Wednesday, June 25, 2014

ADUnan

Cerita hari Ahad baru ni..
Aku & wife hadiri majlis bersama media pelancaran Biskut Raya ADUnan hasil chef selebriti, Chef Adu Amran. Juara MasterChef Musim ke- 2, Izyan Hani pun ada memeriahkan suasana.
Bertempat di Abuain Kitchen Studio, Bangi.

 Media yang hadir buat liputan - Galeri Ilmu ( Majalah Anis), TV3, RTM & Astro

Wife aku hadir dengan kek & macaron  nya..

Choconana cake ( kek coklat + cavendish banana). Imej kredit to GB

Macaron wife aku dalam gelas. Imej kredit to GB

Sebelum majlis bermula...
Aksi di dapur...preparation menyediakan juadah makanan...

wife aku amik aura Chef Adu  :P
amik jugak aura masterchef Izyan  :P


Siap aja semua benda..tanpa melengahkan masa..
Sesi memperkenalkan kuih kuih raya di bawah label ADUnan..


Cantik kek ni, Chef Adu tempah dari member baik dia...sayang nak potong katanya..hahaha


Selain menulis buku, Chef Adu pun busy dengan bisnes fesyen di bawah label ADUH by Adu..   :)
Ianya merupakan koleksi baju melayu Teluk Belanga ( beliau Johorean) dan juga baju Melayu kontemporari.
Baju pengacara majlis tu( polka dot) dipinjam dari koleksi produk busana ADUH  ..Ustaz yang duduk ditengah pun menggayakan jubah ADUH..of coz, Chef Adu pakai baju melayu teluk belanga ADUH.


Owner Abuain Kitchen Studio, Khairul Hakimin seorang blogger, dan juga sahabat aku, dapat sijil penghargaan sebab berjaya memasak kesemua 106 resepi yang ada di dalam buku Chef Adu dan Masterchef Izyan....Dapat hadiah chopping board keluaran eksklusif Chef Adu lagi tau!!  Kalau nak beli, sila laburkan RM600 ya  :)
 Tahniah bro ! Chef Adu sendiri kagum sebab kau berjaya masak kesemua resepi dia & resepi MasterChef Izyan..mereka pun tak terbuat!

Alhamdullilah, majlis ini diselitkan juga dengan takzirah pendek..peringatan tentang Ramadan..tentang pentingnya baca Al Quran...

Ustaz sedang bertazkirah. Imej kredit to GB


Antara blogger yang hadir..

Dari kiri:  Azreen, wife aku, GB & kak Ida

Selesai majlis perkenalkan biskut raya ADUnan...apa lagi, majlis makan la....

Macam macam ada..pavlova by Masterchef Izyan, scones, brownies sedap Khairul Hakimin, soto, asam pedas hasil tangan Chef Adu, dan juga boleh merasa biskut2 raya ADUnan tu

Wife aku sempat beramah mesra dgn Chef Adu..
Dan gunakan kesempatan yang ada utk minta beliau komen produk utama wife aku, macaron.
Memang berdebar debar wife aku kata, menunggu komen dari juri program Masterchef Malaysia season ke 2  ni  :P


berdebar debar menunggu Chef Adu mengunyah macaron 


Alhamdullilah..
Pass with flying colors!
Chef Adu kata macaron wife aku sedap, tak terlalu manis, tak muak makan ( tak macam macaron yg dia pernah rasa).

 last last, Chef Adu makan 3 biji macaron !  :)

Wife aku sedang bercerita dgn Chef Adu tentang research 3 tahun yg di buat, utk produce less sweet macaron ni, yang sesuai dengan tekak kita orang Malaysia. Macam macam chef tanya, sebab dia sendiri pun tak buat macaron  :)

Majlis pelancaran dah..
Makan makan sedang berlangsung..
As usual, sesi ' foto-gedik' ! hahahaha..



 group selfie !!!!

Mommy ZZZ bersama juri MasterChef 2 & juara MasterChef 2

Kalau ada ujibakat MasterChef season ke 3, aku ingat nak suruh wife aku try pergi la..hahaha..


Akhir kalam..
Bersosial dah...makan pun dah...
Tersandar kekenyangan ! 
Hahaha..


ps: Liputan media dah keluar semalam kat Wanita Hari Ini, TV3..boleh gi tengok kat Tonton

Monday, June 23, 2014

Pengiklanan Mengelirukan VS Pengiklanan Jujur

Dari keratan akhbar minggu lepas...



VS



Begitulah kehidupan..
Kalau boleh, jujur lah selagi boleh..
Jangan suka timbulkan syak wasangka / persoalan..
By the way, beli 3 Series Gran Turismo tu lagi berbaloi dari Golf...ini pendapat peribadi sahaja  :)

Wednesday, June 18, 2014

WW: Kena buang ekon, fridge besar, tv lcd besar, sapu sampah guna penyapu, basuh kain guna tangan

Monday, June 16, 2014

Islam Pada Mykad

Iktibar di sebalik World Cup 2014..



Kita?
Islam aja kebersihan.
Tapi kita pengotor.
Sampah sendiri pun, tak nak simpan dalam kereta, buang kat tepi jalan.
Kat stadium?
Dah la pengotor, bila team kita kalah, kita bakar kerusi..

Thursday, June 12, 2014

Tahajud Bola

yang ku sokong

yang ku harap



malam ni malam  nisfu syaaban
so ada masa 15 hari utk practice qiammualail secara istiqomah
alang alang bangun tgk bola
jangan tahajud bola dulu..
tahajud kat tuhan dulu..
:)

Wednesday, June 11, 2014

WW: Panda


Tuesday, June 10, 2014

Jangan Jadi Obes

Tadi belek belek gambar anak anak aku masa mereka kecik..
Aku speku, anak bongsu aku si Zayydan ni, mesti ikut muka abang nya, si Ziyyad..

Ni Ziyyad masa baby..


Ni Zayydan, bulan lepas..


Ziyyad ni, sekarang ( umur 6+), ada imbas imbas rupa aku masa aku 6 tahun..
So penaakulan mantik nya, kalau Zayydan follow Ziyyad, makna nya 2 orang anak aku nanti, rupa macam aku?  :P

Yang tengah ni..
Aku speku..ikut sebijik muka mommy nya..

Okehhh..
Pentingnya membuat spekulasi/andaian/penaakulan mantik...
Sebab..
Adik aku whatsapp gambar lama kami adik beradik..
Peringatan keras:  JANGAN GELAK tengok aku ya..

Aku yg boolattt..hahaha...Masa ni aku darjah 3 rasa rasanya..Sebab ayah aku dukung adik bongsu aku tu, yang lahir tahun 1987. Aku masuk darjah satu tahun 1985. Gila aku & adik2 aku tergelak tengok gambar ni..apa ke motif aku pakai baju Ladybird belang pink biru? Aiyoooo..

So..
Si Ziyyad sekarang kurus..
Aku dah janji kat wife aku..
Aku akan kawal Ziyyad, biar dia maintain kurus, hensem, kacak, bergaya, taf, dan yg sewaktu dengannya..
Dan sebab penaakulan mantik aku kat atas tadi pun kata si Zayydan maybe follow aku, so dia pun sama, aku kena pastikan dia kurus, hensem, kacak, taf, bergaya...hahahahaha..
Jangan makan banyak..
Jangan jadi obes macam aku tu..hahahaha
Memang dari awal lagi kena aktif bersukan, riadah..
Kalau dah obes, mmg jenuh woooo nak kurus kan badan..
Dulu aku aktif rugby, mmg boleh kurus..
Masuk universiti belajar medic, habis boroi..
Kerja spital, lagi hampeh takde masa nak bersenam..
Sekarang ni, azam nak fit bergaya macam tahun tahun sudah yg tak kesampaian ..
Kena jaga makan, 3 minggu sebelum masuk Ramadan..keh keh keh ..
Masuk Ramadan...makin kurus dan fit...keh keh keh...
Impian itu pentingggg...lalalalalala

Ziyyad tahun lepas, 5 tahun ++...seingat aku, masa aku 5 tahun ++ pun, aku kacak macam ni..bahahahahaha..

Monday, June 9, 2014

Unta Padang Pasir

Tahun ni, tak buat baju melayu pun utk raya..
Bosan la dari kecik asyik pakai baju melayu aja bila raya puasa..( walaupun masa raya haji aku pernah pakai jubah)
Esok, nak gi tempah jubah..
Ana jadi orang arab laaahhh..hahaha
Ana, dengan anak anak ana, dengan itu bini ana sekali lah...pakai jubah ini tahun  :)

Baju raya tahun lepas..zayydan takde baju raya masa ni, sebab dia dalam rahim wife aku lagi...35 minggu usianya  :)

Wednesday, June 4, 2014

30 Hari - 30 Resepi

Setiap kali tiba Ramadan, pasti ada dilema..
Dilema buat surirumah untuk cari idea nak memasak lauk apa utk berbuka/bersahur..
Lebih lebih lagi kalau dah seminggu berpuasa, dah takde idea..

Jadinya..
Aku bagi cadangan kat wife aku..
Kita share 30 resepi, yg boleh digunakan buat yg takde idea..
Resepi lauk pauk 3 jenis setiap hari...
Projek sedang berjalan..
Dah 2 hari berturut turut wife aku masak, aku ambik gambar  :)

Preview sikit...:P


 Sup tulang & daging

Ayam goreng berempah

Gulai nangka


Semua resepi2, Insya Allah akan di update di blog wife aku
dan juga di Facebook nya:  Dreamy Treat Bakery Studio FB

Salah satu khidmat masyarakat dari Dreamy Treat Bakery Studio..share resepi apa nak masak utk buka puasa/ sahur  :)



Bila mula update?
Insya Allah dalam seminggu ni..
Nanti aku inform
:)

Tuesday, June 3, 2014

Sepupu

Ini lah kerja cousin cousin wife aku..
Bila anak aku, Zayyan & anak kakak wife aku, Izhar, di hantar ke rumah mereka..
Penderaan bergambar! Disuruh posing dgn pelbagai gaya..hahaha..

lepas mandi, kena paksa posing pakai pampers..hahaha ..si Izhar tu kena paksa buat muncung itik  :P

dah siap pakai baju, sebelum keluar jalan jalan, dipaksa posing gaya macam ni pulak..hahaha


Anak anak aku & anak anak kakak wife aku, ketiga tiganya lelaki.
So boleh bayangkan betapa riuhnya rumah wan(nenek) mereka..bayangkan lagi 3 tahun..
Roboh rumah wan!
Hahaha

ni bukan kembar 4 ya...Yg belah kanan( depan & belakang) anak aku..Yg paling depan & bertopi, anak kakak wife aku. Anak bungsu aku & anak bungsu kakak ipar aku takde dlm gambar ni..tunggu la lagi setahun, boleh boriakan 6 orang budak lelaki sekaligus..hahaha

Raya 2013. Ziyyad & cousin nya, Ikram. Zayyan duk termenung sorang2 si Izhar tak join..hahaha..

Aku harap..
Bila mereka dah besar panjang..
Hubungan sepupu mereka ini makin rapat..
Tapi ye lah..
Kalau tgk aku sendiri..masa kecik2 mmg rapat dgn sepupu..main bersama..
Bila dah besar, masih masing buat haluan sendiri..
Belajar lain tempat...kerja jauh..
Jumpa pun, setahun 2-3 kali aja...

Monday, June 2, 2014

DNA Contamination

Boleh dah mentekedarah coklat susu dengan kacang hazel Cadbury dan coklat susu dengan buah badam Cadbury

Selamat menjamu selera.

:)

Jadilah kita umat Islam yg berilmu..
LINK ini secara mudah menerangkan tentang DNA utk orang bukan saintis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...