Friday, May 30, 2014

Makan Petai

Duduk dengan atuk nenek kat JB..
Advanced dah anak aku...

enak di makan begitu sajaaaaaaaa  ...hahahaa..

esok aku balik JB..
jemput budak budak ni..
kena lah wife aku rajin rajin buatkan bubur petai utk zayydan lepas ni...bahahaha

Wednesday, May 28, 2014

Hidup Berdua ( kejap jeeerrrr..)

Dari hari Ahad lepas, hingga ke Ahad ini, kami suami isteri jadi pasangan berdua ( couple)..
Keh keh keh..
Ke sana ke sini berdua..
Macam zaman bercinta dulu..
Macam zaman baru kawin..

Sesekali..
Ubah kebiasaan havoc/busy/riuh menjaga & bersama sama 3 heroes tu..
Elok juga..kikikikiki..

Ketiga tiga hero ada kat JB..
Duduk rumah atuk nenek...

Imej imej ni semua ayah aku wassap..
Buat pengubat rindu kat anak anak katanya...:P

 aktiviti petang2 mak ayah aku..bawak cucu gi Jusco...seronok la budak2 ni naik kereta..

selain Jusco, bawak juga cucu cucunya ke taman berhampiran..

Nenek & cucu...ekekeke..Mak aku kata, dia respect lah wife aku gigih kuat boleh jaga ketiga tiga hero ni, dalam masa yg sama, wife aku sibuk dgn urusan di rumah, juga di studio bakery...aku pun, respect dan tabik spring kat wife aku sendiri  :)


sebenarnya, aku & wife sendiri belum bawak lagi si Zayydan pergi main kat taman permainan..sebab dia baru 10 bulan,. tapi dalam 3 minggu terakhir ni, dia dah kuat berdiri...nanti lepas aku ambik dia dari JB ni, boleh la selalu bawak dia join abang2 dia gi taman permainan..

hahahaha..last but not least, expression ceria Zayydan...cukup makan, cukup di belai jaga oleh atuk, nenek, adik aku & adik ipar aku...senyumm lebar ye kauuu nakkk...:P



Hari Sabtu ni, aku balik JB..
Jemput hero hero ni..
Tak nak menyusahkan mak ayah aku menjaga lama lama..
Bebudak ni lasak..


Tuesday, May 27, 2014

Warfarin

Hari Jumaat lepas, aku dapat satu kes.
Seorang kanak kanak usia sekitar 2 tahun, di syaki makan racun tikus..
Bila parents nya cakap " racun tikus", memang berderau dada aku..
Teringat aku warfarin!

Aku tanya ayahnya, ada tak bawak sample racunnya, atau lagi bagus, kotaknya?
Ayahnya kata, ada.
Bagus.  " pergi ambik sekarang", aku pinta.

inilah racun tikusnya. Jenama biasa, King Kong.

Aku jelaskan satu persatu pada parents nya.
Racun tikus ni membunuh tikus, sebab ada warfarin dalam racun tu.
Warfarin ni, sebenarnya pada manusia di gunakan sebagai ubat mencairkan darah ( kes lepas stroke contohnya).
Pada kepekatan yang tinggi, bila tikus makan, akan berlaku perdarahan dalaman..maka mati lah tikus.
Jadi kalau manusia makan, kalau cukup banyak...berisiko berlaku perdarahan dalaman.

Cadangan aku:

- Kalau boleh, simpan lah ubat2 dan racun2 di tempat selamat yg susah di capai anak anak kecil
- Kalau boleh, gunakan lah racun tikus jenis gam..jadi kita kurangkan risiko makan racun...aku pernah guna racun tikus jenis ni...

 tikus yg berjaya ditangkap ! Memang menggelikan..hahaha..tapi better la dari risiko guna racun yg ada warfarin

- Simpan segala kotak2 racun / ubat..jadi kalau berlaku kes termakan, boleh bawa jumpa doktor. Penting utk tahu jenis racun yg di makan, jadi boleh test darah secara tepat utk jenis racun & cross check dgn Pusat Racun Negara, kalau ada antidote nya.


update:  Baru call patient aku tu, pihak hospital buat test darah 3 kali. Negatif utk warfarin. Mungkin sebenarnya anak dia tak makan pun, cuma main2 kotak racun tu. Apa apa pun, kisah ini jadi pengajaran utk aku, dan utk anda semua..

Monday, May 26, 2014

Bangla Yang Kaya

Bertahun tahun sejak aku beli rumah..
Setiap 4- 6 minggu, aku panggil Bangla potong rumput..
Dari RM40 sekali potong ( siap kemas)
Dah sampai RM60 sekarang..inflasi katanya..
Tapi pasal dah deal lama dgn Bangla ni..
Dapat diskaun RM10....so RM50 setiap 4 -6 minggu..
Kalau di kira2, kaya jugak Bangla tu..

Untuk satu rumah di kawasan perumahan aku, average cas RM60
Dia buat part time petang2 atau weekend..
Kalau petang2 weekday, dapat la dia potong max 2 rumah...tu dah RM120.
Kalau weekend, mau dekat 6-8 rumah..kekadang 10 rumah..so, weekend senang senang Bangla ni dapat RM400 - 500...kalau sebulan? lu kira la sendiri..
Tu pasal aku menyampah dengan budak2 Melayu muda yang pemalas.
Yang merungut takde duit...
Yang merungut kerajaan tak sediakan kerja..
Tak usaha, mana nak dapat..Bangla jugak yg pandai usaha..

Segala mesin potong rumput, pengaut rumput, minyak petrol...memang Bangla ni ada..
Sebab kerja hakiki dia, memang sebagai pemotong rumput & gardener dengan developer perumahan!
Ronda2 dalam taman pun, naik basikal aja..

Jadinya...
Mulai hari ini...


Tadaaaaa!  gejet yang dah lama wife aku suruh aku beli...asyik la bertangguh..sampai kaya raya Bangla tu..kah kah kah..Mulai sekarang, aku akan ambil alih tugas Bangla tu...bahahahaha..

Saturday, May 24, 2014

Otak Tak Center

Macam biasa, only in Bolehland  :)

kalau nak mati, makan 10 bungkus sekaligus..kah kah kah



ps: kalau berminat nak lihat koleksi Bolehland aku, search la entry entry yang berlabel " Bolehland" 

Thursday, May 22, 2014

Red Bull Air Race : Putrajaya 2014


Red Bull Air Race bermula sejak 2003, direka oleh Red Bull.
Di adakan setiap tahun semenjak itu, namun tiada perlumbaan bagi tahun 2011, 2012 & 2013.
Tahun ini,2014, perlumbaan di adakan semula..dan Malaysia terpilih sebagai salah satu venue dalam sirkit perlumbaan udara ini. Di khabarkan, untuk 3 tahun berturut turut selepas ini, Putrajaya akan berada dalam kalendar perlumbaan..yeayy!

Pelumba akan menerbangkan pesawat secara solo, dalam usaha mencatat masa terpantas.

Pesawat perlu lalui pelbagai rintangan yang dikenali sebagai " air gates"..belokan pantas pesawat menerusi ( dan utk elak melanggar) air gates ini lah yang menarik minat ramai orang.

Air gates ialah inflatable pylons, yang direka khas supaya akan pecah/meletup jikalau disentuh badan pesawat( jadi pesawat & pilot akan selamat) namun ianya cukup kukuh utk bertahan & berdiri walaupun pada cuaca buruk/angin kencang. Kalau dilanggar dan pecah, pasukan  in charge utk menukarganti air gates yang baru semasa pertandingan di gelar " air gators". Rekod terpantas menukarganti air gates yang pecah ialah 1 minit 30 saat, pada perlumbaan tahun 2007  :)

Aku pada mulanya memang teruja nak pergi ( dan beli tiket)..sementelah tiket dijual murah kalau beli awal ( early bird). Dah hampir nak beli online, sekali tengok jadual, macam tak boleh pergi ke Putrajaya..jadi aku was was nak beli ke tak...nak beli ke tak...last last, tak beli !

 tiket Grand Stand & Race Club tu, kalau early bird pun memang aku tak akan beli punya..hahaha..Jadi patutnya aku grab tiket utk race day RM126..sekali pagi Sabtu tu tengok..huhuhuhu..dah takdak diskaun...RM275..Hari Sabtu tu aku ber wassap dengan kakak manis, kami macam malas nak pergi sebab mahal ( plus terbayang panas weehhh..race start pukul 3petang)


Di jadikan cerita..
Hari Ahad tu memang aku ada urusan di Putrajaya pagi nya..
Jadi alang alang dah kat situ, lepas makan kek kat Alamanda, tengok jam dah pukul 2 pm..
Try la gi survey tempat perlumbaan..
Aku jalan jalan atas Jambatan Seri Gemilang ( yang menghadap PICC)..
Lagi 5 minit race nak start...Polis dah start halau orang ramai yang duduk atas jambatan ( sebab kekonon nak tengok race secara free..hahaha)..

Aku dah nak turun dari jambatan..tetiba ada satu abang ni tegur aku..
" Nak tengok race? Ada tiket tak?"
Aku senyum.." tak de la bang.."
" Ni ada satu lagi tiket free..jom kita gi tengok"..
Aku macam terkesima + excited + orang mengantuk di sorongkan bantal..
Ini lah tuhan dah kata, kalau dah rezeki, lagi 5 minit nak start race pun, ada orang bagi tiket free! Alhamdullilah!
Bergegas aku & abang tu turun dari jambatan, queue panjang..ramai yang bertiket nak masuk kat Zon A. Lepas budak Ticketpro scan tiket aku, " teeeeeeeeeett"...lepas!  Yeayyy..( actually aku risau gak kot tiket aku tu tiket palsu..hahaha)

Lepas masuk kat Zon A..maka cari lah port yang sesuai...
And enjoy the race!



Hari Ahad 18 May tu ialah hari perlumbaan..
Ada 12 biji kapalterbang..berentap utk catat masa terpantas ( Top 12 )
Dari 12, dipilih top 8..( Super 8)
Dari top 8., dipilih lagi top 4 pelumba yang pantas..( Final 4)



As usual, jom tengok juga crowd pada hari tu...
Memang ramai yang datang..

 40 minit terakhir race, aku melepak kat area sini..santai..melepak atas rumput..

abang abang bomba pun ambik gambar okeh...:P






Iklan jap !
 Sampai ke saat aku tulis entry ni, aku tak pernah minum air Redbull  :P

sukanya kakak ber selfie dengan botol Redbull gergasi..hahaha

Tapi sebelum pusingan akhir Final 4, ada selingan motorised paragliding..

 Motorised paragliding oleh bekas juara Redbull Air Race 3 tahun berturut turut

Favourite hari itu pastinya Hannas Arch dari Austria, yang mendahului 21 mata selepas 2 sirkit sebelum ini di Abu Dhabi( UAE) & Rovinj( Crotia)..Tapi 18 May 2014 memang hari bersejarah buat pilot otai British, Nigel Lamb. Setelah 7 tahun masuk perlumbaan ni dengan 44 kali berlumba, inilah kemenangan podium pertamanya..:)
Nigel Lamb in action ! Memandu pesawat MXS-R, dari Team Breitling

 Nigel Lamb flying passing through the air gates obstacles

Next race, di Poland ..26 & 27 Julai...
Ada yang nak pergi tengok?  :P

ps: bagi yang tak berkesempatan gi tengok, boleh tengok Video Ini

Wednesday, May 14, 2014

Jeruk

Sebab kekangan masa dan malas nak menembak di luar, maka objek objek kat dapur pun jadi mangsa..

Jeruk timun. Pertama kali aku makan jeruk timun, ialah bila makan burger Big Mac. Sejak itu, aku jatuh chenta dengannya. Buat sandwich kat rumah pun, boleh letak jeruk timun..hahaha.

Jeruk timun VS jeruk lada. Pertama kali aku makan jeruk lada, ialah masa makan char koey tiau. Mula mula tengok ada balang berisi jeruk lada, tengok orang keliling taruk, aku pun taruk dalam pinggan aku. Sekarang ni, kat rumah kalau buat mee hoon goreng, aku tabur jeruk lada.

Jeruk ikan tenggiri masin. Pertama kali makan, masa mak aku goreng..masa aku kecik2 lagi. Best makan dengan nasi, makan dengan ubi rebus pun best. Ni antara lauk pembangkit selera masa sahur bulan Ramadan..mata terkebil kebil, selera belum tiba..dapat ikan jeruk ni goreng panas panas...fuhh..

Yang ni, takde kena mengena dengan jeruk. Cuma nak bagitau, aku suka kalau makan laksa johor, guna spaghetti, wife aku pulak suka guna mee kuning..


Dalam banyak banyak makanan berjeruk, so far aku boleh makan semuanya..
Kecuali ikan pekasam..
Ikan pekasam tu, consider di jeruk kan lah kan?
Jiran depan rumah aku, balik kampung kat Kedah..
Bagi buah tangan ikan pekasam..
Wife aku goreng? / masak?..memang aku tak tahan bau nya..
Puas bukak tingkap, sembur febreeze dalam rumah, bukak kipas laju2..nak hilangkan bau pekasam..
Keh keh keh

Tuesday, May 13, 2014

13 May 2014

Ulangtahun ke -8 kami..hari ini.
Doakan kebahagiaan kami, hingga ke syurga firdaus.

selepas majlis akad nikah di malam hari  :)


Monday, May 12, 2014

Selamat Hari Jururawat

Hari ini 12 Mei.
Hari Jururawat Sedunia.
Selamat hari jururawat aku ucapkan buat semua jururawat.

Tahniah..
Keep up the good work..
Anda memang insan yang hebat..
Anda memang wajar di beri habuan syurga..
Sanggup berkorban masa, tenaga, tak geli, tahan cemuhan..
Ini aku tujukan buat para jururawat yang penuh dedikasi..

Pun begitu..
Aku bengang dengan sesetengah jururawat..
Aku benci tengok mereka..
Yang kerjanya " berkira"
Yang kerjanya  " tak boleh tolak ansur"
Lagi 45 minit nak habis shift, mula jadi malas..
Lagi 45 minit nak habis shift, pesakit minta bantuan, mula lah buat buat tak dengar/ sibuk ke sana sini macam busy ( sebenarnya tak de kerja)..

Memanglah penat..
Memanglah rasa tak sabar nak balik rumah..
Tapi awak tu kerja ada shift..
Doktor gomen generally takde shift system, kecuali di A&E, dan HO zaman baru ni
Aku pernah kerja hospital gomen..
Para doktor amat jarang boleh balik on time..
Abis kerja patut pukul 5, pukul 6pm masih habiskan tengok pekembangan patient.

Aku ingat, bila dah lama aku tinggalkan hospital gomen, pemandangan dah berubah.
Rupa rupanya aku silap..
Baru baru ni aku pergi ke sebuah hospital gomen, lawat saudara..
Memang ramai jururawat yang bagus..
Tapi yang muka poyo/masam, cakap manjang nada tinggi pun ramai.
Kesian aku tgk ah soo seorang tu, puas dia terpanggil panggil jururawat..
Ah soo ni lumpuh..badan dia sakit sakit..
Aku perhatikan aja..lebih 1/2 jam dia panggil jururawat..
Bukannya jururawat tak dengar..
Bukannya jururawat busy..
Mereka dengar, nampak ah soo tu memanggil..
Mereka takde kerja..duduk aja kat kaunter depan tu tengok jam, tengok henfon..
Nak aja aku bambu jururawat macam ni..


ni jururawat yang paling dedikasi 24jam menjaga 3 hero aku..aku tido terbongkang malam2, jururawat ini lah yang bangun bagi anak susu/tukar lampin/dodoikan anak yang meragam..

Wednesday, May 7, 2014

Daddy Cool

Aku akui..
Kadangkala, kesabaran aku hilang..
Bila tengok anak anak bising berlari lari ..
Terutamanya bila lepas balik kerja...penat..
Mula lah aku nak marah aja...suruh mereka behave..
Bila tengok rumah bersepah..mainan berterabur..coklat kat sana..cikidis kat sofa..
Dan wife aku lah yang akan nasihat kan aku...sabar...sabar..
Aku memang rapat dengan anak anak, terutamanya Ziyyad, yg sulung..
Tapi bila aku dah stress/hilang sabar, aku sedih sebab aku marahkan mereka..

budak kecik 9 bulan yang takde gigi ni pun kadangkala buat aku marah marah..sibuk nak makan, gigi takde..hahaha..tu nampak tak dlm mulut dia tu, nasik lemak? meragam, menangis..ye la..bonding aku sebagai ayah VS bonding dia dgn mommy nya memang lah lain, kan? sebab dia 24-7 dengan mommy..kalau wife aku ke studio pun, bawak dia ( kecuali masa handle class, wife aku pos dia kat rumah mertua aku..haha)..so si zayydan ni mmg kadangkala aku pun tak tahu nak buat apa...menangis/tantrum..pampers dah salin, makan dah makan, menyusu dah sudah, demam/sakit takde..aku dukung, aku agah, aku kelek..tetap menangis..tu yg kadangkala aku stress..tapi bila mommy dia pegang aja, terus tersengih..terus senyap!


Tuhan tu Maha Adil kan..
DIA bagi peringatan NYA kat aku, melalui patient aku..

Semalam,
Patient regular aku..seorang lelaki awal 40an..
Memang prestasi kerja nya merudum sekarang ni..
Selalu MC..
Cuti tahunan dah abis..
Tapi dia bukan sengaja nak ambik MC..
Dia penat sama sama menjaga anaknya yang baru lahir..
Setiap 2 jam kena feeding..meragam sentiasa..berpeluh peluh sentiasa..

Anaknya kini baru dapat keluar wad setelah 3 bulan dilahirkan..
Anaknya, ada kad OKU..
Sebak aku masa dia tunjuk kad OKU anaknya..
Aku tak sampai hati nak ambil gambar anaknya dalam kad tu..
Tapi, lebih kurang begini lah keadaan anaknya, seorang bayi perempuan berusia 3 bulan, sekarang..

Imej Google.  Anak patient aku tu, dilahirkan dengan cleft palate ( sumbing) + microcephaly( perkembangan saiz otak terencat + saiz kepala kecil) + masalah jantung. Dalam kad OKU tu, mmg siap bertiub utk minum susu. 

Ya,
Aku bagi MC kat patient aku tu..
Dia mengadu dia penat jaga anak..Tak cukup tidur..sakit2 badan..
Besar ujian buat dia
Dia ada anak kembar usia baru nak cecah 2 tahun..kedua duanya sihat..
Memang dia & isteri penat..penat menjaga anak..

Aku kena muhasabah diri..
Se cranky / tantrum anak anak aku..
Tapi Allah tak uji aku dengan anak anak yang istimewa..
Aku tengok sendiri anak anak patient aku yang lain..
Yang anaknya Down Syndrome..
Yang anak nya chronic autism..

Daddy akan cuba menjadi lebih cool..
Lebih sabar melayan karenah korang yang suka sepah sepah rumah ( especially u zayyan)
Lebih sabar melayan karenah Ziyyad yang ' sikit sikit menangis'..
Lebih sabar melayan Zayydan..

Tuesday, May 6, 2014

Monopod

Selfie..
Melambak seller online jual monopod..
Ada aku kisah?


a homemade monopod, using my existing tripod! hahaha

Friday, May 2, 2014

Kampung Jambu Bongkok

Setiap tahun mesti nakgi Terengganu..
Walaupun jauh driving..
Berbaloi bila tengok pantai pantai nya yang awesome ..

5 hari yang lepas, baru pertama kali singgah ke kampung ini..

Kampung Jambu Bongkok, Marang, Terengganu Darul Iman

kampung yang famous dek pokok pokok kelapanya..

termasuklah pokok pokok kelapa togel !

petang2 kalau melepak kat pondok tu, layan sunset sambil dengar deruan ombak..sambil makan kopok lekor..perghhhhhh...

tertanya tanya jugak, mana pokok jambunya? Wife aku kata, mungkin dulu dulu, banyak pokok jambu kat sini yang membongkok ke arah pantai, so dapatlah nama Kampung Jambu Bongkok..hahaha

bot bot nelayan..

"garaj" bot nelayan..seadanya..

Azam Tani, salah satu cabang di bawah Program 1Azam, moga mereka ini dapat bebaskan diri dari belenggu miskin tegar, Insya Allah

bot tersadai, yang menjadi kegilaan kaki kaki photography kalau ke sini


sebenarnya, masa kat kampung ni, ~ pukul 1.30pm..panas berdenting! Nyaman jap rasanya nyorok bawah bot ni masa ambik gambar ni..hahaha

sebenarnya, kalau nak cantek untuk beach/coastal photography, kena pergi awal awal, atau lewat lewat ( sunrise or sunset), jadi boleh elakkan harsh environment panas berdenting/backlight/etc..especially kat malaysia ni..dah plan nak sunrise kat kampung ni...selalu gagal misi sunrise kat malaysia, kat ostolia boleh pulak..hahaha

kampung kau ada library? :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...