Tuesday, April 22, 2014

Anak Bujang Den Yang Pemalu

kaburnya gambar! jenuh aku edit, camtu gak. Tu tandanya kena beli henfon baru yg camera nya canggih..Kamera gabak aku tu bakal keluar pertapaannya hujung minggu ini..hahaha

Hari ini hari Selasa.
Setiap Selasa Ziyyad ada kelas taek kwan do kat sebuah tadika berhampiran rumah kami.
Kelasnya setiap Selasa aja. So sebulan 4 kali.
Kalau hujan, takde kelas ( sebab training outdoor)
Kalau cuti sekolah, kelas takde ( sebab ramai student takde pi bercuti cuti malaysia/oversea)

Seingat ingat aku, sejak Ziyyad daftar kelas ni, baru berapa kali dia pi training.
Banyak sangat takde kelas nya dari ada.
Hujan la..cuti sekolah la..
Tu tak termasuk Ziyyad ponteng sebab terlupa / pi keluar jalan jalan..hahaha

So, 
Aku discuss dgn wife.
Nak proceed ke tak.
Aku cakap.." kalau camtu gayanya, kurun ke berapa baru Ziyyad grading"...hahaha
Baju dah beli..
Wife aku kata " baju tu boleh jadi kenang kenangan..."..hahaha

Maybe teruskan kot..
Cuma cari pusat taek kwan do lain..
Yg boleh train in door.
Yg banyak hari belajar..
Boleh la Ziyyad dpt black belt cepat.
Aku dulu tak belajar taek kwan do..
Aku belajar silat.
Tapi setengah jalan aja..
Sebab tok guru aku hilang / meninggal kata nya..
Hahaha..

Dan nak hantar jugak budak ni gi kelas swimming..
Sebab aku terror swimming atas katil bak kata Dr Singa
Jadi tak mau la Ziyyad mewarisi bakat aku tu..hahaha

" Ziyyad, nanti daddy & mommy hantar gi kelas swimming okeh", aku cakap.
Ziyyad balas " tak mau la..malu"
Oh ya..
Ziyyad ni, pemalu tahap gaban.
Hanya depan kami aja( parents dia) dia akan bukak baju, bukak seluar.
Kalau depan orang lain ( waima nenek/ atuk/ cousin/etc), mmg dia tak akan bukak baju...bukak seluar? lagi la tidak.
Pemalunya dari kecik lagi..Yang boleh mandikan dia hanya aku & wife aja, sampai sekarang.
Memang jenuh aku suruh dia bukak baju utk masuk swimming pool / mandi laut.
Puas berpujuk.

So, Ziyyad tak mau belajar swimming sebab dia malu tak berbaju nanti kat pool.
Dia malu hanya nak pakai short/ swimming trunk/ spender aja...hahaha.
Wife aku kata " bakal ahli tahfiz, memang terpelihara tau"...hahahaha...Aminnnn..
Tapi,
Bila aku cakap;
" Kalau Ziyyad tak pandai swimming, tak boleh school kat Australia..sebab kat sana semua student kena pegi class swimming, kena pandai berenang"

Terus Ziyyad setuju nak swimming.
Trick yang sama jugak lah aku kelentong si Ziyyad, sebab dia tak mau sunat( khatan) hari tu..pun sebab MALU !
" Ziyyad tak boleh ikut mommy daddy pindah Australia tau kalau tak sunat"..kata aku.
Ziyyad tanya " kenapa plak?"
Aku jawab;
" Sebab semua orang yang tinggal kat Australia, semua kena sunat"

Guess what..
Demi Australia..
Ziyyad setuju utk di khatan kan..
Insya Allah, hujung tahun ni kot
:)

Monday, April 21, 2014

Koleksi Kisah Benar

Hari ini, Isnin...
Agak busy...
Macam biasa...
Jadinya, tak sempat nak berceloteh di blog ni..
Aku copy & paste aja lah celotehan aku di FB tadi...
Buat rakan2 blogger yang bukan rakan FB aku , enjoyyyy yourself membaca kisah benar ini..:P



Kisah 1:
- Doc:  Demam berapa hari dah?
- Pesakit: Saya takgi kerja pagi ni
( clue nya: lain di tanya, lain yg di jawab)

Kisah 2:
- Doc: Sakit apa ya?
- Pesakit: kipala sakit, badan sakit, cirit, itu muntah sudah 8 kali...tekak sakit
(clue nya: pendek kata, segala sistem dalam badan, sakit! )

Kisah 3:
- Pesakit: Saya sakit sangat pinggang ni, dah makan ubat tak jalan..
- Doc:  Okeh..saya bagi awak injection tahan sakit yang kuat, kita inject kat ponggong.
-Pesakit: Errrr...saya tak boleh kerja..sakit pinggang..tapi tak mau inject
- Doc: Dah tu kata sakit sangat..meh la saya inject kan..lepas tu awak bleh rehat kat rumah
( clue nya:  sakit sangat..tapi refused injection. Org kalau dah sakit sangat, dia sendiri yg mintak inject, ini genuine case )

Kisah 4:
- Pesakit:  Saya demam, batuk..flu ( sambil buat buat batuk..melampau pulak tu harkat batuk nya..bahahaha)
- Doc: ( sambil mata membelek " Buku Rawatan Panel" pesakit)...Tapi awak 2 jam tadi dah gi klinik lain kan? Doktor sana dah bagi ubat kan? Dan  mmg doktor sana tak bagi MC..sebab awak tak demam pun bila saya check.
- Pesakit: ( dalam hati: cissssss....dia tau aku nak mintak MC, gatal tangan pulak doc ni belek buku rawatan)
( clue nya: rajin rajin lah belek kad rawatan/ buku rawatan panel pesakit)

Kisah 5:
- Doc:  Awak takde MC ya hari ni...saya tambah kan sikit je lagi ubat demam..tu pun bila perlu ambil., ambil lah
- Pesakit: Saya tak larat gi kerja
- Doc: ( sambil tgk " Buku Rawatan Panel" pesakit). Semalam kan awak dah MC kat klinik lain.
( clue nya: rajin rajin lah belek kad rawatan/buku rawatan panel pesakit)

Kisah 6:
PERHATIAN: KISAH INI AGAK SENSITIF, ADA PIHAK MUNGKIN SENTAP, TAPI SIAPA YANG MAKAN CILI, DIA LAH YANG SENTAP..keh keh keh

- Pesakit: Saya ada emergency la doc / anak saya sakit la doc..Pengetua/ GB suruh saya ambik MC kat klinik.
- Doc: Bukan kah ada akta/ termaktub dlm akta, awak boleh ambik CRK( cuti rehat khas).??
- Pesakit: Tapi GB/Pengetua kata leceh/tak mau rosakkan rekod.
- Doc: Dah tu, bila timbul masalah birokrasi tempat awak kerja, doktor lah tempat settle kan masalah?
( clue nya: Memang kami para GP, pening kepala melayan karenah sesetengah guru sebegini. Pun begitu, kami percaya majoriti guru bukan kaki MC, ramai yg komited dan jujur dalam mendidik anak bangsa. Jadi, as I said earlier, yg termakan cili sahaja lah rasa pedas yer..hahaha)

Thursday, April 17, 2014

Al Quran Di Dada Mereka

Sejuk mata..
Sejuk hati..
Tenang melihat anak anak kecil ini di masjid..
Setiap waktu ke situ, sementelah dekat dengan sekolah tahfiz nya..

gambar di ambil secara curi curi dengan henfon cap ayam. Maka maafkan kesengetan gambar, dan mutu gambar yang tak baik..:)

Permudahkanlah ya Allah utk kami suami isteri buat pilihan..
Ada lebih kurang 8 bulan lagi sebelum anak sulung kami, Ziyyad masuk umur persekolahn darjah satu.

Masih mengkaji..
Pro & cons
Sekolah harian biasa...
Atau
Sekolah alternatif..


Wednesday, April 16, 2014

3 Anak Bujang

Tengok gambar Beckham dan anak anak bujang nya..


Masa ni, anak bujang baru dua orang..

Sekarang dah 3 anak bujang..
Paling sulung 6 tahun, yang tengah 3 tahun..bongsu 9 bulan dah.

Ada rezeki, umur panjang..
Lagi 5- 6 tahun nak posing dengan 3 bujang aku..
Pakai kot / tuxedo..

:
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;

Maknanya..

Ada masa 5 tahun lagi la nak build body macam Beckham !
Kah kah kah

Tuesday, April 15, 2014

Terlajak Laris

Ada seorang kakak ni..
Patient regular aku..
Dah 3- 4 tahun aku follow up darah tinggi dia..
Selain darah tinggi, dia ada sakit lutut jugak..early stage osteoarthritis.
Lain lain penyakit, memang takde.
Check darah baru je buat..gula OK, cholestrol OK, kidney, hati..semua OK.

Minggu lepas, dia jumpa aku..
Saja nak check blood pressure..
Sambil dia kata, lututnya dah tak sakit..
Boleh jalan jalan cergasss..

Aku kata, baguslah..

Dia kata
"doktor tau produk Terlajak Laris?"
" Saya makan pil tu la...tu yang tak sakit lutut"

Aku pulak entah gatal tangan apa hari tu, saja nak check kandungan gula akak ni..
Tu diaaa..
Bacaan random ( tak puasa) 12.7mmol/L
Tinggi la tu..
Padahal memang sebelum2 ni, aku check dia takde kencing manis..

Aku pandang akak tu..
Akak tu cakap  " saya makan macam biasa doc...in fact siap diet lagi..ni mesti pasal Terlajak Laris..hahahah"

Maka aku pun mula berceramah..:)
Kesimpulannya, akak tu nak stop produk tu.

sesekali nak tulis jawi..bahahaha

-aku tak kata produk tu yg menyebabkan kencing manis/bacaan gula naik ya...Kang mati aku kena saman..kah kah kah
- aku cuma nak nasihatkan:

1- Jangan lah memandai mandai terlalu percaya macam macam produk kat luar tu.
2- Ubat moden tak mau makan, takut buah pinggang rosak katanya, tapi jamu/singseh/ubat MLM berani makan...tau tak sesetengah ubat alternatif tu penuh dengan steroid? Tu pasal segala macam sakit hilang cepat.steroid, is a magic drug.
3- Jangan bodoh sombong bila terima nasihat dari orang yang ada ilmu dalam bidangnya. Tapi kalau hati tak terbuka nak menerima ilmu ( dan berfikir), maka...tak dapek lah den nak nolong ehh..  :P

Sekian.

Monday, April 14, 2014

Showmanship

Cuba tengok gambar nurse ni..
Nurse belah kiri, yang sedang dengar bunyi paru paru budak tu..
Apa yang tak betul ?


Nampak tak?
:)

Kalau nak showmanship pun, biarlah betul..
Stetoskop tu, gunanya utk dengar bunyi jantung/paru paru/perut.
Dah tu, earpiece stetoskop tak letak kat telinga, nak dengar apa??
Kah kah kah..


di katakan bahawa, stetoskop akan 'pupus' penggunaannya pada masa hadapan, dengan berkembangnya teknologi portable ultrasound. Aku ingat lagi ..betapa teruja nya dulu masa mula mula lepas grad, boleh gantung stetoskop masa kat hospital..bahahaha...macam poyo aja...Tapi ramai lagi doktor muda yang bagi aku terlebih poyo ( ? berlagak)..aku pernah nampak seorang doktor muda, jalan jalan DI DALAM JUSCO, pakai labcoat dan gantung stetoskopnya! Siap gantung tag nama hospital dia kerja!

Saturday, April 12, 2014

Patient Dengar Penjelasan, Dah Ringan Beban..at least 10%..kan?

Baca berita ini:

Ibu Minta Penjelasan

Aku pernah bekerja disalah sebuah hospital kerajaan yang paling sibuk di Malaysia.
Aku pernah terlibat secara tak langsung, dalam satu kes yang sampai masuk suratkhabar.
Membaca berita tersebut, ini pandangan aku sebagai seorang doktor, dan juga seorang bapa.

- Perlunya seorang doktor & nurse, cari masa ( waima sibuk macam mana pun), untuk terangkan dalam bahasa yang mudah difahami oleh pesakit/ waris..tentang penyakit/ tentang prosedur rawatan/tentang komplikasi/risiko yang mungkin ada. Andai pesakit/ waris diberi maklumat yang sepatutnya mereka tahu, kes kes saman / report Polis, Insya Allah akan dapat dielakkan.

- Perlunya pesakit/waris bersikap pro aktif bertanya kepada yang pakar dalam ilmunya, bukan minta pendapat dari pihak yang tiada ilmu. Perlu juga mereka bertanya kepada pakar pakar lain, sebagai ' second or even third opinion' , andai penjelasan pakar pertama, tidak memuaskan hati mereka.

- Perlunya karenah birokrasi di hospital dikurangkan/diperbaiki dari masa ke semasa. Proses mencari rekod pesakit, perlulah lebih sistematik. Ledakan zaman IT dah hampir 10 tahun established di Malaysia, tapi kadangkala, lembab nya mencari rekod, bagaikan kita hidup di zaman arwah P. Ramlee.

- Perlunya seorang doktor/nurse buat follow up atas kes kes yang kronik/perlu pemantauan jangka masa panjang, supaya pesakit/waris tak merasa mereka diabaikan. Vice versa, pesakit/waris juga perlu beri kerjasama dalam proses follow up. Bertepuk sebelah tangan, memang tak hasilkan apa apa bunyi.

-Perlunya pesakit/waris bersikap ' rational' dalam menilai servis yang diberikan, mengambil kira kekangan staff hospital, kekangan masa , dan juga kekangan bajet hospital kerajaan. Doktor & nurse juga manusia, yang punyai hati dan perasaan, bukan robot yang boleh sempurna 100%. Robot pun kadangkala fius nya rosak.

-Perlunya pemain media massa bersifat telus dalam melaporkan berita, bukan hasilkan berita yang berunsur fitnah / provokatif / cerita sebelah pihak. Akhbar akhbar tabloid seperti Harian Metro, Kosmo, Sinar Harian, etc acapkali bermain sentimen negatif ini, demi mengejar populariti ( dan hasil jualan)

- Dan akhir sekali, perlunya kita sebagai rakyat umum( public), yang membaca berita, jangan terus percaya bulat bulat dan ' jump to conclusion'. Jangan jadi keyboard warrior. Jangan spread berita yang tak pasti dan ditokok tambah baik di Facebook, Twitter, mahupun Whatsapp.

andai ziyyad pilih kerjaya doktor, memang aku suruh dia baca entry ni..:)

Wednesday, April 9, 2014

Buat Adik ku..Sabarlah.

Ini status adik bongsu aku, hari Isnin 7 April yang lalu..


Pagi hari Isnin itu, aku terima panggilan dari adik aku yang seorang lagi..
Perkhabaran sedih buat kami..
Petang Isnin itu juga.. aku sekeluarga pulang ke JB..
Aku titipkan status ini di FB aku..



Along harap kau sabar..
Jujurnya, along sangat sangat sedih masa balik JB, tengok gambar gambar Irdina Sofea dalam hp kau..tak dapat dibayangkan betapa sedihnya hati kau & suami...
Ada hikmah nya atas kejadian ini..
Along doakan, Allah kurniakan yang lebih baik sebagai pengganti..
Insya Allah..

Friday, April 4, 2014

Menolong Mummy Amalan Mulia




Alahaiii Zayyannnnnnnnnnn   :P

 

Wednesday, April 2, 2014

Penangan Kokedai

Kesan tak langsung insiden MH370, antaranya ialah, bomoh kokedai pun makin glamer..

Pagi tadi...
Dengan patient aku yang bangsa ceria..

Pesakit:  Saya dah buat blood test semalam...normal..takde denggi...
Aku    : Hari ni demam lagi ni...temperature 38.4 ...esok kalau tak sihat lagi, saya repeat blood test ya.
Pesakit: Kalau la dah seminggu tak sihat sihat, saya ingat nak jumpa bomoh kokedai la doc..

Aku & Pesakit:  ( sama sama terbahak bahak gelak)
Aku:  Jangan kena tampar dah la ya...hahahaha..

 kokedai air masin ( salt water crocodile), memang famous kat Ostolia


Tuesday, April 1, 2014

Perut kosong

Takde idea..
So, jom belajar tengok x ray..

Perhatikan x ray ini...
Apa perbezaan pesakit di sebelah kanan, berbanding di sebelah kiri?



Jawapannya..

Pesakit di sebelah kanan, ketika x ray ini di ambil...berkeroncong lapar perot nya..
Kosong aja perutnya ...cuba tengok..
Keh keh keh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...