut ini punya daya fikir supaya dapat pergi kutip lalat lalat mati itu sebagai sumber makanan, tanpa mereka pun terjebak melekat. Apa mereka buat? Mereka kutip batu batu kecil (amat kecil),rumput & daun kering lantas di tutup di atas perangkap lalat itu. Mereka bina laluan ke arah lalat mati. Mereka berjalan di atas batu batu kecil & rumput kering/daun2 kering.

Gambar 2: Setelah 2 jam. Habis semua lalat dikutip, di bawa balik ke sarang koloni. Dua jam semut2 ini bekerjasama antara mereka, gigih bekerja. Subhanallah, lihatlah kejadian alam yang saintifik ini, dari perspektif ketuhanan juga..moga hati kita diberi hidayahNYA yang amat berharga.



Banyak benda yang kita boleh belajar dari semut.  :)

Thursday, September 4, 2014

Awek Suapkan Makanan

Dunia maya ini, penuh dengan lambakan ilmu..
Penuh juga dengan tipu dusta..
Maka berhati hati lah..




:P

Wednesday, September 3, 2014

Saadah

Ini patient aku, seorang baby berusia 11 bulan..



Kagum aku..
Di zaman nama kanak kanak zaman sekarang canggih manggih 2- 3 patah perkataan..
Ayahnya memilih satu nama yang ringkas.
Dah la ringkas, " nama lama" pulak tu..
Satu aja aku harap...
Janganlah bila masuk sekolah nanti baby ni jadi bahan ejekan budak2 sekolah..
Ye lah, budak2 sekolah..nama2 macam ni memang selalu jadi bahan..

Tuesday, September 2, 2014

Siti Nurhaliza



List pekerja2 kilang dari Indonesia yang datang buat Fomema di klinik pagi ini..
Tak sangka, ada artis juga 
:P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...