Tuesday, July 22, 2014

Rambut Raya

Semalam, akak ipar aku bawak anak anaknya & anak anak aku gi gunting rambut

Ala ala rombongan gunting rambut la ni..

1st time si Zayydan gunting rambut..mengikut laporan, elok aja dia duduk diam masa amoi tu gunting...hahaha

Tadaaa!!!

Sekali 5 orang gunting rambut berjemaah...semua rambut pacak!

Monday, July 21, 2014

Baru Kau Tahu Nak Sedih Wahai Zionis??

Selama ini, sejak 1948..
Kau bunuh askar Palestin...
Kau bunuh wanita & anak anak Palestin
Kau bom mereka yg tak berdaya nak melawan..
Kau tembak mereka yang lemah dan tiada senjata..
Kau tindas mereka yang berjuang utk dapatkan kembali tanah mereka yang kau rampas secara zalim!


Hari ini..
Kau menangis..
Aku doakan..
Moga lebih banyak tangisan di pihak kau akan menyusul selepas ini..
Sebab janji Allah itu Maha Benar..
Kau akan tersungkur tewas dan dimalukan..





Friday, July 18, 2014

MH 17

Doa itu senjata orang mukmin..
Dan sesungguhnya, orang mukmin itu, bersaudara.


Thursday, July 17, 2014

Lontong Kering

Buat para wanita di luar sana, yang takde idea nak sediakan juadah berbuka..

Ni aku kongsi juadah aku berbuka semalam..

Lontong Kering. Famous di Johor. Nasi impit dimakan bersama rendang, serunding, sayur goreng jawa dan sambal udang..ada juga versi yang letak kuah kacang sikit + paru goreng digunting..

Wednesday, July 16, 2014

Jam Loceng


Semalam, 15 Julai 2014, alhamdullilah Ziyyad berjaya berpuasa penuh sehari. Mengisi masa lapangnya dengan melayan Sponge Bob, dengan harapan ianya boleh distract rasa lapar  :)  Ke hulu ke hilir sambil usung jam locengnya yg di set pada jam 7.32pm ( jam warna merah dalam gambar)..Hihihihi..tak apa lah Ziyyad...Daddy dulu masa kecik2 lagi teruk, sebab rumah atuk masa tu takde aircond, daddy petang2 baring terlangkup bukak baju, dan letakkan perut di atas tiles..Sebab tiles sejuk, maka posisi itu boleh menyejukkan perut daddy..kah kah kah

Monday, July 14, 2014

Anak Anak Palestin, Syria

Anak sulung aku, Ziyyad..
Tahun depan Insya Allah masuk darjah 1..
Tahun ni belajar berpuasa..



Hari ni 16 Ramadan..
Ziyyad puasa penuh aku rasa baru 3 hari kot..
Semalam di rumah nenek...pukul 5.30pm aku yg terlena, terjaga dengar dia nangis merengek rengek..
Oh ya...Ziyyad mmg spesis cembeng..kuat nangis..
Aku tanya kenapa?
" laparrrrrr...huhuhuhuh..laparrrr"

" Berbuka lah Ziyyad...tak apa.."
Aku lalok, tertido balik..
Rupa rupanya, dia pergi bilik nenek, main tablet dengan sepupunya..
Berkeras tak nak berbuka..

Aku segera membayangkan nasib anak anak Syria..
Nasib anak anak Palestin..
Yg sebaya Ziyyad...yg lagi muda dari Ziyyad..
Ziyyad lapar menangis, masih boleh berbuka awal..
Ziyyad lapar menangis, kalau berbuka, boleh makan roti jala, minum air milo  dinosaur ( milo tabur)
Ziyyad kalau lapar menangis, dia boleh alih perhatian perut berkeroncong dgn layan Sponge Bob atau main tablet.

Anak anak Syria? Palestin?
Sampai makan rumput..
Perlu kutip serbuk roti atas jalan..
Yang hiburannya utk distract perasaan lapar berkeroncong, ialah dengan alunan bunyi bom & senapang..

Hargailah keamanan..
Hargailah nikmat aman..

Thursday, July 10, 2014

iPhone 6

Mommy & daddy pun tak pakai henfon epal tau..
Pakai henfon cap ayam aje...

Hadiah hari raya utk Ziyyad & Zayyan...

All new iPhone 6...Ambik pakej Maxis..talk time unlimited, hingga habis bateri. Tak tarik aerial tu, takleh berkomunikasi tau.

Wednesday, July 9, 2014

Moga Hati Hati Kita Di Anugerahkan Hidayah

Aku merujuk kepada Kamus Dewan DBP online...

Maksud MILITAN : Siap sedia untk berjuang, cenderung menggunakan kekerasan/keganasan utk mencapai satu tujuan.

Maksud JIHAD: Usaha yg bersungguh sungguh utk mencapai kebaikan yg diredai Allah,  penentangan terhadap anasir anasir yang hendak merosakkan negara.

Sedih..
Di akhir zaman ( bagai yg pernah di sabdakan oleh Baginda SAW)..
Islam itu makin asing..
Umat Islam itu sendiri yg mengasingkan Islam..

Bukalah mata
Buka lah hati..
Pohon hidayah NYA..
Moga Allah tunjukkan di hati hati kita...
Siapa yg ber militan...siapa yg berjihad..
Jangan kita masuk dlm kelompok angguk angguk mengiakan sahaja..
Orang kata mereka militan, kita angguk..
Orang tarik kita ke neraka, kita angguk angguk..

aku petik ayat ke 190, Surah Al Baqarah

Militan kah anda kalau anda pergi berjuang membantu saudara seagama anda yg tiada senjata canggih, yang mana saudara2 seagama anda itu tidak mengancam keselamatan negara ( malahan mempertahankan bumi suci itu)..??
Militan kah anda kalau anda membantu saudara2 seagama anda yg dibunuh, di sembelih, di rogol..tak kira masa...waima di bulan Ramadan?
Militan kah anda kalau anda pergi membantu anak anak suci yang kebuluran 2 hari berpuasa, dan hanya dapat makan rumput??

Aku doakan saudara aku INI dan sahabat2 lain di sana, moga beroleh kemenangan..
Andai kalian gugur sekalipun, Insya Allah kalian beroleh kemenangan mutlak..kemenangan terbaik yg ganjarannya, tak akan sama waima segunung emas sekalipun.

Monday, July 7, 2014

Karipap Pusing Frozen

Iklan sat naaaaa  :)


Tak perlu ambil risiko beli karipap mahal tapi tak sedap di bazar Ramadan

Frozen Karipap Pusing keluaran Dreamy Treat !!!
Ada sardin, ada ayam...
RM6.50 utk sepeket ( 12 biji karipap)...
Minimum order 2 peket ( 24 biji)..





kulitnya krap krup ranguppp...:)

Halalan toyyiban, dibuat dgn penuh kasih sayang..
Menggunakan sardin Ayam brand, bukan sardin murah
Kulitnya Insya Allah masih rangup walaupun lepas 3-4 jam goreng...

 sepeket ada 12 biji karipap


COD @ Setia Alam / Shah Alam Seksyen 7/ Klang Sentral
COD @ Bangi ( lokasi akan diberitahu kelak), tapi hanya hari Ahad ya. Selalunya meet up di stesen minyak berhampiran Hospital Pakar An Nur Bangi tu..
Maaf, tak boleh di pos sebab ia frozen produk.


UPDATED:

COD @ Bangi hari Ahad 13 Julai di perkarangan Masjid Al Hasanah Sek 9, Bandar Baru Bangi..
Apa apa hal / nak order, boleh call / wassap  Fiza  @  013  3650783

Friday, July 4, 2014

Ringan Rasa Bila Dah Mohon Maaf

Aku dapat idea tulis entry ini, lepas baca entry auntie Nanie ini

Tajuk entry pun saya guna tajuk auntie yer  :)

Kisah aku..

Ke Pizza Hut dgn isteri dan anak anak..
Order pizza..
Lama betul menunggu..
Syaitan dah cucuk hati...nafsu lapar menguasai diri..
Panggil berulang kali waiter, makanan yg di order masih tak sampai..
Bila makanan sampai, salah pula!

Aku marahkan budak waiter yg hantar makanan tu..
Aku pun sebenarnya pelik, entah syaitan apa yg hasut hari tu..
Aku tak pernah marahkan waiter..
Aku marah..aku marah...budak waiter tu senyap aja...dan cakap maaf..

Wife aku tegur aku..
Usai makan...
Alhamdullilah, Allah suntik hidayahNYA menerusi wife aku..
Entah kenapa hati aku gelisah terkenang insiden aku marahkan budak waiter tu..

Sebelum bayar bil..
Aku panggil budak waiter tu..
Aku tepuk belakang bahu dia..
Aku senyum.
Aku minta maaf betul betul pada dia..
Alhamdullilah...budak waiter tu senyum ceria...dan maafkan..

Moralnya..
Ada masa, ego itu perlu dibuang jauh jauh.

Thursday, July 3, 2014

Ini Buku ke Belacan?



Pakcik dulu pun buku tahap belacan tau dik..
Hahaha..
Patut jawab kat cikgu " buku saya jadi belacan sebab saya rajin ulangkaji sampai renyok koyak rabak buku tu"...:P

Wednesday, July 2, 2014

Minta lah Izin

Hari pertama Ramadan..
Aku sekeluarga kat JB sambut puasa dgn family..
Sekali check PM kat FB, ada rakan blogger nafira tanya " aku ada ke page yg promote kerja ladang di Australia" ?

What??

Aku check..

Rupa rupa nya PAGE INI gunakan gambar Ziyyad..
Gambar yg aku guna sebagai header blog ni..
Digunanya gambar Ziyyad sebagai profile picture..
Dan juga sebagai iklan..


Aku sound di page mereka..
Aku minta mereka remove kan gambar Ziyyad

Bukanlah aku kedekut..
Tapi boleh tak MINTA IZIN terlebih dahulu?
Main cilok aja gambar anak aku..
Aku tau la gambar Ziyyad tu mmg berlatar belakangkan Australia..
Tapi bila kau suka suka guna gambar anak aku utk promote page kau, itu boleh mendatangkan salah sangka orang yg kenal aku..contohnya blogger Nafira ingat aku ada buat bisnes " kerja ladang kat Australia" tu...keh keh keh

Dan kalau page tu di takdir kan page SCAM orang, menipu orang?
Tak ke nanti aku jugak yg kena tempiasnya?

Tak sampai 10 min lepas aku sound di page mereka,
Admin page dah remove gambar anak aku..
Dan minta maaf.
Aku pun tak mahu panjang panjangkan kes....
Lagipun bulan Ramadan..

Minta izin..
Bukan susah sangat..
Bukannya blogger atau pemilik gambar kedekut sangat..
Cuma perlu diberitahu, dan mungkin perlu diberikan kredit atas gambar mereka..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...