Thursday, August 28, 2014

Modus operandi kaki MC

Ni aku nak bukak rahsia sikit..
Orang selalu tanya, macam mana doktor tau " patient tu tak sakit, tapi menipu nak MC"

Antara modus operandi kaki kaki MC  ialah:

Tanya lain, jawab lain.
Aku tanya, dah berapa hari demam ni? Patient jawab " saya takgi kerja tadi "

Salahguna nama bos
Suka sangat kaki2 MC ni guna nama bos ..kononnya " bos suruh saya amik MC", atau " bos suruh saya balik".  Bila aku mintak no telefon bos nak cakap dengan bos, terkedu kedu nak bagi.

Guna reverse physchology
Dia tahu doktor strict nak issue MC, so bila dah habis mati akal semua pemeriksaan fizikal reveal takde yang abnormal, maka di guna pendekatan " nak psycho doktor".
Contoh " kalau doktor tak bagi saya MC, kalau on the way saya gi kerja saya eksiden, doktor nak tanggungjawab?".  
Amboi amboi amboi, enaknya kamu berbicara sebegitu ya.

Tiada penumpuan ketika diberi penerangan
Kita cubalah bersangka baik beri penjelasan tentang " sakit" nya, bagi tau cara makan ubat, tips itu dan ini, muka dia resah aja..macam tak seronok dengar. Last last dah tak tahan sangat, in the middle of conversation doktor tengah beri penerangan, dia mencelah " saya boleh MC tak hari ni? "
Sakit hati ke tak ? :P

Suka exaggerate symptoms
Gaya ceritanya macam teruk sangat, nazak.
Cirit birit dah 15 kali, muntah 8 kali. Bila check : haraaaammm takde tanda dehydration, vital signs semua stabil, check perut sikit....nahhhh..elok aja takde bunyi keroncong.
Satu lagi, bila bagi cerita, dia suka buat alasan camni " saya doktor..semmmmuaaa sakit...kapla sakit, badan sakit, mau muntah, berak pun ada sakit, kaki sakit". Pendek kata, segala mak nenek system dalam badan dia, sakit :)

Nanti aku tambah lagi..
To be continued..

Wednesday, August 27, 2014

CMC oinment



Semenjak naik cuti raya, memang musim sakit mata kat Shah Alam ni..
Berderet deret orang sakit mata datang klinik.
Menjangkit sebab bila balik kampung jumpa sanak saudara + pergi open house.

Satu benda yang aku nak pesan..
Ubat oinment tu, sapunya di dalam kelopak mata, sebelah bawah ya.
Sebab ramai yang aku tau, kerana tak diberi arahan yg betul / salah faham arahan, mereka sapu di luar kelopak mata...mana nak jalan ubatnya! hahaha..
Ada yang bagi alasan ( bila aku tanya kenapa sapu macam tu).." barulah berkesan doc..sejuk aja kelompak mata"...:P

Satu lagi, ubat oinment tu mengandungi CHLORAMPHENICOL.
Sejenis antibiotic yang tak sesuai utk kanak2 bawah 2 tahun.
Tolong ingat ya, sebab ada doktor yg aku tau bagi aja oinment jenis ini pada baby.
Dan buat pregnant lady, pun kalau boleh avoid oinment jenis ini.
Sebab chloramphenicol itu boleh pass thru mucosa surface dalam mata, masuk blood stream, terus ke baby dalam kandungan.

Monday, August 25, 2014

Transformasi 365 hari: 25 Ogos 2014..hari pertama.

Chris Powell gunakan masa setahun untuk pesertanya ber- transformasi.
Tanpa produk produk seperti Herbalife/Shaklee/Amway/Sendayu Tinggi/Terlajak Laris/etc.
Hanya pure dedication on regular exercise + healthy diet.
Itulah yang sepatutnya kita buat.
Itulah yang memang sepatutnya aku buat.
Maaf buat yang tegar produk2 yang tersebut, aku secara peribadi memang menolak menggunakan produk utk sihat.


antara jenis diet yang baik boleh ditemui di kitchen rumah aku mulai hari ini

Ada yang mengeluh kos utk sihat itu tinggi...serba serbi tinggi..
Beras herba ponni ( beras low GI) mahal katanya..
Beras perang mahal..
Roti wholemeal mahal..
Olive oil/ canola oil mahal..
Ikan salmon mahal..
Ayam organik mahal..
Sayuran segar / organik mahal..
Buah buahan seperti avocado, kiwi itu mahal
Beli basikal itu mahal..
Keahlian gym itu mahal..


Padahal untuk sihat itu, memang mahal harganya.
Bila sakit, lagi mahal kos nya.
Kita selamba puaskan nafsu makan burger 3 tingkat yang mahal...tak apa katanya..
Kita selamba puaskan nafsu makan kek sepotong & minum kopi belasan ringgit sambil sibuk layan wifi free, tak apa katanya..
Kita selamba makan ikan patin belasan ringgit sepotong, tak apa katanya..
Kita selamba bakar duit belasan ringgit ringgit nilainya sehari semalam, tak apa katanya..

Selain kos, masa juga katanya sering mencemburui kita..
Sibuk kerja, sibuk jaga anak, sibuk belajar, sibuk itu dan ini..
Masa ada 24 jam..
Maka kena pandai curi masa, cari masa.
Nak tunggu dah tak sibuk baru nak regular exercise..
Jawabnya sampai usia pencen lah baru ada masa...
Itupun masa tu kalau masih sihat...tak sakit lutut, tak sakit jantung.

Tepuk dada, tanya kehendak.  :)


Saturday, August 23, 2014

Bagai Monster Yang Kecil Tetapi Sedap Di Makan

Adik aku mengajar subjek Bahasa Melayu, tingkatan 1.
Soalannya ialah utk " Berikan peribahasa berdasarkan gabungan gambar"

Ini jawapan seorang pelajar berbangsa Cina:


Lawak kan?

Jawapan yang sepatutnya utk gambar (i) ialah
" Bagai ayam bertelur sebiji, riuh sekampung"

Jawapan yang sepatutnya utk gambar ( ii) ialah
" Bagai kacang lupakan kulit"

Perhatikan pula jawapan seorang pelajar Melayu..budak tingkatan 1 ni tau..

padahal adik aku dah siap bagi hint " kacang"  dan " kulit kacang" tu..Lagi parah jawapan dia berbanding pelajar Cina tu


Sesungguhnya, tugas seorang guru..memang mencabar  :)

Thursday, August 21, 2014

Diabetes

Malam tadi mimpi ngeri.
Check blood sugar, value nya 27mmol/L !!
Terus rasa nak nangis!
Tersedar dari tido...laaaaa...mimpi rupa rupanya  :)


Random blood sugar check pukul 11.15am tadi...legaaaa. Memang aku tahu aku takde diabetes, tapi mimpi malam tadi sangat ngeri okehhh


Info:

Bacaan gula dalam darah boleh di ambil samada ketika puasa, atau rawak.

Bacaan puasa ( Fasting Blood Sugar  - FBS)
Normal: 3.9mmol/L  - 5.5mmol/L
Impaired Glucose Tolerance:  5.6mmol/L  - 6.9mmol/L
Diabetes:  > 7 mmol/L

Bacaan rawak ( Random Blood Sugar  - RBS)
Normal: 3.0mmol/L  - 7.8mmol/L
Impaired Glucose Tolerance:  7.8mmol/L  - 11mmol/L
Diabetes: >11 mmol/L

Apa itu Impaired Glucose Tolerance ( IGT)?
IGT ialah keadaan pre-diabetes.
Yakni kalau tak jaga, end up korang akan ada diabetes.
Kalau korang tergolong dalam IGT, maka se eleok eloknya proceed further test, dipanggil Glucose Tolerance Test ( GTT).

Bagaimana GTT di buat?
Kena berpuasa 8- 10 jam pada malamnya ( siang nya itu makan diet macam biasa)
Esok pagi, darah akan diambil ( bacaan berpuasa).
Lepas tu korang akan diberi minum air gula.
Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.
GTT akan differentiate kes2 borderline diabetes dengan diabetes. Bacaan 2 jam lepas minum air gula, di interpret macam ni:

- Bacaan glucose  < 7.8 mmol/L maknanya tiada diabetes
- Bacaan glucose 7.8 - 11.1 mmol/L mengesahkan anda IGT
- Bacaan glucose >11.1 mmol/L, maknanya sah korang diabetes.

Kalau dah tergolong dalam IGT, masih belum terlambat.
Jaga makan & regular exercise, boleh mengeluarkan kita dari IGT.
Dan kena faham, antara punca kenapa terjadinya diabetes ( selain faktor keturunan), ialah sebab insulin resistance (IR). Secara mudahnya, IR menyebabkan insulin yang dirembes oleh kelenjar pankreas kita tak dapat berfungsi dengan normal. Salah satu cara nak kurangkan IR ini ialah dengan exercise secara kerap. Ini yang ramai pesakit diabetes gagal buat, mereka stress sebab dah jaga makan + makan ubat, tetapi bacaan gula masih tinggi. Maka, exercise lah secara regular ya  :)

Wednesday, August 20, 2014

WW: Rasa Nak Berendam Rendam Bermalas Malasan.


Monday, August 18, 2014

Kisah Kisah Seharian Di Klinik


 KISAH KISAH SEHARIAN DI KLINIK.

"Anak saya ni,tak pernah batuk selsema...risau la dia batuk ni"
- puan, anak puan bukan malaikat. Nabi Muhammad SAW pun sakit.

Soalan yang paling kerap budak remaja lelaki ( kadangkala lelaki yang dah tua bangka pun tanya ) " kenapa senget sebelah doc?"  " normal ke saya "  " ada kesan kalau saya kawin nanti tak?"
- Jangan risau, tak semua benda dalam dunia ini perlu simetri, terutamanya badan kita.
Kisah Testis & Breast

"Musim denggi. ..Demam hari pertama. Test darah hari ni terus boleh tak doc?"
-Sabar..tunggu sekurang kurangnya 56- 72 selepas demam, kalau masih tak kebah, atau demam dah kebas, tapi badan makin sakit sakit, hilang selera, kepenatan...kita test darah tu. Dan tak semestinya kena ada ruam merah, baru suspek denggi ya.

Test UPT kat rumah Vs klinik 
- Puan, test pregnancy kita guna kat klinik ni, sama aja yang macam puan beli kat farmasi. Kadar ketepatannya 97-98%. Jadi jangan risau, kalau keluar dua line tu, pregnant lah tu. Tak perlu nak membazir duit ulang test lagi di klinik saya ini  :)  Lain cerita kalau test puan buat sendiri kat rumah keluar line yang blur, saya akan ulang. Itu pun seafdalnya ulanglah selang 3-5 hari dari sekarang, semolek moleknya di awal pagi ( air kencing pertama selepas bangun tidur). UPT tu detect hormon HCG, dan bacaannya paling pekat di awal pagi.

" Make sure makan ubat lepas makan ya..so awak belum sarapan kan, makanlah dulu", aku bagi nasihat.
- Rupa rupanya dia betul2 gi sarapan dulu, puas la staff klinik nunggu nak bagi ubat yang dah disediakan. Panggil2 tak menyahut..hahaha..

" Saya dah nak due ni..anak saya ni ( sambil tunjuk anak umur hampir 2 tahun usia) hisap breast saya..ada susu keluar doc..tapi warna oren oren kuning. Risau saya doc..orang kata, kalau hisap susu tu anak boleh jadi lembab"
- Puan, walaupun puan dah putuskan susu anak umur 2 tahun tu, untuk current pregnancy ini, bila dah hampir due date, memang susu dah terhasil, dan boleh keluar kalau puting di hisap/picit. Dan susu awal yang keluar tu namanya kolustrum. Memang warnanya macam tu. Jangan risau, tak jadi lembab anak puan, malahan bagus susu kolustrum tu, kaya dengan khasiat untuk bina sistem imunisasi badan. Cumanya, seeloknya janganlah bagi anak umur 2 tahun tu selalu main2 hisap breast, bukan apa, kesian kat adiknya nanti yang bakal lahir...takut kempunan susu kolustrum. 






Friday, August 15, 2014

Bye Bye Garnier

Menghabiskan sisa sisa pencuci muka yang masih berbaki. Boikot secara bijak, secara berilmu. Produk yang dah lama dibeli, habiskanlah..jangan terlalu obses terus buang, itu membazir namanya. Lepas ni kita beli pencuci muka brand lain  :)


Kepada yang tertanya tanya, kenapa Garnier?

Sekali lagi, aku tegaskan, pendirian utk memboikot ini atas pilihan masing masing.
Tiada paksaan.
Jangan saling salah menyalahkan antara pro-boikot VS pro- tak boikot.
Masing masing dah besar panjang, ada akal untuk nilai sendiri.

Thursday, August 14, 2014

Hamba Gajet

Perhatikan gambar ini betul betul..
Ingat, bukan individunya yang kita nak kritik..
Tapi perangainya, yang patut kita jadikan muhasabah..
Supaya kita tak buat benda yang sama..


Semalam aku tak sempat balik ke rumah, jadi berbuka ringkas di kedai mamak.
Tak sampai 2 minit aku duduk, datanglah sekeluarga laki bini & 2 anak remajanya (gambar).
Aku perhatikan saja.
Azan Maghrib, aku pun berbuka.
Sambil aku makan tosei garing & teh ais, aku perhatikan perangai si emak.
Start aja duduk di meja makan, terus tengok hp.
Tak berpaling muka/ mata..tumpu 100% kat hp.
Anak- anak dan suami dia seolah olah tak wujud di meja dia.
Mamak tu hantar makanan pun, dia tak menoleh.
Sambil makan, mata ngadap hp..Roti canai dia dah siap di potong( aku perasan masa mamak tu hantar..hahaha), jadi dia suapkan roti canai tanpa melihat makanan..perhatikan gambar tu, mata sedang khusyuk tak beralih tgk hp.
Hampir 18 minit aku duduk di situ dari masuk waktu Maghrib, perempuan ini makan sambil tengok hp dan abaikan terus secara total suami dan anak2 nya di meja yang sama.

Bila aku dah habis makan, aku gi bayar kat kaunter.
Lepas tu aku saja lalu sebelah perempuan ni, aku jeling tengok apa benda la yang dia khusyuk sangat tengok....laaaaa..tengah tengok drama Melayu kat skrin hp rupa rupanya..
Laki dia pun agak agaknya malas nak layan perangai bininya..Laki dia berborak2 dengan anak anaknya yang duduk berdepan dengannya.

Serius cakap, memang buruk bebenor rupa bila kita yang dah tua bangka ni, terlalu ralit ngadap henfon..langsung tak peduli orang sekeliling..makanan depan mata pun tak dipandang, main cekup aja, ambik masuk dalam mulut.

Aku akui, aku sendiri ada tengok FB..jawab2 soalan lepas upload gambar makanan  :)
Aku yakin kita semua ada buat macam ni..
Tapi tumpuan kita bukan pada hp / gajet semata mata..
Menjawab kejap di hp, dan teruskan komunikasi dengan orang semeja kita ( rakan / keluarga)..ini yang sepatutnya. Hargai masa berkualiti. Dan aku akui, yang paling baik, jangan ber FB / online masa di meja makan dengan orang lain ( sorang diri lain cerita).
Hormati dan hargai orang2 di sekeliling kita.
Hormati rezeki yang ada depan mata, dengan beri tumpuan..lihat rezeki tu.


Wednesday, August 13, 2014

Bibik Freelance

Melipat baju baju sesudah di basuh ialah satu cabaran.
Lebih lebih lagi bila bilangan ahli keluarga dah makin ramai.
Dulu masa baru kawin duduk berdua, memang cepat kemas tersusun rapi aja baju2 di rumah..
Kini, bila dah ada 3 orang askar, paling besar baru 6 tahun +, yang kedua umur 3 tahun..dan yang paling kecik 1 tahun sebulan..maka beginilah jadinya...:

Proses melipat baju baju menimbun yang never ending! Hahaha..Penuh bilik tetamu di rumah kami dijadikan " port melonggok kan baju baju yg belum berlipat"


Aku tak akan salahkan wife aku lambat melipat baju.
Sebab dia kena jaga 3 askar..askar bongsu pula memang habitat dia suka menguraikan balik baju2 yg dah dilipat kalau tak di awasi! Tu pasal baju2 tu kena longgokkan kat bilik tetamu, pintu kena kasik tutup rapat  :)

Formula jadinya longgokan ni mudah aja:
Kadar basuhan > kadar melipat.  
Hahaha..
Bukan saja saja suka nak rajin membasuh, tapi bila ada budak kecik ni, lagi banyak benda nak dibasuh. Aku harap bila mereka dah besar sikit, walaupun mereka lelaki, harus kena bantu mommy mereka menyidai, mengangkat kain & melipat baju.

Bibik freelance kawasan perumahan aku aku buat servis bersihkan rumah..termasuk melipat baju.
Sebab bibik tu kamcing dengan wife aku ( wife aku selalu guna khidmatnya utk bersih/kemaskan studio bakery nya), maka bibik tu kata bagilah RM10 pun takpa, utk bayaran melipat segala longgokan baju tu. Cadangan menggunakan khidmat bibik ni mungkin perlu aku pertimbangkan..hahaha.

Sebab wife aku bekerja sendiri ..ikut suka suki nak gi studio bila bila aja..maka masih takde keperluan mendesak utk kami ambik bibik secara tetap di rumah. Lagipun kami kurang gemar ada orang asing tinggal serumah dengan kami.

Maka aku bayangkan betapa mencabarnya kehidupan seorang wanita bekerjaya yang ada berderet anak, dan tiada bibik di rumah. :) 
Tu pasal agaknya bibik freelance wife aku tu kata:
" rumah ibu ni tak berselerak teruk pun, masih cantik..kalau begini saya kemaskan, 2 jam satu rumah siap semua. Ada banyak rumah di sini buk, ya allah...kain2 nya berlonggok di sana sini, bawah meja, atas almari...pinggan mangkuk tak basuh seminggu..ada pinggan bawah sofa..semua tunggu saya datang kerja hari minggu"    :P

 

Tuesday, August 12, 2014

Robin Williams : Fitrah Yang Tak Kesampaian

Hari ini gempar industri hiburan Hollywood dengan kematian Robin Williams.
Aku gemar pelakon ini.
Berbakat, versatile.
Banyak lakonan beliau aku suka, seperti Jumanji, Mrs. Doubtfire, Good Will Hunting..

Tapi filem Patch Adams lakonannya yang released pada tahun 1998, adalah personal favourite aku.
Filem itu menjadi favourite aku sebab ianya ada kena mengena dengan perjalanan hidup aku, yang mana ketika itu sedang belajar medic. Aku rasa medical students zaman tu mesti tengok movie ni.


Dah ramai artis Hollywood yang bunuh diri.
Kita masih tak tahu si Robin ni bunuh diri atau tidak, tapi laporan awal mengatakan " kematiannya disyaki akibat lemas/tercekik membunuh diri". Kita tunggu sahajalah laporan forensic nya nanti.

Sesungguhnya, memang benar kebahagiaan itu tak boleh dinilai dengan harta benda, kuasa, kemahsyuran dan segala benda yang bersifat fana di dunia ini.

Robin tak jumpa jalan yang fitrah. Dia sesat, murung dan rasa dunia ini takde gunanya lagi.
Kita yang memang dilahirkan dalam fitrah, hargailah ia, jagalah ia..sebab fitrah itu lah yang membahagiakan kita.


Monday, August 11, 2014

Terima Kasih Kak Mas

Bulan puasa dah habis..
Raya pun dah setengah bulan dah..
Jadi bisnes wife aku pun dah berjalan macam biasa..
Hari ni dan esok dah wife aku mengajar tiramisu cupcakes & nasi ayam hainan :)

Products macam macaron & cakes dah start jual macam biasa sejak minggu lepas..
Malam tadi, wife aku jumpa customer..

Customer order 24 macaron, 2 unit mini red velvet & seunit cheese leleh..

cheese leleh

24 biji macaron

Rupa rupanya..
Customer wife aku tu ialah silent reader blog ni..
Kak Mas namanya..kata beliau, selalu jugak baca blog ni..
Hihihi..
Terima kasih ya Kak Mas sebab membeli product Dreamy Treat Bakery Studio..
Kalau sedap bagitau kawan & belilah lagi, kalau ada komen bagitau kami  :P
Terima kasih jugak sebab jadi silent reader blog saya ni...hihihih..komen la kat blog ni..:)

Setelah hampir dua bulan aku & orang2 kat rumah tak makan cheese leleh..
Maka wife aku buatkan la jugak specially designed giant cheese leleh, alang alang buatkan order customer sekali kan....:P


Kepada yang nak order / belek belek product / nak belajar bakery dan pelbagai ( nasi ayam hainan, nasi arab, frozen foods)..boleh la ke:


atau

http://www.dreamytreat.blogspot.com  ( tak sempat nak update lagi kelas2 yg dah wife aku buat)

atau call/ whatsapp aja la  Fiza  013 3650783

Wednesday, August 6, 2014

WW: Bye Bye Tesco


Tuesday, August 5, 2014

Warna Warni Aidilfitri 2014: Tiga Z Geng Jubah



Patutnya aku pun berjubah..
Saja nak tempah..
Tapi lagi 5 hari nak raya, tailor buat hal..
Rupa rupanya, tailor tu mmg buat hal dengan semua customer dia..
Tak dijahit lagi! Padahal dah hantar 2 minggu sebelum start Ramadan..
Masa kutip balik deposit & kain, customer  lain dah berkumpul depan kedai, siap ada kereta polis...
Customer2 lain ada yg dah tempah 6 bulan tak dapat lagi, ada yg jahanam rosak kain sutera..
Ikut kata pekerja nya ( tailor tu takde, dia tak dtg kedai..takut), tailor tu bukanlah tailor sebenarnya!
Dia tak tahu menjahit pun! hampeh..masa dia ukur badan aku, macam pro aja gayanya..
Rupa rupanya dia sub kan segala kerja jahit kat tukang jahit lain..
Tamak punya pasal, ambik order banyak2..last2 sub tailor dia taknak buat..

Takpe lah..
Recycle baju tahun lepas pun okay..
Jubah sedia ada malas nak pakai..sebab dah pakai hari2 masa terawih :P



Last but not least..
Family photo  :)


Monday, August 4, 2014

Warna Warni Aidilfitri 2014: Sampul Duit Raya

Antara yang berwarna warni di Aidilfitri, ialah sampul duit raya  :)
Di sini aku tayang sampul duit raya yang anak anak dapat..
Aku pilih yang dari bank ...

Affin Bank. Bank yang aku tak pernah masuk, dan memang susah nak jumpa

AmBank Group. Aku suka masa sebelum penjenamaan semula mereka..terkenal dengan unta nya.

Bank Islam

Bank Islam lagi..

CIMB. Bakal menjadi bank terbesar di Malaysia, mengatasi Maybank.

CIMB Group.

CIMB Private Banking. Sampul raya dari bank yang paling berbunga bunga  :P

ETIQA. Geng Maybank. Ni sampul yang anak anak aku dapat dari atuk & nenek mereka. 

Hong Leong Bank.  Ni bank yang secara peribadi, aku tak suka. Pernah ada urusan dengan mereka, dan cara pegawai2 nya menelefon macam gangster. Aku baca komen2 di internet pun, ramai yang kena. Mungkin orang lain suka bank ni, tapi aku tak suka.

RHB. Adakah ini sampul raya terakhir dari RHB? Adakah sampul ini bakal menjadi koleksi yang " rare" selepas ini? Pengambil alihan RHB oleh CIMB kelak, bakal menghilangkan entiti RHB..dan sebab itulah macam aku tulis kat atas, CIMB akan mengatasi Maybank

 Maybank. Sampul raya yang paling cantik, kemas & menyerlah bagi aku, bagi kategori bank. Dan sampul Maybank yang paling banyak dapat, bukti ramai orang berurusan dengan bank rimau ni...hihihih..



Last but not least..
Walaupun bukan bank..
Aku nak letak jugak..
Sebagai bukti, orang Johor balik beraya di Johor..
Hahaha...

 hoyeahhhh  !   :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...